Pendidikan Islam : Suatu Analisis (3)

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

SISTEM PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam merupakan tunjang penting bagi melahirkan masyarakat berkarisma tinggi daripada aspek kematangan berfikir dan bertindak.Ia bukan setakat memberi tunjuk ajar dalam bidang ilmu yang berkaitan dengan urusan dunia semata-mata, malah menyentuh tentang hubungan manusia dengan Tuhan seterusnya kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Keupayaan pendidikan Islam dalam membentuk masyarakat madani sebagaimana yang dicita-citakan, sudah terbukti sepanjang perjalanan sejarah umat Islam.(Wan Hishamudin Wan Jusoh, 1998).

Pendidikan Islam membawa maksud yang luas merangkumi semua aspek keperluan hidup di dunia yang bermatlamatkan ke arah melahirkan insan yang salih, benar-benar beribadat dan taqwa kepada Allah (dengan penuh yakin, faham, sedar, ikhlas, dan berilmu pada setiap perkara yang di buat). Matlamat ini menjadi garis panduan dalam gerakan (insan) memakmurkan alam ini di dalam daerah dan kawalan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.`` (Zawawi Haji Ahmad, 1988)

Menurut Ghazali Basri, 1986, Pendidikan Islam ini dapat difahami dari dua sudut iaitu :
•Sejarah awal pertumbuhannya
•Falsafahnya

Dari sejarah awal pertumbuhannya, adalah berdasarkan pemahaman dari wahyu yang pertama (surah al Alaq: 5 ayat terawal) dan wahyu yang kedua (surah al Muddatstir: 7 ayat terawal), dapat diambil kesimpulan bahawa pendidikan Islam itu terasas dari empat aspek :

1.Pendidikan tauhid : iaitu membaca dengan nama Allah, mentauhidkan Allah, mengakui kebesaran Allah dan kekuasaanNya. Allah sebagai Khaliq.
2.Pendidikan 'Aqliah dan Ilmiah : mempelajari tentang kejadian manusia dan alam semesta. Menganjurkan usaha-usaha penyelidikan: membaca (dalam pengertian yang luas), mengkaji (menyelidik) dan menulis dengan pena.
3.Pendidikan akhlak : iaitu pendidikan melatih kesabaran
4.Pendidikan kesihatan : mementingkan kebersihan pakaian, tubuh badan, dan tempat kediaman. Suci hati dan baik budi pekerti. Kesihatan zahir dan batin.

Beliau turut merumuskan prisip asasnya kepada 5 perkara iaitu :

1.Membantu pembentukan akhlak yang mulia. Pembentukan akhlak insan yang mulia dilaksanakan melalui pendidikan.
2.Persiapan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat iaitu dengan menguasai segenap bidang keilmuan yang diperlukan oleh berbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial, politik dan lain-lain tanpa melupakan persiapan untuk akhirat.
3.Menjaga kemanfaatan individu dan kolektif. Pendidikan Islam bukan keseluruhannya bersifat spiritual tetapi menitik beratkan juga penyediaan tenaga mahir serta profesyen di dalam berbagai-bagai bidang.
4.Menubuhkan roh ilmiah di dalam berbagai-bagai bidang keilmuan.
5.Memupuk dan memperkembangkan segenap potensi yang terdapat pada diri manusia.

ASAS / SUMBER PENDIDIKAN ISLAM

Asas pendidikan Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah yang merangkumi aspek akidah dan syariat. Merujuk kepada pengertian pendidikan Islam itu ialah mendidik dan membimbing manusia mengikut acuan yang berpandukan kepada Al Quran dan Al Sunnah.
Al Quran dijadikan rujukan primer dan sumber untuk mencapai kehendak daripada pendidikan menurut perspektif Islam.

Dr Muhammad Fadhil Al Jamali menulis di dalam kitabnya, Tarbiyatu al Insan al Jadid, "Al Quran merupakan kitab teragung menjadi sumber falsafah pendidikan dan pengajaran. Ia juga merupakan perbendaharaan yang menjadi induk kepada semua kebudayaan Islam terutamanya daripada aspek kerohanian". (Dalam Wan Hishamudin Wan Jusuh, 1998)

Dengan itu, jelas kepada kita bahawa Al Quran haruslah menjadi asas dan sumber utama di dunia pendidikan Islam.

sumber http://hikmahmedia.net

3 Komentar

  1. Anonymous Said,

    Salam, saya setuju dengan apa yang dikatakan melalui prinsip asas pendidikan Imam AlGhazali yang ke5, iaitu roh ilmiah yang meliputi pelbagai bidang. hal ini kerana ia akan memberikan satu impak yang berbeza kepada penuntut ilmu tersebut.

    Ditulis oleh

     
  2. TOKGURU86 Said,

    suka saya membaca artikel awk tentang sistem pendidikan menurut islam. disini saya ingin bertanya pada penulis tentang isu PPSMI adakah ia buruk buat umat islam? majukah islam jika tidak mempelajari english dengan lebih mendalam?
    btlkah yang junjungan rasul kita belajar pelbagai bahasa asing untuk berdakwah sepanjang kepimpinan baginda? limbongsari.blogspot

    Ditulis oleh

     
  3. Anonymous Said,

    Salam kpd TokLimbong dan sahabat semua.

    Saya ingin respon kpd persoalan yg dikemukakan oleh TokLimbong berkenaan isu PPSMI.

    Sebenarnya kita tidak perlu terlalu bermain dengan isu remeh termasuk PPSMI kerana ini bukan seharusnya apa yg perlu diperjuangkan.

    Apa yg paling utama utk dilihat adalah bagaimana kita ingin menjadikan ruh Islam dan entitinya meresap penuh ke dlm diri setiap individu bahkan non-muslim juga dan diterjemahkan bukan sahaja dlm pendidikan malah pelbagai aspek dan cabang kehidupan manusia spt ekonomi,sosial,politik dll.

    Kita ingin melihat seorang yg bukan dari pengajian Islam sbg cthnya arkitek,doktor,ahli politik dll berjiwa Islam dan setiap perbuatan dan kata2 mereka ini berlandaskan Islam yakni Quran dan Sunnah walaupun pada dasar mereka ini bukan alim dlm ilmu agama.

    Jika individu spt ini ada rasa Taqwa dan pemikiran tauhidiah yg mendalam,saya kira mereka ini bukan sahaja golongan profesional yg berilmu dan dipandang tinggi masyarakat malah menjadi insan dan hamba Allah yg sentiasa tunduk dan patuh pdNya.Maka sudah tentu sudah tidak akan ada lagi masalah2 kritikal spt rasuah,rogol,bunuh dll.

    Sekadar pendapat yg bukan utk diterima atau ditolak sepnuhnya ttp utk dinilai dan dikaji kebenarannya.

    Wallahua'lam.

    Ditulis oleh

     

Post a Comment


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget