Sejadah Cinta

Institusi Pondok Selepas Merdeka

Sistem pengajian pondok telah menuju zaman kegemilangannya pada abad ke-20M. Keadaan ini berlaku kerana para ulama terdahulu yang berjaya melahirkan anak murid berkebolehan dan berjaya menanam semangat mencintai agama di kalangan masyarakat.[...]

Lelaki Pemimpin Wanita

IPPIN akan perjuang pendidikan percuma

“Pendidikan percuma perlu diberikan kepada rakyat bermula daripada tadika sehinggalah kepada pengajian tinggi” katanya ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.[...]
Cinta Sejati Seorang Ibu

Pendidikan Islam, Moral tak perlu jadi subjek teras UPSR

Kementerian Pelajaran berpendapat subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak perlu dijadikan mata pelajaran teras dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri murid.[...]
ipolitik

IPPIN bersetuju UPSR dan PMR dimansuhkan

Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.[...]
ipolitik

Selamat Hari Guru

Sempena dengan Hari Guru tahun 2010, Institut Pemikiran Dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Guru adalah pencetus kejayaan umat serta pembina tamaddun manusia yang berjaya.[...]

KARISMA dan SPIN Bergabung Idea Mengenai Isu Pendidikan

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)



Baru-baru ini, Sekretariat Pendidikan Islam Negara (SPIN) telah mengundang khas Pengerusi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) – Saudara Abdullah Omar untuk membincangkan beberapa isu berkaitan dengan pendidikan di negara kita.

THE 7TH WORLD CONFERENCE ON MUSLIM EDUCATION (WORLD-COME 2009).

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


DATE : 21 - 23 DECEMBER 2009
VENUE : SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA

INTRODUCTION

The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) aim to bring together on an international level all involved in the dissemination of knowledge to address the current educational situation in the Muslim world. The first in the series identified the main problems in Muslim education and suggested remedies. It proved to be a watershed in the history of Muslim education and was eagerly followed by a succession of five other world conferences held in different parts of the world. This seventh World Conference aims to be as dynamic and as influential as its predecessors. It will take into account the impact of globalization on Muslim education, looking in particular at issues such as Islamophobia, secularism, the marginalization of spiritual values as well as human capital development and the advancement of ICT. It will continue to develop themes discussed in earlier conferences, such as the Islamization of knowledge, curriculum designing and teacher training, but will contextualize them in the current globalized atmosphere. This conference is expected to usher in a new era of Muslim education which will counteract the negative effects of globalization and at the same time incorporate its more favourable aspects.


OBJECTIVES


Due to the importance of quality in every aspect of our life, the WORLD-COME 2009 endeavors to:
1.Bring together a large number of scholars and researchers from around the world and give them the opportunity to interact and network with each other.
2. Discuss and analyze the impact of globalization and its challenges to the development of Muslim education in the world.
3. Suggest solutions to some of the issues in Muslim education.
4. Support the initiatives of the state of Selangor, Malaysia in its aim to Islamize education.

source : http://world-come2009.com/

ali imran : 142

Do you think that you will enter Paradise before Allâh tests those of you who fought (in His Cause) and (also) tests those who are As-Sâbirun (the patient)? (142)

GERAK KERJA SPIN KEMBALI LAGI

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

AssalamualaikumWBT buat sahabat-sahabat yang dikasihi.Alhamdulillah, pengakhiran tahun 2009 ini bakal menyaksikan penggerak-penggerak SPIN berjuang lagi di pentas-pentas dunia umumnya. Jutaan kemaafan bagi sesi-sesi yang lepas kerana blog atau medan bagi para pembaca mendapatkan info bagi SPIN ini lesu. Kesilapan-kesilapan ini diakui oleh pihak kami sendiri namun bukanlah bermaksud kami tidak melakukan sebarang gerak kerja. Menjadi pemula atau perintis bagi tiap-tiap gerak kerja bukanlah satu hal yang mudah , begitu juga sebagai penyambung bagi satu-satu perjuangan.Namun apa yang penting disini, ialah istikomah atau bermaksud terus-menerus melakukan gerak kerja tersebut.Ahli sunnah wal jamaah ada menyatakan bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang, begitulah halnya dengan gerak kerja kami.
Apa yang kami harapkan adalah doa-doa serta sokongan dari pembaca-pembaca sekalian agar salah satu usaha GAMIS ini berhasil dan berkesan serta mendatangkan manfaat pada semua. Bukanlah hasil yang dipandang oleh Sang Pencipta kita namun usaha yang bersungguh-sungguh seharusnya ditanam dalam diri setiap penggerak sekretariat ini serta jadilah makhlukNYA yang paling bertakwa antara kita semua.

Disini, saya sertakan maksud surah al-hujuraat buat semua penggerak SPIN serta pembaca blog ini agar setiap tingkahlaku kita tidak lari dari landasan yang sebenar

Al-hujuraat :13

“ hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

Insyaallah,
Program terdekat yang bakal disertai oleh SPIN :


1) THE 7TH WORLD CONFERENCE ON MUSLIM EDUCATION ( 21-23 Disember 2009)
Tarikh konferens adalah pada 21-23 Disember 2009 (Isnin-Rabu)
http://world-come2009.com/


2) ASIA PASIFIC CONFERENCE 2010( EARLY CHILHOOD EDUCATION)
Rujukan:

- http://mencarimardhotillah.blogspot.com/2009/11/asia-pasific-conferens-2010-early.html#links


Maklumat seterusnya akan terus di update. Insyaallah.

Ali imran : 140
Jika kamu( pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum(kafir) itupun (pada perang Badar ) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran ) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran) dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikanNya ( gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.


Salam perjuangan buat penggerak-penggerak sekretariat!

Perjuangan Yang Belum Selesai

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang telah mengurniakan kita dengan nikmat Iman dan Islam.Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat yang telah menyampaikan kebenaran risalah agama pada setiap hambaNya.

Ana mengharapkan sahabat2 seperjuangan sentiasa sihat dan tsabat di jalan perjuangan yg dijanjikan Allah dengan kemenangan satu masa nanti.Maaf kerana membiarkan blog ini sepi dari info2 baru berkaitan perkembangan SPIN dan perjuangan yang kami canang2kan sebelum ini.

Sesekali ana ada menjengok ke laman ini beberapa waktu sebelum ini.Walaupun tiada 'post' terbaru namun ada juga yang masih istiqamah singgah di laman ini moga2 ada info terbaru yg dapat dibaca.Ana tahu antum semua semangat utk bersama kami memperjuangkan dan memartabatkan kembali Pendidikan Islam pada peringkat pusat dan negeri.Ini juga matlamat kami.

Akhirnya ana mengharap dan meminta pada sahabat2 semua marilah bersama2 kami kembali seperti mana Ko-SPIN sebelum ini.Detik2 ketika masing2 memerah keringat membuat kerja2 yang telah diamanahkan semata2 mahu melihat Islam itu tinggi.Kami sangat memerlukan antum dalam segala segi i.e; idea2 bernas, sumbangan kewangan, tenaga etc dalam memastikan visi dan misi kita tercapai.

Segala yang baik itu dari Allah dan segala kelemahan dari kami insan bernama makhluk yang lemah.Mari kita kukuhkan kembali SPIN.

Salam Eidul Fitri, Salam Kemenangan

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)



Assalamualaikum W.B.T.

All praises to Allah who created countless creatures without any defect and determine the righteous paths to his believers.

Praises to Muhammad S.A.W and sahabah for their endless effort in conveying Islam to every man just because they want to see Islam is above everything.

Oh my brethren, Ramadhan is at the time of bidding us farewell. The very hope from this Madrasah Tarbiah of producing absolute Taqwa to every man is profoundly hoped.

On this very meaningful moment, Members of SPIN would like to wish u Eidul Mubarak and we hope the advent of Eidul Fitr is a sign of victory in obtaining the Taqwa as well as others related sense.

Wallahua'lam.

SPIN : MISI JANGKA PANJANG GAMIS UNTUK PULIH SISTEM PENDIDIKAN

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)




Sekretariat Pendidikan Islam Negara (SPIN) adalah salah satu usaha jangka panjang Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia setelah ianya diangkat sebagai resolusi pada Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN ’09) anjuran GAMIS pada 11 Julai yang lalu.

Terdahulu, wakil penggerak SPIN telah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA) bagi menerangkan mengenai halatuju serta meminta pandangan juga nasihat bagi menghasilkan gerak kerja SPIN.

Pengerusi SPIN, Saudara Muhammad Naqiuddin Bin Mohd Said berpendapat visi utama yang menjadi tunjang kepada SPIN ialah untuk menjadikan ISLAM sebagai teras utama sistem pendidikan di Malaysia.

“Kita melihat begitu banyak kebobrokan dan masalah dalam pendidikan negara ini, sehingga tercetus begitu banyak dan besar masalah sosial dikalangan anak muda di negara ini,seperti masalah murtad,kes penzinaan,anak luar nikah,buli dan sebagainya. Setelah dikaji,dan di bincang dalam KO-SPIN ‘09 yang lepas, puncanya ialah sistem pendidikan di negara kita ini. Segalanya bermula dengan didikan. Perilaku dan sahsiah anak-anak muda dicorak dengan pendidikan. Jika sistem pendidikan itu rosak, maka rosaklah ana muda masa kini. Jadi disini, SPIN memberi solusinya iaitu masalah tersebut boleh diubati dengan menjadikan ISLAM sebagai teras dan tunjang kepada sistem pendidikan di negara ini. Kita ingin melihat ISLAM menjadi dasar dalam sistem pendidikan negara ini.”

Kenyataan ini disokong oleh Timbalan Pengerusi SPIN, Saudara Amir hamzah Akal Ali dalam kenyataannya yang menyifatkan bahawa sistem pendidikan negara kita sebenarnya telah mengalami kepincangan kerana mengamalkan sistem dualisma, iaitu ilmu akhirat hanya perlu untuk ulama' dan ilmu dunia hanya untuk para saintis. Seterusnya, sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan hanya membantu para pelajar menjadi burung kakaktua yang cuma mampu membuang ilmu di atas kertas peperiksaan.

“Untuk itu, satu pressure group (SPIN) yang benar-benar kuat amat perlu sebagai usaha menukar segera sistem pendidikan di negara ini. Selain itu, SPIN juga insya-Allah dalam masa terdekat ini akan berjumpa dengan para ilmuwan, ulama' dan ahli akademik seluruh Malaysia untuk meminta nasihat dan pertimbangan serta cadangan-cadangan mereka untuk dilaksanakan. Diharapkan gerak kerja mendapat dokongan daripada seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia kerana dengan sistem pendidikan negara yang baik, insya-Allah akan melahirkan masyarakat 1 Malaysia yang baik.” Ulas beliau ketika dihubungi.

CARTA SEKRETARIAT PENDIDIKAN ISLAM NEGARA (SPIN) 2009

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


CARTA SEKRETARIAT PENDIDIKAN ISLAM NEGARA (SPIN) 2009




AHLI MAJLIS TERTINGGI


PENGERUSI

Muhammad Naqiuddin Bin Mohd Said

TIMBALAN PENGERUSI

Amir hamzah Akal Ali

SETIAUSAHA

Nurhaslin Binti Zaharudin

BENDAHARI

Najlaa Shazana bt Mohamad



BIRO BERTINDAK SPIN 2009


BIRO R&D (KAJIAN)

PENGERUSI: Ahmad Saifuddin Bin Amran

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN

PENGERUSI : Mohammad Amin Bin Razaly

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT

PENGERUSI : Mohammad Za'im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM

PENGERUSI : Ahmad Syukri Ab Razab

BIRO ANTARABANGSA

PENGERUSI : Nur Suhaila Zulkifli dan Abd Rauf Baharuddin

PENGENALAN SPIN

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Sekretariat Pendidikan Islam Negara (SPIN) telah diputuskan untuk menjadi satu entiti hasil daripada resolusi Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09).

Berikut adalah senarai biro bertindak yang akan menggerakkan SPIN ini.

Biro R&D
Biro Penerangan dan Penerbitan
Biro Perhubungan dan Korporat
Biro Latihan dan program
Biro Antarabangsa


Untuk makluman, gerak kerja ke arah merealisasikan SPIN sedang diusahakan. Terbaru, Biro R&D telah mengadakan sidang diskusi ilmiah bertajuk Pengkonsepsian ilmu pengetahuan semasa di dalam kerang Tauhid (sifat 20).

Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli Biro R&D,anda bolehlah menghubungi saudara Saifuddin (0126459801/0132791987).

Terim kasih atas kunjungan dan kerjasama.

Kertas Kerja Ko-SPIN '09

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Buat sidang penyokong dan penggerak Sekretariat SPIN, kertas Kerja Ko-SPIN '09 akan dimuat turun secara berperingkat. Maaf atas kelewatan, moga kertas kerja ini menjadi bahan rujukan buat kita semua untuk terus setia mendokong REJUVENASI sistem pendidikan Islam negara yang makin hanyut dan tenggelam dalam arus deras kemodenan yang tidak berpaksikan Tuhan Yang Esa.

MUAT TURUN KERTAS KERJA DI RUANGAN "Muat Turun Sini"

Moga kita beroleh manfaat. Terima kasih.

Analisis : 4 aspek tingkat sistem pendidikan negara

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)



Kenyataan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang bertitah semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Untuk Semua di Hotel Legend telah menggariskan empat aspek utama sistem pendidikan yang memerlukan perhatian khusus demi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Titah baginda, keempat-empat aspek berkenaan ialah kurikulum, sistem penilaian, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahasa Inggeris.Atas faktor tersebut, saya tertarik dengan Analisis Awani berkaitan dengan 4 aspek tingkat sistem pendidikan yang dicadangkan oleh Raja Muda Perak yang telah dipengerusi oleh Suhaimi Sulaiman dan seorang jemputan, Dr Roseli pensyarah pengajian pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Ada beberapa maklumat yang boleh dikongsi bersama ialah :

• Di Singapura, sekolah memang dibiarkan bising dan guru akan memberi peluang satu persatu kepada muridnya untuk bercakap. Sedangkan Ia berbeza di Malaysia. Perspektif masyarakat mengatakan sekolah yang senyap itulah sekolah yang terbaik. Guru akan meminta muridnya senyap daripada membuat bising. Dengarnya lunak namun kita membentuk persekitaran tidak normal kepada murid. Pengalaman Dr. Roseli ketika berada di Singapura.

• Seramai 70 peratus rakyat Singapura yang cerdik pandai akan dijadikan guru di sekolah menengah dan rendah. Dasar pendidikan oleh pemerintah Singapura ini adalah untuk masa depan anak bangsanya. Kini, untuk menaikkan taraf pendidikan Universiti National of Singapore, pemerintah republik itu menawarkan gaji yang lumayan kepada pensyarah pakar seluruh dunia untuk berkhidmat di universiti itu. IPTA di Malaysia bagaimana?

• Di Amerika Syarikat, jika anak anda bersekolah tadika di sana, anda akan menemui guru yang berada di bidangnya. Jika seorang guru meminta membuat karangan berkaitan seorang polis, Pegawai Polis akan datang ke tadika dan berkongsi cerita tentang pengalaman dan bidang tugasnya. Begitu juga apabila murid diminta membuat cerpen berkaitan perubatan, seorang doktor pakar akan memberikan syarahan. Pembinaan akademik, intelek, sahsiah pelajar akan dibentuk melalui persekitaran pembelajaran seperti ini. Ia berlainan di Malaysia, seorang guru Bahasa Malaysia, dialah pegawai bomba, polis, doktor, peniaga untuk memberikan maklum pada anak muridnya.

• Di United Kingdom, apabila anak anda ingin belajar berkaitan elektron, sekolah akan pergi ke muzium untuk memberikan peluang kepada muridnya untuk melihat sendiri bagaimana electron dicipta, Thomas Anderson mencipta lampu seterusnya kepada penciptaan electron terkini mengunakan radioaktif berkuasa nano. Praktikaliti pembelajaran yang tidak hanya menggunakan lisan membantu potensi pelajar untuk mengetahui sesuatu ilmu. Jika anda ingin belajar kimia, akan dihantar anda ke makmal kimia yang lengkap melihat prosesnya bukan sekadar lisan di dalam kelas sahaja.

• Pendidikan yang hanya berorientasikan intelek dengan menjadikan peperiksaan sebagai nilai indikator merupakan satu lagi falsafah pendidikan negara Malaysia yang tidak seimbang. Ini diakui apabila hanya nilai intelek sahaja yang ditekankan. Hanya A sahaja menjadi target guru dan murid-muridnya. Nah, akhirnya kita hanya dapat melahirkan muridnya yang membangun daripada sudut intelek, tetapi rendah daripada sudut pembangunan diri, sahsiah, potensi dan kemahiran.

• Modus operandi pendidikan negara yang memerlukan guru menghabiskan sillibus hingga akhir tahun menyebabkan murid terpaksa mengikuti satu-persatu sistem yang dimana walaupun hakikatnya murid boleh pergi jauh daripada itu. Contohnya, di sekolah Cina jika anda pelajar darjah 2, anda akan mempelajari buku teks darjah 3. Begitulah seterusnya, jika anda tingkatan 5 semua muridnya akan mempelajari buku teks tingkatan 6!. Itulah gaya sekolah cina memandaikan anak bangsanya.

Saya berkesempatan untuk berbincang dengan beberapa orang guru berkaitan hal ini. Antara hujah yang dapat saya kumpulkan ialah buku teks kebangsaan diselaraskan untuk pelajar di luar bandar, itulah sebabnya pendekatan pendidikannya adalah seperti itu. Satu amaran daripada guru cemerlang di sekolah tempat saya mengajar ialah, jika anda menggunakan buku teks kebangsaan, ia akan membodohkan lagi murid yang anda didik !Kepada ibu-bapa bukanlah nilai banyak A menjadikan anak anda cemerlang. Kecenderungan dalam sector dan bahagian lain perlu dikoreksi oleh ibu bapa untuk mengetahui potensi seorang anak. Didiklah anak dengan agama agar ia mengetahui hakikat sesuatu ilmu itu berfungsi bagaimana.

Sedikit fakta, kini institusi teknikal negara lebih berminat pekerja bengkel mekanik yang berpengalaman bekerja secara praktikal berbanding seorang pensyarah yang selalu tersilap salah dan tidak tahu menggunakan alat dan teknologi di makmalnya sendiri. Antara hujah yang ada untuk melaksanakannya ialah masalah kewangan. Adakah ini alasan yang konkrit untuk pendidikan negara?

p/s :1) kepada peminat filem intelligent ala forensik, silalah melihat filem “The Bone Collector”. Melihat dan meneliti jalan kisah dan ilmunya sangat mengujakan.

2) Saya berkesempatan untuk pergi ke surau berhampiran. Ramai jemaah yang hadir. Rupa-rupanya ada majlis bacaan yaasin untuk pelajar yang akan mengambil UPSR. Alangkah baiknya jika ibu bapa yang mahukan anaknya cemerlang selalu dating ke surau untuk berdoa. Bukanlah kehadiran yang ramai ini bersifat bermusin dan hanya ramai apabila ada majlis yang disajikan makanan yang sudah menjadi budaya masyarakat kita.


Empat aspek tingkat sistem pendidikan

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menggariskan empat aspek utama sistem pendidikan yang memerlukan perhatian khusus demi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Titah baginda, keempat-empat aspek berkenaan ialah kurikulum, sistem penilaian, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahasa Inggeris.

''Kurikulum kita terlalu padat dengan guru-guru dan pensyarah universiti memberikan begitu banyak maklumat kepada pelajar yang menerima secara pasif.

''Mungkin sudah tiba masanya untuk mengurangkan kandungan bahan yang disebarkan dan meluangkan lebih waktu bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan dalam abad ke-21,'' titah baginda.

Raja Nazrin yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Untuk Semua di Hotel Legend di sini hari ini.
Mengenai sistem penilaian, baginda menjelaskan, sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dengan pelajar perlu menduduki empat peperiksaan umum sebelum ke universiti.

''Kita mungkin boleh mengurangkan peperiksaan di peringkat kebangsaan sekali gus mengurangkan beban dan kebimbangan guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa. Kita juga cenderung menyanjung mereka yang mendapat keputusan cemerlang dan meminggirkan mereka yang tidak cemerlang.

''Sistem berorientasikan peperiksaan juga menyebabkan sekolah-sekolah memberikan fokus kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang. Lebih malang, mereka yang tidak cemerlang berlatarbelakangkan sosio-ekonomi yang rendah,'' titah baginda.
Tambah Raja Nazrin, kaedah penilaian alternatif yang lebih mencerminkan keupayaan pelajar perlu dilaksanakan.

''Biarpun mendapat markah A adalah penting, pelajar juga perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka bekerja secara efektif dan efisien,'' titah baginda.

Baginda bertitah, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu kepada pelajar melakukan projek, menganalisis kajian kes, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dalam pelbagai situasi, mempertikai kes-kes yang dikaji serta memupuk pengetahuan pelajar itu sendiri.

''Seringkali guru mengeluh untuk menggunakan strategi pengajaran sedemikian namun kandungan pelajaran menyebabkan mereka terpaksa memilih kaedah syarahan yang membolehkan lebih banyak kandungan pelajaran disebarkan kepada pelajar,'' jelas Raja Nazrin.
Aspek yang keempat, tambah baginda, ialah bahasa Inggeris yang begitu penting dalam alam pekerjaan di abad ke-21.

''Di tempat-tempat kerja di seluruh dunia, mereka yang mahir bahasa Inggeris akan menikmati banyak kelebihan dan kebanyakan majikan menjadikan bahasa Inggeris sebagai syarat pengambilan pekerja.

''Menyentuh mengenai guru, satu kajian bertajuk Bagaimana Sekolah Terbaik Di Dunia Menduduki Tempat Teratas oleh McKinsey and Co. pada 2007 mendapati guru merupakan penentu pada kualiti sesebuah sistem pendidikan,'' jelas baginda.

Tambah Raja Nazrin, di Finland semua guru baru mesti mempunyai ijazah sarjana, Korea Selatan pula mengambil guru sekolah rendah dari kalangan lima peratus graduan terbaik sementara Singapura dan Hong Kong pula memilih guru dari kalangan 30 peratus pelajar terbaik.

PENGUMUMAN SEKRETARIAT

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Pada 24.7.09, Jumaat 'Meeting Postmortem' KONGRES telah diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar Bangsar.Segala permasalahan dan penambahbaikan kongres telah dibincangkan sebagai satu panduan utk masa hadapan kelak.

Unit2 bagi Sekretariat juga telah ditubuhkan dan dalam proses rangkaan.Pihak Sekretariat sangat berharap sahabat2 yg merupakan pelajar,penyelidik,ilmuan dan sebagainya utk sama2 memberi idea2 mampan ke arah organisasi dan gerak kerja Sekretariat yg lbh tersusun.

Sebarang cadangan/idea boleh diemailkan ke aktivisislam@gmail.com

Sama2 kita membangunkan sistem pendidikan Islam yang jitu dan kukuh utk masa depan generasi kini dan akan datang.

Wallahua'lam.

'Tahan lasak' syarat utama bakal guru

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

KUALA LUMPUR: Elemen 'tahan lasak' dan sanggup bertugas di kawasan pedalaman, adalah kriteria utama diambil kira Kementerian Pelajaran bagi pengambilan bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi, berkata langkah mengetatkan syarat pengambilan bakal guru itu bertujuan memastikan negara melahirkan guru berkualiti."Secara keseluruhannya guru bertugas di kawasan pedalaman cabarannya lebih besar berbanding di kawasan bandar. Oleh itu, kita memerlukan guru yang tahan lasak bagi memastikan mereka berkualiti."

"Tahan lasak ini bererti mereka boleh ditempatkan di sekolah di kawasan pedalaman tanpa kemudahan asas seperti pengangkutan yang sempurna, terpaksa meredah hutan, atau terpaksa menggunakan bot mahupun sampan untuk sampai ke sekolah," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, guru berkualiti bukan saja mempunyai ketahanan diri untuk berdepan dengan pelbagai kesukaran, malah mampu memahami budaya hidup masyarakat terbabit terutamanya di kawasan Orang Asli.

Artikel sokongan ke arah relevansi Sekretariat Ko-SPIN

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Guru perlu bersungguh bina akhlak pelajar
HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

JERANTUT 15 Julai - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mahu warga pendidik dan sekolah memainkan peranan bersungguh-sungguh untuk membina akhlak serta jati diri pelajar bagi menangani gejala sosial.


Baginda bertitah, cabaran global yang semakin sengit hari ini menuntut pentadbiran sekolah dan warga pendidik supaya lebih cekal serta berkemahiran dalam membina perwatakan dan intelektual pelajar mereka.


Titah baginda, pencapaian sesebuah sekolah bukan hanya diukur kepada keselesaan prasarana dan kecemerlangan akademik pelajarnya, tetapi juga kejayaan dalam mendidik modal insan berwibawa, berakhlak mulia dan boleh dijadikan contoh oleh masyarakat.


SULTAN Ahmad Shah bersalam dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut, selepas merasmikan sambutan Jubli Perak sekolah berkenaan, kelmarin.


"Peranan guru dan sekolah semakin mencabar dan menjadi harapan ibu bapa untuk terus memberi sumbangan mendidik anak-anak dengan acuan kekuatan akhlak dan jati diri bagi menghadapi cabaran kehidupan yang lebih besar pada masa akan datang.



"Tugas ini menuntut kemahiran pengurusan yang tinggi untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelektual, emosi, jasmani dan rohani, sesuai dengan aspirasi falsafah pendidikan negara," titah baginda.


Sultan Ahmad Shah bertitah merasmikan Sambutan Jubli Perak Ke-25 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan Pahang (SMKA TAHAP) di sini semalam.


Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Senator Datuk Maznah Mazlan; Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar; Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff dan Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Ismail Mohd. Ali.


Majlis sambutan itu bagi memperingati Almarhum isteri baginda, Tengku Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad yang mangkat pada 1988 dan diabadikan dengan nama sekolah tersebut.


Menurut Sultan Ahmad Shah, hubungan ibu bapa, bekas pelajar dengan pihak sekolah juga amat penting untuk menjamin pencapaian berterusan sekolah dalam semua bidang termasuk kokurikulum.


Baginda turut berbangga dengan pencapaian SMKA TAHAP yang mendapat anugerah lima bintang bagi pengurusan Sekolah Bestari, sekali gus merangsang semangat guru dan pelajar untuk terus melakar kejayaan lebih besar pada masa hadapan.


Pada majlis itu, Sultan Ahmad Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan RM50,000 untuk dana sekolah tersebut bagi membiayai program meningkatkan kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan pembinaan insan.


Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Bekas Pelajar sekolah itu kepada lima penerima termasuk Pengerusi Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Mohd. Sahfri Ab. Aziz.


Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_04.htm

Sekitar Kongres 11 Julai 09

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Setiausaha Kongres sedang memperkatakan sesuatu pada AJK

AJK sedang bertugas

Peserta2 Kongres tekun mendengar ucapan perasmian

Ucapan aluan oleh Presiden GAMIS

Pembentangan Sesi 1

Isu Kakak Tua: Penjelasan Saya

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

*Artikel ini ditulis oleh salah seorang peserta Ko-SPIN '09. Ia adalah respon berhubung isu 'kakak tua' yang dibangkitkan semasa sesi pembentangan kertas kerja yang kedua sewaktu Ko-SPIN '09. Moga dengan artikel ini, para pembaca lebih memahami apakah maksud sebenar pertanyaan penulis.

Ketika sedang berkongres di Auditorium Muzium Selangor, Shah Alam semalam bersempena Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (KO SPIN ‘09), tiba-tiba timbul satu suasana kontroversial semasa sesi soal jawab bersama pembentang pada sesi petang. Pembentang pada waktu itu ialah Dr Abdul Halim Tamuri, Dr Tajul Arifin Noordin dan DSP Tuan Ghazali Daud.
Sementara kontroversial yang dimaksudkan ialah apabila saya bangun bertanyakan satu soalan kepada pembentang (saya menujukan soalan itu kepada Dr Tajul Arifin) berhubung salah satu pandangan beliau yang terdapat dalam kertas kerja yang diberi. Sebelum itu, Dr Tajul Arifin membentangkan kertas kerja yang bertajuk ‘Pengsekularan Sistem Pendidikan Islam: Analisa Suatu Pengalaman’.Secara peribadi, saya bersetuju dengan kesemua penceramah yang hadir malahan saya cukup mengagumi mereka sebelum datang ke kongres lagi.

Akan tetapi, atas dasar minat berdiskusi dan jiwa muda yang penuh berinkuiri, saya bertanya satu soalan sambil memberikan pandangan yang bertentangan dengan beliau berhubung kenyataan ini;“Mengkaji kemungkinan menjadikan Model Maahad Tahfiz Sains (MTS) yang sekarang dilaksanakan di kelantan dan Selangor sebagai model pendidikan untuk seluruh sekolah di Malaysia.” (muka surat 10, nombor lima roman)

Soalan saya pula ialah;“Saya ingin meminta respon Dr berkenaan pandangan tersebut dan saya berpandangan, bukankah ini salah satu perangkap golongan sekularis kerana sistem ini masih lagi berkait dengan sekularisme disebabkan pengajaran subjek-subjek seperti Sains, Matematik dan lain-lain masih lagi tidak mengalami Islamisasi dan dibimbangi tindakan ini akan melahirkan lebih banyak ‘kakak tua’ yang tidak memahami agama.”

(soalan penuh boleh didapati menerusi rakaman, jika ada)Sementara itu Dr Tajul dan Dr Abdul Halim pula berpandangan sebaliknya dan saya melihat kedua-duanya lebih terkesan dengan istilah ‘kakak tua’ berbanding maksud sebenar soalan saya. Hal ini menyebabkan kesemua pembentang terutama Dr Tajul dan Dr Abdul Halim menganggap saya mempersendakan golongan penghafal al Quran dengan menggelarkan mereka sebagai ‘kakak tua’.

Berhubung hal itu, saya dengan merendah diri memohon ampun dan maaf kerana tidak menjelaskan secara terperinci maksud sebenar istilah ‘kakak tua’ dan keseluruhan soalan tersebut disebabkan masa yang cukup singkat semalam dan saya sendiri merupakan penyoal terakhir dalam sesi itu.Maksud sebenar soalan sayaApabila melihat kepada kenyataan dalam kertas kerja Dr Tajul sebagaimana yang di atas, saya berasa bimbang dan terus mencatat sesuatu di atas kertas kerja itu dan ingin mengambil peluang bertanya kepada Dr sendiri sewaktu sesi soal jawab.

Saya berasa bimbang kerana cadangan beliau itu seolah-olah mencipta satu alternatif baru kepada golongan sekularis untuk mereka meneruskan dasar dualisme dalam keilmuan. Bukannya saya terpengaruh dengan kognitivisme dan sekularisme sebagaimana yang dikatakan oleh Dr ketika beliau memberi jawapan.Hal ini adalah demikian kerana model yang dinyatakan dalam kertas kerja tersebut hanya menambah satu aspek iaitu penghafalan al Quran dan dalam masa yang sama sistem pendidikan masih bercantum dengan sekularisme.

Bukankah ini satu kegagalan? Kita membicarakan soal Islamisasi ilmu dan bercita-cita mahu merejuvenasikan sistem, tetapi dalam masa yang sama konsep dualisme yang mengakar dalam sistem pendidikan di Malaysia terus dilaksanakan. Saya bimbang, kita tertipu dengan istilah dan konsep dan dalam masa yang sama terperangkap dengan puak-puak sekularis. Sistem tahfiz yang berasingan dengan sistem pendidikan.Di samping itu pengintegrasian antara sistem penghafalan al Quran dan ilmu duniawi yang lain juga merupakan sekularisme dan dasar yang masih dipengaruhi aristotlialisme.

Pandangan Aristotle merupakan antara asas yang memacu perkembangan sekularisme pada satu ketika. Signifikan pandangan beliau tersebut ialah apabila Aristotle telah mengasingkan antara world view dan ketuhanan. Aristotle mendakwa tuhan hanya mengetahui akan halnya sendiri dan tidak mengetahui tentang alam ciptaannya. Ini pandangan saya. Mungkin ada benar dan boleh jadi silap.Kenapa burung kakak tua?Lagilah saya bimbang sekiranya konsep ini akan melahirkan kakak-kakak tua yang sekadar menghafal al Quran tanpa memahami dan menghayati ilmu fardhu kifayah yang mereke sedang pelajari.

Saya berpandangan sebegini disebabkan pengalaman saya sebagai seorang penghafal al Quran dan saya melihat institusi-institusi hafiz seluruh negara telah ‘membazirkan’ banyak huffaz di Malaysia. (insyaAllah saya akan terangkan persoalan pembaziran huffaz ini dalam artikel yang lain)Adapun kakak tua yang saya maksudkan dalam soalan saya ialah golongan penghafal yang tidak memahami dan tidak menghayati wahyu. Sebagaimana sifat burung kakak tua yang sekadar menghafal apa yang diajar oleh tuannya tanpa memahami istilah yang dihafal.

Ini antara masalah terbesar dalam dunia huffaz, saya tidak berniat menghina salah satu sunnah nabi saw iaitu menghafal al Quran.Ibnu Mas’ud pernah menyatakan kebimbangan beliau iaitu berapa banyak orang yang membaca al Quran dan dalam masa yang sama dilaknat oleh al Quran. Itu baru membaca, alangkah lagilah berat hukuman yang dikenakan ke atas orang yang menghafal al Quran tetapi dalam masa yang sama dilaknat oleh al Quran. Sebenarnya terlalu banyak hujah sama ada yang datang dari al Quran, hadis mahupun pandangan alim ulama yang menyatakan kewujudan penghafal wahyu yang membebani umat. Namun, saya tidak berniat mengulas panjang tentang istilah tersebut dalam penulisan ini.

Kenapa saya berbeza pandangan dengan ilmuan?Kedapatan sahabat saya yang memberi respon yang saya ‘berani’ berhujah dan berbeza pandangan dengan tokoh ilmuan. Hal ini demikian disebabkan tindakan saya menyatakan pandangan peribadi yang berbeza dengan pandangan pembentang. Perkara ini dapat dilihat sedari sesi pada waktu pagi lagi iaitu apabila saya memberikan pandangan yang berbeza dengan pandangan tokoh yang saya cintai sendiri iaitu Prof. Dr Sidek Baba.Jawapan saya ialah, inilah peluang kita nak menguji kemampuan kita dan mengambil manfaat kehadiran tokoh-tokoh keilmuan.
Kita bertanya dengan penuh rasa hormat dan dalam masa yang sama bersikap berani dan meyakini hujah yang dimiliki. Bukankah keberanian berhujah dan memberi pandangan itu merupakan salah satu ciri mahasiswa yang idealis dan kritis?Selain itu, saya juga tidak mahu menyia-nyiakan peluang berada dalam satu majlis dengan tokoh keilmuan dengan mengajukan soalan yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Kita mesti bijak membezakan antara soalan yang boleh ditanya pada bila-bila masa kepada orang awam dan soalan yang jarang-jarang diberi kesempatan untuk ditanya. Malangnya, masih terdapat mahasiswa yang tidak menyedari betapa besarnya manfaat dapat bersama-sama tokoh pemikir dan keilmuan dalam satu majlis.

Sekadar itu sahaja penerangan dan penjelasan yang saya ingin kemukakan. Adapun sebab saya tidak bangun mempertahankan diri saya sewaktu dikatakan ‘menghina sunnah’ ialah kerana rasa hormat yang cukup menebal terhadap pembentang. Lagipun, saya berpandangan adalah tidak elok jika saya terus mempertahankan pandangan saya dalam suasana sebagaimana semalam. Sekali lagi, dengan penuh merendah diri, saya memohon maaf jika saya telah membuat konroversi sewaktu berkongres. Buat sahabat-sahabat mahasiswa, ayuh bersama kita meningkatkan keupayaan ilmu dan keberanian supaya cita-cita untuk melahirkan mahasiswa beridealisme dan kritis akan menjadi kenyataan!
Salam hormat,Marwan Bukhari bin Abdul Hamid

Gamis tubuh sekretariat rejuvenasi pendidikan Islam-Malaysiakini

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

MALAYSIAKINI, Kuala Lumpur 13 Julai 6:50pm- Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan berusaha untuk mengintegrasikan pendidikan Islam kepada bukan Islam dan memperjuangkan Islam dalam sistem pendidikan supaya tidak dilihat sebagai subjek semata-mata.

Perkara tersebut adalah antara cadangan gerak kerja sekretariat bertindak rejuvenasi sistem pendidikan Islam di Malaysia yang bakal dibentuk.

Pembentukan sekretariat tersebut merupakan resolusi yang diputuskan dalam kongres pertama rejuvenasi sistem pendidikan Islam negara (Ko-Spin), Sabtu lalu di Auditorium Muzium Shah Alam, Shah Alam.
Pengarah Ko-Spin, Siti Nurul Munawirah Mohamad Roslan berkata, pihaknya tidak mahu Islam itu dilihat bersifat eksklusif, yang khusus untuk orang Islam
sahaja.Sebaliknya, kata beliau, pihaknya mahu Islam dilihat sebagai agama yang bersifat inklusif."Ciri-ciri Islam dapat disebarkan kepada bukan Islam, dengan menyatakan bahawa Islam itu syumul, agar mereka tidak prejudis kepada Islam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

400 peserta termasuk wakil NGO seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Katanya, seorang peserta tunggal bukan Islam yang hadir, memuji penganjuran kongres tersebut bagi membolehkan beliau mengenali Islam dalam sistem pendidikan.

Beliau berkata, peserta tersebut daripada salah sebuah institusi perguruan berpendapat pendidikan dalam Islam dapat mesejahterakan manusia yang turut mementingkan jasmani, emosi dan intelektual.

Lantik Prof Naquib penasihat

Dalam perkembangan berkaitan, sekretariat yang bakal dibentuk itu akan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memperkasakan sistem pendidikan dan memartabatkan profesion perguruan.

"Kita mahu penyerapan kaedah-keadah dalam Islam yang mementingkan kajian dan tidak hanya mementingkan hanya buku teks (menghafal) dan meluahkannya dalam peperiksaan," katanya.

Katanya, Gamis juga diminta untuk bertemu dengan pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Sidek Baba bagi mendapatkan modul sistem pendidikan Islam dalam usaha untuk membina identiti dan sahsiah serta membangunkan modal insan.

Dalam usaha untuk memantapkan sekretariat tersebut, Siti Nurul Munawirah berkata, Gamis berhasrat melantik tokoh intelektual, Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai penasihatnya.

Katanya, ini kerana tokoh tersebut adalah tokoh pemikir Islam yang amat disegani di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

"Amat rugi kalau beliau dipuji di luar (negara) tetapi kita tidak melantiknya sebagai penasihat," katanya.

Menurutnya, beberapa NGO telah menyatakan kesediaan mereka untuk berkerjasama dengan sekretariat tersebut, antaranya, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Syura) dan Teras Keupayaan Melayu (Teras).


Penulis : Abdul Rahim Sabri

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/108419

Audotorium Muzium Shah Alam

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


PENGUMUMAN Ko-SPIN '09

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Bagi anda yang ingin memuat turun tentatif Ko-SPIN '09 dan peta ke Auditorium Muzium Shah Alam, anda boleh berbuat demikian di ruangan 'Muat Turun Sini'.

Penyertaan untuk ke kongres ini adalah terhad. Hanya tinggal beberapa kekosongan sahaja lagi. Peserta yang ingin menyertai boleh memberi nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada:

Saudari Najla - 013-6726260 atau Saudara Zaim - 013 - 2001357

Terima kasih.


REJUVENASI PENDIDIKAN, MEMARTABATKAN INSAN

KO-SPIN '09 Penerus Agenda Suci Para Intelektual Islam

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Apabila membicarakan satu ribu satu masalah yang menimpa umat manusia pada hari ini, pelbagai pihak berminat untuk berpartisipasi sambil membawa hujah masing-masing. Ada yang berhujah menerusi seminar, simposium, forum dan tidak kurang juga yang menampilkan hujah mereka dengan berpolemik secara ilmiah. Pelbagai alasan dan sandaran yang dikemukakan oleh mereka dan seringkali berpihak kepada latar belakang sosial dan aspirasi perjuangan masing-masing. Para politikus akan menyalahkan lawannya manakala pemuka yang mewakili sesuatu kaum dan golongan pula akan menyalahkan kumpulan yang lain.

Dalam penulisan pada kali ini, saya ingin mengajak pembaca sekalian untuk melihat bagaimanakah sarjana-sarjana Islam sejak dahulu sehingga sekarang bertindak untuk mengatasi kekeruhan kolam kehidupan ini.

Dr. Majid Irsan Kaylani pernah menceritakan bahawa pernah terjadi satu krisis sosial dan politik yang cukup parah pada satu ketika. Menurut beliau, para sejarahwan mencatatkan bahawa sekitar akhir alaf pertama sehingga awal alaf kedua, pelbagai masalah telah timbul seperti fanatisme mazhab yang serius, kemiskinan, pemerintahan yang korup dan kesesatan ahli sufi. Akibatnya, sistem kehidupan di Sudan, Mesir dan beberapa negara Arab pada waktu itu cukup tempang dan merunsingkan.

Era al Ghazali


Beliau seterusnya menceritakan bahawa seorang alim dan pemikir Islam yang masyhur pada waktu itu iaitu Imam al Ghazali telah menganalisis, mendiagnosis dan seterusnya bertindak selaku reformis untuk menyelesaikan masalah tersebut. Didapati, beliau kembali kepada akar krisis dan berpendapat bahawa falsafah dan sistem pendidikan pada waktu itu mestilah dipugar. ‘Gusti pendidikan’ telah dirancakkan oleh beliau menerusi penulisan-penulisan yang dihasilkan seperti Tahafut al Falasifah (mengkritik ahli-ahli falsafah yang dipengaruhi unsur dari Yunani) dan Tibru Masbuq fi nasihatil muluk (kitab yang ditulis untuk menasihati pemerintah pada zamannya). Selain itu, beliau juga telah menubuhkan madrasah beliau sendiri sebagai mengimplementasikan falsafah dan pandangan beliau berkenaan sistem pendidikan.

Adapun Imam Abdul Qadir al jailani, zaman dan tempat beliau juga menghadapi krisis yang hampir serupa dengan apa yang dilalui Hujjatul Islam Imam al Ghazali. Lantas beliau menghadapinya dengan memberi perhatian kepada pemugaran sistem pendidikan. Sebagaimana al Ghazali, beliau juga telah mengkaderkan sebanyak mungkin anak murid untuk meneruskan siri reformasi demi melakukan transformasi metamorfosis dalam masyarakat pada waktu itu. Kemudian, muncul banyak ulama yang meneruskan misi besar kedua-dua Imam tersebut dan penubuhan madrasah yang menjunjung sistem pendidikan Islam pula berlaku seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Abad ke-20

Syeikh Muhammad Abduh yang telah disuntik pemikirannya oleh Jamaluddin al Afghani juga telah meneruskan aspirasi yang telah diperjuangkan para cerdik pandai dahulu kala. Sewaktu beliau bergiat aktif sebagai ‘khadam umat’, beliau telah mengkritik keras sistem pendidikan di Universiti al Azhar yang mana menurutnya telah memiskinkan daya pemikiran kreatif dan kritis pelajar. Konfrontasi hujah antara beliau dan ulama al Azhar sentiasa berlaku apabila membicarakan soal tersebut. Malahan, beliau sendiri telah menawarkan diri untuk membantu mengubah beberapa sistem yang diyakininya pincang di universiti terkenal tersebut.

Sementara itu, Badiuzzaman Said Nursi yang merupakan tokoh terkenal dari Turki juga tidak ketinggalan dalam membicarakan soal ini. Sebagai memanifestasikan agenda besarnya, beliau pernah menulis surat kepada pihak pemerintah pada zamannya untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan yang dinamakan Madrasah az Zahra’. Walaupun impiannya itu tidak menjadi realiti sewaktu beliau hidup, namun usaha penubuhan madrasah itu diteruskan oleh generasi selepasnya. Meskipun gagal menubuhkan Madrasah az Zahra’, tetapi ideanya tetap direalisasikan apabila sebuah universiti telah mengimplementasikan cita-citanya menerusi satu fakulti khas.

Tidak terkecuali di alam Melayu apabila beberapa tokoh kaum muda seperti Syed Syeikh al Hadi yang telah memandang serius isu pendidikan ini. Syed Syeikh al Hadi telah terpengaruh dengan idea-idea daripada Syeikh Muhammad Abduh dan mengembangkannya di alam Melayu. Beliau mengkritik sistem pondok yang berleluasa pada zaman tersebut dan beliau sendiri telah menubuhkan institusi pendidikannya sendiri yang dikenali sebagai Madrasah al Masyhoor.

Mutakhir ini, antara cendikiawan yang mahu perubahan secara besar-besaran terhadap sistem pendidikan Islam ialah Ismail Raji faruqi, Fazlur Rahman dan Seyyed Hossein Nasr. Manakala cendikiawan dari Malaysia pula ialah seperti Prof Dr Syed Naqib al Attas, Prof Wan Mohd Nor, Dr. Sidek Baba dan banyak lagi. Malah, pelbagai gesaan supaya merejuvenasi sistem yang telah tua dan nyanyuk ini dilakukan secara besar-besaran dari seluruh cerdik pandai, mahasiswa dan pelbagai lapisan sosial yang memahami kepentingan pendidikan sebagai akar kehidupan.

Abad ke-21





Terbaru ialah usaha daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang telah menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Negara (KO-SPIN '09). Saya memuji usaha NGO terbesar mahasiswa Islam ini. Semoga usaha kalian dirahmati Allah dan bakal memberikan impak yang maksimum dalam usaha kita menyebarkan rahmat Allah ke sekalian alam, insyaAllah. Sebagaimana rejuvenasi ala Imam al Ghazali yang telah melahirkan nuruddin Mahmud Zanki dan Salahuddin al Ayyubi, harapnya suara ronta dari naluri suci ini akan diambil perharian oleh pemerintah dan seterusnya melahirkan benih-benih pembebas umat Islam dari hegemoni kuffar!

Sumber: http://zonremajaislam.blogspot.com/

Ko-SPIN '09 di ASTRO AWANI

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Kemuncak Ko-SPIN '09 bakal didedahkan kepada umum apabila pihak ASTRO AWANI sudi memberi ruang kepada GAMIS untuk menjadi tetamu rancangan ASTRO AWANI.

Pada Jumaat ini,(10 Julai) jam 8.15p.m.-8.45p.m. akan disiarkan secara langsung di Agenda AWANI mengenai perbincangan yang bertajuk Pembangunan Holistik Pelajar.

Tetamu jemputan bagi sesi ini akan dihadiri oleh Penasihat Ko-SPIN '09, Dr. Abu Hassan Hasbullah dan Presiden GAMIS, Saudara Mohd Dzulkhairi Mohd Noor

Moga kerancakan agenda Ko-SPIN '09 bakal memberi sinar harapan yang baru kepada sistem pendidikan pada masa akan datang.

REJUVENASI PENDIDIKAN, MEMARTABATKAN INSAN

Pandangan Timbalan Pengarah II Ko-SPIN '09 mengenai Pendidikan Islam

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

UBAT DICARI, PENCEGAH DILUPAI


Semua manusia inginkan kehidupan yang aman dan sejahtera.
Ramai yang bimbang apabila melihat peningkatan indeks jenayah di Malaysia. Apatah lagi apabila melihat saban hari di dada-dada akhbar berita berkaitan jenayah dan masalah sosial yang tidak pernah henti-henti bahkan semakin membarah dalam Malaysia. Ianya dijangka meningkat dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang masih belum stabil. Apabila berlakunya masalah sedemikian, pelbagai seminar dan wacana diadakan. Ramai yang berpandangan bahawa hukuman berat mesti dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.

Walaubagaimanapun, hukuman yang selalu dibangkitkan ini harus dipandang sebagai ’ubat’. Kita harus memikirkan pencegahan yang sewajarnya dilaksanakan agar ianya mapu menjadi penyelesaian. Lihat sahaja, berapa ramai penagih dadah yang kembali menyentuh najis itu setelah keluar dari pusat pemulihan (walaupun ianya pusat pemulihan, namun masih dipandang sebaga ’ubat’). Tidak kurang juga jenayah-jenayah lain seperti mencuri, merompak, rogol dan sebagainya. Terdapat di kalangan penjenayah yang mengulangi kesilapan walaupun telah dihukum.

Justeru, salah satu ’pencegah’ penyakit sosial ini ialah melalui pendidikan. Saya agak berbeza pandangan dengan salah seorang ahli akademik yang saya temui minggu lalu yang memandang sistem bukan permasalahan akan tetapi kekuatan jati diri yang boleh mencegah masyarakat dari terlibat dalam masalah sosial dan jenayah. Saya tidak nafikan, kekuatan jati diri dapat menyelamatkan masyarakat dari terjebak dengan gejala yang tidak baik namun saya memandang sistem pendidikan yang baiklah yang dapat membentuk jati diri tadi. Sistem sebagai satu acuan. Maka, menjadi tanggungjawab ’mereka yang berkuasa’ merangka acuan yang baik ini agar produk yang dapat dihasilkan benar-benar menepati piawaian yang diharapkan. Atas hakikat inilah, saya memandang sistem pendidikan merupakan pencegah yang baik di samping elemen-elemen yang lain seperti kesedaran masyarakat, ibu bapa, media dan sebagainya.

Sindrom "A"

Dalam pertemuan dengan YB Salehuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini, beliau membangkitkan satu sindrom yang berlaku dalam masyarakat hari ini iaitu sindrom ”A”. Sindrom ini bukan sahaja melibatkan pelajar, tetapi juga kerajaan, ibu bapa, guru serta masyarakat. Dengan sistem peperiksaan sebagai penilaian pencapaian kecemerlangan seseorang individu, ramai yang meletakkan ’A’ sebagai matlamat semata-mata. Pelbagai program disusun oleh pihak sekolah asalkan ramai pelajar yang mendapat ’A’ dalam peperiksaan. Ibu bapa sanggup menghabiskan wang yang banyak menghantar anak mengikuti tusyen semata-mata untuk mengejar ’A’.

Tidak menjadi masalah untuk mengejar ’A’ dalam peperiksaan, namun aspek-aspek lain sewajarnya juga diambil perhatian. Apabila ’A’ sahaja menjadi matlamat, aspek-aspek lain semakin dikesampingkan. Bagaimana soal spiritual pelajar? Bagaimana soal mendidik emosi pelajar? Apakah IQ pelajar dilatih sebaiknya? Masih ada beberapa persoalan dalam sistem pendidikan hari ini yang perlu dititik beratkan agar masyarakat yang lahir dari sistem ini memiliki nilai-nilai kemanusiaan yang selayaknya bagi seorang manusia. Sistem pendidikan hari ini sepatutunya dapat memanusiakan manusia dan tidak cukup meletakkan ’A’ di atas kertas semata-mata sebagai parameter pencapaian kecemerlangan seseorang manusia.

Pendidikan agama hak individu?

Ada suara-suara yang yang mempeertikaikan apabila agama diperjuangkan dalam sistem pendidikan dan masyarakat. Hujahnya ialah ”agama hak individu”. Namun, sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah agama sebagai agen pemupuk nilai-nilai keinsanan. Apabila berlaku kecelaruan dalam masyarakat, siapa yang susah? Bukankah masalah sosial akhirnya akan mengganggu hak individu yang lain? Tidak sepatutnya kita menentang sesuatu yang boleh mengganggu gugat pada akhirnya. Bukankah keamanan dan kesejahteraan itu menjadi harapan semua manusia tidak mengira agama dan bangsa?

Tindakan yang agak pelik apabila seorang Ketua Menteri bukan Islam boleh menaikkan pendapatan guru-guru KAFA di Pulau Pinang. Namun, rasional beliau berbuat demikian adalah kerana beliau yakin agama menyeru kepada kebaikan. Maka apabila masyarakat diberikan ilmu agama dengan secukupnya, kesedaran inilah yang boleh menyelamatkan masyarakat dari terjebak dalam kegelapan. Adalah sesuatu yang baik apabila bonus diberi kepada guru-guru KAFA tadi kerana mereka adalah dikalangan agen pembentuk masyarakat yang boleh menyelamatkan negeri atau negara dari permasalahan sosial yang cukup membimbangkan. Ketua Menteri Pulau Pinang itu memandang, pendidikan agama adalah keperluan kepada rakyatnya.

Pendidikan Islam berada di kelas kedua bahkan mungkin lebih bawah.

Hari ini, masyarakat tidak lagi memandang tinggi kepada mereka yang merupakan lulusan agama. Bahkan pendidikan agama hanya sekadar menjadi prasyarat kepada sesetengah golongan. Berapa ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen agama atau al-Quran? Berapa buah sekolah di Malaysia yang mengadakan kelas tambahan Agama bagi membentuk masyarakat sekolah yang cemerlang dari sudut akhlak dan peribadi? Inilah yang kita dapat lihat pada hari ini bagaimaa Pendidikan Islam diletakkan di kelas kedua bahkan ada ytang berpandangan ianya lebih rendah dari kelas kedua.

Pihak kerajaan harus memandang serius hal ini. Menjadi kerisauan masyarakat apabila melihat seolah-olah usaha membumikan Pendidikan Islam ini dalam masyarakat seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Dalam pemikiran sekularisme Machiavelli yang diterjemahkan dalam bukunya ’The Prince”, Machiavelli menjelaskan bahawa sekularisme yang diperjuangkannya idak menolak agama secara total, namun ianya dijadikan alat untuk mengukuhkan kuasa politik semata-mata. Kerana takutkan kebangkitan golongan yang sensitif terhadap agama, maka agama dilaksanakan sebagai prasyarat semata-mata untuk ’mententeramkan’ kebangkitan golongan tadi. Inilah yang merisaukan kita sekiranya isu pendidikan Islam di Malaysia tidak dipandang serius sebagai keperluan kepada masyarakat.

Sistem Pendidikan di Malaysia perlu dinilai semula.

Pada bulan februari yang lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mencadangkan pemberian insentif sebanyak RM5,000 kepada pemilik kenderaan yang mahu melupuskan kereta lama. Cadangan ini dilihat sebagai langkah menyelamatkan industri automobil negara dan menitikberatrkan aspek keselamatan pengguna. Jika kenderaan yang berusia 15 tahun ingin dilupuskan, maka sistem pendidikan di Malaysia juga perlu dinilai semula bagi menyelamatkan masyarakat dan negara pada masa akan datang.

Kita melihat, Akta Pendidikan 1996 masih memerlukan penilaian semula untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bukan sahaja maju dari aspek material tetapi juga aspek sahsiah dan intelektual. Begitu juga Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang ’umur’mya lebih jauh dari kenderaan berusia 15 tahun tadi. Sistem pendidkan seharusnya dilihat sebagai satu proses pencegahan yang boleh membawa kepada kemakmuran negara. Penilaian harus dibuat agar Pendidikan Islam diletakkan di tempat selayaknya. Pendidikan Islam tidak harus dilihat sebagai keperluan mereka yang belajar di aliran agama semata-mata namun menjadi keperluan kepada semua pelajar dari pelbagai bidang pengajian.

Konklusi

Pendidkan Islam tidak boleh dilihat sebagai keperluan individu semata-mata akan tetapi ianya harus dilihat kepada impak yang lebih besar kepada masyarakat dan negara. Bukan sahaja kita sedang menantikan masyarakat yang baik, tetapi juga pemimpin masa hadapan yang boleh membawa negara ke arah kebaikan. Atas hakikat inilah kita melihat, Pendidikan Islam bukan sahaja hanya ditekankan kepada mereka yang belajar di aliran agama sahaja akan tetapi meliputi masyarakat. Kita sedang menantikan kepimpinan yang berintegriti di semua peringkat dan bahagian. Bukan sahaja di posisi agama, namun soal integriti dan sahsiah ini adalah perlu diterjemahkan oleh semua sama ada masyarakat atau pemimpin dari pelbagai bahagian.

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff
Timbalan Pengarah II Ko-SPIN '09

Sumber: http://tintaduat.blogspot.com/




PDRM Bukit Aman bantu GAMIS merealisasikan Ko-SPIN '09

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Hasrat murni GAMIS untuk merealisasikan Ko-SPIN '09 telah mendapat respon positif daripada pihak PDRM Bukit Aman. Ini jelas terbukti apabila Pengarah Ko-SPIN '09, Saudari Siti Nurul Munawirah bersama Timbalan Presiden GAMIS, Saudari Rafidah Salleh telah mengadakan perjumpaan bersama wakil PDRM bagi menjelaskan mengenai objektif serta relevansi mengapa Ko-SPIN '09 perlu diadakan.

Ketika menghubungi Gamisdaily, Saudari Munawirah menjelaskan bahawa wakil pihak PDRM Bukit Aman juga akan menjadi salah seorang pembentang kertas kerja dalam Ko-SPIN '09.

"Pihak Ko-SPIN '09 amat berbesar hati dengan kerjasama dari pihak PDRM Bukit Aman. DSP Ghazali Daud, Penolong Pendaftar merangkap Imam Masjid PDRM Bukit Aman bakal membentangkan kertas kerja yang bertajuk Kes Juvana-Trend, Faktor dan Penyelesaian," ujar beliau.

Menurut beliau lagi, pihak PDRM Bukit Aman juga bersetuju bahawa pendidikan agama adalah ubat serta pencegah kepada permasalahan sosial yang timbul dewasa kini.

Justeru, diharap dengan pendedahan kes juvana daripada pihak PDRM Bukit Aman sewaktu pembentangan kertas kertas nanti bakal mencetus kesedaran kepada para peserta Ko-SPIN '09 mengenai kepentingan pendidikan Islam itu sendiri dalam membentuk generasi muda yang berakhlak mulia.

Sumber: Gamisdaily

Perjumpaan GAMIS Perak bersama dengan Mufti Perak sempena Ko-SPIN '09

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Bersempena dengan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara, beberapa anggota Gamis cawangan negeri Perak telah berkesempatan untuk menemui S.S Dato’ Seri Mufti Negeri Perak pada 9 Jun 2009 yang lepas di pejabat beliau bagi mendapatkan pandangan, buah fikiran serta seterusnya menjemput beliau untuk hadir sama ke kongres yang julung-julung kalinya diadakan ini. Ikuti sedutan penting temuramah ringkas kami bersama beliau.

GAMIS Perak : Assalamualaikum wbr. Terima kasih kerana sudi menerima permohonan kami untuk bertemu dengan Dato’ Seri biarpun jadual yang begitu padat.Kami amat berbesar hati dapat bertemu bual dengan Dato’ Seri yang cukup disegani sebagai seorang mufti yang konsisten dan lantang memperjuangkan isu ummah seperti isu gejala murtad suatu ketika dahulu. Baiklah, diringkaskan cerita, selaku orang yang cukup masak dalam lapangan masyarakat dan berdepan secara langsung dengan permasalahan ummah, apakah pandangan Dato’ Seri berhubung dengan sistem pendidikan khususnya sistem pendidikan Islam yang diamalkan di Malaysia kini?

Mufti Perak : Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Baiklah, sewaktu zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran, beliau telah merubah Kementerian Pelajaran kepada Kementerian Pendidikan, dengan tujuan bahawa kita bukan belajar ilmu sekadar untuk melahirkan intelektual semata-mata, tapi kita belajar untuk menjadi seorang yang berilmu yang beramal dengan ilmunya. Kerana itulah diubah kepada Kementerian Pendidikan. Jadi termasuk dalam usaha ini yang kita panggil sebagai tarbiyyah Islamiah. Saya dah bangkitkan lama isu pendidikan Islam ini, satu di antaranya kesilapan yang paling besar pernah dibuat ialah apabila subjek pendidikan Islam ini tidak dijadikan matapelajaran yang wajib , ia hanya menjadi subjek sampingan. Yang kedua, Islam hanya diajar untuk pengetahuan bukan untuk amalan, jadi kerana itu kita kena ubah sistem yang sedia ada ini. Umpamanya kita kena usahakan dalam bahagian pendidikan aqidah, tekankan bahagian aqidah Islamiyah ini sehingga para pelajar kita benar-benar menjadi yakin dan benar pegangan aqidahnya. Kita juga perlu tekankan aspek pendidikan syariah Islamiyyah, hingga mereka merasakan satu kewajiban untuk melaksanakan syariat Allah, barulah akan lahir manusia yang sebenar-benar mukmin .

Gamis Perak : Jadi Dato’ Seri, izinkan saya mencelah. Apa yang dinyatakan Dato’ sebentar tadi menggambarkan kelompongan yang begitu ketara dalam sistem pendidikan Islam di Negara ini. Sekiranya tiada perubahan dilakukan, bagaimanakah Dato’ Seri melihat natijah yang bakal berlaku?

Mufti Perak : Sekiranya ini tidak dilaksanakan akan melahirkan manusia yang muslim hanya pada nama, bahkan jauh daripada ciri-ciri yang layak selaku mukmin. Ini yang kita kena ubah. Saya dah bercakap lama isu ini , tapi ramai orang marah. Akibat dari sistem pendidikan yang pincang ini yang kita tinggalkan terus urusan agama, akhirnya lahir satu generasi yang hanya hidup dalam kepalanya memikirkan soal kebendaan, diburukkan lagi dengan sogokan media-media dengan hedonism dan pesta-pesta yang bukan-bukan, sehingga masyarakat menjadi lalai. Maka ketika inilah kita lihat anak muda kita mudah dipengaruhi dengan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya yang dengan itu dijadikan umpan untuk merosakkan umat.

Gamis Perak : Bercakap berkenaan kerosakan ummat, pada kami, kami melihat kaitan yang begitu rapat antara pendidikan Islam dan isu keruntuhan akhlak dan kekosongan jiwa masyarakat daripada penghayatan Islam yang akhirnya menjurus kepada lemahnya iman dan berleluasanya gejala murtad. Adakah Dato’ Seri bersetuju dengan kenyataan ini dan bolehkah Dato’ Seri bercerita lebih lanjut berkenaan isu gejala murtad yang pernah dato’ Seri dedahkan pada tahun 2006 dahulu?

Mufti Perak : Ya, benar.. Saya pernah mendedahkan seramai 260 ribu bangsa Melayu Islam telah murtad masuk Kristian, itu baru yang masuk Kristian dan saya tak sebut yang masuk hindu, mungkin ratus ribu lagi. Apabila saya bawa ketengah isu serius ini, orang tidak ambil berat bahkan menuduh saya tiada fakta dan mencari publisiti, sedangkan sumber yang saya peroleh adalah daripada Persatuan Peguam-peguam Islam yang berjumpa saya, yang mana sampai ke pengetahuan mereka melalui laporan kemajuan paderi-paderi. Jadi, kenapa bila saya bangkitkan perkara ini ramai orang marah? Dan sebenarnya, selepas daripada pendedahan yang saya buat itu, kerajaan juga telah membuat satu kajian pada tahun 2007 berkenaan isu ini, hasilnya mereka dapati bukan sahaja 260ribu melayu Islam yang telah murtad, tetapi lebih daripada 400ribu yang telah bertukar agama kepada Kristian, tapi malangnya hasil kajian ini didiamkan dan tidak diwar-warkan ke dada-dada akhbar apatah lagi untuk diselesaikan. Jadi, tidak selesai (masalah ini). Untuk pengetahuan saudara, dua minggu sudah, 90 orang Melayu Islam telah masuk Kristian di Ipoh sahaja,dan minggu lepas lagi 15 orang(murtad).

Gamis Perak : Jadi, apakah langkah yang sepatutnya kita lakukan?

Mufti Perak : Saya rasa sampai masanya kita kena bertindak dan lakukan sesuatu. Keadaan yang sedia ada ini perlu diubah dan diperbetulkan. Saya amat berharap agar kongres ini sebolehnya dijemput semua ngo-ngo,badan-badan, dan parti-parti politik termasuklah UMNO sebagai satu force dan kuasa yang cukup kuat untuk mendesak kerajaan berfikir dan melakukan perubahan demi kesejahteraan generasi akan datang. Gamis Perak: Untuk pengetahuan Dato’ Seri, insyaALLAH wakil-wakil dari ngo, pertubuhan-pertubuhan berkaitan dan parti-parti politik termasuklah UMNO memang telah dijemput untuk menghadiri kongres ini. Izinkan saya bertanyakan soalan yang terakhir, sekiranya perubahan tidak dilakukan, apakah yang akan terjadi, dan apakah harapan Dato’ Seri terhadap usaha kami dalam menganjurkan kongres ini?

Mufti Perak : Saya berpandangan, selagi sistem pendidikan Islam terus dianaktirikan dan dipandang sebagai benda sampingan, maka selagi itulah masalah kepincangan ummah dan kerosakan nilai ini tidak akan berubah ke arah yang lebih baik bahkan akan bertambah parah lagi. Alhamdulillah , saya amat terharu kerana kesedaran ini timbul dari penuntut atau mahasiswa itu sendiri. Sepatutnya warga pendidik yang sedar dan berjuang melaukan tindakan yang sepatutnya tetapi tidak berlaku sebaliknya perubahan mahu dilakukan oleh kaum mahasiswa.. Saya rasa saya amat bersetuju dengan penganjuran kongres ini dan berbesar hati untuk mengikutinya, dan berharap hasil yang lumayan daripada kongres ini. Saya amat-amat berharap, selama hayat masih ada di dunia ini, saya mahu lihat sistem pendidikan Islam di Negara ini diangkat dan diutamakan sebagai kunci penyelesaian masalah ummah yang kian parah ini..

Gamis Perak : Terima kasih Dato’ Seri..

-GAMIS PERAK-

Ko-SPIN 09 di Malaysiakini

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Kongres nilai semula pendidikan Islam di M'sia
Abdul Rahim Sabri
Jul 3, 09
11:57am
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-Spin) dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap pendidikan Islam di Malaysia.

Kongres itu, yang dijadualkan pada 11 Julai ini, bertujuan untuk menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dan membetulkan pandangan dunia terhadap pendidikan Islam yang sebenarnya.

Kongres bertemakan "Rejuvenasi Pendidikan Memartabatkan Insan" yang akan berlangsung di Auditorium Muzium Shah Alam, bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kongres sehari itu akan berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 6.30 petang.

interview with gamis 020709 siti nurul munawirah roslanDalam perkembangan berkaitan, Pengarah Ko-Spin, Siti Nurul Munawirah Mohamad Roslan berkata, pihaknya menyasarkan 300 peserta akan menyertai kongres sehari ini, termasuk NGO, parti politik, individu termasuk bukan Islam serta mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT).

Siti Nurul Munawirah berkata, kongres pendidikan Islam ini adalah yang pertama diadakan di Malaysia.

Menurutnya, falsafah pendidikan negara harus disemak semula dan dan perlu lebih menekan kepada soal pembentukan sahsiah yang baik kepada rakyat.

"Rentetan daripada masalah sosial yang berlaku, kes murtad, (disebabkan) fahaman terhadap agama semakin kurang. Jadi, bertitik tolak dari situ, selepas membuat perbincangan meja bulat, kita lihat (masalah itu) bertitik tolak daripada masalah pendidikan itu sendiri, bukan daripada hukuman.

Lima kertas kerja

"Masalah budak-budak, kita nak rotan, kemudian bila nak murtad baru nak cegah dekat mahkamah. Jadi kita tengok sekarang, sistem pendidikan negara tidak menjurus kepada peranannya yang sebenar," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Lima kertas kerja akan dibentangkan dalam kongres yang dianjurkan bersama dengan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pejabat Mufti Negeri Perak.

Ia akan dibentangkan oleh beberapa tokoh pendidikan antaranya, Profesor Dr Sidek Baba daripada Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIA); Profesor Tajul Ariffin (UKM) dan Datuk Dr Siddiq Fadzil (Kolej Darul Hikmah).

Lima kertas kerja tersebut ialah:

bullet button Pensekularan Sistem Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi - Satu Kajian.

bullet button Pendidikan Berintegratifkan Asas Pendidikan Islami.

bullet button Pendidikan Islam dan Halatuju Pembangunan Ummah - Kajian Indonesia.

bullet buttonSistem Pendidikan Islam di Sekolah, Satu Penilaian.

bullet buttonHalatuju Sistem Pendidikan Islam di Sekolah sebagai Enjin Pembentukan dan Pembangunan Insan.

interview with gamis 020709 timbalan presiden rafidah jannah 02Sementara itu, Timbalan Presiden Gamis, Rafidah Jannah Salleh pula berkata, kongres tersebut turut menyasarkan agar cadangan dan pandangan dapat dikumpulkan dalam usaha "membaikpulih" sistem pendidikan negara.

"Pendidikan Islam sesuai untuk semua rakyat kerana pendidikan adalah asas yang perlu disampaikan kepada masyarakat. Pendidikan Islam (penting) yang meningkatkan sahsiah rakyat," katanya.

Pihak penganjur mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM20 bagi setiap peserta. Mereka yang berminat diminta menghubungi sekretariat Ko-Spin di talian 03-79554300 atau melalui emel aktivisislam@gmail.com.


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget