Sejadah Cinta

Institusi Pondok Selepas Merdeka

Sistem pengajian pondok telah menuju zaman kegemilangannya pada abad ke-20M. Keadaan ini berlaku kerana para ulama terdahulu yang berjaya melahirkan anak murid berkebolehan dan berjaya menanam semangat mencintai agama di kalangan masyarakat.[...]

Lelaki Pemimpin Wanita

IPPIN akan perjuang pendidikan percuma

“Pendidikan percuma perlu diberikan kepada rakyat bermula daripada tadika sehinggalah kepada pengajian tinggi” katanya ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.[...]
Cinta Sejati Seorang Ibu

Pendidikan Islam, Moral tak perlu jadi subjek teras UPSR

Kementerian Pelajaran berpendapat subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak perlu dijadikan mata pelajaran teras dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri murid.[...]
ipolitik

IPPIN bersetuju UPSR dan PMR dimansuhkan

Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.[...]
ipolitik

Selamat Hari Guru

Sempena dengan Hari Guru tahun 2010, Institut Pemikiran Dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Guru adalah pencetus kejayaan umat serta pembina tamaddun manusia yang berjaya.[...]

Jawatankuasa Ko-SPIN 09 On Air di IKIM

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Syukur kepada Allah kini Ko-SPIN 09 marak setapak lagi apabila pada 30.6.09 jam 2.30 petang, jawatankuasa kongres telah diberikan peluang oleh Radio IKIM untuk ke udara bagi membuat hebahan kongres yang akan diadakan pada 11 Julai 2009 ini

Pengarah kongres saudari Munawirah dan Setiausaha kongres saudari Zafirah telah memperkatakan tentang kongres dengan panjang lebar terhadap usaha GAMIS dalam menyediakan platform kepada kerajaan khususnya dalam menangani masalah gejala sosial dan jenayah yang dilihat tiada noktah penyelesaian.

Diharapkan publisiti kongres akan lebih hangat lagi selepas ini sebagai usaha mencetus gelombang kesedaran terhadap isu pendidikan negara.Sama2 kita hebatkan usaha kongres.


Bergambar kenangan di IKIM

'

Lagi Gerak Kerja Ko-SPIN 09

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

PM Dr Mat Rofa, pensyarah Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UPM dan saudara Ann Wan Seng, Setiausaha Kehormat MACMA

Jawatankuasa kongres dan wakil IPGM tekun mendengar penjelasan dari PM Dr Mat Rofa.


Muslimat juga turut sama menjadi tulang belakang kepada gerak kerja kongres

Ko-SPIN 09

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)



Kehangatan Ko-SPIN '09 Kian Dirasai

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09) yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai nanti telah mula dirasai kehangatannya. Bermula dengan kunjungan Pengarah Ko-SPIN '09, Saudari Siti Nurul Munawirah bersama Setiausaha Ko-SPIN '09, Saudari Zafirah yang bakal ke udara di IKIM.fm pada jam 3 petang ini. Manakala pada hari Rabu ini bakal diadakan sidang terbuka bersama media di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar bagi menjelaskan hala tuju Ko-SPIN '09. Presiden GAMIS, Mohd Dzulkhairi Mohd Noor juga bakal ditemubual oleh Malaysiakini pada hari Khamis ini. Ko-SPIN '09 adalah satu permulaan ke arah memartabatkan sistem pendidikan Islam di negara ini. Kongres yang dijangka mengumpulkan seramai 300 penyertaan ini akan diadakan di Auditorium Muzium Shah Alam, Negeri Selangor.

Sumber: Gamisdaily

PENGUMUMAN PENTING Ko-SPIN '09

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Atas kesilapan teknikal, kami dari pihak Ko-SPIN '09 ingin memohon maaf kerana tempat yang akan berlangsungnya Ko-SPIN '09 (sebelum ini di Auditorium D8 Putrajaya) telah ditukarkan di Auditorium Muzium Shah Alam, Selangor. Kesilapan amatlah dikesali. Harap maklum, terima kasih.

Bagaimana Sifat-Sifat Guru Yang Diharapkan Dalam Sistem Pendidikan Islam

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Dalam Islam, kedudukan seorang guru sangatlah mulia. Dan oleh karena itu pula sudah selayaknya seorang guru juga menjaga kemuliaan dirinya. Ada beberapa sifat yang harapannya bisa menjadi sifat bagi semua guru.
1.Zuhud dalam arti tidak mengutamakan materi, dan mengajar karena mencari keridlaan Allah semata. Berkaitan dengan inilah maka kewajiban negara untuk memberikan penghidupan yang layak bagi para guru dengan seluruh fasilitas kehidupan yang memadai.
2.Kebersihan guru harus senantiasa dijaga. Artinya seorang guru harus bersih tubuhnya, jauh dari perbuatan maksiat, dosa, dan kesalahan. Bersih jiwanya, terhindar dari dosa besar, sifat riya’, dengki, permusuhan, perselisihan dan sifat-sifat lain yang tercela. Rasulullah saw. bersabda: “Rusaknya umatku karena dua macam manusia, yaitu seorang alim yang durjana dan seorang shaleh yang jahil, orang yang paling baik adalah ulama yang baik dan orang yang paling jahat adalah orang-orang yang bodoh”
3.Ikhlash dalam pekerjaan. Keikhlasan dan kejujuran merupakan kunci bagi keberhasilan seorang guru dalam menjalankan tuganya. Ikhlas artinya sesuai antara perkataan dan perbuatan, melakukan apa yang ia katakan dan tidak malu untuk menyatakan ketidaktahuan. Seorang alim adalah orang yang selalu merasa harus menambah ilmunya dan menempatkan dirinya sebagai pelajar untuk mencari hakikat, di samping itu ia ikhlas terhadap murid dan menjaga waktunya. Tidak ada halangan seorang guru belajar dari muridnya, karena seorang guru dalam pendidikan Islam adalah seorang yang rendah hati, bijaksana, tegas dalam kata dan perbuatan, lemah lembut tanpa memperlihatkan kelemahan, keras tanpa memperlihatkan kekasaran.
4.Pemaaf. Ia sanggup untuk menahan kemarahan, menahan diri, lapang hati, sabar, dan tidak pemarah.
5.Seorang guru merupakan bapak/ibu, saudara, dan sahabat sebelum ia menjadi guru
6.Seorang guru harus mengetahui tabiat murid
7.Menguasai materi pelajarannya.
8.Kreatif dalam memberikan pengajaran kepada siswanya, sehingga siswa mudah dalam menerima transfer pemikiran yang diberikan.
9.Harus menaruh kasih sayang terhadap murid dan memperhatikan mereka seperti terhadap anak sendiri.
10.Memberikan nasihat kepada murid dalam setiap kesempatan.
11.Mencegah murid dari akhlak yang tidak baik dengan jalan sindiran, terus terang, halus dengan tidak mencela.
12.Guru harus memperhatikan tingkat kecerdasan muridnya dan berbicara dengan mereka dengan kadar akalnya, termasuk di dalamnya berbicara dengan bahasa mereka.
13.Tidak menimbulkan kebencian pada murid terhadap suatu cabang ilmu yang lain.
14.Guru harus mengamalkan ilmu dan selarasnya kata dengan perilaku.

How to teach children?!

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


"Children might fail to follow our word but they will never fail to follow our action. If you want to be listen first. If you want to be respected, respect first. Teach your children with actions and if you want to deliver a message, be the message!"

Adopted from book of saifulislam.com; Rindu Bau Pohon Tin

Ayuh bantu hebatkan publisiti kongres

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Salam sahabat semua yg berjuang utk agama Allah.Semoga sentiasa sihat dan tenang dgn kecintaan bersulamkan keimanan dan taqwa kpd Allah.

Pihak kongres sedang bertungkus-lumus memperhebatkan promosi kongres.

Kami berharap anda yg singgah sebentar di blog ini dapat vote utk kongres dgn menekan button seperti berikut;


Tujuan vote ini adalah utk mempromosi blog kongres sekaligus membolehkan rakan2 kita yg lain dpt mengetahui maklumat2 kongres melalui blog ini.

Segala kerjasama dan bantuan sahabat semua sangat dihargai dan moga Allah jua yg membalasnya.InsyaAllah.

Wallahua'lam.

Falsafah Pendidikan Islam

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah.

GERAK KERJA KO-SPIN '09

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Sesi perbincangan bersama Prof Madya Dr Mat Rofa, pensyarah Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UPM

Saudari Siti Nurul Munawirah Mohamad Roslan, Pengarah Ko-SPIN '09 dan Naib Presiden 1 GAMIS, Saudari Rafidah Mohamad Salleh ketika meminta pendapat daripada Cikgu Azmi tentang Ko-SPIN '09.


Naib Presiden 1 GAMIS bersama wakil SENADA dalam pertemuan untuk berbincang tentang Ko-SPIN '09. SENADA adalah antara NGO terawal yang memberikan respon yang baik terhadap relevansi Ko-SPIN '09.


Presiden ABIM, saudara Yusri Mohamad bersama presiden GAMIS, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor dan Naib Presiden 1 GAMIS, Rafidah Mohamad Salleh ketika pihak MT GAMIS bertemu saudara Yusri Mohamad untuk berbincang tentang Ko-SPIN '09.


Pertemuan AJK Tertinggi Ko-SPIN '09 bersama Dr. Dzulkefli Ahmad


Perbincangan MT GAMIS serta AJK Tertinggi Ko-SPIN '09 bersama Penasihat Ko-SPIN '09,Dr Abu Hassan Hasbullah




AJK kongres yang bertungkus lumus untuk merealisasikan KO-SPIN '09




Team Publisiti Ko-SPIN '09



Sebahagian MT GAMIS yang bekerja keras untuk Ko-SPIN '09



Brainstorming MT GAMIS


Pelbagai usaha telah dilakukan untuk merealisasiakan Ko-SPIN '09. Pelbagai pertemuan dengan pihak atasan juga telah diatur. Pelbagai cabaran serta rintangan juga telah ditempuhi oleh team Ko-SPIN '09. Namun, dengan berbekalkan semangat untuk memastikan masa depan akidah anak bangsa kita terjamin, team Ko-SPIN '09 terus berusaha siang dan malam untuk Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara 2009 (Ko-SPIN '09) ini. Tahniah dan salam juang!


Berhasilkah Falsafah Pendidikan Moden Berasaskan Empiricisme Dalam Pembinaan Tamadun Manusia

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Pendahuluan

Membuka lipatan perbincangan falsafah pendidikan dengan fahaman empiricisme adalah bersifat tergantung. Maka pelbagai persoalan akan bermain difikiran antaranya apakah itu empiricisme itu sendiri? Apakah kaitan empircisme dengan falsafah moden? Bagaimana fahaman empiricisme ini memainkan peranan dalam falsafah? Siapakah yang terlibat dalam membincangkan fahaman empiricisme dan pelbagai persoalan lain yang terbit daripada rantaian persoalan yang telah dinyatakan malah kadangkala tidak terjawab dan tidak habis untuk diperbincangkan. Inilah yang dikatakan falsafah lari dari kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan menyingkap tabir kebatilan yang menutup kelemahan fikiran. Oleh itu melalui persoalan dan perbincangan menggunakan pendekatan falsafah dapat meringkaskan pemikiran manusia yang berusaha memahami hakikat sebenar alam. ( Mohd Yusoff)

Perbincangan falsafah yang dianggap sukar difahami dan selalu terkeluar dari lapangan kehidupan. Sebenarnya falsafah hanya berlegar dalam lingkungan kehidupan seharian manusia itu sendiri.(Mohd Yusoff) Dalam memahami dengan lebih lanjut perbincangan mengapakah empiricisme tergolong di dalam mazhab falsafah moden lebih baik kiranya kita meneliti sedikit aliran dari mana timbulnya fahaman empiricisme itu sendiri. Apabila kita membincangkan soal-soal falsafah kita akan membincangkan tentang cabang-cabang falsafah. Falsafah mempunyai empat cabang iaitu metafizik, logik, aksiologi dan epistemologi. Di dalam epistemologi kita akan melontarkan idea tentang teori ilmu, skop ilmu, sumber-sumber ilmu dan banyak lagi. Intuitif, rasional/logik, autoriti dan wahyu adalah sumber-sumber dalam mendapatkan ilmu. Sumber ilmu berteraskan wahyu mencipta kepercayaan agama. Kepercayaan agama juga ada yang tidak berteraskan wahyu yang di panggil agama tak samawi. Dalam membina kepercayaan yang berteraskan akal fikiran manusia ini (agama tak samawi) maka berlakulah perbezaan pendapat, tafsiran dan pengertian dalam sesuatu perkara dalam kehidupan. Ini kerana setiap manusia yang melakukan ta’kulan, refleksi, persepsi, interprestasi dan melalui pengalaman yang berbeza lantas mempunyai cetusan minda tersendiri yang kadangkala menjangkaui akal fikiran. Oleh itu terbentuklah fahaman-fahaman rationalist dan empiricisme.( Abdul Rahman Md Aroff )

Definisi Empiricisme


Maksud empiricisme ini boleh didefinisikan dalam dua skop perbincangan supaya lebih jelas dan lebih mudah untuk difahami. Definisi pertama adalah terus daripada sudut bahasanya iaitu empiricisme ini adalah daripada perkataan empeiri (bahasa Greek) dan experimental (bahasa latin) dan juga dari bahasa Inggeris experience iaitu bermaksud pengalaman. Definisi kedua adalah dari sudut istilah iaitu empiricisme ini secara aplikasinya adalah sifat pemikiran yang menekankan aspek pengalaman pancaindera dalam memperoleh dan mendapatkan ilmu pengetahuan.( Mohd Yusoff )

Secara analoginya perolehan ilmu pengetahuan elektrik pada awalnya adalah melalui pengamatan pengalaman pancaindera. Secara mudahnya kita melihat melalui mata (pancaindera) kipas berpusing di siling rumah. Apabila dikatakan kipas itu bergerak kerana adanya tenaga elektrik maka setiap orang yang melihat akan setuju dengan yakinnya. Walaupun pada hakikatnya orang yang melihat tidak pernah melihat pergerakan tenaga elektrik di dalam kabel yang disambung.Bagaimana ilmu elektrik ini dapat diterima terutama kepada ahli empericisme? Bagaimana elektrik boleh diiktiraf sebagai ilmu pengetahuan? Untuk menjawab persoalan ini ahli empericisme perlu berfikiran saintifik untuk membuktikan wujudnya elektrik pada kipas itu. Melalui eksperimen dan uji kaji maka terbukti terdapatnya pengaliran tenaga elektrik. Melalui bukti-bukti yang tidak dapat disangkal lagi oleh bukti yang lain maka ahli empiricisme ini membuat kesimpulan wujudnya pengaliran tenaga elektrik pada kipas tersebut kerana kenyataan itu dibuktikan berdasarkan pemerhatian pancaindera kipas itu berpusing bukan atas dasar melihat pergerakan pengaliran tenaga elektrik itu melalui pancaindera. Penerimaan teori ini secara eksperimental menyebabkan lahirnya teori baru yang dikembangkan berdasarkan teori asal. Maka wujudlah teknologi baru contohnya teknologi mekatronik, semikonduktor, elektronik dan sebagainya. Perkembangan ilmu ini meledakkan satu revolusi baru pada zaman moden yang dipelopori oleh negara-negara barat.

Untuk mengembangkan ilmu-ilmu pengetahuan ahli empiricisme telah menggariskan beberapa metod untuk menguji sesuatu ilmu itu secara saintifik. Metod pertama dimulai dengan satu persoalan baru atau isu-isu baru ataupun satu masalah baru. Kemudian proses pengumpulan matlumat berkaitan dengan masalah,isu dan persoalan yang dikemukakan. Selepas mendapat maklumat yang secukupnya bolehlah mencadangkan jawapan yang dipanggil membuat inferens ataupun hipotesis. Untuk membuktikan hipotesis itu maka perlulah dilakukan uji kaji ataupun eksperimen untuk menguji kebenaran inferens ataupun hipotesis tadi. Setelah dibuktikan benar maka eksperimen tadi keluar dengan satu kesimpulan yang membentuk teori, hukum ataupun prinsip. Jika tidak terbukti benar maka eksperimen akan diulangi sehingga mendapat bukti yang tidak dapat dinafikan untuk mengeluarkan sesuatu teori ilmu baru.(Philo@Sopia)

Selain itu tiga ciri utama pemikiran saintifik dan kritikal telah digariskan. Pertama ialah empiricisme iaitu apa yang di buktikan oleh lima pancaindera dengan realiti alam (natural evident). Kedua, rationalisme iaitu pemikiran logik yang tidak dipengaruhi oleh emosi dan perasaan. Contohnya jika x = 2 maka x2 = 4 adalah diterima bukan berdasarkan emosi dan perasaan tetapi terbina berdasarkan logik akal semata-mata. Akhir sekali adalah sifat yang sentiasa meragui dan perlu pembaharuan kepada satu-satu pendapat atau teori. Meneliti sifat ini menyebabkan berlakunya perkembangan idea dan penemuan teori baru ketika berlangsungnya pembuktian yang lebih logik dan rasional berdasarkan bukti yang lebih jelas nyata. Cara pemikiran hari ini dipanggil skepticisme. Jadi melalui panduan ini berlakunya aliran pemikiran baru yang tidak lagi bersandarkan agama Kristian dan gereja yang sering menyeleweng dan menyekat kebebasan berfikir.(Philo@Sophia)

Berbalik kepada perbincangan ciri-ciri fahaman dan bidang perbincangan aliran empiricisme ialah membincang, mengkaji tentang sains tulen dan sains sosial untuk menghasilkan kajian fenomena semula jadi. Kajian dilakukan adalah bersifat “Posteriori” iaitu kebenaran wujud setelah sesuatu telah dibuktikan. Namun diingatkan kajian yang dibuat juga bersifat “Contigent” yang bermaksud ilmu yang ditemui adalah bersifat tidak mutlak kerana sesuatu ilmu itu hanya akan diterima selagi tidak wujudnya bukti yang baru yang boleh memansuhkan bukti yang lama. Proses pembuktian ilmu melalui kaedah saintifik ini disebut proses “induktif”. Kajian saintifik digabungkan dengan cara pemikiran yang kritikal menyebabkan aliran yang berkefahaman empiricisme tidak mudah membuat kesimpulan, mengeluarkan teori, mengesahkan sesuatu ilmu pengetahuan yang baru ditemui. Ciri-ciri diatas ada pada setiap tokoh empiricisme antaranya Aristotle. Aristotle juga pernah menegaskan ;

“State that the core empiricist tenet that human knowledge of reality is grounded insense experience”, Aristotle

Ini bermaksud dia menegaskan prinsip utama setiap ahli empiricisme perlulah melihat ilmu pengetahuan itu melalui asas pengalaman pancaindera. Oleh hal yang demikian prinsip ini adalah bertentangan dengan prinsip menerimaan ilmu sebelum falsafah moden.(Wikipedia)

Falsafah Moden


Menyelusuri perkembangan kemunculan falsafah moden terdapat beberapa faktor yang mendorong perubahan sikap dan cara berfikir golongan intelektual barat pada ketika itu. Faktor pertama ialah kejatuhan kekuasaan gereja iaitu menjurus kepada kegagalan ahli-ahli falsafah skolalistik (falsafah Kristian) memberi jawapan secara intelektual terhadap masalah keagamaan dan penerangan isu-isu agama biasanya tidak rasional dan berlawanan dengan tabie pemikiran manusia. Kemunculan kekuasaan dan pengaruh sains adalah merupakan faktor yang kedua. Ilmu sains merupakan cetusan yang sangat berkesan dan mendapat tempat dalam kalangan intelektual barat.Ini kerana keberkesanan, sifat praktikalitinya, penghayatan kebenaran secara nampak (pancaindera), dan menggunakan metod-metod saintifik untuk menggalakkan aktiviti berfikir dan menyelidik. Ini amat bertentangan dengan amalan agama yang bersifat dogmatik tanpa soal dan mengongkong pemikiran kritis. Faktor ketiga ialah lahirnya semangat reflektif iaitu kecenderungan untuk mempraktikkan kebolehan fikiran dan pengamatan pancaindera. Mereka mengamati diri mereka dan alam sekitar mencari kebenaran secara bebas dan rasional tanpa ada unsur pahala dan dosa. ( Mohd Yusoff )

Falsafah moden secara amnya dibentuk melalui keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan manusia. Lantaran itu falsafah moden mengembangkan isu metod falsafah, pembentukan sistem dan kemanusiaan. Melalui ini juga falsafah moden menekankan kepada persoalan akal dan pancaindera dalam membicarakan had ilmu pengetahuan, asal usul ilmu pengetahuan dan kesahihan ilmu pengetahuan. ( Abdul Rahman )

Kesimpulan

Oleh hal yang demikian jelas menunjukkan pertindihan dan pertembungan atau “overlapping” di antara hasil perbincangan empiricisme dan falsafah moden. Tuntas menjawab persoalan utama yang dikemukakan iaitu mengapakah empiricisme tergolong dalam mazhab falsafah moden. Aliran mazhab empiricisme dan falsafah moden sebenarnya saling bergantungan antara satu sama lain dan juga saling lengkap- melengkapi dalam ruang perbincangan falsafah. Secara amnya mazhab empiricisme tidak mudah membuat kesimpulan selagi tidak dibuktikan secara saintifik. Pembuktian secara saintifik secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri dalam mengembangkan potensi seseorang mencipta ilmu pengetahuan seterusnya memenuhi keperluan asas pembentukan falsafah moden itu sendiri. ( Philo@Sofia ) Oleh itu, berasaskan prinsip-prinsip asas empiricisme berlaku penolakan fahaman tradisional secara tidak sengaja atau sengaja kerana sifat yang seringkali bercanggah. Antaranya sifat fahaman yang kekal tidak berubah, perlu menerima tanpa meragui, amalan atau paradigma yang mengongkong contohnya konsep ‘dosa warisan asal’ dan menekankan kepercayaan keimanan melebihi ta’kulan seseorang yang berfikiran falsafah. ( Abdul Rahman)

Namun diingatkan pembuktian secara saintifik tidak membuktikan kebenaran secara mutlak. Sifatnya sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan pemikiran manusia dan keikhlasan pencari hikmah. Pemikiran manusia terbatas kepada kemampuan pancainderanya. Oleh itu mazhab empiricisme merupakan salah satu sumber ilmu pengetahuan tetapi bukan secara total. Pengunaan akal semata-mata sudah tentu gagal menerokai hikmah.

“ Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan suatu kebohongan terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya? Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak beruntung.” Surah Al-An’am ayat 21.

Justeru secara peribadinya saya berpendapat akal perlu dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah supaya penerokaan hikmah dalam sesuatu bidang ilmu itu lebih bersifat mutlak dengan berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunah tidak lagi disangkal oleh mana-mana hujah manusia.

Sungguh, ( Al-Quran ) itu benar-banar firman pemisah (antara yang hak dan yang batil )”, Surah At-Tariq ayat 13.

Lagi penerokaan hikmah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunah mendekatkan diri kepada Pencipta Yang Esa secara mudahnya adalah sambungan analogi kewujudan ilmu elektrik di mana keyakinan wujudnya elektrik adalah lebih dari seratus-peratus apabila kipas berpusing. Maka tidak salah untuk kita berfikir secara metafizik, mengakui dan meyakini melebihi seratus-peratus malah berganda-ganda tentang kewujudan Pencipta Yang ESA dengan melihat, merasa dan mendengar melalui pancaindera bukti kekuasaan-NYA yang menciptakan alam yang indah ini dengan makhluk-makhluk, baik yang bernyawa mahupun tidak dan paling teristimewa ialah penciptaan manusia yang sempurna dengan pengurniaan akal fikiran. Yakinlah kepada-NYA melebihi kita yakin kepada kewujudan elektrik walaupun kita tidak dapat melihat secara realiti, cukup dengan bukti hikmah penciptaan-NYA dari sekecil-kecil penciptaan lalat.

FATANAH BT DERAMAN
BACELOR SAINS DENGAN PENDIDIKAN - MATEMATIK
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PMIUPM)

KELESUAN PENDIDIKAN TERHADAP ANAK-ANAK

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Akhir-akhir ini dunia pendidikan seakan-akan menangis melihat keadaan pelajar di sekolah-sekolah yang melakukan aktivit-aktiviti yang tidak mencerminkan keperibadian yang baik.

Ada bilik darjah yang dibakar, ada murid yang ingin membakar rumah gurunya, ada pula pelajar yang terbabit dengan jenayah. Gejala apakah ini?

Dahulu, dalam sejarah Melayu, sekolah dianggap satu tempat yang mulia di mana pelajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan pada masa depan. Guru adalah pengganti orang tua yang terkadang dihormati melebihi hormat seorang anak kepada ayahnya. Akan tetapi hari ini sekolah yang mulia itu ada yang mula dibakar oleh pelajarnya dan juga guru yang sepatutnya dihormati kini menjadi mangsa kenakalan para pelajar.

Daripada hati kecil kita mungkin terdetik persoalan kenapa terjadi perubahan yang besar di kalangan para pelajar kita pada hari ini?

Lalau siapakah pula yang boleh dipertanggungjawabkan atas ketempangan masalah sosial yang melanda generasi muda kita? Adakah ibu bapa, guru atau peajar itu sendiri? Yang menghairankan, masalah sosial ini amat ketara melibatkan pelajar yang berasal dari kaum Melayu. Di manakah puncanya?

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, elok kita cuba merenung dan mendalami bagaimana sistem pendidikan anak-anak menurut kaca mata Islam. Ini merangkumi fasa-fasa tertentu mengikut peningkatan usia seseorang manusia itu.


Sebelum kelahiran:

Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya bersabda,maksudnya: “Didiklah anak 100 tahun sebelum dilahirkan.” Hadis ini amat singkat tetapi memiliki makna falsafah yang dalam sebab ungkapan ‘seratus tahun sebelum lahir’ ini bermakna jauh sebelum anak itu dilahirkan oleh ibunya ke dunia ini.

Apa maknanya? Pakar kesihatan dan ahli jiwa berpendapat bahawa keadaan orang tuanya mempengaruhi sifat dan perilaku anak-anak yang akan lahir. Ertinya ,perbuatan dan sikap orang tua sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi yang akan lahir.

Di antara pendapat pakar itu dengan hadis Rasulullah s.a.w diatas sebenarnya memiliki kesesuaian dan sealiran. Ini kerana makna hakikat mendidik anak ‘seratus tahun sebelum lahir’ dalam hadis Rasul adalah dengan cara mendidik diri setiap orang tua itu sendiri terlebih dahulu dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dan meninggalkan semua bentuk maksiat.


Mungkin inilah yang dikatakan orang Arab dalam satu syair: “ Kaifama takun yakun abna’aka ” yang bermakna bagaimana kamu hari ini,begitu pulalah anak-anakmu pada masa hadapan.
Seorang ayah dan ibu kadang-kadang lupa dan leka dengan menganggap perbuatan dan sikap mereka ketika ini tidak memiliki hubung kait dengan masa depan anak-anak mereka. Padahal setiap orang tua sebenarnya bukan hanya mewariskan harta kepada anak mereka tetapi juga akan mewariskan sikap dan pandangan hidup.

Setelah kelahiran:

Rasulullah s.a.w membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada empat tingkatan,iaitu:

Pertama: umur 1-7 tahun.Pada masa ini,Rasulullah menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih yang tidak bertepi dan sayang yang tidak terbatas. Biarkan anak-anak pada masa ini bermandikan kasih sayang.

Kedua: umur 7 – 14 tahun. Pada masa ini Rasulullah memerintahkan kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan memerintahkan mereka untuk mengerjakan solat.

Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun,seorang ayah boleh memukul anaknya apabila enggan mengerjakan solat. Berdasarkan kajian pakar-pakar jiwa anak, sememangnyalah pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak.

Pada saat ini pula seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau yahudi, nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah adan ibulah yang akan mencorakkannya.

Ketiga: umur 14-21 tahun, pada masa ini orang tua sudah menukar penanaman disiplin dengan cara yang agak keras kepada yang rasioanal. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punya tanggungjawab dan telah dewasa sehingga sudah mesti mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

Keempat: umur lebih 21 tahun. Pada masa ini , orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa. Dalam kehidupan kita sebagai muslim,kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan,bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali. Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada tahun 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya, bahkan marah kepada ibu bapanya apabila disuruh sembahyang. Apabila seorang anak enggan melaksanakan kewajipannya yang tertinggi, iaitu solat,maka perintah siapa yang akan dia dengar dan lakukan? Padahal hakikat solat mampu mencegah seseorang untuk tidak melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Dengan kata lain, dapat disimpulkan bahawa perbuatan samseng yang dilakukan oleh pelajar muslim di sekolah mereka,sebenarnya terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan tidak berperanannya hikmah solat dalam diri mereka yang berpunca daripada cara mendidik yang salah. Sebahagian orang tua ada yang menanamkan pendidikan disiplin kepada anak secara membuta-tuli tanpa melihat umur dan perkembangan kedewasaan anak sehingga anak berasa dizalimi oleh orang tua dari segi hak-hak tertentu. Natijah dari sikap seperti ini akan menjadikan anak-anak jauh dari orang tua dan menganggap rumah sebagai penjara, lalu mereka terdorong untuk mencari ketenangan diluar rumah.

Persekitaran

Dalam islam persekitaran memiliki peranan yang penting dalam pendidikan anak sehingga wajarlah apabila kita dianjurkan untuk melihat jiran di kawasan yang akan diduduki. Sebab jiran yang baik lebih mulia dari saudara yang jauh.
Anak-anak sangat mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh sebab itu, tinggal di suatu tempat dengan persekitaran yang baik adalah modal penting membentuk sahsiah anak untuk menjadi generasi yang baik. Sebagai kesimpulannya, pendidikan anak mestilah dimulakan dari pendidikan orang tua itu sendiri dan ia bermula di rumah.
Kedua,kita perlulah menghayati peringkat yang diajarkan oleh Rasulullah dalam pendidikan anak-anak. Dan ketiga pilihlah persekitaran yang baik untuk anak-anak.
Persekitaran yang baik ini bermakna bukan hanya baik dari keadaan fizikal tapi baik juga dari segi mental dan kehidupan beragama.

Afiqah Rohaizi
Darul Quran

PANDANGAN GAMIS MENGENAI SISTEM PEPERIKSAAN

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Naib Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Rafidah Jannah Salleh ketika dihubungi menegaskan pendirian beliau yang bersetuju agar dilakukan penilaian semula peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pengajian Malaysia (SPM).

Beliau bersetuju sekiranya dipercepatkan proses peperiksaan tersebut dengan tujuan mempercepatkan proses kelahiran ilmuan di Malaysia. Beliau ketika dihubungi berkata,

”Saya mencadangkan agar UPSR diadakan ketika darjah lima dan SPM ketika tingkatan empat. Manakala PMR tidak lagi penting dan bagi saya, dimansuhkan sahaja.”

Namun Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), sedikit berbeza pandangan dengan Rafidah. Beliau bersetuju dengan pandangan agar sistem peperiksaan tidak dijadikan sebagai satu-satunya penilaian dengan menjadikan sistem pointer sebagai salah satu penilaiannya.

”Jika dalam universiti, mahasiswa diberikan assignment bukan sekadar untuk disiapkan sebagaimana kerja rumah semasa sekolah menengah, bahkan mereka diminta untuk membentangkannya. Bahkan kehadiran mereka dalam kelas juga dikira untuk pointer.”

Menurut beliau, pelajar sekarang semakin cerdik, maka proses kematangan itu perlu dipercepatkan agar Malaysia setanding dengan negara-negara yang lebih maju. Beliau menambah, moral dalam dunia pengajaran juga penting untuk kebaikan pelajar itu sendiri.

Maka disebabkan itulah sistem penilaian terhadap kelahiran dalam kelas, bahkan akhlak dan moral sepanjang pengajian mereka dan komitmen mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan termasuklah pembentangan adalah satu kaedah penilaian yang menarik.

Pengarah Kongres, Siti Nurul Munawirah dalam masa yang sama menyebut, disiplin pelajar perlu juga dinilai dan diberikan pointer. Disiplin ini termasuklah imej pemakaian mereka, daya hormat mereka terhadap guru serta setakat mana mereka tidak melanggar peraturan sekolah.

Pendidikan Islam : Suatu Analisis (7)

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


PERANAN GURU

Golongan guru hanya dapat berperanan secara berkesan setelah mereka memahami persoalan yang terdapat dalam masyarakat serta setelah konsep pendidikan Islam itu jelas dalam pemikiran mereka. Menurut Ghazali Basri, 1986, dalam usaha untuk mengembalikan atau menerapkan nilai identiti Islam dalam sistem pendidikan ia dapat dilakukan dalam dua cara yang berjalan serentak iaitu :

1.Peringkat memberi keyakinan tentang falsafah, skop dan matlamat pendidikan Islam kepada pihak yang berkuasa serta para perancang dan pelaksana dasar pendidikan.

Tugas ini dapat dilakukan oleh golongan pendidik di pusat-pusat pengajian tinggi kerana mereka berkemampuan untuk memberikan penerangan yang meyakinkan dari segi theoretical concept dan theoretikal framework.

2.Peringkat bawahan di mana-mana guru-guru yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran di sekolah-sekolah cuba menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap mata pelajaran yang diajarnya.

KESIMPULAN

Sambutan yang ditunjukkan terhadap sekolah-sekolah agama menunjukkan bahawa sememangnya ibubapa sekarang perihatin dengan bentuk pendidikan yang hendak diberikan kepada anak-anak mereka. Setiap tahun bilangan permohonan ke sekolah agama samada di peringkat rendah atau menengah yang terpaksa di tolak semakin bertambah kerana kekurangan tempat. Sebahagian besar sekolah agama juga mula memperlihatkan kecermelangan akademik.

Pihak Kementerian Pendidikan perlu melihat Pendidikan Islam bulan lagi sebagai mata pelajaran yang hanya di kesampingkan sahaja kewujudannya.

