Sejadah Cinta

Institusi Pondok Selepas Merdeka

Sistem pengajian pondok telah menuju zaman kegemilangannya pada abad ke-20M. Keadaan ini berlaku kerana para ulama terdahulu yang berjaya melahirkan anak murid berkebolehan dan berjaya menanam semangat mencintai agama di kalangan masyarakat.[...]

Lelaki Pemimpin Wanita

IPPIN akan perjuang pendidikan percuma

“Pendidikan percuma perlu diberikan kepada rakyat bermula daripada tadika sehinggalah kepada pengajian tinggi” katanya ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.[...]
Cinta Sejati Seorang Ibu

Pendidikan Islam, Moral tak perlu jadi subjek teras UPSR

Kementerian Pelajaran berpendapat subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak perlu dijadikan mata pelajaran teras dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri murid.[...]
ipolitik

IPPIN bersetuju UPSR dan PMR dimansuhkan

Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.[...]
ipolitik

Selamat Hari Guru

Sempena dengan Hari Guru tahun 2010, Institut Pemikiran Dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Guru adalah pencetus kejayaan umat serta pembina tamaddun manusia yang berjaya.[...]
Showing posts with label Gamisdaily. Show all posts
Showing posts with label Gamisdaily. Show all posts

Kehangatan Ko-SPIN '09 Kian Dirasai

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09) yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai nanti telah mula dirasai kehangatannya. Bermula dengan kunjungan Pengarah Ko-SPIN '09, Saudari Siti Nurul Munawirah bersama Setiausaha Ko-SPIN '09, Saudari Zafirah yang bakal ke udara di IKIM.fm pada jam 3 petang ini. Manakala pada hari Rabu ini bakal diadakan sidang terbuka bersama media di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar bagi menjelaskan hala tuju Ko-SPIN '09. Presiden GAMIS, Mohd Dzulkhairi Mohd Noor juga bakal ditemubual oleh Malaysiakini pada hari Khamis ini. Ko-SPIN '09 adalah satu permulaan ke arah memartabatkan sistem pendidikan Islam di negara ini. Kongres yang dijangka mengumpulkan seramai 300 penyertaan ini akan diadakan di Auditorium Muzium Shah Alam, Negeri Selangor.

Sumber: Gamisdaily

PANDANGAN GAMIS MENGENAI SISTEM PEPERIKSAAN

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Naib Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Rafidah Jannah Salleh ketika dihubungi menegaskan pendirian beliau yang bersetuju agar dilakukan penilaian semula peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pengajian Malaysia (SPM).

Beliau bersetuju sekiranya dipercepatkan proses peperiksaan tersebut dengan tujuan mempercepatkan proses kelahiran ilmuan di Malaysia. Beliau ketika dihubungi berkata,

”Saya mencadangkan agar UPSR diadakan ketika darjah lima dan SPM ketika tingkatan empat. Manakala PMR tidak lagi penting dan bagi saya, dimansuhkan sahaja.”

Namun Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), sedikit berbeza pandangan dengan Rafidah. Beliau bersetuju dengan pandangan agar sistem peperiksaan tidak dijadikan sebagai satu-satunya penilaian dengan menjadikan sistem pointer sebagai salah satu penilaiannya.

”Jika dalam universiti, mahasiswa diberikan assignment bukan sekadar untuk disiapkan sebagaimana kerja rumah semasa sekolah menengah, bahkan mereka diminta untuk membentangkannya. Bahkan kehadiran mereka dalam kelas juga dikira untuk pointer.”

Menurut beliau, pelajar sekarang semakin cerdik, maka proses kematangan itu perlu dipercepatkan agar Malaysia setanding dengan negara-negara yang lebih maju. Beliau menambah, moral dalam dunia pengajaran juga penting untuk kebaikan pelajar itu sendiri.

Maka disebabkan itulah sistem penilaian terhadap kelahiran dalam kelas, bahkan akhlak dan moral sepanjang pengajian mereka dan komitmen mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan termasuklah pembentangan adalah satu kaedah penilaian yang menarik.

Pengarah Kongres, Siti Nurul Munawirah dalam masa yang sama menyebut, disiplin pelajar perlu juga dinilai dan diberikan pointer. Disiplin ini termasuklah imej pemakaian mereka, daya hormat mereka terhadap guru serta setakat mana mereka tidak melanggar peraturan sekolah.

Hukuman Merotan Hanya Merawat, Bukan Mencegah

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

"Merotan hanya penyelesaian kosmetik kepada masalah sosial remaja kini. Kerajaan perlu bersungguh melihat masalah remaja pada hari ini sebagai masalah "catastrophy" (bencana besar) negara 20 tahun lagi. Kerajaan mesti melihat dari pelbagai sudut yang lebih bersifat mencegah sebelum berlaku, bukan merawat masalah yang telah berlaku. Kerajaan mesti menilai semula sejauhmana sistem pendidikan negara menghala sepenuhnya kepada pasak rukun negara pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan.


Mengembalikan kesedaran rasa bertuhan khususnya kalangan pelajar Muslim Melayu adalah ubat mujarab seharusnya dikemukakan kerajaan, bukannya hukum merotan semata-mata. Adakah apabila berlaku kes 12 pelajar membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kawasan Parlimen sang Menteri sendiri baru kerajaan tersentak dan bangun dari lena tidurnya? Bagaimana dengan kes buli sampai lumpuh di sebuah sekolah agama di Pahang (Berita Harian, 1 Jun 2005), sudah didiamkan semula ? Bagaimana dengan kes belasah sampai mati Allahyarham Mohd Hadrin Mohamad di Sungai Besi 3 bulan lepas ?"

Demikianlah respons awal Setiausaha Agong GAMIS ketika ditemuramah oleh krew Gamis Daily bagi memberikan pandangan mengenai cadangan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkasyi mengenai pengenalan semula hukuman rotan kepada pelajar melanggar masalah disiplin dengan syarat mendapat persetujuan .


KRITIKAN GAMIS

"Apa yang kita nampak di dada akhbar hanya sekelumit dari realiti sebenar yang berlaku yang tidak sampai pada pengetahuan media dan polis. Apa yang berlaku hanyalah satu bongkah ais kecil di atasnya yang tidak kita nampak kerangka ais yang lebih besar dahsyat di bawah lautan masalah itu. Dr Abdullah Nasih Ulwan (1989) pernah menyebut Islam telah mengajar hukum merotan dikenakan bukan pada usia sekolah menengah yang telah terlambat, tetapi ketika di usia "kritikal" remaja mencari identiti dan kuat terpengaruh iaitu sekolah rendah lagi iaitu ketika berumur 10 tahun lagi. Bahkan Islam mengajar merotan bukan kerana masalah disiplin mereka di rumah atau di sekolah, tetapi kerana meninggalkan solat yang menjadi benteng utama remaja dari terbabit dalam kes-kes juvana dan permasalahan sosial." ujar Setiausaha Agong GAMIS yang juga terbabit dalam banyak program aktiviti menyelamatkan remaja Muslim di sekitar Lembah Klang.


"Jangan kita lupa sudah hampir 4 ribu buah sekolah telah dilancarkan Kelab Pencegahan Jenayah sejak 1994, namun kenapa peningkatan jenayah pelajar meningkat dengan sangat dahsyat. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye telah mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2009 ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh. Pertengahan April 2009, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menyebutkan statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu. Kajian setahun pada 2006 – 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Prof Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden merumuskankan jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar."


Tidak perlu pelik dengan situasi ini jika kerajaan sebenarnya tidak mempunyai "political will" yang bersungguh dan ikhlas untuk menyelesaikan permasalahan remaja dan anak muda ini. Buktinya, anda sendiri boleh kira berapa program realiti TV yang mengganas di televisyen swasta pada saat ini, tumbuh bagaikan cendawan, meratah aqidah pelajar dan anak-anak remaja dengan berhala hedonisme, pergaulan bebas dan westernisasi melampau. Semuanya mendapat lesen mudah dari Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.", demikian tegas saudara Syaari.


CADANGAN GAMIS

GAMIS mencadangkan agar kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran di bawah kepimpinan baru mereka YAB Tan Sri Muhyidin Yassin dan Timbalannya, Dr. Mohd Puad Zarkasyi agar meletakkan sasaran penyelesaian masalah akhlak dan disiplin pelajar sekolah pada hari ini pada sudut yang tepat dengan permasalahan sebenar dalam diri pelajar itu sendiri (the real cause), bukannya permasalahan terbitan yang nampak zahirnya di sekolah (the presented effects). Jika kerajaan terus menerus meneropong masalah pelajar sekolah dengan teropong sekular (tidak meletakkan asas agama sebagai panduan penyelesaian), selagi itu datang apa jua idea baru atau kitaran idea lama seperti merotan ini takkan menyelesaikan masalah pelajar yang semakin kehilangan pedoman hidup.

GAMIS pula pada saat ini sedang berada pada kerangka menyediakan sebuah medan Kongres . "Seluruh jentera Kongres Pendidikan GAMIS sedang bertungkus lumus menguruskan kongres besar yang bakal menghimpunkan hampir semua pihak yang terbabit dalam institusi pendidikan formal dan informal di Malaysia. GAMIS memahami kekadang kerajaan tidak mempunyai "political will" yang tinggi untuk membuat post-mortem pendidikan negara secara holistik tanpa wujudnya kuasa sebuah kongres. Banyak sejarah Malaysia seperti penubuhan MARA, DBP dan FINAS terhasil dari sebuah kuasa Kongres.

Kini GAMIS tidak hanya mahu menjadi pengkritik yang konstruktif ideanya sahaja ataupun 'budak nakal' menjerit polisi-polisi kerajaan kian menjadi kudis masyarakat, tetapi GAMIS mahu menyediakan medan kepada kerajaan sendiri hadir memberi dan mendengar kertas kerja Kongres dan pandangan sarjana pendidikan Islam bertaraf dunia seperti Prof Kamal Hassan dan Prof Sidik Baba. GAMIS mahu bukan sekadar menyediakan medan, tetapi kita akan memberikan cadangan, aletrnatif dan blueprint reformasi pendidikan yang perlu dilakukan Tan Sri Muhyidin Yassin." ujarnya kepada krew Gamis Daily.

"Kesan kongres ini pastinya tidak nampak setahun dua, namun inilah penyelesaian jangka panjang terbaik menyelamatkan generasi muda dan pelajar sekolah di Malaysia 10 tahun dari sekarang. Tiba masanya mahasiswa mesti menguatkan solidariti, menghulurkan tangan bersama GAMIS untuk mengasak kerajaan mendatangkan kerangka pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah, tinggi yang lebih 'manusiawi' dan bukannya mementingkan pulangan materialistik (utilitarianisme) kepada kerajaan dan negara. Tiada guna mahasiswa berhempas pulas menyelesai ataupun mengkritik satu masalah ke satu masalah sosial remaja pada hari ini, sama ada dari sekecil-kecil isu merokok sehinggalah kepada sebesar-besar isu rempit dan bunuh ragut, jika persoalan sistem pendidikan (pemangsa) itu sendiri tidak disentuh, medan memuhasabah sistem itu tidak disediakan, dan policy-makers di kerusi empuk menteri itu tidak diusung hadir mendengar pandangan semua pihak." ujarnya lagi.

Setiausaha Agong GAMIS juga dipetik menyatakan tribute beliau kepada akhbar Metro yang seakan menjadi menjadi ejen aktivisme sosial anak muda kerana mendedahkan semakin banyak gejala jenayah menakutkan yang dilakukan oleh pelajar dan remaja. Laporan dari hari ke hari seakan disembunyi oleh akhbar arus perdana manakala tidak disambut pula oleh akhbar perdana pembangkang akibat politiking yang kian menghairahkan.

Menjadi harapan GAMIS arus reformasi sistem pendidikan negara khususnya sistem pendidikan Islam ini akan menjadi sebuah gelombang kuat yang auranya sampai ke telinga semua ahli politik dan aktivis sosial, sebagaimana kuatnya gendang paluan anti PPSMI baru-baru ini.

Agendakan Transformasi Sistem Pendidikan Islam Negara - agenda Satu Malaysia

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Antara perubahan yang saya amat kagumi kepada Dato’ Seri dalam penstrukturan kabinetnya adalah menaiktarafkan taklifan Menteri Pelajaran sebagai kementerian terpenting seiring dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dahulunya jawatan Timbalan Perdana Menteri akan beriringan dengan jawatan Menteri Pertahanan atau Menteri Kewangan. Ternyata, krisis demi krisis yang berlaku dalam sektor pendidikan amat difahami oleh Perdana Menteri keenam ini akan kesannya.

Pertamanya, tahniah diucapkan kepada Dato’ Seri Najib kerana melakukan satu transformasi yang saya kira banyak anjakan positif yang berlaku. Menjadi Perdana Menteri kepada sebuah Negara yang berlandskapkan rakyat majmuk pelbagai pendirian dan fahaman, sudah pasti bukan satu tugas yang mudah. Pasti ada terkorban dalam meniti titian impak kejayaan.

Antara perubahan yang saya amat kagumi kepada Dato’ Seri dalam penstrukturan kabinetnya adalah menaiktarafkan taklifan Menteri Pelajaran sebagai kementerian terpenting seiring dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dahulunya jawatan Timbalan Perdana Menteri akan beriringan dengan jawatan Menteri Pertahanan atau Menteri Kewangan. Ternyata, krisis demi krisis yang berlaku dalam sektor pendidikan amat difahami oleh Perdana Menteri keenam ini akan kesannya . Negara berada di ambang bahaya jika generasi masa hadapan hancur aspek pembangunan jatidiri insaniah mereka. Tidak berguna wang berjuta jika mentaliti rakyat masih lagi rela tergadai integriti menghambakan diri pada ketuhanan rasuah dan jenayah lain. Tidak berguna juga peralatan dan senjata yang canggih jika sumber manusia sebagai agen pertahanan dibelenggu kehitaman sosial.

Dalam menghadam ucapan beliau mengenai aspirasi satu Malaysia, saya amat tertarik dengan idea beliau bahawa dalam meletakkan konsep kekitaan dan kesaksamaan, namun prinsip keadilannya adalah terletak pada meletakkan sesuatu pada yang hak. Ini bermakna pemberian hak adalah sesuai dengan posisi masing-masing.

Menterjemahkan intipati ucapan beliau bahawa kita adalah sebuah keluarga yang besar, suka saya menarik perhatian seluruh rakyat tidak kira bangsa dan agama kepada perihal masalah sosial yang berlaku di kalangan generasi muda khususnya generasi muda Melayu. Saya tekankan perihal masalah kaum Melayu kerana berdasarkan Statistik menunjukkan bahawa pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Pemulihan masalah akhlak generasi kaum majoriti harus dijadikan agenda satu Malaysia kerana kita tidak boleh menafikan kestabilan kaum majority adalah berkadar langusng dengan kestabilan sesebuah negara keseluruhannya..Seandainya ketempangan sosial terus dijuarai kaum majority, bukan sahaja kaum tersebut merasai impaknya, malah ia turut membahayakan kaum-kaum lain.

Antara punca dikenalpasti menjadi virus kepada merebaknya kebobrokan sosial ini adalah masalah kecelaruan atau kekacauan jiwa di kalangan anak muda Melayu. Masalah ini dilihat semakin serius berikutan dengan pendedahan statisitik yang menakutkan. sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh. Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.

Justeru, hanya satu sahaja pengubat kepada masalah jiwa sepertimana diketahui umum. Ibu rawatan kepada penyakit jiwa adalah agama. Fenomena agama adalah fenomena universal manusia. Walaupun evolusi social telah mengubah orentasi dan pegangan kepada agama,yang mengakibatkan pemisahan agama dari pemerintahan yang berlaku dalamsejarah tamadun Barat dan Islam pada satu masa dulu, namun ia tidak sama sekali menidakkan kewujudan dan peranan agama dalam membentuk nilai dalam sebuah masyarakat sehingga kini. Namun persoalan yang ingin ditimbulkan di sini, meskipun, akses pengajian Islam semakin meluas, namun mengapa subjek pendidikan Islam di sekolah-sekolah dan universiti tidak mampu membentuk peribadi anak muda kini? Mereka belajar pendidikan Islam namun produksi yang terhasil tetap ramai yang buta Al-Quran.

Konklusinya, dalam usaha menjayakan agenda Satu Malaysia, pembersihan kepincangan sosial di kalangan anak muda terutama Melayu jangan dilupakan oleh jentera kerajaan khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya sementelah setiap kali menjelang pendedahan statistic, kaum ini menjuarai jumlah tertinggi. Kita tidak mahu dalam meniti arus kemajuan berlipat ganda pada masa hadapan, penjenayah, perakus dan perosak masyarakat turut sama bertambah bilangannya. Kerajaan dirayu, transformasikan system pendidikan Islam di Malaysia. Hentikan pensekularan pendidikan Islam dalam system pendidikan negara. Rakyat Malaysia, ayuh bersatu selamatkan keharmonian generasi masa depan Malaysia.

Siti Nurul Munawirah Bt Mohamad Roslan Timbalan Setiausaha Agong GAMIS 2008-2009
merangkap Setiausaha Agong SIGMA 2008-2009

Perjuangan Merejuvenasikan Pendidikan Islam, Jangan Hanya Sekadar Berkongres

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

GAMIS memandang tinggi usaha pentransformasian sistem pendidikan negara yang sedang giat diusahaka oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tan Sri Muhyiddin di dalam ucapannya sewaktu merngucapkan amanat sulung dilihat sebagai berkata kerajaan akan mendapatkan khidmat pakar dalam dan luar negara bagi menilai dan mengkaji pencapaian sistem pendidikan negara yang sedia ada.

Mengambil peluang ini, ahli Majlis Tertinggi GAMIS merangkap pengerusi BBMN, Mohd Hilman Nordin ketika ditemui berkata, "GAMIS amat mengharapkan kepincangan sistem pendidikan Islam tidak tercicir dalam perhatian beliau. Kita mengharapkan agar resolusi bertindak daripada Kongres Bertindak Penrejuvenasian Pendidikan Islam Negara yang bakal kami hantar dalam bentuk memerandum, mengumpulkan cadangan dan analisa pakar-pakar akademik dalam bidang ini akan turut diambilkira sebagai sumber rujukan kementerian dan Suruhanjaya Khas Kabinet Pembangunan Sumber manusia, sebuah suruhanjaya khas yang baru ditubuhkan oleh Perdana Menteri.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah 1 Kongres Bertindak ini turut memberitahu bahawa perjuangan GAMIS dalam menuntut perubahan terhadap sistem pendidikan Islam Negara tidak hanya akan terhenti setakat perlaksanaan kongres." Perjuangan memurnikan Pendidikan Islam yang telah lama disekularkan dalam sistem pendidikan negara kita, sehingga melahirkan lebih ramai orang Islam yang buta Al-Quran apatah lagi jauh dari cara hidup Islam sebenar, menuntut pengorbana, masa dan kesungguhan yang berterusan serta komited oleh generasi sekarang. Usaha kita kini yang akan menentukan apakah akan berlaku sedikit pencerahan kepada masalah sosial anak-anak kita masa hadapan "

Menemui Nurul Hayati, Setiausaha 1 Kongres Bertindak Penrejuvenasian Pendidikan Islam Negara, Gamisdaily turut dimaklumkan bahawa GAMIS juga dalam rangka kerja untuk mendapatkan persetujuan kerjasama serta sokongan daripada pertubuhan mahasiswa Islam lain seperti PKPIM dan KARISMA

Kongres Bertindak Penrejuvenasian Pendidikan Islam Negara dijadualkan berlangsung pada 11 Julai 2009, di Dewan Masjid Putrajaya.

Sukarelawan yang berminat boleh menghantar nama penuh dan no telefon kepada ketua sukarelawan Kongres Bertindak Penrejuvenasian Pendidikan Islam Negara , Saudari Haslina - 013-6460813


Transformasi Pendidikan Malaysia Melalui Transformasi Politik Pendidikan (Ketua GAMIS Acheh)

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Dengan Kongres Pendidikan Nasional yang akan dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia. Diharapkan semua pihak dan elemen dapat memberi dokongan sepenuhnya kepada GAMIS sebagai platform gabungan suara dan resolusi untuk merejunavasikan semula pendidikan nasional. Yang selama ini dilihat kebelakangan ini muncul beberapa dampak effect negatif yang mendominasi anak bangsa ini.

"Potensi guru mestilah di ‘update’ kan dari masa ke semasa. Tidak hanya terpacu pada satu periode atau zaman sahaja. Guru adalah ibarat google. Google adalah program maklumat yang sentiasa di update dan sekali klik maklumat terpapar berjela-jela. Begitu juga guru sebagai aktualisasi intelektual. Tetapi, bagi melahirkan guru seperti google mestilah dimobilasi secara konsisten oleh kerajaan" - Mohd Zaim Irsyad bin Zainal Abidin, Ketua GAMIS Cawangan, IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, Indonesia

Dengan Kongres Pendidikan Nasional yang akan dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia. Diharapkan semua pihak dan elemen dapat memberi dokongan sepenuhnya kepada GAMIS sebagai platform gabungan suara dan resolusi untuk merejunavasikan semula pendidikan nasional. Yang selama ini dilihat kebelakangan ini muncul beberapa dampak effect negatif yang mendominasi anak bangsa ini.

Kelemahan pendidikan jika diamati secara kampung hanya guru dan sekolah sahaja yang menjadi subjek kesalahan. Persoalannya, adakah hanya sektor ini sahaja yang terdapat dalam lembaga pendidikan? Tentunya tidak, di sebalik terdapat berbagai elemen pendidikan yang berfungsi memacu sistem pendidikan Negara. Tidak kiralah samada pemegang politik pendidikan, administrasi pendidikan (birokrat), guru atau pelajar.

Namun begitu, yang menjadi garis besar kepada sistem pendidikan ialah penekanan di dalam substansi pendidikan yang akan diterapkan kepada pelajar, adakah substansi itu mengajarkan nilai yang baik atau sebaliknya, atau hanya mengajar seputar akademik dan keperluan subjek tanpa menitikkan beratkan didikan akhlak dan nilai yang baik. Secara umum substansi yang telah ditetapkan oleh pengatur kebijakan atau politik pendidikan masih banyak rongak dan rompong. Intinya, nyata kelemahan pelajar era sekarang, contohnya peningkatan kes juvana, budak mafia, kelahiran anak luar nikah padahal masih dibangku sekolah lagi, kurang ajar terhadap ibu bapa apalagi guru, hedonisme, melakukan tindak jenayah yang membahayakan dan lain-lain lagi kes jenayah diiringi peningkatan kes dari masa ke semasa.

Kelemahan ini tampak kerana nilai substansi keislaman dan moral tidak diserapkan secara langsung. Meskipun terdapat J-Qaf, fardhu ain, pendidikan moral dan sebagainya. Jika ia diterapkan sekalipun, masih lagi belum memadai dan mencukupi.. Secara tidak langsung pelajar-pelajar telah terdidik dengan nasionalisme, anarkisme, sellfishme, admoralisme, ikhtilatisme, hedonisme dan lain-lain aneka lagi isme criminal yang lain. Inilah kebobrokan sistem pendidikan kolonial yang diwarisi, diberlakukan hanya semata-mata untuk membuat pengasingan antara substansi subjek agama dan akademik.

Potensi guru mestilah di ‘update’ kan dari masa ke semasa. Tidak hanya terpacu pada satu periode atau zaman sahaja. Guru adalah ibarat google. Google adalah program maklumat yang sentiasa di update dan sekali klik maklumat terpapar berjela-jela. Begitu juga guru sebagai aktualisasi intelektual. Tetapi, bagi melahirkan guru seperti google mestilah dimobilasi secara konsisten oleh kerajaan..Seperti pelatihan, pengembangan, pembekalan maklumat kepada guru melalui berbagai bentuk mekanisme dan lain-lain bagi meningkatkan kualiti guru sekaligus kualiti anak bangsa. Misi guru adalah misi kemajuan dan moralis. Namun di sinilah guru tersepit, mencari jalan keluar dicelah-celah polemik pendidikan yang masih tidak efektif sistem dan perlaksanaannya. Kadang sang pengatur dan pencatur yang berada di atas sering kali menyalahkan guru jika kualiti kurikulum, ko-kurikulum dan syakhsiyah pelajar berada di tahap yang minima. Walhal golongan politik pendidikan terus mengambil manfaat, kononnya melaksanakan projek untuk pembangunan pendidikan dan memajukan ekonomi demi kepentingan anak bangsa, serta projek J-Qaf yang dilakukan secara ala kadar (tujuan citra politik)..

Dimanakah maruah pendidikan kita.. Setiap kebijakan dan putusan yang diambil, sangat sedikit menguntungkan anak bangsa, selebihnya.......faham-faham sendirila...

Terus, apakah solusinya.... Sepertinya bagai pungguk merindukan Musytari, menunggu dan terus menanti, padahal dengan bulan pun tidak bersua. Justeru itu, beberapa elemen dan segmen yang harus dibaiki termasuklah:

1. Menentukan semula dasar pendidikan negara sebelum ini kepada bentuk yang menerapkan nilai-nilai rabbani dan moral yang tinggi, mengambil kira keperluan moderat dan mengutamakan perpaduan nasional dan identiti kebangsaan.

2. Institusi pendidikan mestilah melahirkan guru yang kompeten serta berpotensi. Yang mencakupi dengan keperluan dasar dan trend global semasa. Serta tidak melakukan pencabulan terhadap hak-hak guru-guru.

3. Lengkapi fasiliti pendidikan tanpa mengira wajah politik atau kaum. Termasuk untuk update potensi guru dan memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak bangsa.

4. Beri peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk terus belajar dan berkarya disamping meningkatkan potensi mereka. Jangan disekat ruang demokrasi mereka asalkan mereka tidak melanggar etika dan prinsip Islam (etc: pembatalan MoU Al-Azhar).

5. Hindari rasuah, korupsi, kronisme dan nepotisme dan bermacam-macam lagi penyelewengan dalam penyelenggaraan administrasi atau membangun projek pendidikan. Dan dana kewangan haruslah digunakan secara efisien dan konsisten. Kebijakan yang diambil jangan sesekali merugikan anak bangsa. (etc; PPSMI)

Beberapa perkara di atas adalah beberapa penilaian saya berkenaan dengan sistem pendidikan negara. Bayangkan jika cadangan di atas dilaksanakan secara efektif, namun perihal negatif tetap akan berlaku dan bergelegar dikalangan pelajar dan sekeliling kita selagimana pihak kerajaan masih tidak menutup punca-punca berlakunya kejahatan, seperti unsur pornografi di television, diskotik, gejala mafia, dan lain-lain perkara yang menyumbangkan kepada kejahatan dan perlanggaran. Ketegasan undang-undang sangatlah dituntut.

Sejauh manakah sistem pendidikan negara yang berlaku kini mampu bertahan. Adakah pendidikan yang sedia ada ini mampu melahirkan dan membentuk landskap generasi dan pemimpin akan datang yang lebih berpotensi, berkeintelektualan, berdaya saing, aktualisasi dan fungsionalisasi sebagai sosial kontrol. Apa yang diharapkan, seolah-olah generasi akan datang muncul dan mampu memperbaiki kembali struktur politik dan sosial supaya tidak lagi berlaku seperti sekarang yang sedang mengalami kemerosotan dan kebobrokan akibat tangan-tangan yang celaka.

Oleh yang demikian itu, haruslah dibaiki kembali struktur yang dilihat cacat itu. Dan saya yakin kerajaan sangat bersungguh-sungguh meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan. Sesungguhnya demokrasi yang dilaung-laungkan selama ini tidak akan dapat berdiri sendiri melainkan jika rakyat dan masyarakatnya dibangunkan dengan kematangan toleransi, kematangan budaya, kematangan tradisi, kematangan karakter dan sikap serta beberapa aspek yang lain. Dan kesemua kematangan ini tidak dapat dibangunkan melainkan dengan kematangan pendidikan dikalangan rakyat dan masyarakat. Maka dengan itu sistem pendidikan haruslah direjunavensikan dengan sesungguhnya demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air....

Mohd Zaim Irsyad bin Zainal Abidin,

Ketua GAMIS Cawangan,

IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, Indonesia

Penilaian Mahasiswa Terhadap Sistem Pendidikan dan Orientasinya Perlu Diubah

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Oleh Azizan Anwar, Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan Ikatan Studi Islam,

Aktivis GAMIS UKM.

Apakah yang ingin dipersoalkan apabila falsafah pendidikan kita dibaca, dan difikir mengenai pencapaian di peringkat aspek pelaksanaan? Sejauh manakah kehebatan generasi yang lahir dari sistem pendidikan ini, mengutamakan akhlak dan ketertinggian sahsiah dalam mengimbangkan ilmu akademik berfalsafah dan juga ilmu ma’nawi yang membentuk personaliti diri?

Syed Abu Hasan Ali al-Nadwi telah menyebut dalam kertas kerjanya mengenai hala tuju pendidikan yang tulen. Ia turut memuatkan beberapa kritikan terhadap “orientasi peperiksaan” yang diguna oleh dunia terhadap sistem pendidikan. Selagi mana sistem peperiksaan ini, ditakrifkan oleh pelajar sebagai kayu ukur kejayaan, selagi itulah kita sekali lagi akan melahirkan generasi rakyat yang terdedah dengan pelbagai kelemahan termasuk gagal dalam kerjaya yang memerlukan mutu kerja sebagai aspek penilai bukan peperiksaan.

Mukaddimah

Maka bertaburanlah semua nota-nota kuliah memenuhi perkarangan luar dewan peperiksaan. Mahasiswa membiar serakkan ilmu dalam bentuk nota yang sekian lama disimpan tulis dan dihafaz. Formula, kata kunci, ayat “highlight”, hadis baginda, ayat al-quran dan “hukama’ semuanya dibiar berselerek. Tidak berguna lagi. Mahasiswa bertanggapan sem ini telah tamat dengan tulisan diatas teks jawapan. Mahasiswa mula mencatur sem hadapan pula, kemudian memenuhi dewan kuliah, membuat nota, memasuki exam, kemudian membuang nota sekali lagi.

Keadaan ini melazimi mahasiswa setiap generasi secara konsisten. Bahkan, tidak perlu segan silu sekiranya kita menyatakan bahawa, gejala ini berlaku di setiap peringkat pelajar, bermula dari darjah satu, sehingga ke tingkatan enam. Kegagalan pelajar dalam memahami orientasi dan matlamat pendidikan serta dasar pelaksanaannya mengakibatkan pelajar sentiasa dibebani dengan ilmu yang sia-sia kerana orientasi ilmu yang diterima oleh pelajar juga di “mind set” kan bahawa ianya hanya akan kekal dalam tempoh semester, tahun atau penggal.

Falasafah Pendidikan Negara. Dimana keizzahannya?

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Apakah yang ingin dipersoalkan apabila falsafah pendidikan kita dibaca, dan difikir mengenai pencapaian di peringkat aspek pelaksanaan? Sejauh manakah kehebatan generasi yang lahir dari sistem pendidikan ini, mengutamakan akhlak dan ketertinggian sahsiah dalam mengimbangkan ilmu akademik berfalsafah dan juga ilmu ma’nawi yang membentuk personaliti diri?

Syed Abu Hasan Ali al-Nadwi telah menyebut dalam kertas kerjanya mengenai hala tuju pendidikan yang tulen. Ia turut memuatkan beberapa kritikan terhadap “orientasi peperiksaan” yang diguna oleh dunia terhadap sistem pendidikan. Selagi mana sistem peperiksaan ini, ditakrifkan oleh pelajar sebagai kayu ukur kejayaan, selagi itulah kita sekali lagi akan melahirkan generasi rakyat yang terdedah dengan pelbagai kelemahan termasuk gagal dalam kerjaya yang memerlukan mutu kerja sebagai aspek penilai bukan peperiksaan.

Puncanya, Pragmatisme Asas Pendidikan

Ia berpunca daripada sistem yang ada. Ia juga berpunca dari pelajar sendiri yang gagal faham kehendak sistem yang telah tersedia bermasalah. Ia juga berpunca dari pengiktirafan yang tinggi kepada sistem peperiksaan, sehingga menafikan ketertinggian akhlak dan sahsiah sebagai kayu ukur berjayanya pendidikan kita terhadap pelajar.

Tiada satu fokus yang jelas dalam menerapkan fokus pendidikan kepada pelajar-pelajar. Kita melihat pada era 50_an, ia berfokus kepada bahasa. Kemudian dalam era 90_an pula kita mendapati ia lebih tertumpu kepada aspek moral. Kini, ia memfokus kepada bahasa inggeris pula. Jadi, aspek fokus telah beralih dari semasa ke semasa. Sungguh tidak meragukan bahawa mungkin pada masa akan datang kita akan mempunyai sistem pendidikan yang akan mementingkan pendidikan jasmani pula.

Islam itu tinggi, dan tiada satu perkara yang menyaingi ketertinggiannya

Islam mempunyai penyelesaian terbaik dalam setiap perkara. Sehingga pada hari ini masalah ekonomi dunia telah mendesak para ekonomis mengkaji “fiqh zakat”, tesis Prof Yusof al-Qorodhowi demi mencari alternatif dalam menangani krisis ekonomi dunia.

Islam sekali lagi tampil, sebagai alternatif penyelesai dalam masalah pendidikan ini. Islam tetap dengan bermatlamatkan akhlak dan sahsiah yang tinggi dalam pendidikan. Orientasinya bukan melalui peperiksaan, namun ia diperkasa melalui pembelajaran berkesan pada setiap matapelajaran dan slot akhlak dan sahsiah sentiasa diterap walaupun matapelajaran yang bersifat fizikal. (sains dan matematik)

Penyelesaian kepada masalah pendidikan ini sekalipun sukar dan berliku-liku serta berharapkan kepada ketekunan dan kesabaran, namun ia terpaksa diatasi dengan membentuk satu sistem pelajaran yang baru yang bersesuaian dengan aqidah dan dasar-dasar hidupnya, tujuan dan kepentingannya. Pendidikan yang tidak formal terhadap matapelajaran tertentu yang berkepentingan seperti al-Quran, Sirah Nabawiy dan Sejarah para sahabat perlu diajar, namun orientasi peperiksaan dikecualikan bagi tiga subjek kritikal yang berkepentingan ini.

Mengapakah orientasi peperiksaan perlu diasingkan dari tiga matapelajaran ini? Ia adalah kerana budaya penerapan akhlak telah terbukti gagal apabila diorientasikan dengan peperiksaan. Bukti yang sangat jelas ialah sekitar tahun 90_an ketika kita mementingkan subjek moral, dan pada ketika itulah moral pelajar masih berada pada keadaan yang lama.

Sejarah para tabi’ tabi’in telah membuktikan bahawa tanpa orientasi peperiksaan, akhlak dan sahsiah yang membawa kemakmuran sesebuah negara boleh terbentuk. Pada zaman pembukuan hadis, semua masyarakat mendalami bidang hadis sehingga pada ketika itu, ilmu bermaksud hadis. Negara menjadi sejahtera kerana pemahaman masyarakat yang tinggi terhadap hadis. Namun, terdapat keganjilan pada sejarah ini. Pada mereka tiada langsung sistem peperiksaan yang menjadi kayu ukur kepakaran seseorang pada hadis. Kayu ukur yang ada ialah barang siapa yang mempunyai akhlak dan pekerti yang mulia, dialah yang dianggap mahir dalam pelaksanaan hadis

Para pelajar sepatutnya didedahkan setiap masa, bahawa ilmu adalah untuk kehidupan. Orientasinya hanyalah melalui aplikasi kehidupan. Namun ilmu bukanlah untuk peperiksaan, yang orientasinya akan terhapus di atas sekeping kertas jawapan.

Penutup

“Penyelesaian terhadap masalah pendidikan ini sekalipun sukar dan berliku-liku serta berharapkan kepada ketekunan dan kesabaran, namun ia terpaksa diatasi dengan membentuk suatu sistem pelajaran yang baru bersesuaian dengan akidah islam dan dasar-dasar hidupnya, tujuan dan kepentingannya dan mengeluarkan dari dalamnya ruh-ruh kebendaan. Membersihkannya dari semangat menentang hokum-hukum Allah. Disamping mengadakan satu revolusi pemulihan akhlak, membersihkan penyembahan terhadap benda dan meniup kembali kepada Allah dan penentuan hidup di akhirat.” (Abul Hassan Ali al-Nadwi)

Panduan sepenuhnya kitab “Nahwa Tarbiyah Islamiayah al-Hurrah”
Karangan Abul Hassan Ali al-Nawi

Penulis boleh dilayari di www.azizanmaliki.blogspot.com

GAMIS BANTAH KEHADIRAN BLAIR DI MALAYSIA

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) membantah sekeras-kerasnya kehadiran penjenayah perang, Tony Blair ke Malaysia.Menurut sumber, sebuah syarikat Success Resources berpengkalan di Singapore dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri Britain , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 Pada 24 hb April 2010 . GAMIS memandang serius jemputan penjenayah perang tersebut kerana ianya seolah-olah penghiaan kepada pencinta keamanan di seluruh dunia.

Menurut Presiden GAMIS, saudara Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, penghormatan terhadap Blair sebagai penceramah dalam kongres tersebut seolah-olah menunjukkan betapa pihak penganjur tidak sensitif terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya dan perasaan rakyat Malaysia yang menyokong mereka sepenuhnya. Bantahan ini dibuat atas dasar Blair adalah penjenayah dan pembunuh besar kerana bersekongkol dengan bekas Presiden Amerikat Syarikat , George Bush yang bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq .

"Dalam keadaan hati rakyat Malaysia yang masih luka dengan penglibatan syarikat Yahudi APCO Worldwide dan Asiasoft dalam pentadbiran negara serta pendirian Perdana Menteri selepas bertemu Barack Obama berkaitan Afghanistan dan Iran, isu ini seola-olah menambah luka di hati kita. Pihak Success Resources seolah-olah tidak memandang kepada sensitiviti rakyat ini serta pejuang keamanan seluruh dunia. Tony Blair sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam yang dilakukan olehnya, bukan mendapat penghormatan sebegini," kata Mohd Idris.

Justeru, GAMIS, NGO mahasiswa Islam yang turut berpendirian dengan NGO-NGO yang bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa agar pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia dan menyeru orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair.Kepada mereka yang mampu untuk mendekati Blair diseru untuk menguatkuasakan tangkapan ke atas beliau kerana tindakan beliau melakukan jenayah kemanusiaan. GAMIS turut menggesa pihak kerajaan Malaysia agar mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia.

Blair dikecam di seluruh dunia semenjak pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 yang telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada perang itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah. -Mohd Idris

Pendirian GAMIS berkaitan isu APCO

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) dengan ini bertegas dengan pendirian membantah sepenuhnya berkaitan isu kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membersihkan imej negara diperingkat antarabangsa.

Usaha yang dilakukan kerajaan ini, adalah untuk menaikkan imej negara dalam masa yang sama untuk menarik pelabur asing masuk. Walaupun perkara ini mungkin memberi nilai positif, namun hakikat yang perlu disedari ialah jelasnya syarikat ini dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya tiada agenda lain untuk memusuhi ummat Islam.

Diperingkat GAMIS, kami amat rasa begitu terkilan dengan isu ini, perbelanjaan yang perlu dibayar pada syarikat ini dianggarkan mencecah RM 77 juta setahun dan jumlah ini diakui sendiri Menteri Dalam Negeri Dato` Seri Hisyamuddin. Sedangkan nilaian ini amatlah begitu besar kepada rakyat Malaysia dalam keadaan ekonomi negara yang agak kurang stabil pada ketika ini.

Presiden GAMIS Sdr Idris Yussoff dalam kenyataan, pada masa sekarang negara Israel adalah Negara yang tidak sama-sekali diiktiraf di dunia Islam malah menjadi ancaman bagi ummat Islam, tetapi sebaliknya kerajaan Malaysia sanggup untuk menerima agen yahudi ini sebagai perunding imej kepada Negara dengan bayaran yang tinggi, ini amat memalukan. Sepatutnya kerajaan perlu menghormati hak rakyat dan mengutamakan kebajikan rakyat terlebih dahulu.

"Kami mahasiswa Islam betegas dengan prinsip bahawa tidak sesekali setuju dengan penggunaan APCO sebagai perunding imej bagi kerajaan Malaysia pada hari ini, tindakan kerajaan Malaysia ini seolah-olah, kita Malaysia berpura-pura kononnya sayang dan simpati kepada saudara kita di Baitul Maqdis, sedangkan golongan yahudi inilah yang membunuh ummat Islam Palestin". Tegasnya ketika berucap pada himpunan menbantah APCO di Kuala Lumpur.

Pendirian yang sama dinyatakan Pengerusi GAMIS Perak iaitu Sdr Firdaus yang mewakili suara para mahasiswa di negeri tersebut.

"Kami dengan tegas menyatakan pendirian anak-anak muda negara, bahawa tindakan kerajaan tersebut merupakan sesuatu yang amat dikesali. Bukan sahaja wang rakyat disalurkan untuk dibayar kepada pihak yang tidak betul, malah seolah-olah menampakkan umat Islam di rantau ini sudah semakin redha dengan tindakan rejim ganas zionis terhadap umat Islam Palestin di Gaza. Rahsia-rahsia negara juga sudahpun diketahui oleh pihak luar yang sememangnya membuka ruang ancaman keselamatan seluas-luasnya kepada negara". Jelasnya ketika perhimpunan membantah APCO diadakan di Perak baru-baru ini.

Pendirian GAMIS, kami sesekali tidak akan berkompromi berkaitan dengan usaha dan kerjasama kerajaan Malaysia dengan mana-mana agen yahudi. GAMIS sebagai sebuah badan pertubuhan NGO juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak mahupun agensi bagi menghalang kemasukan agen yahudi ke Malaysia. -Mohd Idris


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget