KARISMA dan SPIN Bergabung Idea Mengenai Isu Pendidikan



Baru-baru ini, Sekretariat Pendidikan Islam Negara (SPIN) telah mengundang khas Pengerusi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) – Saudara Abdullah Omar untuk membincangkan beberapa isu berkaitan dengan pendidikan di negara kita.

Antara masalah pendidikan yang diperbincangkan adalah mengenai ketiadaan fakulti Islam di Sabah dan Sarawak. Situasi ini berkemungkinan besar menyukarkan para pelajar di sana untuk mendalami ilmu pendidikan Islam malah mereka harus ke Semenanjung Malaysia untuk mempelajari ilmu agama. Bagi yang telah mendapat peluang belajar di Semenanjung, tidak ramai pula dari mereka yang berpeluang untuk kembali berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, NGO anak muda ini turut menyatakan ketidaksetujuan terhadap penghadkan 10 subjek bagi SPM. Mereka merumuskan harus ada inisiatif lain yang harus dilaksanakan jika penghadkan tersebut mahu diteruskan. Antaranya ialah dengan membenarkan pelajar beragama Islam mengambil subjek sains dan pelajar sains harus mengambil subjek agama Islam. Mereka turut mencadangkan agar subjek pendidikan Islam diwajibkan untuk diambil bagi pelajar Tahun 6 yang mengambil UPSR.

Isu Biro Tatanegara (BTN) juga menjadi topik perbincangan yang disepakati bersama. Mereka bersetuju BTN adalah salah satu bentuk doktrinisasi kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap para peserta program tersebut. Mereka bersetuju jika BTN ini mahu diteruskan, maka kerajaan harus merombak silibus BTN secara keseluruhannya. BTN juga disaran agar harus mencontohi SPIES yang dianjurkan oleh kerajaan Selangor yang dipercayai tidak mempunyai doktrinisasi politik di dalam pengisiannya. Malah, SPIES diyakini pelaksanaannya kerana penuh dengan modul-modul pembinaan modal insan yang positif. Ini terbukti kerana terdapat negara lain yang ingin mencontohi modul SPIES.



Dalam perjumpaan ini, KARISMA juga menyatakan persediaan untuk bekerjasama dengan SPIN bagi program-program yang berkaitan dengan pendidikan Islam. KARISMA dan SPIN yang mewakili Gabunagn Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam segala hal untuk kepentingan Islam.

Terkini, Pengerusi SPIN, Muhammad Naqiuddin juga turut menjelaskan bahawa SPIN akan menjadi Biro Pendidikan di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang akan berfungsi untuk menaungi semua isu pendidikan bersama SMM.




THE 7TH WORLD CONFERENCE ON MUSLIM EDUCATION (WORLD-COME 2009).


DATE : 21 - 23 DECEMBER 2009
VENUE : SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA

INTRODUCTION

The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) aim to bring together on an international level all involved in the dissemination of knowledge to address the current educational situation in the Muslim world. The first in the series identified the main problems in Muslim education and suggested remedies. It proved to be a watershed in the history of Muslim education and was eagerly followed by a succession of five other world conferences held in different parts of the world. This seventh World Conference aims to be as dynamic and as influential as its predecessors. It will take into account the impact of globalization on Muslim education, looking in particular at issues such as Islamophobia, secularism, the marginalization of spiritual values as well as human capital development and the advancement of ICT. It will continue to develop themes discussed in earlier conferences, such as the Islamization of knowledge, curriculum designing and teacher training, but will contextualize them in the current globalized atmosphere. This conference is expected to usher in a new era of Muslim education which will counteract the negative effects of globalization and at the same time incorporate its more favourable aspects.


OBJECTIVES


Due to the importance of quality in every aspect of our life, the WORLD-COME 2009 endeavors to:
1.Bring together a large number of scholars and researchers from around the world and give them the opportunity to interact and network with each other.
2. Discuss and analyze the impact of globalization and its challenges to the development of Muslim education in the world.
3. Suggest solutions to some of the issues in Muslim education.
4. Support the initiatives of the state of Selangor, Malaysia in its aim to Islamize education.

source : http://world-come2009.com/

ali imran : 142

Do you think that you will enter Paradise before Allâh tests those of you who fought (in His Cause) and (also) tests those who are As-Sâbirun (the patient)? (142)

GERAK KERJA SPIN KEMBALI LAGI

AssalamualaikumWBT buat sahabat-sahabat yang dikasihi.Alhamdulillah, pengakhiran tahun 2009 ini bakal menyaksikan penggerak-penggerak SPIN berjuang lagi di pentas-pentas dunia umumnya. Jutaan kemaafan bagi sesi-sesi yang lepas kerana blog atau medan bagi para pembaca mendapatkan info bagi SPIN ini lesu. Kesilapan-kesilapan ini diakui oleh pihak kami sendiri namun bukanlah bermaksud kami tidak melakukan sebarang gerak kerja. Menjadi pemula atau perintis bagi tiap-tiap gerak kerja bukanlah satu hal yang mudah , begitu juga sebagai penyambung bagi satu-satu perjuangan.Namun apa yang penting disini, ialah istikomah atau bermaksud terus-menerus melakukan gerak kerja tersebut.Ahli sunnah wal jamaah ada menyatakan bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang, begitulah halnya dengan gerak kerja kami.
Apa yang kami harapkan adalah doa-doa serta sokongan dari pembaca-pembaca sekalian agar salah satu usaha GAMIS ini berhasil dan berkesan serta mendatangkan manfaat pada semua. Bukanlah hasil yang dipandang oleh Sang Pencipta kita namun usaha yang bersungguh-sungguh seharusnya ditanam dalam diri setiap penggerak sekretariat ini serta jadilah makhlukNYA yang paling bertakwa antara kita semua.

Disini, saya sertakan maksud surah al-hujuraat buat semua penggerak SPIN serta pembaca blog ini agar setiap tingkahlaku kita tidak lari dari landasan yang sebenar

Al-hujuraat :13

“ hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

Insyaallah,
Program terdekat yang bakal disertai oleh SPIN :


1) THE 7TH WORLD CONFERENCE ON MUSLIM EDUCATION ( 21-23 Disember 2009)
Tarikh konferens adalah pada 21-23 Disember 2009 (Isnin-Rabu)
http://world-come2009.com/


2) ASIA PASIFIC CONFERENCE 2010( EARLY CHILHOOD EDUCATION)
Rujukan:

- http://mencarimardhotillah.blogspot.com/2009/11/asia-pasific-conferens-2010-early.html#links


Maklumat seterusnya akan terus di update. Insyaallah.

Ali imran : 140
Jika kamu( pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum(kafir) itupun (pada perang Badar ) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran ) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran) dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikanNya ( gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.


Salam perjuangan buat penggerak-penggerak sekretariat!

Perjuangan Yang Belum Selesai


Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang telah mengurniakan kita dengan nikmat Iman dan Islam.Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat yang telah menyampaikan kebenaran risalah agama pada setiap hambaNya.

Ana mengharapkan sahabat2 seperjuangan sentiasa sihat dan tsabat di jalan perjuangan yg dijanjikan Allah dengan kemenangan satu masa nanti.Maaf kerana membiarkan blog ini sepi dari info2 baru berkaitan perkembangan SPIN dan perjuangan yang kami canang2kan sebelum ini.

Sesekali ana ada menjengok ke laman ini beberapa waktu sebelum ini.Walaupun tiada 'post' terbaru namun ada juga yang masih istiqamah singgah di laman ini moga2 ada info terbaru yg dapat dibaca.Ana tahu antum semua semangat utk bersama kami memperjuangkan dan memartabatkan kembali Pendidikan Islam pada peringkat pusat dan negeri.Ini juga matlamat kami.

Akhirnya ana mengharap dan meminta pada sahabat2 semua marilah bersama2 kami kembali seperti mana Ko-SPIN sebelum ini.Detik2 ketika masing2 memerah keringat membuat kerja2 yang telah diamanahkan semata2 mahu melihat Islam itu tinggi.Kami sangat memerlukan antum dalam segala segi i.e; idea2 bernas, sumbangan kewangan, tenaga etc dalam memastikan visi dan misi kita tercapai.

Segala yang baik itu dari Allah dan segala kelemahan dari kami insan bernama makhluk yang lemah.Mari kita kukuhkan kembali SPIN.

Salam Eidul Fitri, Salam Kemenangan



Assalamualaikum W.B.T.

All praises to Allah who created countless creatures without any defect and determine the righteous paths to his believers.

Praises to Muhammad S.A.W and sahabah for their endless effort in conveying Islam to every man just because they want to see Islam is above everything.

Oh my brethren, Ramadhan is at the time of bidding us farewell. The very hope from this Madrasah Tarbiah of producing absolute Taqwa to every man is profoundly hoped.

On this very meaningful moment, Members of SPIN would like to wish u Eidul Mubarak and we hope the advent of Eidul Fitr is a sign of victory in obtaining the Taqwa as well as others related sense.

Wallahua'lam.

SPIN : MISI JANGKA PANJANG GAMIS UNTUK PULIH SISTEM PENDIDIKAN




Sekretariat Pendidikan Islam Negara (SPIN) adalah salah satu usaha jangka panjang Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia setelah ianya diangkat sebagai resolusi pada Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN ’09) anjuran GAMIS pada 11 Julai yang lalu.

Terdahulu, wakil penggerak SPIN telah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA) bagi menerangkan mengenai halatuju serta meminta pandangan juga nasihat bagi menghasilkan gerak kerja SPIN.

Pengerusi SPIN, Saudara Muhammad Naqiuddin Bin Mohd Said berpendapat visi utama yang menjadi tunjang kepada SPIN ialah untuk menjadikan ISLAM sebagai teras utama sistem pendidikan di Malaysia.

“Kita melihat begitu banyak kebobrokan dan masalah dalam pendidikan negara ini, sehingga tercetus begitu banyak dan besar masalah sosial dikalangan anak muda di negara ini,seperti masalah murtad,kes penzinaan,anak luar nikah,buli dan sebagainya. Setelah dikaji,dan di bincang dalam KO-SPIN ‘09 yang lepas, puncanya ialah sistem pendidikan di negara kita ini. Segalanya bermula dengan didikan. Perilaku dan sahsiah anak-anak muda dicorak dengan pendidikan. Jika sistem pendidikan itu rosak, maka rosaklah ana muda masa kini. Jadi disini, SPIN memberi solusinya iaitu masalah tersebut boleh diubati dengan menjadikan ISLAM sebagai teras dan tunjang kepada sistem pendidikan di negara ini. Kita ingin melihat ISLAM menjadi dasar dalam sistem pendidikan negara ini.”

Kenyataan ini disokong oleh Timbalan Pengerusi SPIN, Saudara Amir hamzah Akal Ali dalam kenyataannya yang menyifatkan bahawa sistem pendidikan negara kita sebenarnya telah mengalami kepincangan kerana mengamalkan sistem dualisma, iaitu ilmu akhirat hanya perlu untuk ulama' dan ilmu dunia hanya untuk para saintis. Seterusnya, sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan hanya membantu para pelajar menjadi burung kakaktua yang cuma mampu membuang ilmu di atas kertas peperiksaan.

“Untuk itu, satu pressure group (SPIN) yang benar-benar kuat amat perlu sebagai usaha menukar segera sistem pendidikan di negara ini. Selain itu, SPIN juga insya-Allah dalam masa terdekat ini akan berjumpa dengan para ilmuwan, ulama' dan ahli akademik seluruh Malaysia untuk meminta nasihat dan pertimbangan serta cadangan-cadangan mereka untuk dilaksanakan. Diharapkan gerak kerja mendapat dokongan daripada seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia kerana dengan sistem pendidikan negara yang baik, insya-Allah akan melahirkan masyarakat 1 Malaysia yang baik.” Ulas beliau ketika dihubungi.

CARTA SEKRETARIAT PENDIDIKAN ISLAM NEGARA (SPIN) 2009


CARTA SEKRETARIAT PENDIDIKAN ISLAM NEGARA (SPIN) 2009




AHLI MAJLIS TERTINGGI


PENGERUSI

Muhammad Naqiuddin Bin Mohd Said

TIMBALAN PENGERUSI

Amir hamzah Akal Ali

SETIAUSAHA

Nurhaslin Binti Zaharudin

BENDAHARI

Najlaa Shazana bt Mohamad



BIRO BERTINDAK SPIN 2009


BIRO R&D (KAJIAN)

PENGERUSI: Ahmad Saifuddin Bin Amran

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN

PENGERUSI : Mohammad Amin Bin Razaly

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT

PENGERUSI : Mohammad Za'im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM

PENGERUSI : Ahmad Syukri Ab Razab

BIRO ANTARABANGSA

PENGERUSI : Nur Suhaila Zulkifli dan Abd Rauf Baharuddin

Demi Masa

Pengenalan Kongres

My Photo
Sekretariat Pendidikan Islam Negara (SPIN)
Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
View my complete profile

Objektif SPIN 09

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara. Maka, Kongres bermatlamat untuk mendapatkan resolusi diakhir perbincangan dan seterusnya diperingkat atasa akan menyemak semula cadangan dari resolusi yang telah diperolehi di akhir Kongres ini.

Maklumat SPIN 09

Ko-SPIN '09 telah berlangsung di Auditorium Muzium Shah Alam pada 11 Julai 2009. Resolusi yang disepakati di akhir kongres adalah penubuhan Sekretariat Ko-SPIN. Maklumat mengenai sekretariat ini akan diumumkan di blog ini dari semasa ke semasa.

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)
Sekreteriat Ko-SPIN '09, 8-4, The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel / Faks : 03-79554300
Email : aktivisislam@gmail.com
Website : http://gamisdaily.com http://kongrespendidikan.blogspot.com

Tajaan & Info SPIN 09

Mana-mana syarikat yang berminat mahu menaja dan mengetahui keterangan lanjut mengenai kongres ini boleh menghubungi:


Siti Nurul Munawirah Binti Mohamad Roslan
0192174025 / nurul_qs@yahoo.com


Admin Blog
0133060894 / aktivisislam@gmail.com

Komentar Pembaca

Followers

Kalam Ilmuan

As–Sam’an (1977) menegaskan bahawa sebagaimana tingginya kebergantungan manusia terhadap harta benda dan kekuatan, maka sebegitulah jua perlunya manusia kepada pendidikan.

"Tujuan belajar adalah untuk perkembangan. Tidak seperti tubuh, minda kita dapat terus berkembang selagi hayat dikandung badan". Mortimer Adler - Profesor, ahli falsafah dan ahli teori pendidikan.


Pandangan Kritis

Pandangan Kritis
"Sekolah sudah hampir tidak tertanggung lagi. saya bukanlah tidak suka belajar kerana saya sedar perlu sekurang-kurangnya separa bertamadun dan grad saya sederhana sahaja. Tetapi saya amat benci rutin hari sekolah, corak yang tidak berubah daripada memberus gigi hinggalah mempelajari tatabahasa bahasa Inggeris. Saya benci mendengar bunyi loceng untuk masuk ke kelas, bau kasut tenis dan berpeluh untuk masuk gimnasium, pelajaran sejarah yang membosankan, dan ancaman peperiksaan... Di pelabuhan Ala Wai, keadaannya jauh berbeza, saya sukakan bau tali dan resin malah minyak diesel. Saya sukakan bunyi air menghempas benteng dan kibasan tali anja di tiang. Ini adalah bau dan bunyi kebebasan kehidupan" .:ROBIN LEE GRAHAM:. Belayar mengelilingi dunia ketika berumur 16 tahun

"Manusia dilahirkan dalam keadaan jahil, bukan bodoh; pendidikanlah yang menjadikan mereka bodoh." - Bertrand Russell

Hiburan Sekejap

Sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Gamisdaily.com

BERNAMA - Malay Version

Saranan Buku

Saranan Buku
Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Penulis Kamarul Azmi Jasmi dan Dr. Ab. Halim Tamuri

Prosiding Wacana Pendidikan Islam ( Siri 4 ), UKM

The Origins of Islamic Reformism in Southest Asia

Sejarah Pemikiran

Teori barat berdasarkan asas Islam...

sebuah buku yang berdasarkan teori-teori Islam yang diadaptasi kepada teori Barat

Sebuah buku yang boleh dijadikan panduan untuk menerapkan elemen kesepaduan dalam pendidikan

Bagaimana hendak jadi guru yang baik? Bacalah buku ini!!

Banner Blog

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Undi & Promosi Blog

Topblogs @ iLuvislam Carta Top Blog Ukhwah.com Pewaris.Net's Top Blogs

Kunjungan