BIBLIOGRAFI
Abdul Halim El Muhammady (Prof. Madya Dr.) (1987), Pendidikan Di Malaysia : Ke Arah Keberkesanan Pendidikan Melalui Pendidikan Sepadu, Jurnal Pendidikan Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Dilema Pengajian Islam, (5 Mac 1997), Rencana Utusan Malaysia.
Ghazali Basri (1986), Pendidikan Islam : Cabaran dan Peranan Guru, Jurnal Pendidikan Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Hassan Langgulung (Prof. Dr.) (1995), Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma, HIZBI Press.
Kurikulum Pendidikan Islam Kebangsaan 1998, ( 3 Mac 1997), Utusan Malaysia.
Norizan Sharif (1994), Pendidikan Islam Di Malaysia, UMMI.
Sistem Pendidikan Aliran Agama Diperluas, (20 Mei 1998), Utusan Malysia.
Sistem Pendidikan Memang Wajar Diubah, (2 Mac 1998), Utusan Malaysia.
Tajul Ariffin Nordin (1986), Beberapa Aspek Pendidikan Liberal Dalam Konteks Pendidikan Negara, Jurnal Pendidikan Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Wan Hishamudin Wan Jusoh (1998), Memartabatkan Pendidikan Islam, Dewan Masyarakat.
Zawawi Hj. Ahmad (1987), Teras dan Falsafah Pendidikan Islam, Jurnal Pendidikan Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

http://www.hikmahmedia.net/

KEMEROSOTAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Tahap pendidikan di kalangan umat islam amatlah rendah dan merosot. Jumlah buta huruf dan buta agama semakin tinggi. Akibat daripada kejahilan yang meluas, nasib umat islam diseluruh dunia terus-menerus dipermain dan dipersendakan oleh musuh-musuhnya.Kekayaan dan kemewahan negara islam diseluruh dunia tidak dapat diguna dan dijadikan sumber kekuatan untuk menebus maruah umat islam. Kejahilan dan kebebalanlah punca utama umat islam menderita. Sebaliknya kekuatan ilmu adalah faktor terbesar yang menyebabkan musuh islam bertambah kuat, menjadi kumpulan pemenang dan juara sehingga mampu mencorakkan tamadun dunia. Umat islam baik sebagai kumpulan majoriti pun kecundang, apalagi sebagai kumpulan minoriti.

Untuk membangunkan semula maruah umat islam baik diperingkat antarabangsa mahupun diperingkat nasional seperti Malaysia, Indonesia, Pakistan dan lain-lain, baik dibidang politik, ekonomi, sosial, kesihatan, sains dan teknologi, serta moral, maka para cendekiawan muslim yang seharusnya menjadi ‘arkitek’ dan ‘jurubina’ kepada pembangunan tamadun umat islam mestilah meninjau, merancang dan menyusun semula (reformasi) sistem, strategi, struktur dan pelaksanaan proses pendidikan islam di negara masing-masing ke arah yang lebih menyeluruh, komprehensif, dan futuristik.

Semangat jihad dibidang pendidikan berdasarkan ayat ‘Iqraq’ dan juga ayat 122 surah AL-TAUBAT, patutlah dijadikan program gerakan massa yang menyeluruh dan berterusan demi untuk menuju ke arah pembaharuan umat sehingga tahap buta huruf, buta agama, buta sains dan teknologi (dari segi kualiti dan kuantiti) menurun ke peringkat minima. Jihad pendidikan lebih penting dan utama dari bidang jihad yang lain kerana dapat menghapus dan memerangi kejahilan disamping menguatkan keimanan dan keyakinan umat sebelum mereka melangkah ke medan jihad yang lain.

Dengan berpandukan kepada sejarah perkembangan tamadun islam yang subur dan kaya dengan Al-Quran dan As-sunnah, soal falsafah pendidikan, soal ilmu baik ilmu fardhu ain dan fardhu kifayahnya tidak sepatutnya menjadi perbincangan yang tidak berkesudahan dikalangan umat islam. Perkara-perkara tersebut di atas adalah suatu yang sudah jelas dan sepatutnya selesai sejak berabad yang lalu. Yang menjadi perbincangan dan persoalan kita ialah bagaimana hendak menyusun strategi dan mengatur program serta perancangan pendidikan yang lebih kemas dan sistematik bagi membolehkan masyarakat islam dilatih, dicanai sehingga akhirnya mereka mampu untuk ikut berjuang, memberikan sumbangannya di dalam percaturan hidup di dunia ini. Apa yang berlaku diseluruh dunia islam sekarang ini ialah soal kekurangan strategi, ketandusan program pendidikan jangka pendek dan jangka panjang baik diperingkat rendah, menengah dan tinggi apalagi dibidang-bidang profesional dan kepakaran di dalam berbagai disiplin ilmu. Di Malaysia sendiri kita dapati strategi dan perancangan pendidikan islam adalah amat perlahan dan tidak banyak yang berubah. Pada Tahun 1957, Mufti (jawatan agama yang paling tinggi) adalah lulusan ijazah pertama Al-Azhar. Tahun 1993, selepas 35 tahun kemerdekaan, para mufti masih lagi lulusan ijazah pertama, begitu juga para kadi dan Imam di masjid masih sama seperti 30 tahun yang lalu. Malah kalau kita tinjau ke hadapan, tahun 2000 dan seterusnya fenomena seumpama ini akan berterusan kerana ketandusan dan ketiadaan perancangan yang jelas dan konkrit disediakan.

Umat islam hari ini seolah-olah belum pulih sepenuhnya daripada kesan penjajahan politik yang dialami sejak peperangan salib pada akhir abad 13 masihi serta penjajahan negara barat beberapa dekad yang lalu. Pemikiran dan kejiwaan mereka ikut terjajah dan terbelenggu sehingga di dalam bidang pendidikan iaitu bidang yang cukup lama dikuasai oleh umat islam sendiri, mereka ikut terpenjara dan terkurung serta diselimuti oleh kejumudan. Umat islam masih terumbang-ambing kehilangan identiti dan sedang mencari identiti baru. Manakala sebahagian yang lain pula meniru dan mengikut apa sahaja sistem, struktur dan format yang dilakukan oleh orang barat dalam bidang pendidikan dan sedikit demi sedikit telah membuang dan meninggalkan sesuatu yang bernilai daripada tradisi pendidikan islam. Memang kita tidak salah mengambil, .meniru sesuatu yang baru dan baik tetapi adalah amat malang kalau kita umat islam telah meninggal dan membuangkan unsur-unsur yang positif daripada tradisi dan tamadun kita sendiri.

Pada peringkat ajaran yang ideal, konsep pendidikan dan pembelajaran di dalam islam ialah pendidikan sepanjang hayat dan menyeluruh. Tetapi di dalam kenyataan hidup masyarakat islam, kita dapati perancangan, strategi, program, kurikulum dan seterusnya pelaksanaan adalah sangat kabur, tidak terancang, tidak mempunyai strategi, lemah dan sangat mengecewakan. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai 18 juta penduduk (52 peratus adalah beragama islam) seramai lebih kurang 4 juta orang adalah terdiri daripada para pelajar (rendah hingga ke universiti) iaitu kumpulan rakyat yang berumur antara 7-25 tahun. Bagaimana dengan kedudukan rakyat yang berumur antara 26 tahun ke atas yang jumlahnya tentu lebih ramai daripada kumpulan yang berumur 7-25 tahun itu. Apakah dia agensi yang bertanggungjawab mendidik, memimpin, membantu perkembangan ilmu dan intelektual golongan dewasa tersebut secara formal? Jelas tidak ada. Golongan dewasa ini mendapat pendidikan (bagi yang berminat sahaja) secara tidak formal iaitu melalui pembacaan bahan bercetak, mendengar, memandang serta mendapat maklumat melalui media elektronik, menghadiri majlis ceramah, seminar, khutbah, kuliah di masjid, surau dan lain-lain. Sebahagian besar golongan dewasa adalah terbiar,tercicir dan terlepas daripada proses belajar sepanjang hayat. Setakat ini Agensi yang berkaitan dengan golongan dewasa ini ialah Kementerian Penerangan, Pusat Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri-negeri, Jabatan Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Biro Tata Negara (BTN), Jabatan Perpaduan Negara dan lain-lain. Untuk umat islam, maka agensi seperti Pusat Islam, (BHEIS-JPM), Institut Kefahaman Islam (IKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri-negeri patutlah diberi tenaga baru khususnya untuk merancang, mengatur strategi, menyediakan program yang lebih baik,kemas, meyeluruh dan canggih.

Masalah perpecahan umat islam menyulitkan lagi masalah pendidikan ini. Perpecahan tersebut baik perpecahan politik dan pandangan, perbezaan aliran mazhab dan kumpulan telah meruncingkan lagi masalah yang dihadapi oleh umat islam baik diperingkat negara mahupun antarabangsa. Apakah sikap kita terhadap perkembangan institusi pendidikan swasta, persendirian, perkumpulan atau persatuan dakwah dan lain-lain yang tumbuh seperti cendawan di negara kita hari ini? Apakah ianya untuk membantu negara dari segi pendidikan dengan menyediakan peluang dan tempat belajar? Apakah ia satu proses dan rasa tidak puas hati terhadap dasar, sistem dan kurikulum pendidikan negara oleh pihak yang terlibat? Apakah ia diwujudkan demi untuk meraih keuntungan kewangan yang melimpah, mengambil peluang dan kesempatan di atas kesedaran masyarakat terhadap pentingnya pelajaran dan pendidikan? Atau ada lain-lain motif sehingga ada berbagai ragam Taski, Taska, Tadika, Tabika dan lain-lain, ada SMAN (Sekolah Menengah Agama Negeri), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan), SMKA ( Sekolah Menengah Kebangsaan Agama), Sekolah pondok, Sekolah Agama Rakyat dan lain-lain dan akhirnya ada Kolej Universiti Kerajaan dan Swasta. Semua fenomena ini merupakan cabaran yang memerlukan jawapan yang kongkrit daripada pihak-pihak yang berwibawa didalam menangani isu-isu masyarakat islam.

Poster Kongres

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Sila download poster kongres dan copy di blog,website anda dll utk tujuan promosi kongres.Ayuh bantu kami.


http://i581.photobucket.com/albums/ss256/ilmiah88/posterkongres2.jpg

Pendidikan Islam : Suatu Analisis (6)

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMANTAPKAN LAGI SISTEM PENDIDIKAN MASAKINI

Berdasarkan beberapa pembacaan yang telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Sistem Pendidikan Islam di Malaysia kami mendapati bahawa pihak kerajaan juga sebenarnya telah mengambil langkah yang tertentu untuk menerapkan nilai-nilai Sistem Pendidikan Islam dalam usaha untuk memantapkan lagi sistem pendidikan yang telah sedia ada. Terdapat langkah-langkah yang masih diperingkat cadangan dan ada juga yang telah mula dilaksanakan.

Di antara langkah-langkah tersebut adalah :

•Kurikulum Baru Pendidikan Islam bagi Sekolah Rendah dan Menengah

Kurikulum Baru Pendidikan Islam ini akan memberikan tumpuan lebih khusus kepada perkara yang diajar dan pembabitan murid adalah lebih tinggi di dalam pengajaran - pembelajaran. Kurikulum baru ini juga memberi penekanan kepada nilai akhlak bagi membentuk generasi berakhlak disamping memberi penekanan kepada makna dan falsafah setiap ibadah yang dilakukan. Pengolahan kurikulum ini juga mengambil kira mata pelajaran lain secara sepadu, termasuk isu-isu semasa. Kurikulum ini perlu sentiasa dikaji dan dipertingkatkan aspek pendidikannya supaya selaras dengan cabaran dan masalah yang dihadapi oleh golongan berkenaan.

Menurut Muhammad Syafie, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan, kurikulum baru ini telah dilaksanakan sepenuhnya bermula pada tahun 1998. Sebagai permulaannya 40 buah sekolah menengah dan rendah telah dipilih di seluruh negara untuk tempoh percubaan selama setahun.

•Kurikulum Baru Pendidikan Islam Bagi Sekolah Aliran Agama

Kurikulum baru yang dicadangkan akan menggunakan Kurikulum Pendidikan Islam Bersepadu yang menyelitkan unsur-unsur bestari iaitu guru bertindak sebagai fasilitator. Objektif kurikulum baru ini bertujuan memperkukuhkan iman dan taqwa, sambil menerapkan nilai dan memperkukuhkan akhlak para pelajar. Untuk tujuan tersebut, para pelajar perlu memahami makna dan amalan-amalan agama. Kurikulum bersepadu ini juga dapat menyemai minda para pelajar bahawa pendidikan Islam merupakan suatu perkara yang mudah dan menyeronokkan. Apa yang lebih penting, kurikulum ini kelak akan menjanakan pelajar yang mampu berfikir sendiri.

•Mewujudkan Latihan Perguruan yang Lebih Bersepadu

Guru merupakan tunjang utama dalam menentukan keberkesanan pembelajaran para pelajar. Oleh itu latihan perguruan yang sedia ada sekarang perlu dikaji semula selaras dengan perkembangan semasa. Sebagai contoh, matapelajaran selain daripada pendidikan Islam perlu diajar dengan menyelitkan unsur-unsur keislaman / murni supaya para pelajar mendapat lebih pendedahan kepada pengertian Islam yang syumul.

•Memberikan Bantuan Yang Lebih Menyeluruh

Di dalam usaha untuk memartabatkan Sistem Pendidikan Islam, pihak Kerajaan perlulah perihatin terhadap masalah-masalah yang di hadapi oleh sekolah-sekolah Agama samada dari segi kewangan, peralatan, kemudahan mahupun masalah pengurusan. Dengan adanya bantuan peralatan dan pelbagai kemudahan, maka sudah tentulah akan lebih memudahkan lagi sekolah-sekolah agama untuk menyediakan seasana pembelajaran yang selesa kepada pelajar-pelajarnya.

sumber hikmahmedia.net

Pendidikan Islam : Suatu Analisis (5)

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM

Berdasarkan kepada penerangan yang telah diberikan mengenai Sistem Pendidikan Islam, jelas menunjukkan kepada kita bahawa Sistem Pendidikan Islam adalah merupakan satu sistem yang lengkap meliputi segala aspek kehidupan yang kesemuanya menuju ke arah pembinaan insan kamil.

Barangkali kita bersetuju jika dikatakan bahawa pengajaran dan pendidikan Islam merupakan subjek atau satu disiplin ilmu yang seringkali diketengahkan sebagai kaedah penyelesaian kepada pelbagai masalah negara. Contohnya ketika kita menghadapi masalah berleluasanya jenayah kolar putih pada suatu ketika dulu, pengajian dan pendidikan Islam telah dicadangkan oleh pelbagai pihak sebagai salah satu kaedah penyelesaiannya.

Utusan Malaysia, 5 Mac 1997 telah mengulas mengenai 'Dilema Pengajian Islam' dengan mengemukakan beberapa pendapat golongan tertentu yang mengatakan bahawa pengajian Islam perlu dijadikan subjek yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar Islam sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam setiap disiplin ilmu. Menurut laporan itu lagi, subjek tersebut dikatakan mengandungi pelbagai "Mekanisme Pengawalan" yang membolehkan masyarakat mematuhi ajaran agama.

Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa sekiranya pengajian Islam difahami serta dihayati isi kandungannya dengan sebaiknya maka akan lahirlah ahli-ahli politik yang lebih bermoral dan berwawasan, ahli perniagaan yang jujur dan amanah, guru-guru yang berdedikasi serta pelajar-pelajar yang rajin dan berketerampilan, yang mana semua ini akan dapat mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa dewasa ini.

Dalam pada kita menggembar-gemburkan tentang peri pentingnya Sistem Pendidikan Islam ini diberi penekanan di dalam konteks pendidikan negara, namun masih ada kesangsian lagi samada pihak kerajaan bersedia untuk turut sama meningkatkan taraf dan pencapaian sekolah-sekolah agama, atau dalam konteks yang lebih luas lagi melaksanakam Sistem Pendidikan Islam di Malaysia.

Dalam membincangkan cabaran pelaksanaan Sistem Pendidikan Islam ini , Norizan Sharif dalam Majalah Ummi, Januari 1994 telah mengemukan laporan Kongres Pendidikan Islam Malaysia 1993 mengenai pelbagai isu yang timbul yang menyekat keberkesanan pendidikan Islam di negara kita. Antara isu-isu yang dikemukakan ialah :

•Dualisme Dalam Pendidikan

Prof. Madya Dr. Halim Mat Diah, ketua Akademi Islam Universiti Malaya, mengkritik dasar pendidikan Islam di negara ini dan mempersoalkan dualisme yang diamalkan di sekolah-sekolah. Menurut beliau apa yang berlaku ialah guru mata pelajaran Agama Islam mengatakan mendedahkan aurat adalah haram, tetapi kemudiannya masuk pula guru Bahasa Inggeris yang tidak menutup aurat. Jadi ini mungkin akan mengelirukan para pelajar.

Isu dualisme dalam sistem pendidikan ini telah membuatkan sebahagian ibu bapa tawar hati untuk menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan dan sebaliknya memilih sekolah agama yang memberikan penekanan kepada kedua-dua aspek akademik dan agama.

•Kekaburan Mengenai Bentuk Pendidikan Islam

Ustaz Wan Bakar wan Dagang dari Lembaga Penasihat dan Penyelerasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Jabatan Perdana Menteri merumuskan kekusutan yang dihadapi oleh Kementerian Pendidikan dalam menentukan dasar pendidikan Islam dengan berkata,

" Persoalan dasar Pendidikan Islam Malaysia ini sebenarnya belum di putuskan lagi. Apakah pendidikan Islam Malaysia adalah seperti yang wujud di sekolah-sekolah Agama yang ada pada masa kini ? Atau seperti pendidikan Islam di sekolah-sekolah pondok ? Atau pendidikan Islam seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ? Atau pendidikan Islam seperti di sekolah-sekolah swasta seperti ABIM ? Atau di Sekolah Rendah Islam Malaysia ? … Atau apakah model pendidikan Islam di negara Islam lain boleh diambil pakai untuk dipraktikkan di Malaysia. Saya rasa persoalan di atas belum lagi ditangani secara sepadu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia."

•Pelajar Kurang Berminat

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengenai mata pelajaran Pengetahuan Islam menyebut tiga perkara pokok yang dihadapi dalam pengajaran Agama Islam iaitu :

oMasih terdapat pelajar yang tidak berminat untuk mengambil peperiksaan mata pelajaran Pengetahuan Islam
oMasih ramai guru matapelajaran Pengetahuan Islam tidak mempunyai kelayakan ikhtisas terutama guru di sekolah rendah
oPengajaran guru kurang menitikberatkan aspek amali.

Tahap minat yang begitu rendah di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran Pengetahuan Islam sebenarnya berpunca dari sikap Kementerian Pendidikan sendiri yang tidak meletakkan prioriti yang tinggi terhadapnya.

Walaupun kita sering bercakap mengenai hasrat untuk meningkatkan tahap pengetahuan Islam dikalangan pelajar, sehingga kini mata pelajaran Agama Islam dilihat tidak penting kecuali bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran kejurusan agama.

•Ketidaksungguhan Kementerian Pendidikan

Di bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), pada zahirnya masa belajar mata pelajaran Agama Islam ditambah daripada 120 minit kepada 150 minit seminggu. Tetapi dengan luasnya skop mata pelajaran tersebut yang meliputi asuhan membaca al Quran dan rampaian Pendidikan Islam, masa tersebut iaitu purata 30 minit sehari didapati tidak mencukupi. Dengan masa yang begitu terbatas tidak hairanlah sekiranya ia kurang berkesan.

Begitu juga dengan guru mata pelajaran Agama Islam yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas. Beberapa perakuan laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengenai pelajaran Agama Islam masih tidak dilaksanakan sepenuhnya sehingga kini.

Kira-kira 5 000 orang guru agama di sekolah rendah yang merupakan Guru Sandaran Tanpa Latihan masih belum mendapat latihan ikhtisas yang cukup. Sepatutnya satu skim latihan khas perlu diberikan ke atas guru-guru agama yang tidak terlatih ini.

Ketidaksungguhan Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan tahap kefahaman Islam guru-guru sekali lagi terserlah apabila mata pelajaran Tamadun Islam di maktab-maktab perguruan kini dikurangkan daripada empat semester kepada satu semester sahaja.

Di dalam kongres Pendidikan Islam Malaysia ini juga turut mengupas beberapa masalah yang masih membelengu Sistem Pendidikan Islam di Malaysia yang juga merupakan cabaran yang perlu dihadapi. Di antara cabaran-cabaran tersebut ialah :

•Kekurangan Latihan Ikhtisas

Kenyataan ini telah disokong oleh ustaz Ibrahim Abdullah dari Jabatan Agama Islam Terengganu dengan menyatakan bahawa kekurangan latihan ikhtisas bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah. Perkara ini juga berlaku kepada matapelajaran akademik yang lain.

•Ketiadaan Sistem Peperiksaan dan Persijilan Yang Standard

Masih belum lagi terdapat unit dalam bahagian di Lembaga Peperiksaan untuk mengendalikan urusan peperiksaan bagi sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat. Dengan ketiadaan sistem peperiksaan dan persijilan yang standard, urusan kurikulum dan persijilan sekolah-sekolah agama negeri dan rakyat diuruskan sendiri oleh negeri-negeri dan pertubuhan yang menganjurkan sekolah tersebut.

Perkara ini menyebabkan kurikulum di sekolah-sekolah agama tidak seragam dan ini menimbulkan masalah pengiktirafan. Berhubung dengan masalah ini, Ustaz Haji Zainal Abidin menyebut bahawa ada negeri yang tidak mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh negeri lain.

Ini mengakibatkan kerugian di kalangan pelajar-pelajar kita sendiri kerana tanpa pengiktirafan, sijil yang dikeluarkan tidak lebih daripada sekeping kertas yang tidak bernilai.

•Tiada Satu Badan Khusus Yang Mengawasi Penyusunan Buku Teks Agama

Menurut Ustaz Wan Bakar Wan Dagang dari Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) bahawa sehingga kini Lembaga Penyusunan Buku-buku Agama dalam erti kata yang sebenarnya belum lagi wujud. Bahagian buku Teks, Kementerian Pendidikan hanya dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan buku-buku teks agama di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan.

Bagi membolehkan Islam diterapkan secara bersepadu, sudah sampai masanya bagi kita untuk menubuhkan sebuah Lembaga Penyusunan Buku Agama agar perhatian yang lebih dapat diberikan bagi mengawasi penerbitan buku-buku agama yang lebih bermutu. Selain dari itu, bahagian ini juga boleh merancang usaha-usaha bagi mempercepatkan pengislamisasian ilmu.

•Kurang Kemudahan Fizikal

Di kebenyakan sekolah agama terutama sekali sekolah agama negeri atau rakyat menghadapi kesukaran untuk membiayai pembangunan fizikal. Walaupun kerajaan memberikan bantuan namun ia tidak dilakukan secara menyeluruh. Sehingga hari ini masih ada lagi sekolah agama dalam keadaan serba kekurangan tetapi tidak mendapat sebarang bantuan daripada pihak kerajaan atas sebab-sebab tertentu.

•Kekurangan Tenaga Tadbir Yang Profesional

Dengan sumber kewangan yang terhad, sekolah-sekolah agama negeri dan rakyat menghadapi masalah untuk mendapatkan khidmat tenaga profesional. Akibatnya pentadbiran sekolah dikendalikan dengan seadanya. Ketiadaan pentadbir profesional sepenuh masa ini menjadikan perancangan masa depan sekolah tidak dapat dilaksanakna secara teratut dan lebih bersifat jangka pendek. Ini menyukarkan sekolah tersebut untuk bersaing dengan sekolah-sekolah yang lain.


sumber hikmahmedia.net

Pendidikan Islam : Suatu Analisis (4)

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Pendidikan Islam yang diperkenalkan kepada insan seluruhnya mempunyai matlamat-matlamat yang tertentu. Matlamat-matlamat yang telah ditetapkan itu menunjukkan bahawa ianya untuk melahirkan insan yang baik atau insan yang sempurna (insan saleh / insan kamil) iaitu insan yang mencakupi kualiti-kualiti manusia yang sebenarnya.

Pendidikan Islam meletakkan matlamatnya kepada kesempurnaan kemanusiaan yang sebenarnya di mana ia mengatasi batas-batas sempadan negara, keturunan dan kebudayaan sesuatu bangsa. Ia melatih manusia mengikat hatinya kepada yang Maha Kuasa, membina dan melatih diri dengan disiplin-disiplin yang bersumberkan Al-Quran dan as-Sunnah yang memberi bahan untuk peningkatan akal badan dan ruh, sedangkan bahan-bahan yang diberikan dalam pendidikan lain adalah untuk peningkatan akal dan fizikal semata-mata.

Di antara matlamat-matlamat yang telah dirumuskan oleh Ghazali bin Basri (1986) ialah :

•Menimbulkan kesedaran dan kefahaman tentang Tuhan (Tauhid) supaya menyembahNya dalam keadaan kepatuhan dan ketaatan.

•Melahirkan pencapaian keilmuan dan keimanan. Ilmu yang terpisah dari keimanan bukan sahaja dianggap sebagai ilmu serpihan tetapi juga sebagai kejahilan dalam bentuk baru.

•Melahirkan menusia yang saleh. Membina dalam dirinya supaya hidup dalam peraturan syara' serta mewujudkan sahsiah yang luhur dan mantap.

•Memindahkan pengalaman dalam bentuk kemahiran atau pengalaman teknik. Di dalam Islam Ilmu-ilmu Syara' adalah melengkapi ilmu-ilmu sains yang lain seperti perubatan, kejuruteraan, ilmu kemasyarakatan dan lain-lain dalam suasana yang harmonis.

•Melahirkan manusia yang berwibawa tinggi dan sanggup melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai insan yang baik dan warganegara yang berguna.

•Melahirkan manusia yang berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai insan yang "Kamil" dan warganegara yang berguna.

Dapat dirumuskan di sini bahawa pendidikan Islam adalah satu usaha memimpin atau membimbing kepada kehidupan muslim yang benar-benar bertaqwa kepada Allah sehingga terbentuklah keperibadian yang sejati.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Sesungguhnya semulia-mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah manusia yang paling taqwa."

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kementerian Pendidikan telah berusaha untuk memantapkan satu falsafah pendidikan yang meliputi semua tahap iaitu rendah, menengah dan tinggi. Oleh itu pada tahun 1988 Kementerian Pendidikan telah merasmikan satu pernyataan sebagai falsafah pendidikan negara iaitu :

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berahklahttp://www.blogger.com/img/blank.gifk mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Jika kita menghayati maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik falsafah pendidikan negara ini, sememangnya ia adalah menepati dengan matlamat pendidikan Islam itu sendiri. Ianya boleh kita nilai dengan mengambil kata kunci yang penting iaitu :

•Pendidikan sebagai suatu usaha yang berterusan
•Menekankan potensi individu
•Menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu
•Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
•Dengan mengambil kira unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani
•Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
•Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
•Rakyat Malaysia yang berketrampilan
•Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
•Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencari kesejahteraan diri
•Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Untuk mencapai falsafah pendidikan yang begitu unggul ini maka sudah pastilah kita memerlukan satu sistem perlaksanaan yang juga unggul dan praktikal. Persoalannya, sejauhmanakah perlaksanaan sistem pendidikan sekarang dijalankan sebagaimana yang dikehendaki di dalam falsafah pendidikan negara yang begitu ideal tersebut.

Pengetua Sekolah Sri Puteri, Kuala Lumpur, Aminah Ahmad, berpendapat sudah tiba masanya sistem pendidikan diubah ke arah melahirkan individu yang bukan hanya berintelek tinggi tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan keperluan dunia hari ini. Menurut Aminah, kurikulum pendidikan yang ada sekarang tidak lagi mampu melahirkan pelajar yang mempunyai kriteria sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara (FPN) kerana ia hanya menekankan perkembangan intelek sahaja. (Utusan Malaysia, 2 Mac 1998).

Seorang guru sekolah menengah, Habsah Mat Zin pula berpendapat, sistem pendidikan sememangnya perlu diubah agar matlamat sebenarnya tidak hanya sekadar tertulis pada kertas tetapi juga dapat dilaksanakan oleh kaum guru. Menurut beliau, secara teorinya sistem yang ada sekarang memang bermatlamatkan kecemerlangan akademik dan perkembangan individu yang menyeluruh namun dari segi praktikal, guru masih tetap mengajar berorientasikan peperiksaan dengan memberi penekanan pada tajuk yang dijangka penting dan keluar dalam peperiksaan. (Utusan Malaysia, 2 Mac 1998).

Mungkin daripada pendapat-pendapat dari pihak yang berpengalaman ini, kita dapat menilai bahawa sistem pendidikan yang ada sekarang hanya dapat melaksanakan sebahagian dari Falsafah Pendidikan Negara tetapi agak ketinggalan pada yang sebahagian lagi menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam menghasilkan para pelajar yang dianggap sebagai bakal peneraju negara pada masa akan datang.

Oleh itu sudah sewajarnyalah pihak Kementerian Pendidikan memberi sokongan kepada Sistem Pendidikan Islam yang terbukti dapat melahirkan para intelektual yang berakhlak mulia dan berketrampilan untuk mencapai Falsafah Pendidikan Negara.

Justeru itu apa yang kita dapat lihat ialah pihak Kementerian juga sebenarnya telah mengambil langkah tertentu. Jika kita lihat perkembangan sistem pendidikan telah menerapkan nilai-nilai Islam seperti KBSM yang mempunyai ciri-ciri penting pendidikan Islam di mana matlamat akhirnya untuk melahirkan generasi yang dikehendaki iaitu muslim insanul-kamil dan insanul-soleh, sementara yang bukan muslim menjadi warganegara (ummah) yang mempunyai kesatuan fikiran dengan warganegara muslim. Dengan memiliki kesatuan fikiran (fikrah) dan perasaan sebagai suatu ummah dengan lahirnya :

•Generasi muslim yang mempunyai pengetahuan dunia dan teras yang seimbang sebagai golongan yang berilmu teras dan mengetahui ilmu-ilmu dunia.

•Generasi bukan muslim yang mempunyai pelbagai bidang pengetahuan dan taat kepada negara dan berbakti kepada ummah dengan kemahiran yang sewajarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman pula mengumumkan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk menerapkan pendekatan dan nilai-nilai yang digunakan di sekolah-sekolah agama ke sekolah-sekolah biasa di negara ini bagi menangani masalah sosial remaja. (Utusan Malaysia, 5 Mac 1997).

Kita sememangnya mengalu-alukan usaha untuk menjadikan Islam atau pengajian dan pendidikan Islam sebagai teras kepada usaha menangani apa jua masalah yang kita hadapi kini.

Namun demikian tidak dapat kita nafikan bahawa terdapat juga cabaran-cabaran dan masalah-masalah yang perlu dihadapi di dalam usaha untuk melaksanakan Sistem Pendidikan Islam ini.

sumber hikmahmedia.net

PENDIDIKAN BERCIRIKAN RABBANIYAH

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)



Di dalam artikel sebelum ini, saya telah mengetengahkan pandangan bahawa sistem pendidikan seharusnya menetapi kesemua ciri Islam. Jadi, dalam perbincangan kali ini, ingin saya kupaskan konsep pendidikan islam yang bersifat rabbaniyah iaitu menyentuh aspek ketuhanan.

Rabbani dalam aspek matlamat pendidikan

Hakikat kepada proses pendidikan adalah satu proses pembentukan individu ke arah yang lebih baik dalam menjalani proses kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan yang ada haruslah menekankan aspek matlamat dan tujuan manusia diturunkan ke muka bumi iaitu pengabdian agung hanya kepada Allah swt. Silibus awal yang perlu diberikan kepada pelajar bermula dari sekolah rendah lagi haruslah menekankan aspek aqidah dan pembentukan keimanan kepada Allah swt. Penekanan yang dibuat bukan sekadar memfokuskan kepada penerapan di dalam kelas dan bersifat teori semata malah penekanan kepada aspek penghayatan juga perlu diterapkan.

Setiap ilmu yang disampaikan di dalam proses pendidikan formal di dalam negara seharusnya dihubungkaitkan dengan keesaan dan keagungan Allah swt. Penekanan ini bukan hanya diterapkan dalam mata pelajaran pendidikan islam semata malah juga dalam subjek lain seperti sains, matematik, pengurusan, perniagaan, sastera dan sebagainya.

Rabbani dalam aspek manhaj dan sumber pendidikan

Manual yang dibentang Allah swt kepada junjungan besar Muhammad saw pastinya tiada sebarang keraguan dan kekurangan. Ditambah pula dengan perjalanan hidup yang dilalui oleh baginda rasulullah pastinya memberikan selautan ilmu dan pedoman yang pasti lelah untuk diteroka. Rasulullah saw amat menekankan aspek pendidikan dan tarbiyah dalam siri-siri kehidupannya. Di sinilah asas kepada manhaj dan sistem yang perlu diwujudkan dalam sistem pendidikan negara.

Islam telah menjelaskan kepada umatnya sistem pendidikan sebenar bukan hanya dari aspek kandungan atau silibus malah juga dari aspek methodnya. Saya tertarik dengan cadangan Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran, Dato Puad Mohd Zarkasyi mengenai pengenalan semula hukuman merotan di kalangan pelajar yang mengalami masalah disiplin.

Islam telah menganjurkan hukuman rotan bagi anak-anak yang masih enggan bersolat pada umur 10 tahun dengan beberapa kaedah tertentu dalam merotan setelah dianjurkan supaya menyuruh anak tersebut bersolat pada usia 7 tahun. Satu penemuan di Negara Rusia yang mana telah mengambil inisiatif untuk merotan pelajar yang mengalami masalah sosial kritikal. Beberapa orang saintis telah membuat kajian setelah mendapati ramai remaja bermasalah berubah laku menjadi lebih baik setelah dirotan. Hasil kajian tersebut mendapati apabila dikenakan hukuman rotan mengikut kaedah yang telah ditetapkan islam ini, badan remaja terbabit akan merembeskan antibodi yang berfungsi merangsang perlakuan baik menyebabkan individu terlibat berubah laku. (sumber: kuliah Falsafah Sains, Dr Mohd Rofa, Jab Metamatik, UPM).

method merotan ini merupakan salah satu kaedah pendidikan yang diperkenalkan Islam. Kaedah ini bertujuan untuk merawat kepada masalah yang timbul. Islam juga menganjurkan kaedah mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Justeru satu proses pendidikan yang tersusun dan benar-benar berkesan perlu diwujudkan ke arah meningkatkan mutu pendidikan seterusnya melahirkan golongan ilmuan dan cendekiawan yang hebat.

Kesimpulan

Falsafah pendidikan negara ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Satu pendekatan yang berkesan perlu diwujudkan bagi mencapai matlamat ini dan satu-satunya kaedah terbaik adalah kembali kepada sistem yang telah dibentangkan di dalam al-quran dan sirah nabawiyyah.

NOR KAMARIYAH BT HAMZAH

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UPM

(PMIUPM)

There was an error in this gadget

Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget