
Institusi Pondok Selepas Merdeka
Sistem pengajian pondok telah menuju zaman kegemilangannya pada abad ke-20M. Keadaan ini berlaku kerana para ulama terdahulu yang berjaya melahirkan anak murid berkebolehan dan berjaya menanam semangat mencintai agama di kalangan masyarakat.[...]
“Pendidikan percuma perlu diberikan kepada rakyat bermula daripada tadika sehinggalah kepada pengajian tinggi” katanya ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.[...]
Kementerian Pelajaran berpendapat subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak perlu dijadikan mata pelajaran teras dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri murid.[...]
Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.[...]
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts
Posted by
Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)
Sempena dengan Hari Guru tahun 2010, Institut Pemikiran Dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Guru adalah pencetus kejayaan umat serta pembina tamaddun manusia yang berjaya. Kejayaan kita semua pada hari ini bermula dengan didikan guru yang sabar dan tekun serta ikhlas mendidik anak bangsanya. Tanpa guru, tidak mungkin negara dan rakyat mampu bergerak maju.
Sememangnya profesion sebagai guru adalah sangat mulia dan mencabar. Meskipun berdepan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku pelajar yang pelbagai, ditambah dengan tekanan ibu bapa serta masyarakat sekeliling, para guru terus menuai bakti dan menuang ilmu tanpa jemu. Sama ada mereka diingati atau dilupakan, saban tahun para guru melahirkan sehebat-hebat ulama’, setinggi-tinggi tokoh akademik, para profesional, teknokrat, usahawan, tenaga-tenaga pakar mahir dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya sumbangan para pendidik yang bergelar guru tidak boleh dilupakan. Keikhlasan, kesungguhan dan kesabaran mereka wajar diberikan pengiktirafan. Suara dan pandangan mereka perlu perlu dihormati, rungutan dan permintaan mereka perlu didengari, permasalahan mereka perlu diperhati. Inilah tanda penghomatan kita semua terhadap jasa dan pengorbanan para pendidik.
Akhir sekali IPPIN mengharapkan para pendidik terus istiqomah, sabar dan jujur dengan dunia pendidikan. Dunia pendidikan adalah satu perjuangan dan jihad yang besar serta mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah SWT, dan hanya guru mampu mempelopori medan ini. Hari Guru perlu diraikan dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa para guru adalah insan mulia yang wajar dihormati. Selamat Hari Guru.
Sunday, May 16, 2010
Pertemuan IPPIN dan KAMMI
Posted by
Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Kuala Lumpur, 30 April 10- Satu pertemuan telah diadakan diantara dua Gerakan Mahasiswa iaitu Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) dan Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI), perjumpaan tersebut adalah untuk bersama-bersama berkongsi idea dan pandangan tentang sistem pendidikan di antara kedua-dua buah negara, disamping merapatkan hubungan dua organisasi gerakan mahasiswa ini.
Perkongsian idea antara dua Gerakan Mahasiswa ini mengeratkan lagi hubungan antara dua Negara dalam membicarakan dan melontarkan idea tentang sistem pendidikan ataupun bentuk pentarbiyahan secara umum di Negara masing-masing. Kehadiran wakil-wakil pimpinan IPPIN dari setiap kampus juga memberi ruang kepada mereka untuk sama-sama berdialog dengan pimpinan KAMMI secara terus.
KAMMI adalah merupakan sebuah organisasi mahasiswa Islam di Indonesia, ditubuhkan pada zaman reformasi Indonesia pada 1998, pada ketika itu berlakunya krisis ekonomi yang teruk di Indonesia, pada situasi ini KAMMI sebagai kumpulan mahasiswa Islam bangun untuk membawa suara dan perjuangkan hak rakyat.
Pertemuan ini diadakan pada sebelah malam, bermula pada jam 9 malam dan tamat pada jam 12 tengah malam. Kedua-dua gerakan ini berpandangan yang sama iaitu untuk menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain.
Pertemuan-pertemuan sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan, IPPIN juga percaya hasil dari pertemuan ini, bukan sahaja melibatkan dua organisasi mahasiswa tetapi lebih dari itu melibatkan hubungan dua Negara dalam menjalin hubungan.
Saturday, May 1, 2010
Pendidikan formal aliran agama diterima
Posted by
Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)
Pendidikan formal aliran agama diterima
Daripada Azmi Md Deros di Paris
azmimd@bharian.com.my
2010/04/06
CADANGAN Malaysia dan empat negara Islam lain untuk mengemukakan usul memasukkan pendidikan formal aliran agama dalam pendidikan aliran perdana global pada mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) ke-184 di sini, diterima oleh negara maju dan Afrika yang sebelum ini membantahnya.
Bagaimanapun, persetujuan itu dicapai selepas dilakukan sedikit perubahan kepada draf yang memasukkan perkataan madrasah dan menyokong usul alternatif yang menggantikannya dengan perkataan inklusif berikutan bantahan negara maju yang bimbang kerana pendidikan madrasah sering dikaitkan dengan keganasan dan ekstremis
Wakil Tetap Malaysia ke Unesco, Datuk Kenneth J Luis, berkata selain Malaysia, empat negara yang sebelum ini mengemukakan usul Pembangunan Pendidikan Moden, Berkualiti dan Madrasah itu ialah Pakistan, Iraq, Indonesia dan Afghanistan dan disokong Brunei, Jepun, Nigeria, Senegal, Tanzania, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Filipina.
Malaysia dan Pakistan adalah negara anggota Lembaga Eksekutif Unesco yang turut dianggotai 56 negara lain. Pada Khamis lalu, Malaysia, Pakistan dan Indonesia menarik balik usul pertama, diikuti Afghanistan dan Iraq pada keesokannya.
Katanya, negara terbabit menyokong usul baru iaitu Pembangunan Pendidikan Moden, Berkualiti dan Inklusif yang akan dibentangkan oleh Saint Lucia dalam mesyuarat lembaga berkenaan hari ini yang dikendalikan Pengerusi Lembaga Eksekutif Unesco, Eleonora Mitrofanova.
"Perkataan inklusif diterima kerana ia meliputi pendidikan formal lebih menyeluruh membabitkan semua agama, selain menumpukan kepada bidang lain, termasuk sains, matematik, teknologi dan teknikal," katanya selepas menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sini, semalam.
Timbalan Perdana Menteri diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berada di sini bagi mewakili negara pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Unesco kali ke-184.
Sementara itu, Kenneth berkata, Malaysia melalui draf usul pertama turut menjelaskan pendidikan aliran agama di negara Islam menumpukan kepada subjek aliran perdana, termasuk sains dan matematik yang diperkukuhkan.
Katanya, Malaysia dan negara lain bersetuju berkompromi usul pindaan daripada Saint Lucia selepas negara itu yang mengetuai bantahan negara maju dan Afrika memasukkan perkataan inklusif, mengakui pendidikan Islam di Malaysia dan negara Islam lain menggabungkannya dengan ilmu lain.
sumber : Berita Harian
Tuesday, April 6, 2010
Falsafah Pendidikan Islam
Posted by
Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah.
Sunday, June 21, 2009
Pembuka Bicara Sidang Redaksi Publisiti
Posted by
Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)
Assalamualaikum W.B.T.
Segala pujian dan syukur pada Allah tuhan sekalian alam yang telah menetapkan segala perjalanan entiti alam ini tanpa ada sebarang cacat cela. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita, Muhammad S.A.W. dan para sahabat yang telah menyebarkan kebenaran agama ini iaitu Islam kepada setiap hambaNya tanpa mengenal erti penat lelah.
Saya berharap penulisan ini dijauhkan Allah dari niat tersasar dan nafsu yang keji agar menjadi manfaat buat kita semua pada kesahihan dan kebenaran yang didamba. Atas dasar tanggungjawab dan amanah yang diberikan, saya bersama ‘team penggerak publisiti’ akan menggunakan laman media ini sebagai arena penghalusian dan pembahasan kalam terhadap agenda baru yang ingin diketengahkan iaitu kongres pendidikan yang akan dianjurkan GAMIS dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Justifikasi diwujudkan laman ini adalah untuk memberi dan menyediakan peluang kepada pembaca budiman terhadap segala perjalanan dan info baru berkaitan kongres yang bakal berlangsung ini agar masyarakat cakna dan sedar terhadap isu pendidikan yang kian menghakis etika dan keharmonian bangsa.
Maka diharapkan laman ini akan menjadi suatu persinggahan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengetengahkan segala idea bernas dan munasabah dalam membantu merealisasikan matlamat dan objektif kongres ini, demi kebaikan generasi kini dan akan datang. Segala pertanyaan dan maklum balas boleh diajukan kepada ‘team pengerak publisiti’ dan insyaAllah akan direspon dengan sebaik mungkin. Semoga usaha kecil ini dinilai oleh Allah dan diteruskan oleh anda yang sedar dan mahukan perubahan.
Wallahu’alam.
Wednesday, May 6, 2009
Pengenalan
Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Objektif IPPIN
1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.
2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.
3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.
2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.
3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.
Organisasi Ippin
AHLI MAJLIS TERTINGGI
PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said
TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply
SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan
TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob
BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad
TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak
BIRO BERTINDAK
BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi
BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin
BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha
BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif
BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli
PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said
TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply
SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan
TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob
BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad
TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak
BIRO BERTINDAK
BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi
BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin
BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha
BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif
BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli
Muat Turun Di Sini
Labels
- Gamisdaily (9)
- Kenyataan Media (8)
- Pandangan (21)
- Pendidikan (21)
- PENGUMUMAN (9)
- pogram (2)
- program (1)
- Tokoh Akademik (1)
- Umum (7)
Saranan Buku
sebuah buku yang berdasarkan teori-teori Islam yang diadaptasi kepada teori Barat
Bagaimana hendak jadi guru yang baik? Bacalah buku ini!!
Sebuah buku yang boleh dijadikan panduan untuk menerapkan elemen kesepaduan dalam pendidikan
Sejarah Pemikiran
The Origins of Islamic Reformism in Southest Asia




