KEMEROSOTAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM
Untuk membangunkan semula maruah umat islam baik diperingkat antarabangsa mahupun diperingkat nasional seperti Malaysia, Indonesia, Pakistan dan lain-lain, baik dibidang politik, ekonomi, sosial, kesihatan, sains dan teknologi, serta moral, maka para cendekiawan muslim yang seharusnya menjadi ‘arkitek’ dan ‘jurubina’ kepada pembangunan tamadun umat islam mestilah meninjau, merancang dan menyusun semula (reformasi) sistem, strategi, struktur dan pelaksanaan proses pendidikan islam di negara masing-masing ke arah yang lebih menyeluruh, komprehensif, dan futuristik.
Semangat jihad dibidang pendidikan berdasarkan ayat ‘Iqraq’ dan juga ayat 122 surah AL-TAUBAT, patutlah dijadikan program gerakan massa yang menyeluruh dan berterusan demi untuk menuju ke arah pembaharuan umat sehingga tahap buta huruf, buta agama, buta sains dan teknologi (dari segi kualiti dan kuantiti) menurun ke peringkat minima. Jihad pendidikan lebih penting dan utama dari bidang jihad yang lain kerana dapat menghapus dan memerangi kejahilan disamping menguatkan keimanan dan keyakinan umat sebelum mereka melangkah ke
Dengan berpandukan kepada sejarah perkembangan tamadun islam yang subur dan kaya dengan Al-Quran dan As-sunnah, soal falsafah pendidikan, soal ilmu baik ilmu fardhu ain dan fardhu kifayahnya tidak sepatutnya menjadi perbincangan yang tidak berkesudahan dikalangan umat islam. Perkara-perkara tersebut di atas adalah suatu yang sudah jelas dan sepatutnya selesai sejak berabad yang lalu. Yang menjadi perbincangan dan persoalan kita ialah bagaimana hendak menyusun strategi dan mengatur program serta perancangan pendidikan yang lebih kemas dan sistematik bagi membolehkan masyarakat islam dilatih, dicanai sehingga akhirnya mereka mampu untuk ikut berjuang, memberikan sumbangannya di dalam percaturan hidup di dunia ini. Apa yang berlaku diseluruh dunia islam sekarang ini ialah soal kekurangan strategi, ketandusan program pendidikan jangka pendek dan jangka panjang baik diperingkat rendah, menengah dan tinggi apalagi dibidang-bidang profesional dan kepakaran di dalam berbagai disiplin ilmu. Di Malaysia sendiri kita dapati strategi dan perancangan pendidikan islam adalah amat perlahan dan tidak banyak yang berubah. Pada Tahun 1957, Mufti (jawatan agama yang paling tinggi) adalah lulusan ijazah pertama Al-Azhar. Tahun 1993, selepas 35 tahun kemerdekaan, para mufti masih lagi lulusan ijazah pertama, begitu juga para kadi dan Imam di masjid masih sama seperti 30 tahun yang lalu. Malah kalau kita tinjau ke hadapan, tahun 2000 dan seterusnya fenomena seumpama ini akan berterusan kerana ketandusan dan ketiadaan perancangan yang jelas dan konkrit disediakan.
Umat islam hari ini seolah-olah belum pulih sepenuhnya daripada kesan penjajahan politik yang dialami sejak peperangan salib pada akhir abad 13 masihi serta penjajahan negara barat beberapa dekad yang lalu. Pemikiran dan kejiwaan mereka ikut terjajah dan terbelenggu sehingga di dalam bidang pendidikan iaitu bidang yang cukup lama dikuasai oleh umat islam sendiri, mereka ikut terpenjara dan terkurung serta diselimuti oleh kejumudan. Umat islam masih terumbang-ambing kehilangan identiti dan sedang mencari identiti baru. Manakala sebahagian yang lain pula meniru dan mengikut apa sahaja sistem, struktur dan format yang dilakukan oleh orang barat dalam bidang pendidikan dan sedikit demi sedikit telah membuang dan meninggalkan sesuatu yang bernilai daripada tradisi pendidikan islam. Memang kita tidak salah mengambil, .meniru sesuatu yang baru dan baik tetapi adalah amat
Pada peringkat ajaran yang ideal, konsep pendidikan dan pembelajaran di dalam islam ialah pendidikan sepanjang hayat dan menyeluruh. Tetapi di dalam kenyataan hidup masyarakat islam, kita dapati perancangan, strategi, program, kurikulum dan seterusnya pelaksanaan adalah sangat kabur, tidak terancang, tidak mempunyai strategi, lemah dan sangat mengecewakan. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai 18 juta penduduk (52 peratus adalah beragama islam) seramai lebih kurang 4 juta orang adalah terdiri daripada para pelajar (rendah hingga ke universiti) iaitu kumpulan rakyat yang berumur antara 7-25 tahun. Bagaimana dengan kedudukan rakyat yang berumur antara 26 tahun ke atas yang jumlahnya tentu lebih ramai daripada kumpulan yang berumur 7-25 tahun itu. Apakah dia agensi yang bertanggungjawab mendidik, memimpin, membantu perkembangan ilmu dan intelektual golongan dewasa tersebut secara formal? Jelas tidak ada. Golongan dewasa ini mendapat pendidikan (bagi yang berminat sahaja) secara tidak formal iaitu melalui pembacaan bahan bercetak, mendengar, memandang serta mendapat maklumat melalui media elektronik, menghadiri majlis ceramah, seminar, khutbah, kuliah di masjid, surau dan lain-lain. Sebahagian besar golongan dewasa adalah terbiar,tercicir dan terlepas daripada proses belajar sepanjang hayat. Setakat ini Agensi yang berkaitan dengan golongan dewasa ini ialah Kementerian Penerangan, Pusat Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri-negeri, Jabatan Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Biro Tata Negara (BTN), Jabatan Perpaduan Negara dan lain-lain. Untuk umat islam, maka agensi seperti Pusat Islam, (BHEIS-JPM), Institut Kefahaman Islam (IKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri-negeri patutlah diberi tenaga baru khususnya untuk merancang, mengatur strategi, menyediakan program yang lebih baik,kemas, meyeluruh dan canggih.
Masalah perpecahan umat islam menyulitkan lagi masalah pendidikan ini. Perpecahan tersebut baik perpecahan politik dan pandangan, perbezaan aliran mazhab dan kumpulan telah meruncingkan lagi masalah yang dihadapi oleh umat islam baik diperingkat negara mahupun antarabangsa. Apakah sikap kita terhadap perkembangan institusi pendidikan swasta, persendirian, perkumpulan atau persatuan dakwah dan lain-lain yang tumbuh seperti cendawan di negara kita hari ini? Apakah ianya untuk membantu negara dari segi pendidikan dengan menyediakan peluang dan tempat belajar? Apakah ia satu proses dan rasa tidak puas hati terhadap dasar, sistem dan kurikulum pendidikan negara oleh pihak yang terlibat? Apakah ia diwujudkan demi untuk meraih keuntungan kewangan yang melimpah, mengambil peluang dan kesempatan di atas kesedaran masyarakat terhadap pentingnya pelajaran dan pendidikan? Atau ada lain-lain motif sehingga ada berbagai ragam Taski, Taska, Tadika, Tabika dan lain-lain, ada SMAN (Sekolah Menengah Agama Negeri), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan), SMKA ( Sekolah Menengah Kebangsaan Agama), Sekolah pondok, Sekolah Agama Rakyat dan lain-lain dan akhirnya ada Kolej Universiti Kerajaan dan Swasta. Semua fenomena ini merupakan cabaran yang memerlukan jawapan yang kongkrit daripada pihak-pihak yang berwibawa didalam menangani isu-isu masyarakat islam.
Pengenalan
Objektif IPPIN
2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.
3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.
Organisasi Ippin
PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said
TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply
SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan
TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob
BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad
TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak
BIRO BERTINDAK
BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi
BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin
BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha
BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif
BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli
Muat Turun Di Sini
Labels
- Gamisdaily (9)
- Kenyataan Media (8)
- Pandangan (21)
- Pendidikan (21)
- PENGUMUMAN (9)
- pogram (2)
- program (1)
- Tokoh Akademik (1)
- Umum (7)
Blog Archive
-
▼
2009
(83)
-
▼
June
(29)
- Jawatankuasa Ko-SPIN 09 On Air di IKIM
- Lagi Gerak Kerja Ko-SPIN 09
- Ko-SPIN 09
- Kehangatan Ko-SPIN '09 Kian Dirasai
- PENGUMUMAN PENTING Ko-SPIN '09
- Bagaimana Sifat-Sifat Guru Yang Diharapkan Dalam S...
- How to teach children?!
- Ayuh bantu hebatkan publisiti kongres
- Falsafah Pendidikan Islam
- GERAK KERJA KO-SPIN '09
- Berhasilkah Falsafah Pendidikan Moden Berasaskan E...
- KELESUAN PENDIDIKAN TERHADAP ANAK-ANAK
- PANDANGAN GAMIS MENGENAI SISTEM PEPERIKSAAN
- Pendidikan Islam : Suatu Analisis (7)
- KEMEROSOTAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM
- Poster Kongres
- Pendidikan Islam : Suatu Analisis (6)
- Pendidikan Islam : Suatu Analisis (5)
- Pendidikan Islam : Suatu Analisis (4)
- PENDIDIKAN BERCIRIKAN RABBANIYAH
- Pendidikan Islam : Suatu Analisis (3)
- Pendidikan Islam : Suatu Analisis (2)
- Pendidikan bercirikan Islam
- "Sekolah bukan saja gagal mengajar saya pengetahua...
- Pendidikan Islam : Suatu Analisis (1)
- Pandangan Presiden (2): Knowledge; Instrumental, H...
- Pandangan Presiden (1): Magis, Naif, Kritis
- Dasar Pendidikan Nasional “Penjana” Generasi Harapan
- Pendidikan Malaysia Perlukan Acuan Sendiri
-
▼
June
(29)
1 Comment
nice info,thankyouu!! visit our web https://umj.ac.id Kampus Terbaik
Ditulis oleh
Post a Comment