Sejadah Cinta

Institusi Pondok Selepas Merdeka

Sistem pengajian pondok telah menuju zaman kegemilangannya pada abad ke-20M. Keadaan ini berlaku kerana para ulama terdahulu yang berjaya melahirkan anak murid berkebolehan dan berjaya menanam semangat mencintai agama di kalangan masyarakat.[...]

Lelaki Pemimpin Wanita

IPPIN akan perjuang pendidikan percuma

“Pendidikan percuma perlu diberikan kepada rakyat bermula daripada tadika sehinggalah kepada pengajian tinggi” katanya ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.[...]
Cinta Sejati Seorang Ibu

Pendidikan Islam, Moral tak perlu jadi subjek teras UPSR

Kementerian Pelajaran berpendapat subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak perlu dijadikan mata pelajaran teras dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri murid.[...]
ipolitik

IPPIN bersetuju UPSR dan PMR dimansuhkan

Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.[...]
ipolitik

Selamat Hari Guru

Sempena dengan Hari Guru tahun 2010, Institut Pemikiran Dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Guru adalah pencetus kejayaan umat serta pembina tamaddun manusia yang berjaya.[...]

Teori Darwinisme dalam pendidikan di Malaysia

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Setelah melihat blog kongres pendidikan, saya tertarik untuk berkongsi cerita dengan sahabat sekelian tentang sistem pendidikan di Malaysia secara umumnya. mungkin apa yang nak disampaikan ini, tidak terlalu memfokuskan subjek pendidikan Islam, namun saya menganggap ia suatu perkara menarik yang boleh dikongsi bersama.

Setahun yang lalu, saya telah mengambil subjek FSA3000 (Falsafah Sains)- UPM, ia adalah subjek elektif luar untuk kursus saya. Apa yang menariknya didalam kelas ini kami belajar tentang paradoks, perbandingan agama, serta teori Darwin. Untuk tugasan pertama kami, kami ditugaskan untuk membuat kesan teori Darwinisme dalam sistem pendidikan di Malaysia.

TEORI DARWIN

Teori Darwin atau Teori Evolusi merupakan falsafah tentang bagaimana asal usul kejadian manusia. Teori ini menggagaskan kejadian alam ini terjadi 'by accident'. Bermula dari satu sel dan berevolusi menjadi suatu makhluk yang lebih sempurna. Sebagai contoh, satu sel berevolusi menjadi ikan, seterusnya berevolusi lagi menjadi makhluk berkaki empat, kemudian berevolusi menjadi menjadi makhluk berkaki dua dan akhirnya menjadi manusia yang sempurna. Namun begitu, teori ini dapat disangkal menggunakan Hukum Termodinamik ke 2.

Bagi sesiapa yang megetahui tentang teori ini, mereka akan mengenali siapa "Ota Benga" yang menjadi mangsa kepada pembuktian teori ini.Teori inilah yang digunapakai didalam sistem pendidikan kita di Malaysia. Ia bukan sahaja diaplikasi didalam subjek Biologi tetapi semua subjek yang kita pelajari. Mungkin ada yang hairan, mengapa saya berkata begitu.


APA YANG DIGAGASKAN OLEH TEORI EVOLUSI

1- Gagasan yang paling besar ialah MENIDAKKAN KETUHANAN didalam kehidupan manusia.
2- Didalam teori ini, 'survival' merupakan pillar utama untuk memastikan
keberlangsungan sesuatu makhluk. Jika siapa kuat, akan mengalahkan yang lemah,
yang besar akan mengalahkan yang kecil.

KAITAN TEORI DARWIN DIDALAM PEMBELAJARAN DIMALAYSIA

Melalui gagasan yang saya tuliskan, kita dapat melihat kesemua subjek yang diajarkan disekolah tidak mengaitkan dengan ketuhanan. Tidak pernah kita melihat kesimpulan daripada hasil pembelajaran biologi mengarah kepada kuasa ketuhanan. Begitu juga subjek fizik, kimia dan 'related science' yang lain. Apatah lagi didalam subjek seperti ekonomi, sejarah, geografi dan lain-lain.

Pendidikan yang tidak berteraskan ketuhanan akan menyebabkan penuntutnya tidak mempunyai roh terhadap apa yang dipelajari. Apa yang berlaku didalam sistem pembelajaran adalah menghabiskan silibus, menghafal fakta, menganalisis, membuat perbandingan dan menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada mereka. Tidak ada langsung elemen peningkatan iman terhadap subjek yang dipelajari.

Hasilnya yang berlaku didalam pendidikan ialah lahirnya pelajar yang berdisiplin tetapi tidak berakhlak. Sebagai contoh, pelajar sekolah yang berdisiplin tidak akan merokok disekolah kerana ada undang-undang yang membatasi mereka, tetapi apabila berada diluar sekolah mereka akan merokok kerana tidak wujud undang-undang tersebut. Begitu juga pelajar perempuan menutup aurat disekolah, tetapi membuka tudung apabila berada diluar. Inilah bezanya berdisiplin dan berakhlak.

Berdisiplin hanya akan berlaku bilamana berada ditempat yang telah ditetapkan undang-undangnya, manakala berakhlak akan berlaku bila-bila masa, dimana sahaja samada dalam keadaan berseorangan mahupun secara ramai. Pelajar berakhlak tetap tidak akan melakukan perkara yang melanggar hukum dan undang-undang kerana apa yang dilakukannya bukan kerana manusia tetapi telah sampai kepada tahap yang lebih tinggi iaitu ketuhanan.

Didalam teori kedua menggagaskan teori 'survival' dimana yang kuat akan mengalahkan yang lemah dan besar akan mengalahkan yang kecil. Jika kita melihat didalam kehidupan hari ini, contohnya didalam skop ekonomi kapitalisme, syarikat gergasi akan menguasai sistem ekonomi sehinggakan pengusaha kecil tidak akan mendapat tempat didalam dunia perniagaan. Begitu juga negara-negara besar yang berkuasa sering menyerang negara kecil dan lemah, orang yang berkuasa seperti pemimpin negara akan menzalimi rakyat. Semua yang berlaku ini adalah hasil fahaman Teori Darwin @ Teori evolusi. Mungkin point kedua ini tidak menjadi unsur utama didalam sistem pendidikan yang dibincangkan tetapi sekadar perkongsian untuk kita semua.

KESIMPULAN

Perlu difahami disini, bahawa Teori Darwin @ Teori evolusi bukanlah suatu falsafah yang tidak ada kepentingan kepada sesiapa, tetapi merupakan barah kepada permulaan kehidupan manusia. Secara sedar atau tidak kita telah melalui semua sistem ini dan melihat sendiri segala yang berlaku adalah berpunca teori ini. Sekian.


RUJUKAN

http://www.harunyahya.com/

Berpelajaran Tidak Berpendidikan

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

“Ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar Sains dan Matematik, boleh jadi kaya. Boleh buat duit. Orang sudah tidak pentingkan bidang Sejarah, bidang Geografi. Geografi sudah hampir tiada di sekolah sebab ia tidak mendatangkan keuntungan”, rungut Prof. Khoo Kay Kim dalam Buletin Utama malam tadi.

Saya tidak mampu berkata apa-apa kecuali mengangguk dan terus mengangguk.
Mengangguk setuju dan mengangguk kecewa.

Hari ini Buletin Utama membangkitkan isu kegagalan sistem pendidikan kita berfungsi melahirkan modal insan, sebagaimana yang diharapkan oleh negara.

Pelajar hari ini berpelajaran tetapi tidak berpendidikan.

Apa maknanya itu?

Biar pun saya sedikit kebingungan dengan penjelasan Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz tentang beza berpelajaran dan berpendidikan, tetapi mesejnya jelas. Kita mengukur kecemerlangan dari jumlah A yang terkumpul, hingga ada sekolah yang menyekat pelajar dari mengambil mata pelajaran tertentu di dalam peperiksaan SPM, demi untuk tidak menjejaskan rekod cemerlang sekolah!

S. Subashini,12, a student of Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Simpah died in hospital, a day after she was found hanging from the ceiling of her room. [The New Straits Times Online]

Lupakah kita kepada berita terburuk sepanjang 2007 apabila S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah ditemui mati, membunuh diri kerana gagal mendapat A dalam kesemua peperiksaan UPSR yang lalu.

Sejauh mana isu ini diperbahaskan?

Sejauh mana kematian S. Subashini dibedah siasat puncanya? Atau ia hanya sekadar satu isu yang datang dan pergi? Tidakkah gila masyarakat kita hari ini, boleh melupakan kematian seorang anak muda seusia 12 tahun yang mati kerana kurang cemerlang dalam UPSR?

Sesungguhnya berita itu benar-benar menjadikan saya kecewa dan hampir putus harapan terhadap masa depan negara ini. Lebih-lebih lagi dengan komen simplistik semua pihak yang ditemui oleh pihak media. Sedangkan kes adik S. Subashini sepatutnya menggegarkan seluruh sistem pelajaran Malaysia, izinkan saya menggunakan perkataan rasmi ‘pelajaran’ biar pun jiwa ini lebih mencari nilai sebuah ‘pendidikan’.

“Modal insan bukan bertujuan untuk melahirkan pekerja semata-mata. Kita sepatutnya berusaha memastikan adanya generasi muda yang boleh berfikir dan mencipta idea. Itu tujuan terpenting bagi mana-mana sistem pendidikan bagi sebuah negara”, komen Profesor Khoo Kay Kim lagi.

Dan saya terus kecewa dan berduka di depan televisyen.

Siapakah yang peduli kepada saranan beliau?

Siapakah yang mahu bersungguh-sungguh berfikir tentang hal ini?

HARAPAN DARI SEBUAH PENDIDIKAN

Saya teringat kembali kepada presentation saya semasa menjadi panelis bagi Seminar Ibn Khaldun II yang diadakan bulan lalu di Institut Integriti Malaysia. Saya memberikan penekanan kepada aspek pendidikan dalam menjawab soalan “Islam: A Blessing to Malaysians?”

“Biar pun saudara Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan kelebihan yang dinikmati oleh orang Islam dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, sedangkan pembayar cukai Malaysia lain yang Hindu, Kristian dan Buddha dirangkumkan dalam satu kategori dan diberikan pendidikan MORAL, saya tidak dapat melihat ia sebagai suatu kelebihan bagi umat Islam di Malaysia.

Bahkan mungkin mata pelajaran itulah punca kepada masalah mengapa kita sulit untuk menjawab ISLAM: A BLESSING TO MALAYSIANS?”, saya memulakan ucapan.
Sejauh manakah pendidikan Islam di Malaysia berjaya melahirkan Muslim yang boleh menjustifikasikan Islam sebagai rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia (boleh juga dibaca sebagai wa maa arsalnaaka illaa rahmatan lil ‘aalameen)?

Saya lontarkan isu ini kerana saya tidak melihat kecenderungan masyarakat kita untuk meletakkan pendidikan sebagai suatu keutamaan dalam menggarap masalah-masalah yang wujud di negara kita. Semuanya mahu diselesaikan dengan politik, ketika politik kita gersang dari integriti dan kejujuran. Masakan tidak, jika dulu parti politik banyak digerakkan oleh guru selaku pendidik, tetapi kini trend berubah kepada kemenangan politik bagi yang punya wang dan sokongan mereka yang punya wang. Itu sahaja sudah cukup untuk menjelaskan warna politik negara kita.

Apabila saya sebutkan pendidikan, saya maksudkan ia sebagai pendidikan formal dan tidak formal. Malah saya lebih menjurus kepada mengharapkan agar kita kembali kepada fungsi pendidikan tidak formal yang menjadi tanggungjawab setiap individu. Ibu bapa ada tanggungjawab pendidikan kepada anak-anak, imam dan paderi ada tanggungjawab mendidik pengikut masing-masing, dan seterusnya mereka yang mempunyai minda kritis mempunyai tanggungjawab untuk membawa pemikiran mereka kepada masyarakat melalui seminar, dialog, perbincangan yang merupakan sebahagian daripada maksud pendidikan.

Tetapi kita tidak minat dengan semua itu.

MEMPOLITIKKAN SEGALANYA

Kita lebih cenderung untuk mensensasikan apa sahaja yang boleh melakukan surat khabar.
Asalkan ada sahaja isu yang muncul, semuanya mahu ditangani dengan kuasa, dengan politik dan kemudian semuanya berakhir sebagai berita sensasi dan tidak ada apa-apa yang dapat diketengahkan sebagai bahan untuk mendidik masyarakat.

Antara buku yang diharamkan di Malaysia, biar pun ia telah banyak membetulkan salah faham masyarakat antarabangsa tentang Muhammad SAW, malah ramai pula yang memeluk Islam kerananya.

Ada buku yang pelik sedikit, haramkan!

Ada sahaja wacana yang lain dari definisi rasmi, ban!

Timbul isu penggunakan kalimah Allah dalam literasi Kristian, sekat, haramkan, saman… segala-galanya disensasikan dan berakhir dengan sentimen yang tidak punya apa-apa nilai pendidikan.
Malah kadang-kadang kita begitu gelojoh mahukan hasil tanpa mahu melalui prosesnya. Saya meragui rasionalnya permintaan Luthfi Assyaukanie dari Jaringan Islam Liberal yang mahukan dialog dihentikan, sebaliknya terus sahaja kepada menghasilkan polisi kebebasan beragama kerana baginya, dialog itu membuang masa.

Saya 50-50 dalam mengiya dan menidakkannya.

Dialog membuang masa, jika kita sensasikan apa sahaja yang ingin dibicarakan. Kita berdialog bukan untuk mendidik dan tanpa ketulusan motif. Kita pilih tajuk-tajuk yang mencetus emosi masyarakat dan kemudian kita memuncung bibir apabila dialog gagal menghasilkan apa-apa.

DIALOG POLISI

Tetapi semasa Seminar Ibn Khaldun II berlangsung, saya cuba meminjam pengalaman ketika mengendalikan dialog antara agama ketika saya bertugas sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara. Dialog itu bukan dialog teologi tetapi ia adalah dialog polisi. Kita bukan berhasrat mahu mengheret agama bertanding di medan dialog tentang siapa benar dan siapa batil, tetapi mengajak pandangan agama dikongsi bersama untuk mencari formula penyelesaian kepada isu Euthanasia. Memanfaatkan agama untuk menghasilkan polisi yang boleh disepakati bersama.

Tiada siapa yang membawa superiority attitude dalam dialog berkenaan.

Wakil Protestan dan Katholik memberikan pandangan berdasarkan kepercayaan masing-masing, dan saya memberikan pandangan berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Hasilnya kami dapat mengutip beberapa pandangan bernas dari kesemua wakil untuk diajukan kepada National Health Service (NHS) sebagai polisi kesihatan dalam kes Euthanasia.

Ia suatu pengalaman berharga.

Pengalaman yang memberikan keyakinan kepada saya bahawa seteruk mana sekali pun polemik politik, ekonomi dan sosial masyarakat, sinar harapan tetap ada di dalam pendidikan.
Semua pihak harus kembali kepada tugas yang lahir bersama tujuan hidup kita… mendidik yang makruf dan menegah yang keji. Jalannya adalah pada mendidik masyarakat.

Tetapi apabila pendidikan diinstitusikan secara membuta tuli, ramai yang melihat pendidikan sebagai tugas guru dan sekolah, manakala sekolah pula menunding jari bahawa ibu bapa adalah guru pertama buat anak-anak mereka. Segalanya berakhir dengan tiada siapa yang memberikan sepenuh hatinya kepada komitmen mendidik.

Semakin bertambah ilmu dan maklumat masyarakat, tindak tanduknya semakin dungu dan tidak masuk akal.

SERANGAN SOCRATES

Inilah yang menjadi kritikan Socrates terhadap golongan Sophists dan relativism mereka dalam menangani pendidikan.

Golongan Sophists ini hanya sibuk mengajar kemahiran dan skil kerja kepada anak-anak Athens tetapi mereka mengabaikan soal yang lebih penting.

“Apakah tujuan hidup ini?”

“Apakah nilai yang sepatutnya dipegang oleh seorang manusia dalam hidup ini?”

“Bagaimanakah seorang manusia itu boleh menyempurnakan karaktor dan personalitinya?”
Persoalan sebegini terabai tanpa perhatian. Semuanya ke arah melahirkan ‘pekerja’, melahirkan ‘ahli politik’ yang licik dan bijaksana.

Sedangkan Socrates berjuang bermati-matian untuk memberitahu masyarakat Athens bahawa matlamat pendidikan adalah untuk menyempurnakan watak seorang manusia, memulihkan akal agar terguna secara bijaksana dan melatih murid-murid agar berdialektik dan tidak kekok mengemukakan soalan dalam mencari kefahaman.

Tetapi seruan Socrates tidak diendahkan.

Akhirnya pada usia 70 tahun, Socrates telah dikenakan tuduhan merosakkan pemikiran anak-anak muda di Athens, bahkan mengimani Tuhan lain yang bukan Tuhan rasmi masyarakat arus perdana.

Tidakkah itu sejarah yang berulang?

Bahawa masyarakat kita juga menuju ke arah yang sama.

Jika segala-galanya berorientasikan keuntungan semata-mata… tidak hairan ilmu agama menjadi beku tanpa makna, ilmu sains kemanusiaan terabai tanpa perhatian… kerana yang diutamakan hanyalah untuk melahirkan ‘pekerja’, dan ahli politik yang licik dan bijaksana… bukan pemikir yang sering dituduh sebagai peracun minda.

SAYA HIDUP UNTUK MENDIDIK

Biar pun profesyen saya bukan sebagai seorang guru, tetapi sebahagian maksud hidup saya adalah untuk membentuk dan mendidik manusia… biar pun terpaksa ‘meracun’ minda mereka.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
6 Januari 2008

sumber: saifulislam.com

Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Ini kelemahan terbesar saya.

Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran.

Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku murid darjah 3 semasa saya di darjah

1. Saya belajar sesuka hati, dan itulah cara belajar saya untuk keputusan-keputusan peperiksaan saya di sepanjang zaman persekolahan.

Sungguh serabut, untuk mendesak, mendesak dan terus mendesak si anak duduk mengulangkaji pelajaran. Saya boleh menjawab soalan andai ada yang anak-anak tidak tahu, mengajar mereka beberapa perkara yang mungkin mereka terlepas pandang daripada kelas di sekolah. Tetapi saya tertekan untuk mendapati anak-anak saya tidak tahu apa-apa, kebingungan apabila balik ke rumah, dan saya perlu mengajar satu persatu apa yang ada di dalam buku.

Verbatimly!

Mujurlah ada Ummu Saif.

Dialah yang sabar mengajar anak-anak. Walaupun dengan marah dan selalu juga jadi tertekan, dia terus mengajar dan mengajar. Mungkin isteri saya kecewa kerana saya tidak berada di paras yang sama dengannya dalam mengendalikan latihan tubi untuk anak-anak. Saya juga tidak punya apa-apa alasan untuk mempertahankan diri.

Saya mengalah.

ISU YANG LEBIH BESAR

Jauh di fikiran saya, ada sesuatu yang lebih mengganggu fikiran. Selain cara belajar saya semenjak kecil hingga dewasa yang bebas tanpa disuruh-suruh, kesusahan untuk mengajar anak berpunca dari rasa bantahan saya kepada silibus. Serba serbinya bercanggah dengan apa yang ada di kepala saya.

Siapalah saya untuk mengkritik silibus?

Saya bukan guru.

Saya bukan pakar pendidikan.

Hanya secebis pengalaman tatkala diamanahkan menjadi Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, pengalaman di sana amat melekat di kepala saya.

Saya masih ingat, betapa silibus-silibus sedia ada yang diguna pakai di sekolah-sekolah sekitar UK dan Ireland banyak yang menimbulkan masalah kepada murid-murid. Kebanyakan sekolah, menggunakan silibus yang dirasakan bagus hasil pengalaman ibu bapa yang belajar di negara masing-masing. Lalu silibus Arab Saudi, Mesir, Pakistan, Turki dan Bangladesh dibawa untuk dijadikan bahan mengajar anak-anak mereka yang lahir dan membesar di United Kingdom.

Di sekolah, saya pendamkan kebanyakan silibus dan saya gantikan ia dengan pelbagai bahan yang bersifat permainan dalam mengajar, terutamanya bagi pelajar-pelajar peringkat rendah. Saya ajak anak-anak murid menonton pelbagai video seperti Adam’s World, malah Sesama Street juga, tetapi kemudiannya diikuti dengan perbincangan, perbualan, gelak ketawa, dan dalam suasana itulah, murid-murid ini saya ceriakan dalam pembelajaran mereka di Islamic School saya.

Ketika itu, saya mengajar sambil meribakan Saiful Islam. Saya yang bukan guru, tidak pernah menerima latihan perguruan, hanya meyakini fitrah anak-anak bahawa kegemaran mereka bermain itulah sebenarnya alat terbaik untuk mereka belajar.

Self-initiative, self directed dan self-chosen…

Tugas guru pula adalah untuk menyediakan pelbagai alat permainan dan aktiviti yang boleh dipilih dan seterusnya bercakap dengan murid-murid tentang apa yang mereka main, sebagai suatu proses pembelajaran yang menjadikan anak-anak suka belajar.

Saya sedar semua itu tidak cukup.

MASTERS OF EDUCATION

Selepas menyelesaikan kontrak di Belfast Islamic School / Islamic Centre, saya mendaftarkan diri sebagai pelajar di dalam program Masters of Education di The Open University UK dengan pengkhususan Learning Curriculum and Accessment.

Saya masih ingat, dua kes saya bentangkan kepada rakan-rakan sepengajian yang berada di Hawaii, di Jepun, di penjara Amerika Syarikat serta Isle of Man. Menerusi internet, kami
berdiskusi tentang kes yang saya bentangkan iaitu:

Bagaimanakah dalam sebuah sekolah rendah yang ada pelajar berketurunan Pakistan dan Turki (Hanafi), Melayu (Syafie), Morocco (Maliki) dan Arab Saudi (Hanbali), subjek fekah mahu diajar? Misalnya dalam bab Qunut atau pembatalan wudhu’?

Bagaimanakah perbandingan agama mahu diajar kepada murid-murid yang 20% daripada mereka berbapakan Muslim serta beribukan Kristian, ibu berkelakuan baik dan bapa banyak masalah moral. Apakah justifikasi kebenaran agama jika contoh secara fenomenologi tidak menyokong teori?

Ini adalah dilema-dilema yang saya hadapi semasa mengendalikan sekolah. Saya sangat menyukai pengajian itu dan konsisten bertemu dengan supervisor jauh di selatan iaitu di Limerick sebulan sekali, berbincang dengan beliau yang beragama Kristian, tentang kaedah mensilibuskan Pengajian Islam bagi murid-murid di sekolah Islam.

Saya masih ingat komen beliau dalam pertemuan terakhir kami, “betapa pentingnya cara agama dibentangkan di dalam silibus, ia boleh menjadi penentu sama ada agama itu difahami dan diterima atau tidak, lebih daripada kebenaran yang ada dalam agama itu sendiri!”

Terpana saya dengan kata-katanya itu.

Rezeki saya tidak di situ. Ummu Saif dipanggil pulang oleh pihak kerajaan untuk bekerja di Malaysia. Kami tinggalkan Ireland secara mengejut untuk pulang ke Malaysia. Pengajian saya terbengkalai separuh jalan. Dengan permulaan gaji RM800 sebulan sejurus pulang ke Malaysia, cita-cita untuk menghabiskan pengajian itu saya pendam hingga terpadam.

Sebahagian daripada buku teks MEd saya yang masih ada dalam simpanan
Hari ini, buku-buku dan nota-nota pengajian itu saya keluarkan kembali. Semuanya gara-gara rasa tertekan saya melihat buku teks anak-anak saya serta progres mereka di dalam pelajaran, selepas hampir separuh tahun 2009 berlalu.

Saya berasa sangat terpukul melihat silibus Aqidah di dalam buku yang disediakan oleh JAIS, murid tahun 1 diajar tentang 20 Sifat Wajib bagi Allah dan 20 Sifat Mustahil bagi Allah! Saya tidak ada masalah dengan pendekatan Ilmu Kalam dalam penelitian terhadap Usuluddin agama kita, tetapi untuk anak saya yang berusia 7 tahun itu diajar mengimani Allah dengan wasilah ilmu Sifat 20, saya tidak menyetujuinya.

Begitu juga mata pelajaran Bahasa Arab dan Jawi yang lebih daripada apa yang saya belajar semasa di Tingkatan 1 dulu.

Sejujurnya, saya yang hanya seorang layman dalam bidang pendidikan ini, tertanya-tanya, sejauh manakah silibus-silibus ini dibuat dengan mematuhi disiplin pedagogi atau ikut sedap sahaja?

Apabila saya korek halaman web sekolah-sekolah swasta antarabangsa yang berorientasikan silibus UK seperti Mutiara International Grammar School, saya dapat melihat dengan jelas bahawa di sekolah seperti ini, adanya apa yang sepatutnya ada untuk murid-murid belajar. Silibus dibahagikan kepada dua cabang utama iaitu:

Subject-based Curriculum (SBC)

Activity-based Curriculum (ABC)

Kedua-duanya diimbangkan dengan baik dan saya percaya kesuburan mental anak-anak itulah tapak terbaik untuk agama disemai. Pendidikan yang amat berorientasikan peperiksaan merosakkan rangka fikir anak-anak dan saya takut anak saya 10 tahun daripada sekarang berbangga dengan deretan 20A tetapi mempunyai cara berfikir yang kaku, tidak kreatif dan sekadar menjadi audio player berkualiti tinggi. Robot Islamik!

Sehingga hari ini, saya masih menyertai Islamic School’s League of America dan mengikuti perkembangan sistem pendidikan Islam di Amerika Syarikat. Terasa begitu cemburu di hati saya melihat bagaimana mereka menikmati fleksibiliti dalam membangunkan sistem pendidikan hingga Islamic Homeschooling juga sudah diterima sebagai salah satu alternatif pendidikan yang rasmi.

Saya ada kerisauan yang besar, tetapi saya mempunyai tahap keupayaan yang kecil. Saya tidak duduk di bidang pendidikan. Mungkin sahaja kerisauan saya ini tidak berasas, tetapi saya sedih melihat anak-anak saya yang agaknya dibesarkan dengan cara lain di rumah, tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran yang ada di sekolah mereka.

Semenjak Saiful Islam masuk ke sekolah tadika Islam 3 tahun yang lalu dan kini bersekolah rendah, begitu juga dengan Naurah Sabihah yang juga sudah menyertai sistem berkenaan… saya melihat corak yang sama serta masalah yang sama dalam pendidikan mereka.

Terdetik hati untuk mencuba sistem di sekolah antarabangsa yang tidak Islamik, tetapi saya tidak mampu untuk membayar yurannya. Saya tidak bimbang dengan suasana sekolah yang kebaratan whatsoever, kerana saya sudah bekerja, menjadi pengetua, menjadi guru dan menjadi penyelia kepada pendidikan komuniti Muslim di negara Barat yang benar-benar Barat… dan saya tahu, bekalan terbesar untuk tumbesaran anak-anak adalah pada akal yang sejahtera, bersama check and balance berterusan daripada ibu bapa berkaitan nilai dan norma agama.

Jika akal dan teknik berfikir anak-anak dirosakkan oleh sistem pembelajaran yang salah, agama yang dihayati juga nantinya menjadi superficial.

Saya tidak sekali-kali menyalahkan pihak sekolah atau guru, kerana masalah ini lebih rumit daripada sekadar masalah sekolah atau guru. Mungkin saya semakin hampir tiba ke sebuah kesimpulan, bahawa kecemerlangan pendidikan Islam di dalam Sejarah terletak pada minimanya campur tangan kerajaan dalam sistem dan silibus pendidikan!

PENYESALAN

Hari ini saya berasa sangat sesal, marah dan geram dengan diri saya sendiri. Saya gagal menekan butang PAUSE dan Saiful Islam menjadi mangsanya.

Beliau mendapat markah yang amat teruk dalam subjek Bahasa Arabnya!

Saya memarahinya hingga buat pertama kalinya dia menangis hingga memercik air mata. Saya sangat tidak kisah dengan apa sahaja output daripada sebuah ujian atau peperiksaan kerana saya ada cara saya sendiri untuk menilai prestasi anak-anak. Tetapi untuk mendapat markah seteruk itu, saya tidak dapat menerimanya.

Setelah anak saya tidur, saya baca kembali jawapan-jawapan yang ditulisnya, saya berasa sangat kesal dengan diri saya sendiri. Pen merah yang ditandakan besar-besar oleh cikgu di atas kertasnya, hakikatnya adalah simbol yang paling tepat dalam menggambarkan harapan saya pada sistem dan silibus seperti ini. Markah itu adalah tanda memberontaknya anak saya kepada sistem yang sama.

Maafkan Abi.

Diri ini buntu memikirkan semua ini.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

sumber: saifulislam.com

Mahasiswa Islam UPSI menyokong penuh Kongres Rejuvenasi Pendidikan Islam Negara, GAMIS

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Mukaddimah

Selaku universiti yang sememangnya fokus utama dan totalnya adalah pendidikan, mahasiswa Islam UPSI khususnya, menyokong penuh dan mengucapkan tahniah kepada GAMIS diatas usaha menyediakan platform perbincangan serius mengenai pendidikan Negara.

Gabungan Mahasiswa Islam terus melangkah kehadapan dengan menganjurkan satu kongres yang membincangkan isi pendidikan yang sememangnya menjadi perkara fundamental yang amat signifikan dalam membangun masyarakat.

Platform Perbincangan Kritikal Terhadap Central Crisis Dalam Pendidikan

Sememangnya perbincangan kritikal dengan menampilkan tokoh-tokoh terkemuka yang pakar dalam bidang pendidikan adalah ideal dalam merungkai central crisis terhadap permasalahan ummah terutamanya remaja.

Kita melihat central crisis utama yang bermain dalam isi masyarakat semasa ialah berkaitan dengan the lost of aqidah and adab. Apabila berlaku the lost of understanding in aqidah and adab, maka sudah tentu asasnya ialah pendidikan agama (Islam) sebagai penyelesaian terbaik.

Pendidikan merupakan agen perubahan kepada sesebuah masyarakat. Seperti kata Nelson Mandela : “Education is the most powerful weapon to change the world” adalah dipersetuji benar.

Sejarah telah memaparkan kepada kita bahawa dalam memulakan sesuatu perubahan yang menyeluruh, perkara yang utama perlu dilihat ialah akar tunjang atau asas yang menjadi punca sesuatu masalah.

Hal ini dibuktikan melalui pendekatan reformasi melalui pendidikan dan peranan Sekolah (madrasah) Abu Hamid Al-Ghazali sekitar tahun 505 H / 1106 M dalam melakukan perubahan terhadap masyarakat.

Model Mencari Central Crisis Al-Ghazali dan Al-Banna

Usaha al-Ghazali dalam memperbetulkan masyarakat yang mengalami pelbagai krisis pemikiran seperti kenfanatikan mazhab, pengaruh kefahaman batiniyah, penyelewangan ahli falsafah, perebutan kuasa politik dan kesesatan ahli sufi yang menyebabkan central ciris mengapa lemah dan tidak bermayanya umat Islam sewaktu itu dalam berdepan dengan kuasa Kristian dan tentera Salib adalah menerusi kajian lengkap, diagnosis, ulangkaji model pemikiran semasa dan kegiatan-kegiatannya.

Setelah mengenal pasti puncanya, barulah proses reformasi dilaksanakan menerusi madrasah al-Ghazali yang akhirnya berjaya melahirkan generasi hebat selepasnya seperti Salahuddin al-Ayyubi.

Begitu juga model pendidikan holisitik Imam Hassan al-Banna. Buku Pendidikan Islam dan Sekolah Hassan Al-Banna karangan Dr. Yusuf al-Qardhawi menjelaskan bahawa asas utama pembinaan generasi hebat ikhwan bermula dengan melihat kepada asas utama iaitu ilmu wahyu atau ketuhanan itu sendiri.

Kemudiannya beralih kepada pembentukan pendidikan holistik aspek akal (intelek), akhlak, jihad , jasmani , emosi dan kenegaraan. Maka, menerusinya lahirlah sebuah generasi yang hebat yang tatkala melakukan kesilapan kecil atau besar seraya menyedarinya dan terus bertaubat serta memohon keampunan Allah.

Kesimpulan

Kongres Rejuvenasi Pendidikan Negara dilihat sebagai wadah yang positif dalam melaksanakan diagnosis, kajian-kajian punca dan langkah penyelesaian dalam melaksanakan rejuvenasi pendidikan negara.

Namun begitu, perbincangan mengenainya tidaklah terhenti setakat kongres ini sahaja dan diharapakan dapat dibincangkan secara berterusan yang wujud kesinambungan pada masa depan.

Bakal-bakal pendidik seperti kami amat memerlukan maklumat perbincangan menerusi wadah ini kerana sebagai bakal pendidik, kami tidak boleh bersikap tindak endah terhadap isu pendidikan negara, apatah lagi ianya amat berkait dengan pembawaan idea faham Islam terhadap individu, keluarga, masayarakat dan negara kearah mengembalikan the lost of understanding in aqidah and adab.
—————-
*Penulis merupakan Presiden Persatuan Pengguna 09/10 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Sumber: mahasiswakini

Isu2 Berkaitan Pendidikan Islam

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Jurusan agama perlu diceburi pelajar minda kelas pertama

SYABAS dan tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang anak mereka berjaya mendapat tempat di institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) sama ada dalam atau luar negara. Kita berbangga kerana mempunyai generasi pelapis yang semakin meningkat tahap kecemerlangan dari semasa ke semasa.

Namun, kecemerlangan bukan diukur atas kertas saja. Apa yang lebih penting adalah kecemerlangan aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani perlu seiringan.

Ingin dibangkitkan ialah ada segelintir masyarakat sejak dulu hingga kini menganggap pelajar atau anak yang kurang cemerlang patut dimasukkan dalam jurusan agama. Ia mungkin disebabkan pelajar itu tidak diterima mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan komersial.
Ada benar penyataan yang menyatakan, daripada pelajar itu tidak mendapat apa-apa langsung, sekurang-kurangnya dengan mengikuti jurusan agama mereka dapat membekalkan diri dengan ilmu agama dan mampu mengajar kelak.

Jurusan agama dianggap jurusan kelas kedua, tidak memiliki nilai komersial dan ketinggalan zaman. Maka atas faktor itulah sukar untuk menemui pelajar cemerlang memilih jurusan agama sebagai pilihan utama. Jika ada pun, alasannya bidang agama subjeknya mudah untuk lulus.

Seharusnya kualiti pelajar yang diterima mempelajari bidang agama perlu seiring tahap kecemerlangan pelajar jurusan sains, perundangan dan jurusan lain. Untuk memahami agama memerlukan minda kelas pertama.
Pelajar yang bijak dan cemerlang bakal memahami agama dengan baik. Bahkan mereka boleh dianggap sebagai 'doktor' atau 'jurutera' pembangunan modal insan kepada masyarakat dan ummah keseluruhannya.

Hakikatnya, bidang agama bukan bidang picisan yang tidak mempunyai nilai. Apatah lagi dianggap bidang yang mudah. Bidang ini juga memerlukan keseriusan dan kecerdikan minda kelas pertama kerana untuk menilai maklumat agama yang pelbagai memerlukan ketekunan tinggi.

Bidang ini bukan bertujuan melahirkan penceramah di masjid atau surau yang hanya menjanjikan syurga atau neraka, apatah lagi mengambil kesempatan di atas kejahilan orang lain. Tetapi, ia adalah amanah kepada ilmu. Mana mungkin pelajar bidang agama terdiri daripada yang hanya cukup makan.

Jika diperhatikan kebanyakan pelajar jurusan agama mendapat kelulusan lebih rendah berbanding jurusan lain. Amat sedikit pelajar cemerlang memilih jurusan agama sebagai bidang pengajian pada peringkat lebih tinggi.
Kesan daripada bidang agama yang dikuasai pelajar 'cukup makan', ia menghumban generasi ini kepada pemikiran dan pengamalan agama yang jauh tersasar daripada roh syariat. Mereka sekadar menjadi pelengkap majlis, memenuhi masa terluang antara Maghrib dan Isyak di masjid atau tukang menyediakan air penawar.

Jika mentaliti masyarakat khususnya pelajar memiliki minda kelas pertama masih melihat bidang agama sebagai kelas kedua, maka pada dekad akan datang negara akan dipenuhi golongan agamawan yang mandul dan tidak dapat menyumbang ke arah kemaslahatan ummah.

MARDIANA MAT ISHAK,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Cabaran Kongres Pertama: Isu2 Berkaitan Pendidikan Islam Ke Arah 1 Malaysia

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

CHOK SUAT LING: The problem lies with national schools
 Some national schools have long waiting lists as they are perceived as being better than the rest.

IT is something parents think about even before their child is thrust screeching and wailing into the world. For those who want only the very best for their rambunctious bundles of joy (or torment, depending on the time of day or month), this decision necessitates a voyage of contemplative self-discovery and soul-searching.

It is not an issue that touches on matters transcendental, philosophical, or even spiritual. Rather, it is a mundane rite of passage every parent has to go through -- deciding which type of school they should subject to the precious product of their union: national or vernacular?

That Malaysia has more than one school system makes a decision necessary before the child reaches 7 years of age. Those with the means take the easier route and send their children to private or international schools, where the quality of education is perceived to be (and, most times, is) far superior.

For those less blessed financially, it is either "sekolah kebangsaan" (national schools) or "sekolah jenis kebangsaan" (national-type schools). Increasingly, and for a variety of reasons, many non-Malay parents are sending their children to the latter.

National schools have, as a result, become very Malay in composition. This does not bode well for national unity. Without the opportunity to interact with those of different racial and cultural backgrounds in their formative years, children -- who are essentially colour-blind -- will more readily form misconceptions about those not like them as they grow up.
The simplest solution would be to eliminate all school systems save one, as some have proposed. Some politicians have called for a single school system to check racial polarisation. Recently, a similar campaign was launched in the blogosphere.

The argument for a single school system sounds persuasive, even logical. Such a system would eradicate anguished hand-wringing on the part of parents, and address long-standing issues of national unity and integration in education.

However, there are impediments other than merely the Education Act 1996, which guarantees a place for Chinese and Tamil schools in the national education system. The main obstacle is the nation's present socio-political realities, which render the idea not just impractical but impossible.

As it is, even talking about it can inflame emotions and elicit threats of police reports and charges of sedition. Would it be prudent to throw another canister of fuel into the fire when there are so many divisive issues at play in the public domain?

Would it be worth it, if it divides the people more than it unites them?

Besides, why blame vernacular schools when the problem lies with national schools? That there are parents willing to send their children to Tamil schools, some no better than ramshackle rubber smokehouses, tells us something is not entirely right with national schools.

While a single school system is not expedient politically at this point, what should be pursued is the strengthening of national schools. It remains the best, if not the only, remedy.

Four things need to be done to attract more non-Malays to national schools: providing quality education, recruiting more non-Malay teachers, offering Mandarin and Tamil as subjects, and teaching Science and Mathematics in English.

Some national schools boast long waiting lists because they are perceived as being better than the rest.

Smart schools, cluster schools and those producing multitudes of top scorers in public examinations every year are extremely popular, such that parents are known to use ingenious methods (and the addresses of their friends and relatives) to secure their children a place.

What attracts non-Malays should be cultivated in all national schools, and at the same time, there must be the political will to address what repels them.

Vernacular schools have always been part of the national education landscape, but "in those days" many parents sent their children to sekolah kebangsaan. What has changed in just a decade or two?

For one, the "Islamisation" of national schools is more acute, and yet it is one issue the authorities have so far only skirted around, perhaps for fear of ruffling feathers.

When it has not even been directly acknowledged as a problem, how can the authorities even begin to address it?

Some say it is justifiable for national schools to have Islamic principles in their teaching and learning environment because the majority of the pupils are Muslims.

But should religion even figure in school life? The concept of national schools should be that it is the mainstream of education for children of all races.

There must also be a more concerted recruitment of non-Malay teachers. To say they are disdainful of the teaching profession cannot be true when many are in private schools, where the benefits match effort and contribution.

Educators have long called for the establishment of a teachers commission: an independent body for teachers, not unlike the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam).

With a commission to look after its welfare, the teaching profession could be separated from the civil service and put on a different salary scheme. A memorandum to this effect was submitted to the Education Ministry in 2004, but the response was tepid.

Optimistically, Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has promised to look into how the education system can be improved. National schools must be the new minister's priority.

Make it easier for parents to make that momentous decision.

Sumber: New Straits Times

Artikel Sokongan Ke Arah Keperluan Kongres Dari Berita Harian

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Kecemerlangan Akhlak Perlu Diajar di Sekolah

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes ragut membabitkan kehilangan nyawa di Johor dan Kelantan. Yang menyedihkan peristiwa ini berlaku ketika sambutan Hari Belia.

Sejurus itu, kenyataan pelbagai pihak yang memberi seribu satu jalan penyelesaian untuk membendung kes ragut itu.

Jalan terbaik untuk menangani masalah itu ialah kerajaan perlu mengambil tindakan mengubah sistem pendidikan negara kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Seharusnya aspek kecemerlangan akhlak dan moral lebih diutamakan.

Seandainya seorang pelajar itu mempunyai akhlak dan moral yang cemerlang, nescaya aspek akademik juga mereka akan cemerlang. Inilah modal insan sebenarnya.

Kementerian Pelajaran seharusnya memberi tumpuan yang lebih kepada aspek keagamaan untuk membentuk sahsiah yang cemerlang. Pendidikan keagamaan dan moral perlu dititikberatkan ketika pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Saya percaya seandainya masalah ini tidak diselesaikan dengan segera, maka lahirlah generasi cemerlang akademik tetapi mereka memiliki akhlak yang rendah dan kotor.
MOHAMAD AIYAD RAMLI,
Wakaf Bharu,
Kelantan.

Sumber: http://bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20090525230916/Article/

Syeikh Zubeir Al-Filfulani Tokoh Pendidikan Islam Malaysia

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

DALAM lima keluaran terakhir kolum Ulama Nusantara yang lepas, pada bahagian bawahnya dinyatakan alamat e-mel dan nombor telefon saya. Terlalu ramai yang menghubungi saya dengan pelbagai pertanyaan.

Saya ucapkan terima kasih terutama kepada halaman agama Utusan Malaysia yang menyiarkan alamat tersebut. Ia membuka ruang bersilaturahim antara pembaca dengan penulis. Bagi pihak yang mengirim e-mel dan menelefon, saya ucapkan terima kasih.

Disebabkan pertanyaan terlalu banyak, ada yang pendek dan ada yang panjang, saya mohon maaf kerana tidak mungkin ia dapat dijawab dalam kadar yang segera. Saya anjurkan supaya anda mengikuti rencana ini secara berterusan kerana ada beberapa pertanyaan yang terjawab dengan sendirinya dalam artikel-artikel yang diterbitkan.

Daripada sekian banyak pertanyaan ada yang meminta saya menulis tentang seorang ulama yang berasal dari Pulau Pinang. Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Haji Zubeir bin Ahmad Ismail bin Ibrahim bin Muhammad Nur al-Fardhi al-Faqih asy-Syafi'ie al-Filfulani (Pulau Pinang).

Rujukan utama untuk menyusun riwayat ulama yang berasal dari Pulau Pinang ini ialah sebuah kitab bahasa Arab berjudul Tasynif al-Asma' bi Syuyukh al-Ijazah wa as-Sama' au Imta' Uli an-Nazhar bi Ba'dhi A'yan al-Qurn ar-Rabi' 'Asyar oleh Abi Sulaiman Mahmud Sa'id bin Muhammad Mamduh.

Sungguhpun ulama tersebut berasal dari Malaysia atau dunia Melayu, saya belum menemui riwayat lengkap mengenainya dalam bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun dalam beberapa karangan bahasa Melayu kadang-kadang disebut juga nama beliau. Dengan demikian dapat juga digunakan sebagai tambahan maklumat. Baru-baru ini (18 Julai 2006) dalam kertas kerja Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman berjudul Memerantauan Orang Melayu Menuntut Ilmu Di Masjid Al-Haram Dan Universiti Al-Azhar: Sejarah Dan Kepentingannya yang dibentangkan pada Seminar Mahawangsa Melayu terdapat sedikit maklumat tentang Syeikh Haji Zubeir.

Walau bagaimanapun dalam kertas itu terdapat sedikit perbezaan pendapat dengan sumber-sumber yang lain, iaitu dikatakan bahawa Mudir pertama Dar al-'Ulum ialah Syeikh Zubeir bin Ahmad (kertas kerja hlm. 7). Dalam Tasynif al-Asma' dinyatakan Mudir Dar al-'Ulum ialah Saiyid Muhsin bin 'Ali al-Masawi al-Huseini (hlm. 218). Syeikh Umar Abdul Jabbar pula menulis bahawa Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini selaku pengasas Dar al-Ulum itu (at-Tarajim wa as-Siyar, hlm. 333).

Perbezaan pendapat akan dibahaskan dalam riwayat Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini pada keluaran akan datang. Kedua-dua ulama yang sama-sama lahir pada tahun 1323 H/1905 M itu ketika di Mekah berkongsi pula mengasaskan Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah.

Pendidikan

Sejak usia sekitar tujuh tahun lagi Zubeir bin Ahmad memasuki salah sebuah Madrasah Islamiyah di negerinya. Pendidikan ilmu-ilmu asas seperti fiqh, akidah, tilawah al-Quran dan lain-lain dipelajarinya sejak usia tersebut. Pada tarikh 10 Muharam 1339 H/23 September 1920 M, Zubeir melanjutkan pelajarannya di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiyah di Pulau Pinang.

Beliau belajar daripada Syeikh Abdur Rahman Firdaus al-Makki, Syeikh Muhammad Radhi al-Makki, Saiyid Ahmad Dahlan al-Makki, Syeikh Abdullah al-Ghadamsi al-Maghribi, Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi al-Falaki dan Syeikh Husein Rafi'. Zubeir tamat belajar di madrasah tersebut pada bulan Syaaban 1342 H/Mac 1924 M. Kemudian beliau bersama kawan-kawannya melanjutkan pelajaran ke Mekah. Mereka ialah Ali Manshuri, Ahmad Manshuri, Ishaq Zain dan Abdul Majid Husein.

Sampai di Mekah mereka tinggal bersama Syeikh al-Qadhi Ahmad Qari. Mereka tiba di Mekah pada malam awal bulan Ramadan 1342 H/5 April 1924 M.

Pada bulan Syawal 1342 H/Mei 1924 M, Zubeir dan rakan-rakannya memasuki Al-Madrasah Hasyimiyah Syarif Husein bin Ali. Mereka mendapat pendidikan khusus daripada lima ulama iaitu Syeikh Umar Ba Juneid, Syeikh Jamal al-Maliki, Syeikh Habibullah asy-Syanqithi, Syeikh Muhammad Zaidan asy- Syanqithi dan Syeikh Umar Hamdan al-Mahrasi.

Pada tahun 1344 H/1925 M mereka sempat belajar di Madrasah Ash-Shaulatiyah sehingga mereka keluar dari madrasah itu pada tahun 1349 H/ 1930 M. Sewaktu di Madrasah Ash-Shaulatiyah itulah barangkali Zubeir mula bersahabat dengan Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini yang memasuki Madrasah Ash-Shaulatiyah tahun 1341 H/1923 M.

Para gurunya di Madrasah Ash-Shaulatiyah ialah Syeikh Salim Rahmatullah, Syeikh Mahmud Arif al-Bukhari, Syeikh Abdul Lathif al-Qari, Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyath, Syeikh Mukhtar Makhdum, Syeikh Abdullah al-Bukhari.

Selain mendapat pendidikan di madrasah, Zubeir juga mendapat pendidikan di Masjid al-Haram dan dengan ulama-ulama tertentu di rumah. Di antara guru beliau yang dapat dikesan ialah Syeikh Sa'id Yamani, anaknya Syeikh Hasan Yamani, Saiyid Abdullah Shalih az-Zawawi, Syeikh Muhammad Ali al-Maliki, Saiyid Shalih Syatha, Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tubbani dan ramai lagi.

Daripada senarai nama para guru sejak dari Pulau Pinang hingga pendidikan di Mekah tidaklah diragui bahawa Syeikh Haji Zubeir adalah seorang putera Pulau Pinang yang cukup banyak mengumpulkan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai bidang.

Madrasah Dar al-Ulum

Setelah tamat belajar di Madrasah ash-Shaulatiyah Syeikh, Zubeir menjalankan aktiviti mengajar di rumah dan di Masjid al-Haram, Mekah. Beliau mengajar ilmu-ilmu alat dan fiqh dalam Mazhab Syafie. Dalam Tasynif al-Asma juga disebut bahawa pada tahun 1352 H/1933 M, Syeikh Haji Zubeir berkongsi mengasaskan Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah di Syu'ib 'Ali, Mekah.

Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini selaku pengasas Dar al-Ulum ad-Diniyah itu bertindak sebagai Mudir yang pertama manakala Syeikh Haji Zubeir adalah Naib Mudir.

Saya tidak mengetahui sumber mana yang digunakan oleh Mohammad Redzuan sehingga dalam beberapa perkara terdapat perbezaan pendapat. Menurut beliau, selain Syeikh Haji Zubeir sebagai Mudir pertama Madrasah Dar al-'Ulum ad-Diniyah, disebutnya pula yang berusaha mengasaskan madrasah itu ialah Haji Abdul Majid Zainuddin. Haji Abdul Majid Zainuddin tersebut dikatakan meletakkan batu asas. Menurutnya lagi, bangunan untuk madrasah memulakan pengajian telah diwakafkan oleh Toh Puan Sharifah, iaitu isteri kepada Datuk Panglima Kinta (kertas kerja hlm. 7).

Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini meninggal dunia pada 1354 H/1935 M. Tempatnya sebagai Mudir Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah diganti oleh Syeikh Haji Zubeir hingga tahun 1359 H/1940 M. Pada tahun yang sama, beliau pulang ke Malaysia setelah lama mengajar di Mekah dan mempunyai ramai murid.

Aktiviti di Malaysia

Setelah berada di Malaysia Syeikh Haji Zubeir seperti biasa bergiat dalam bidang pendidikan. Di antara madrasah-madrasah tempat beliau mengajar ialah Madrasah al-Huda, Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah, Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyah, Masjid Tinggi, Bagan Serai. Terakhir sekali menjadi Mudir Madrasah al-Idrisiyah. Madrasah al-Idrisiyah mempunyai sejarah yang panjang dan tersendiri.

Mengenai Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah, berdasarkan buku Madrasah Al-Ulum Al-Syar'iyah Perak 1937 - 1977 oleh Sabri Haji Said, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, madrasah yang terletak di Batu 20, Bagan Datoh, Perak itu sejak mulai berdirinya mendapat sumbangan daripada Syeikh Haji Zubeir.

Bahawa terbinanya Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah adalah hasil inisiatif Haji Muhammad Arsyad bin Haji Muhammad Saleh. Menurut Sabri, penubuhan madrasah itu diadakan di Masjid Bagan Pasir dengan dipengerusikan oleh Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad pada 21 Oktober 1937 (Sabri, hlm. 32).

Nama madrasah itu diberi oleh Haji Muhammad Arsyad setelah berbincang dengan Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad (hlm. 33). Mudir Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah ialah Haji Muhammad Arsyad. Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad pada zaman penjajahan Jepun buat beberapa ketika pernah sebagai Wakil Mudir (hlm. 141).

Penglibatan Syeikh Haji Zubeir dalam Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyah, Masjid Tinggi, Bagan Serai pula ialah beliau mengajar di madrasah tersebut pada 1946 hingga 1948.

Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyah sangat erat hubungannya dengan Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah kerana didirikan oleh Haji Abdur Rahman bin Haji Muhammad Arsyad pada tahun 1943. Haji Abdur Rahman ini ialah adik-beradik Haji Hasan Adli, seorang tokoh terkenal. Kedua-duanya merupakan anak Haji Muhammad Arsyad bin Haji Muhammad Saleh.

Rasanya riwayat ini tidak sempurna jika tidak menceritakan madrasah tersebut yang dianggap sebati dengan beberapa orang mudirnya, antaranya ialah Syeikh Haji Zubeir yang diriwayatkan ini. Madrasah al-Idrisiyah diasaskan pada tahun 1340 H/1922 M dekat Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Madrasah tersebut didirikan berikutan titah Sultan Idris I Al-Mursyidul A'zam Syah, Sultan Perak pada zaman itu. Baginda menitahkan dibina madrasah itu kepada Tuan Guru Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Senarai Mudir yang pertama Madrasah al-Idrisiyah hingga ulama yang diriwayatkan ini susunannya adalah seperti berikut: Haji Muhammad bin Haji Muhammad Saleh, berkhidmat (1922 - 1928), Syeikh Abdullah al-Maghribi (1928 - 1932), Syeikh Haji Abdullah Fahim (1932 - 1948) dan Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad 1948 - 1975).

Penulisan

Saya belum mendapat maklumat tentang penglibatan Syeikh Haji Zubeir dalam bidang penulisan. Namun kata pengantar beberapa buku membuktikan beliau berkemampuan dalam bidang penulisan. Antara buku yang terdapat kata pengantar Syeikh Haji Zubeir ialah Suluh Kemajuan karya Syeikh Haji 'Abdul Karim bin Syeikh 'Utsman Sarawak.

Penggal yang pertama ditulis pada 4 Syawal 1368 H/7 September 1948 M. Dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang, 17 Safar 1372 H/5 November 1952 M.

Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad menulis, “Maka orang-orang Islam di zaman dahulu kala berpegang kepada ajaran-ajaran Islam yang sebenar. Maka dapatlah mereka menjadi satu umat yang dihormati.

“Dan pula jadilah mereka membangunkan dan mendirikan sebuah kerajaan Islam yang besar dan mempunyai gah kemasyhuran seluruh dunia. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menggerakkan dan menyedarkan umat-umat Islam seluruh alam dunia ini mengikut jejak datuk nenek mereka yang Islam dahulu kala.”

Sumber: http://ulama-nusantara-baru.blogspot.com/2006/11/syeikh-zubeir-al-filfulani-tokoh.html

Bersempena Dengan Kongres Pendidikan Islam,GAMIS - GAMIS UKM

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)



Bersempena Dengan Kongres Pendidikan Islam, GAMIS

tinta biasa azizan anwar

JIHAD INTELEKTUALARTIKEL UNTUK PENJIHAD

MukaddimahDi sana terdapat satu tuntutan yang kritikal kepada seluruh masyarakat kampus yang sayangkan diri mereka dan ilmu. Beberapa perkara yang perlu diambil kira ialah, kemestian kita mengetahui hakikat kewajipan mendapat ilmu dari menjadi manusia ghair al-tholib kepada al-tholib. Beberapa hakikat yang penting ini perlu dimulakan dengan memahami hadis baginda SAW yang bermaksud “menuntut ilmu adalah kewajipan terhadap setiap muslim"

Asas Jihad Dan Kitab Konsepnya, serta keraguan terhadap sistem pendidikanJihad intelektual bukanlah konsep jihad baru yang melarikan pemikiran manusia dari berfikir mengenai jihad akbar, iaitu jihad al-Qital atau jihad siyasi, namun ianya adalah maksud sebenar perjuangan umat manusia dalam mencari kaedah menyelam ilmu dan mendasar matlamat yang terbaik dalam menuntut ilmu. Lontaran ini pernah dinyatakan oleh ulama’ dari madarsah Bait al-Qura’, Melaka ketika memsyarahkan kitabnya yang ringkas iaitu Risalah al-Tahrid.

Umum mengetahui sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini adalah berdasarkan konsep pendidikan pragmatis. Nampaknya pada hari ini ia seakan-akan mementingkan bahasa inggeris, sains dan matematik. Tetapi pada waktu 90an dahulu, ia mementingkan bahasa dan moral. Pada ketika itu, sasterawanlah yang beruntung. Ia adalah berubah-rubah. Mungkin akan datang nanti, ia mementingkan pendidikan sukan pula berbanding sains, matematik, inggeris, moral dan bahasa. Sekiranya ia terbukti berubah-rubah, maka perkara ini adalah tidak mustahil.

Konsep penyatuan terhadap matlamat yang satu telah diungkap oleh baginda dalam maksud yang mendalam pada hadisnya diatas. Maka, apakah sebenarnya matlamat pendidikan? Peperiksaan, ulangkaji pelajaran, kerja dengan gaji lumayan, Ijazah sarjana muda, doktor falsafah atau PHD? Atau matlamatnya adalah syurga, neraka, dosa dan pahala? Atau matlamatnya hanyalah Allah? Of Course, pastilah semua tertanya, mengenainya. Matlamat yang terakhir tadi (Allah) pasti dirasa pelik oleh orang sekular yang mengasingkan segalanya daripada kehidupan mereka.

Hazihi al-Ghoyah.

Inilah matlamatnya.Matlamatnya adalah Allah. Dan agama serta konsep ketuhanan sebagai cara hidup. Pengaplikasian konsep ilmu dalam setiap saat kehidupan yang bermula selepas mendapat teori ilmu itu dari dewan kuliah, bilik tutorial, kelas dan darjah. Dan perpustkaan sebagai gedungnya. Dan bilik ulama’, pensyarah dan cikgu sebagai rujukan bukan benda, tetapi manusia. Inilah sebenarnya konsep matlamat yang satu dan tetap (thabat). Relevan sehingga keakhirnya. Kerana matlamat terakhir manusia adalah Allah, dosa pahala dan syurga neraka.

Penyelesaian pada kemusykilan Ilmu Teori Fizik

Mungkin ada yang pelik, adakah ilmu matematik dan ilmu fizik yang lain boleh menjurus kepada pengaplikasian dalam hidup dan ketuhanan. Cara yang bagaimana pula dapat mengaitkannya dengan matlamat ketuhanan tadi? Begitu juga dengan ilmu bahasa dan lain-lainnya. Begini! Apa kata kita menyelami alam kehidupan kita seharian. Dalam situasi yang manakah kita terpaksa berhempas pulas dengan ilmu yang berbentuk fizik?

Contohnya, cara aplikasi ilmu add math, serta formula-formulanya. Add Math sentiasa menyuruh kita mengaitkan soalan dengan formula. Dan strategi jalan penyelesaian semata-mata untuk mendapat jawapan. Dan juga, strategi mengetahui samada jawapan kita itu betul atau salah! Jadi, persoalannya ialah, bagaimana untuk aplikasi semua itu dalam kehidupan? Sahabat pembaca sekalian, konsep fizik add math sebenarnya adalah teori kematangan akal kita berfikir. Ia sebenarnya boleh mengasah otak berfikir dengan cepat, juga mengasah otak agar mudah mendapat strategi.

Mungkin penulis boleh mencadangkan pembaca menonton drama penyiasatan Numbers yang keudara di astro AXN. Saudara pembaca boleh melihat watak Don Epps dan Charlie Epps yang mengaplikasikan add math dalam kehidupan seharian mereka. Inilah yang mengkagumkan mengenai ilmu Teori Fizik add math. Yang menjadi kepentingannya ialah, keawajipan kita sentiasa menggunakannya dengan batasan syara’.

Barulah semua ilmu dapat dikaitkan sebagai ilmu ketuhanan (metafizik)…. Penulis berharap, pembaca boleh faham. Ini perenggan yang panjang sedikit…...Selesai satu masalah

Saya mengharapkan Kongres Pendidikan Islam GAMIS ini, mendapat perhatian seluruh masyarakat, yang mencintai Malaysia. Ia adalah penyelesaian terbaik. Kelainan ini rasanya tidak pernah muncul sejak 52 tahun....Wallahua'lam

http://azizanmaliki.blogspot.com/

- GAMIS UKM -

Selayang Pandang Sistem Pendidikan Masa Kini - GAMIS UUM

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)




Selayang pandang sistem pendidikan masa kini

Oleh: Mohd Arif Juhani Bin Abdul Rahman*

Pendidikan merupakan suatu elemen yang maha penting dalam proses membentuk sesebuah jati diri bangsa dan ketamadunan bangsa tersebut. Maka pendidikan adalah perkara yang paling mendasar yang perlu disediakan modul dan model yang tepat kerana kegagalan sistem pendidikan yang dibina oleh kita hanya akan menyebabkan keburukan yang bukan bersifat jangka masa pendek tetapi mampu merosakkan dan menjahanamkan seluruh generasi yang seterusnya.

Dalam hal ini, perlu kita muhasabah diri ini tentang apakah kejayaan yang telah kita raih dengan mengguna pakai sistem pendidikan pada hari ini. Kita tidak menafikan betapa di sana telah wujud beberapa kumpulan profesional yang berjaya menempa nama baik dalam dan luar negara.

Namun perlu kita sedari bahawa kadar jenayah yang berlaku dalam negara pada ketika ini turut disebabkan oleh sistem pendidikan kita yang bobrok. Secara dangkalnya boleh sahaja kita membina hipotesis iaitu “semakin banyak institusi pendidikan ditubuhkan, semakin tinggi kadar jenayah yang berlaku dikalangan belia.”

Hal ini boleh disanggah namun hakikatnya majoriti akan mengakui akan kebenaran hal tersebut. Sebagaimana ekonomi mesti dibangunkan terlebih dahulu sebelum kestabilan politik dapat dicapai maka begitu jugalah dalam membentuk generasi yang berbudi pekerti, mesti dibangunkan sistem pendidikan yang ampuh sebelum boleh untuk kita berbicara soal membangunkan infrastruktur negara kelas pertama.

Kegagalan kita untuk membina keperibadian yang unggul dalam diri generasi pelapis hanya menyebabkan mereka menggunakan infrastruktur kelas pertama dengan menggunakan akal kelas ketiga atau keempat. Nilai etika harus diberi penekanan dalam erti kata sebenarnya dalam konteks ini. Empat komponen dalam diri manusia itu harus dididik secara seimbang iaitu akal, fizikal, roh (atau hati) dan nafsu.

Membina sistem pendidikan haruslah dilihat dengan menggunakan lensa kaca mata tamadun Islam dahulu yang bukan sahaja memiliki daya intelektual yang tinggi namun pada ketika yang sama turut ditekankan juga kepada aspek disiplin diri atau adab.

Menggunakan falsafah pendidikan barat tidaklah menjadi suatu kesalahan bahkan memang asalnya segala falsafah barat itu kebanyakannya diambil daripada segala khazanah keilmuan daripada tamadun Islam tetapi mereka melakukan aktiviti sekularisasi dalam segala aspek sehingga memisahkan nilai kerohanian atau nilai aqidah yang terdapat dalam setiap disiplin ilmu dan pada ketika ini kita pula gagal untuk menapis atau menyaring nilai sekular (desekularisasi atau Islamisasi) dengan apa yang tidak sesuai dengan suasana kehidupan Islami dan hal tersebut hanya akan menambahkan kepincangan yang sedia ada.

Kita tidak menafikan barat memiliki sistem pendidikan yang canggih dan teratur yang sesuai diaplikasikan oleh banyak negara dalam dunia ini. Namun siapa pula dapat menafikan bahawa kehidupan harian mereka turut menunjukkan betapa sistem yang diguna pakai hanya melahirkan manusia yang cekap dari sudut keilmuan semata-mata tetapi gagal mencapai maksud keinsanan dalam erti kata yang sebenarnya. Siapa dapat menafikan bahawa krisis dunia yang berlaku pada hari ini dilakukan oleh negara yang tinggi nilai keilmuannya namun compang camping dalam meletakkan nilai keinsanan dalam melakukan sesuatu tindakan.

Sudut pandang kita seharusnya lebih meluas dan meliputi kedua-dua aspek iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu dan berbudi pekerti mulia. Disinilah Islam telah memberikan garis panduan yang jelas yang sesuai untuk diikuti bukan sahaja oleh umat Islam bahkan kepada mereka yang belum menerima hidayah Islam lagi.

Ketamadunan yang telah dibina dengan menggunakan sumber agung Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah telah membuktikan hal yang sedemikian. Kejayaan kerajaan Islam dahulu membina empayar Islam yang dikagumi dan digeruni merupakan bukti bahawa sistem pendidikan yang diamalkan telah berjaya melahirkan manusia yang meletakkan nilai keinsanan mendahului nilai kebendaan atau materialistik.

Sistem pendidikan juga tidak seharusnya dan semestinya hanya berlangsung di persekitaran sekolah semata-mata tetapi perlu merangkumi keseluruhan kehidupan harian masyarakat kita atau boleh juga disebut sebagai sistem pendidikan tidak langsung. Hal ini pula pastilah menuntut komitmen keseluruhan anggota masyarakat.
Bentuk kehidupan yang sempurna akan membantu memperkuatkan keperibadian akal budi dan kematangan generasi ketika ini untuk menempuh alam dewasa yang lebih mencabar. Desakan reformasi dalam sistem pendidikan tidak seharusnya ditekankan hanya kepada kerajaan tetapi juga kepada badan-badan agama, NGO-NGO, media massa dan cetak dan sebagainya. Kegagalan kerajaan untuk menambah baik sistem pendidikan harus dibantu oleh semua komponen dalam masyarakat.

Polisi baru terhadap media penyiaran harus ditekankan. Rancangan yang berkualiti yang dapat membantu menjayakan proses pembangunan insan harus dituntut diperbanyakkan. Keinginan yang tinggi untuk melihat kejayaan sistem pendidikan tidak akan berhasil jika aspirasi ini tidak disambut oleh golongan pendidik, ibu bapa, dan anggota masyarakat. Seharusnya ketiga-tiga golongan ini mampu mengisi kekosongan sebagai contoh teladan yang boleh diikuti oleh generasi muda.

Sebagaimana tiada jihad sebelum dakwah dan tiada dakwah sebelum ilmu dan kebijaksanaan maka dalam hal ini kasih sayang harus disebarkan terlebih dahulu sebelum memikirkan apakah bentuk hukuman yang selayaknya diberikan kepada mereka yang ingkar mengikut disiplin.

Tahniah kepada GAMIS di atas komitmen yang ditunjukkan dengan menunaikan amanah tanggungjawab sosial demi memastikan umat Islam di Malaysia khususnya dan masyarakat lain umumnya dapat menjalani kehidupan dengan dipandu oleh nilai-nilai kemanusiaan yang sejati dan tidak meletakkan nilai materialistik mengatasi segala-galanya yang mana di sini GAMIS berkeyakinan bahawa sistem pendidikan yang betul dan lurus akan memandu masyarakat merencanakan kehidupan dengan lebih baik.

Istilah tajdid dan islah yang menjadi pegangan gerakan mahasiswa menjadikan kongres yang bakal diadakan kelak sebagai manifestasi kepada semboyan tersebut. Teruskan perjuangan kalian dalam memartabatkan Islam dalam kehidupan masyarakat dalam negara ini.

Bukan anda tapi kita akan bersama-sama berusaha berganding bahu membantu kepimpinan negara dalam rangka membentuk kehidupan masyarakat yang selari dengan prinsip keinsanan yang pastinya akan tetap berada di atas landasan syariat.

Selamat menjayakan Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara 2009.
——————
*Penulis merupakan Exco Hubungan Luar & Antarabangsa Rakan Masjid Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Artikel Sokongan Ke Arah Keperluan Kongres Dari Berita Harian

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)



Kerajaan perlu menambah baik sistem pendidikan untuk bentuk sahsiah generasi muda

BENARKAH jahiliah masih membelenggu pemikiran dan pengalaman umat Islam masa kini? Apakah kita faham pengertian jahiliah dalam erti kata sebenarnya?

Jahiliah adalah perkara penting untuk kita fahami kerana ia musuh Islam sepanjang masa. Pastinya orang yang hidup dalam zaman moden dan serba canggih hari ini mengakui dirinya Islam tetapi secara tiada sedar masih melakukan amalan jahiliah disebabkan tidak mengenal konsep dan ciri jahiliah sebenarnya baik melalui al-Quran, hadis atau bahan sejarah.

Saidina Umar al-Khatab pernah menjelaskan: "Sesungguhnya ikatan Islam yang kukuh akan terungkai satu demi satu apabila di kalangan umat Islam tidak mengenal apa itu jahiliah." Jahiliah bererti bodoh, sesat, biadap, dungu, tidak mengetahui, tidak berilmu, keliru atau melakukan sesuatu tanpa pengertian dan pengetahuan.

Tanggapan umum pula, jahiliah ialah keadaan yang berlaku sebelum kedatangan Islam atau dikenali sebagai zaman pra-Islam. Ini biasanya ditujukan kepada masyarakat Arab di Semenanjung Arab sebelum Rasulullah SAW diutuskan. Umumnya membatasi pengertian jahiliah pada gejala syirik atau paganisme (tanpa agama), primitif, krisis keruntuhan akhlak yang melanda masyarakat Arab pada ketika itu.

Menurut pendapat Muhammad al-Qutb dalam bukunya, Jahiliah Abad ke-20 menggambarkan konsep jahiliah bukan berdasarkan masa, tempoh atau zaman tertentu, tetapi disebabkan individu atau masyarakat tidak mengakui Islam sebagai syariat hidup yang cukup sempurna. Sayyid Qutb pula dalam bukunya, Petunjuk Sepanjang Jalan menyebut: "Masyarakat jahiliah ialah masyarakat yang tidak tulis pengabdiannya kepada Allah. Ini bermaksud pengabdian yang menjelma dalam kepercayaan atau keyakinan dalam syiar, lambang, peribadatan dan dalam peraturan serta undang-undang."

Usaha memperjelaskan pengertian jahiliah dalam erti kata sebenarnya, al-Quran menggambarkan beberapa ciri untuk menjadi panduan sifat dan ciri-ciri jahiliah itu. Firman Allah yang bermaksud: "(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu)." (Surah al-Fath, ayat 26)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Sesudah itu, patutkah mereka berkehendakkan lagi kepada hukum jahiliah? Padahal kepada orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah." (Surah al-Maidah, ayat 50) Beberapa ciri jelas untuk mengkategorikan beberapa golongan dalam erti kata masih jahiliah iaitu:

Tidak mengikut hidayah Allah.

Alim ulama menyatakan dalam aspek ini, golongan itu terdiri daripada orang yang tidak beriman kepada Allah. Mereka sentiasa menyengutukan Allah dan seterusnya tidak melaksanakan syariat Islam. Keadaan ini seterusnya melahirkan manusia syirik, kufur, kafir serta orang tidak mempunyai pegangan hidup.

Hidup mengikut hawa nafsu.

Orang hidup di dunia berdasarkan hawa nafsu yang membawa keburukan tanpa kawalan. Golongan itu tidak mempunyai ciri keperibadian Muslim dalam kehidupannya sebagai hamba Allah. Allah sudah memberi peringatan yang tepat bagi golongan ini. Firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menetapkan hukum seperti diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu." (Surah al-Maidah, ayat 49)

Jika manusia mengikut kehendak nafsu, mereka terdorong melakukan perkara keji. Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan akal fikiran semata-mata dan tidak berteraskan kebenaran. Ini sekali gus menjadikan manusia semakin jauh daripada hidayah Allah.

Adanya golongan pemusnah Islam. Golongan itu sentiasa berusaha memusnah kesucian agama Islam melalui pelbagai cara sama ada secara fizikal, mental atau spiritual. Musuh Islam sentiasa berusaha menjatuhkan kekuatan umat Islam secara bersepadu. Jika umat Islam tidak mempunyai keimanan dan keyakinan kepada Allah sudah tentu terjerumus ke arah kebinasaan dan Islam musnah.

Justeru, orang Islam yang tidak menyedari diri mereka sudah diperguna dan diperalatkan golongan itu menjadi faktor terhadap keruntuhan Islam seluruhnya. Bagi orang yang jahil sudah tentu mereka tidak dapat membezakan dengan jelas perkara ini.
Gejala keruntuhan akhlak. Memang tidak dapat disangkal lagi gejala keruntuhan akhlak dan moral adalah ciri orang jahiliah.

Lantaran demikian, beberapa keadaan berlaku di sekeliling kita sedikit sebanyak memberikan `tempias' terhadap perkara itu. Ternyata sekali kualiti masyarakat semakin merosot. Pelbagai gejala keruntuhan akhlak seperti pergaulan bebas, bohsia, dadah, rempit, zina, bohjan, pengkid, lepak, judi, hiburan yang mengasyikkan, arak, khalwat dan dadah melanda remaja mutakhir ini. Berdasarkan faktor itu, ternyata ciri jahiliah sedang merebak dan meresap dalam diri umat Islam.

Tindakan segera merangkumi aspek kesedaran dan pendidikan perlu dilaksanakan kerana kejahilan akan memberi kesan terhadap manusia. Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Islam and Secularism, krisis berlaku dalam masyarakat berpunca daripada tiga faktor iaitu kekeliruan dalam ilmu pengetahuan, kehilangan adab dan lahirnya pemimpin Islam yang tidak berkelayakan, tidak mempunyai nilai moral, intelektual dan kerohanian yang tinggi.

Oleh demikian, usaha kita untuk menyelesaikan pengaruh jahiliah perlu bersandarkan kepada maruah, sejarah serta identiti tersendiri kerana Al-Maududi menyarankan:

"Masalah utama yang perlu diselesaikan ialah kedudukan dan status manusia di alam ini." Penghapusan jahiliah di kalangan manusia daripada aspek pemikiran, pengalaman dan daya tindak adalah perlu. Ini juga memerlukan satu sistem pendidikan Islamik yang mampu menggarap manusia sebagai insan mempunyai rohani, fikiran, perasaan serta keseimbangan. Kesedaran semula umat Islam mestilah tepat bagi membentuk kesedaran menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan sama ada ekonomi, politik, sosial dan budaya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/Monday/Agama/20090524214851/Article/index_html

Artikel Sokongan Ke Arah Relevansi Kongres Dari Utusan Malaysia

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)



Pendidikan berteras fitrah

Oleh DR. SAODAH ABD. RAHMAN

FITRAH ciptaan manusia ialah menjadi hamba kepada Allah SAW. Berasaskan kepada fitrah itu, maka umat Islam perlu membentuk jati diri berasaskan keimanan kepada-Nya. Dunia perlu dibangunkan berdasarkan perundangan dan peraturan di dalam al-Quran dan hadis. Ilmu dan pendidikan yang sempurna berperanan penting dalam pembentukan jati diri umat Islam.

Ciptaan manusia adalah terlalu unik dan pelbagai. Ia bertujuan memudahkan manusia mengendalikan urusan hidup secara terurus bagi membangun dunia sebagai persinggahan yang indah sebelum ke alam akhirat.

Manusia mempunyai perbezaan dalam akal fikiran, perasaan dan cita rasa. Kepelbagaian ini menyebabkan manusia mempunyai perbezaan corak kehidupan dan minat.

Perbezaan dan kepelbagaian ini merupakan perancangan Ilahi. Oleh itu, umat Islam sepatutnya memahami bahawa mereka akan menjadi umat paling baik jika mereka mendidik dan mengasuh anak-anak berasaskan kepada fitrah manusia diciptakan.

Setiap anak yang dilahirkan dihiasi oleh Allah dengan bakat dan kebolehan tertentu. Bakat anugerah Allah itu jika dipupuk dan diasuh sebaik mungkin, akan menjadikan umat Islam menguasai pelbagai kepakaran. Ia merupakan asas pendidikan Islam.

Masyarakat Islam kadang-kala membuat kesilapan dalam penafsiran kebijaksanaan dan kepintaran kanak-kanak dan pelajar. Pencapaian akademik dalam bentuk kecemerlangan sewaktu peperiksaan sering ditafsirkan sebagai kebijaksanaan. Mereka yang gagal dalam peperiksaan dianggap sebagai "bodoh dan kurang berkemampuan".

Sedangkan tidak semua manusia yang dicipta itu mempunyai bakat yang sama. Ibu bapa dan guru-guru dapat memahami bakat kanak-kanak dengan melihat cara mereka berfikir, bertindak dan berbicara. Gelagat dan tingkah laku mereka perlu diteliti dan dikaji supaya bakat yang dimiliki oleh mereka diperkembangkan mengikut fitrah mereka diciptakan.

Kanak-kanak dan pelajar yang tidak berminat dan kurang berjaya dalam akademik tidak sepatutnya dipaksa menuntut ilmu yang tidak diminati oleh mereka kerana ia bertentangan dengan fitrah ciptaan mereka.

Penilaian kebolehan para pelajar perlu dilihat dalam bidang mata pelajaran yang diambil oleh mereka secara keseluruhan bukan hanya menekankan sesuatu bidang sahaja. Tindakan begini boleh membantutkan pelajar untuk mengembangkan bakat dan kepakaran yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Kesilapan dalam penilaian kebolehan para pelajar dalam ilmu pengetahuan merupakan faktor utama yang menyebabkan negara menghadapi krisis pengangguran, bertambahnya bilangan remaja berkeliaran sehingga terjerumus dalam gejala tidak bermoral.

Oleh itu, sistem pendidikan perlu berasaskan kepada dua aspek utama iaitu mendidik para pelajar memahami kehendak rohani dan fizikal. Pendidikan rohani secara teori dan praktikal membolehkan pelajar mengimbangkan jiwa dan pemikiran mereka apabila berada dalam kegelisahan, kekecewaan dan penderitaan. Mereka tidak akan menjadi liar dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri dan masyarakat. Pendidikan kerohanian boleh membentuk anak-anak dan pelajar menjadi mantap dan kental dalam mempertahankan prinsip hidup sebagai orang yang beriman dan mulia.

Pendidikan yang berasaskan kepada kehendak fizikal adalah berkaitan dengan kepelbagaian kepakaran dalam bidang ilmu sehinggalah kepada peringkat menjadi petani, nelayan dan buruh kasar. Para pelajar yang tidak berminat dalam bidang akademik, terkenal dengan kelasakan sepatutnya dimasukkan ke sekolah tentera dan polis sejak kanak-kanak lagi. Bakat lasak dan keberanian memberi gambaran kepada ibu bapa dan guru bahawa kanak-kanak ini akan menjadi wira dalam mempertahankan negara jika bakat dan minat mereka diasuh sejak kecil lagi. Bakat begini amat penting dalam latihan ketenteraan dan pertahanan negara.

Rasulullah SAW dan para sahabat amat prihatin mengasuh kanak-kanak, sama ada lelaki dan perempuan menjadi lasak dan berani. Menunggang kuda dan memanah merupakan satu latihan lasak yang diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Latihan begini boleh membentuk remaja lelaki dan wanita menjadi orang yang mempunyai jiwa kental dalam mempertahankan negara dan masyarakat.

Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pertahanan perlu bekerjasama dalam mengembangkan bakat dan minat kanak-kanak dan remaja yang tidak berminat dalam bidang akademik.

Kanak-kanak dan pelajar dalam kategori ini sepatutnya diberi pendidikan dalam bentuk pergerakan fizikal, kemantapan mental dan kerohanian. Ilmu pengetahuan yang diajar kepada mereka adalah berkaitan dengan sejarah dunia, kepahlawanan dunia, strategi mempertahankan negara, politik dan seumpamanya. Ilmu-ilmu begini amat penting diserapkan ke dalam minda remaja dalam golongan ini kerana ia boleh membentuk mereka menjadi orang yang amat prihatin terhadap keselamatan masyarakat dan negara. Sekolah dan institusi melatih remaja dan lelaki dan wanita berkaitan dengan ilmu kepahlawanan amat penting bagi memperkukuhkan kedudukan politik dan keselamatan negara.

Kanak-kanak yang lemah dalam bidang akademik dan mempunyai personaliti yang agak pasif perlu diberi latihan dan pendidikan berkaitan dengan kemahiran pertukangan, jahitan, kesenian, pertanian dan ilmu-ilmu yang membolehkan mereka berdikari dan mencari nafkah hidup. Ia sekali gus membantu negara menonjolkan keindahan Islam melalui kreativiti mereka. Kanak-kanak dalam golongan ini dianugerahkan oleh Allah dengan bakat seni dan kehalusan yang mampu mengeluarkan barang-barang yang unik dan indah. Oleh itu usah diasak pemikiran mereka dengan ilmu-ilmu akademik yang tidak diminati dan dicapai oleh akal fikiran mereka.

Latihan dan proses memperkembangkan bakat perlu dilakukan ketika mereka di peringkat kanak-kanak dan remaja. Ilmu dalam perspektif Islam adalah luas dan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Kepelbagaian bakat dan minat merupakan satu bentuk ciptaan Allah. Ini kerana untuk membangun dan membina tamadun yang tinggi, manusia memerlukan kepelbagaian peranan dan kepakaran. Buruh juga memainkan peranan penting bagi menghasilkan pengukuhan bangunan dan pekerjaan yang memerlukan tenaga dan titik peluh. Oleh itu taraf dan status manusia di sisi Allah ialah ketaqwaan bukan wang dan pangkat.

Allah tidak menjadikan kesemua manusia mempunyai bakat menjadi pemimpin, sarjana dan kepakaran yang sama kerana jika ini merupakan fitrah ciptaan Allah maka dunia akan hancur kerana masing-masing berebutrebut untuk menjadi pemimpin dan menjawat jawatan tinggi.

Oleh itu sistem pendidikan negara sepatutnya dikaji semula supaya kanak-kanak yang nakal dan lasak tidak memilih jalan hidup menjadi pelumba haram di jalan raya kerana bakat dan keberanian mereka tidak disalurkan ke arah latihan dan pendidikan sejajar dengan "bakat" berkenaan.

PENULIS ialah Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM

Sumber : Utusan Malaysia

Kod Promosi Blog

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Sila 'copy' dan 'paste' kod dibawah di blog masing -masing untuk mempromosi blog Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara ini.

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Kongres Pendidikan Islam GAMIS Platform Terbaik Bincang Isu Disiplin Pelajar (Berita Harian, 20 Mei)

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Rabu, 20 Mei 2009 16:30

GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melihat pengenalan semula hukuman rotan terhadap pelajar melanggar masalah disiplin yang dikemukakan Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi, baru-baru ini adalah saranan yang baik. Bagi saya, dalam keadaan sekarang, pendekatan mencegah dan mendidik adalah lebih baik. Statistik kadar peningkatan jenayah remaja sangat menggerunkan. Namun, apa yang kita nampak setiap hari di akhbar, hanya sebilangan kes dilaporkan.
Masa depan negara dalam bahaya jika keadaan itu dibiarkan.

Bertambahnya filem mengghairahkan remaja untuk merempit , bergaul bebas tanpa batasan dan melakukan jenayah serta bertambahnya siri program realiti bagaikan cendawan di televisyen tetapi hakikatnya lebih berbahaya dari virus H1N1.

Gamis mencadangkan Kementerian Pelajaran meletakkan sasaran penyelesaian masalah moral dan disiplin pelajar sekolah dengan mendekati sistem pendidikan pelajar, bukan sekadar permasalahan terbitan yang picisan saja, manakala majoriti kes lain tidak diendahkan.

Kami berpendapat sistem pendidikan Islam dan moral di sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) kini sudah tidak 'bermaya' untuk menyekat keganasan kes jenayah juvana daripada merempit, merogol, meragut dan membunuh.

Gamis bersedia menyediakan pentas kongres bagi kerajaan mendengar pandangan pakar pendidikan Islam.

Gamis bersedia menghimpunkan mereka bagi membahas dan resolusi kertas cadangan formula pencegahan yang perlu dilakukan dalam sistem pendidikan Islam negara, satu-satunya alternatif paling realistik kerajaan menyelamatkan remaja dan belia hari ini.

Adalah diharapkan Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara yang akan diadakan nanti mampu membantu memberikan impak yang tinggi kepada kerajaan untuk membuat bedah siasat menyeluruh terhadap sistem pendidikan Islam negara.

Sejarah membuktikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan pelbagai lagi institusi terhasil daripada sebuah 'kuasa' kongres.

Kesan kongres anjuran Gamis ini pasti tidak nampak setahun dua, namun inilah penyelesaian jangka panjang terbaik menyelamatkan generasi muda dan pelajar di negara ini pada masa depan.

MUHAMAD SYAARI AB RAHMAN,
Setiausaha Agung Gamis.

KELOMPANGAN DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Sejauh manakah falsafah pendidikan mencapai matlamatnya? Satu sorotan terhadap pelaksanaan dan kesan sistem pendidikan negara dalam membina jati diri ummah hari ini.

Pendidikan menjadi suatu aspek penting yang perlu diutamakan dalam pembinaan sebuah negara dan bangsa. Di dalam sejarah negara sendiri aspek pendidikan berkembang sejajar dengan arus peredaran dan zaman. Pada awalnya kebanyakan sistem pendidiksn banyak dipelopori oleh golongan yang berautoriti dalam bidang agama Islam ataupun Kristian. Arus pendidikan di Malaysia yang mulanya bermula dari cara tradisional seperti sistem pondok berkembang kepada sistem yang lebih tersusun. Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, pelbagai perubahan telah dibuat bagi memastikan semua rakyat mendapat pendidikan yang sempurna. Namun begitu, sejak kebelakangan ini isu pendidikan hangat diperkatakan setelah rakyat dan pemimpin masyarakat terutamanya pejuang bangsa melihat sistem pendidikan kendalian kerajaan semakin huru-hara.

Tidak dinafikan sistem yang sedia ada telah banyak melahirkan golongan yang berintelektual, tetapi mutakhir ini akibat campur tangan politik dan ‘orang berkepentingan’ dalam sistem dan dasar pendidikan negara, kelesuan terserlah malah satu persatu kelemahan pentadbiran Kementerian Pelajaran diperlihatkan dengan isu-isu yang timbul. Hakikat ini diperakui kebanyakan ahli Parlimen tidak kira pembangkang mahupun daripada BN yang berbahas mengenai Kementerian Pelajaran hari ini di Dewan Rakyat.


Keciciran Membimbangkan Dan Kelesuan Dalam Pendidikan Negara

Isu keciciran dan kelesuan dalam pendidikan negara bukanlah suatu isu yang asing sejak dari dahulu sampai sekarang. Di dalam persidangan anggota parlimen di Dewan Rakyat pada bulan November tahun 2006, ahli parlimen Tebrau(BN) iaitu Teng Boon Soon mendedahkan bahawa kadar keciciran pelajar dari setahun ke setahun kini meningkat kepada 37%dan kini berada pada situasi amat membimbangkan. Menurut Teng, ramai di kalangan pelajar yang tidak dapat menyempurnakan pelajaran mereka hingga kepada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan hanya mampu pada tahap Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Beliau berkata, pada tahun 2006 terdapat 120,000 murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M dan malah ia menyumbang kepada keciciran yang amat serius. Tahap keciciran pelajar sebanyak 37% ini amatlah membimbangkan dan nilainya yang dilihat semakin meningkat saban tahun dijangka akan memberi kesan yang besar kepada soal masa depan pendidikan negara. Baru-baru ini juga ada dipaparkan di dalam sebuah akbar mingguan perdana pada Februari 2009 juga mendedahkan bahawa hampir 300000 pelajar akan menghadapi risiko keciciran sekiranya pelaksanaan PPSMI tetap diteruskan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, sistem pendidikan di negara hari ini sebenarnya terlalu mementingkan aspek peperiksaan dan belajar secara menghafal dengan mengabaikan pemikiran kreatif di samping mengenepikan aspek kebudayaan telah mengakibatkan masalah kelesuan yang teruk dalam sistem pendidikan negara. Pelajar dimomokkan dengan igauan kecemerlangan dalam peperiksaan tanpa menghiraukan dan menggunakan sepenuhnya potensi sebenar yang ada pada diri seseorang pelajar. Hal ini berbeza sekali dengan kaedah pendidikan di luar negara terutama di negara maju yang sangat menekankan kepada pembudayaan aplikasi seharian dan penonjolan terhadap potensi diri terhadap sesuatu bidang. Malah, hal ini bukan sahaja dilaksanakan oleh pihak kerajaan, bahkan syarikat-syarikat mega dan besar banyak menyokong hasrat kerajaan ini dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti bagi menjana idea kretiviti pelajar. Sesetengahnya membantu dengan memberi tajaan dalam aktiviti penyelidikan bagi meningkatkan lagi produktiviti dalam bidang-bidang yang berkaitan.

Selain itu, penekanan kepada aspek peperiksaan juga telah menyebabkan ramai golongan pendidik mahupun rakyat lebih menumpukan kepada golongan pelajar cemerlang dan cerdik sahaja dengan sedikit sahaja perhatian ditumpukan kepada golongan pelajar yang lemah. Hari ini, kebanyakan institusi pendidikan lebih mengejar kepada status kecermelangan dan masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi sekolah terbaik dengan menjadikan keputusan peperiksaan sebagai ukuran. Guru-guru cemerlang banyak ditempatkan di sekolah elit dan terbaik contohnya di sekolah berasrama penuh dan sekolah di kawasan bandar sahaja. Manakala di sekolah-sekolah yang mungkin lebih rendah tarafnya dan jauh di pendalaman di mana keputusan peperiksaannya agak rendah dan para pelajarnya banyak terdiri dari pelajar yang lemah dibiarkan tanpa diberi penekanan dan bantuan yang sewajarnya. Sistem pendidikan yang ‘rigid’ ini serta sikap tidak prihatin pihak berwajib pada masalah ini telah menampakkan ketidakadilan dalam sistem pendidikan negara. Hasilnya, pelajar yang lemah mulai hilang minat untuk belajar sehingga membawa kepada keciciran dalam pelajaran.


Hilangnya nilai mentarbiah dalam pembelajaran

Pendidikan dan pembelajaran merupakan aspek terpenting dalam pembinaan modal insan yang berkualiti. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, susutnya nilai moral dan akhlak yang melanda golongan muda-mudi hari memungkinkan persoalan sejauh manakah aspek pendidikan atau tarbiyah ditekankan dalam pembelajaran hari ini. Tidak dinafikan pihak kementerian dan berwajib telah merangka pelbagai sukatan dan pendekatan yang terbaik dalam menjana pendidikan negara terutamanya dalam soal pembentukan nilai dan jati diri seorang pelajar. Namun begitu adakah pendekatan yang diamalkan oleh guru-guru dan pensyarah benar-benar diamalkan sebagaimana yang telah dirancang.

Sebagaimana yang dimaklumi di dalam konteks pendidikan, persoalan pembentukan moral dan akhlak sebenarnya lebih rumit dari yang sangkakan. Pendidikan memerlukan tarbiyyah atas asas-asas pemikiran yang benar. Ia bergantung kepada sukatan pelajaran yang rasmi dan tidak rasmi. Ia memerlukan prasarana, lingkungan budaya, politik dan ekonomi yang kondusif. Lebih jauh dari itu, usaha mendidik manusia memerlukan tarbiyah dan bimbingan dari ALlah. Manusia tidak dapat bebas dari masyi’atullah yang mengimbau dan menguasai alam ini dengan segala Qudratnya yang tidak terbatas. Allah berfirman :

Maksudnya:

23. dan janganlah Engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa Aku akan lakukan Yang demikian itu, kemudian nanti".

24. melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk Yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Menghayati atau mengamalkan saranan pendidikan Islam memanglah suatu yang mencabar. Ini kerana ruang lingkup ajaran Islam itu begitu luas dan berkaitan antara satu sama lain. Urusan pendidikan Islam wujud dalam tiap aspek kehidupan iaitu bermula dari dalam rumah ke dalam masyarakat, negara, ekonomi, politik, budaya dan lain-lain. Keseluruhannya membawa kesan atau semangat yang bersifat pendidikan.

Jadi untuk melaksanakan atau menghayati pendidikan Islam memerlukan kita menghayati Islam itu secara komprehensif. Setiap sendi dan sektor masyarakat harus mengamalkan ajaran dan semangat Islam dan setiap pemimpin dan institusi mesti menyalurkan nilai-nilai ajarannnya. (Hj. Abd. Ghani Shamsuddin, 9 Disember 1991) Malah, media massa juga turut berperanan dalam membantu para pendidik dalam menerapkan nilai-nilai yang mungkin tidak didapati melalui pendidikan formal di institusi pendidikan

Persoalan inilah yang menjadi kebimbangan apabila melihat situasi masyarakat pada hari ini. Walaupun terdapat kajian terhadap keberkesanan proses pendidikan dalam pembelajaran hari ini, namun begitu ianya terhad kepada kepada sesetengah golongan sahaja. Sepatutnya, di dalam usia kemerdekaan negara yang sudah melebihi usia 50 tahun sudah sepatutnya pihak kementerian terutamanya membuat kajian menyeluruh bagi memastikan kesan pembelajaran yang didapati golongan pelajar adalah di peringkat terbaik dan bukannya terhad kepada sesetengah golongan sahaja.


Ke mana arah tuju pelajar aliran agama?

Tidak dinafikan pencapaian akademik pelajar aliran agama adalah sungguh memberangsangkan sejak akhir-akhir ini. Disamping itu juga, keperibadian akhlak pelajar aliran agama juga adalah baik. (Berita Harian, Mac 1997). Namun begitu, tahun 2020 mengundang pembangunan negara Malaysia berasaskan teknologi mengikut acuan budaya tersendiri. Ianya juga menuntut kepada pengislaman ilmu dalam mata pelajaran bukan agama. Adakah negara kita sudah bersedia dengan generasi yang menguasai kedua-dua bidang ini. Ianya penting dalam memberikan tasawur yang betul untuk menghasilkan golongan profesional Islam seperti jurutera, akauntan dan doktor mengikut acuan Islam.

Rang Undang-Undang 1995 membincangkan isu pendidikan Islam yang mana ianya akan diperluaskan disemua kategori sekolah termasuk sekolah swasta. Jika sebelum ini, ianya hanya diwajibkan disekolah kerajaan dan bantuan kerajaan apabila terdapat 15 atau lebih pelajar Islam. Subseksyen 18(2) pula menjadikan Pendidikan Islam sebagai matapelajaran teras. Resolusi Seminar Pendidikan Islam Kebangsaan 1995 telah dibuat berhubung dengan penyusunan semula kurikulum, pendidikan guru dan strategi pengajaran akan dilaksanakan untuk memberi pendekatan baru terhadap pendidikan Islam (Rang Undang-Undang Pendidikan, 1995)

Banyak perubahan yang perlu dilakukan dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita untuk melahirkan lebih ramai lagi teknokrat Islam. Malaysia, yang bercita-cita untuk menjadi pusat ilmu serantau seharusnya melakukan reformasi dalam pendidikan Islam. Di dalam Seminar Kebangsaan Kurikulum Pendidikan Islam satu resolusi telah diambil iaitu:

"Berdasarkan kehendak masa kini, Kurikulum Pendidikan Islam yang sedia ada sudah lengkap dan mampu menanggani masalah masyarakat kini, jika semua kehendak dan ketetapan dipatuhi, terutama aspek perkaedahan, kesepaduan dan penilaian"

(Utusan Malaysia 27 Jun 1997)

Jika diamati resolusi tersebut, kurikulum sains dalam pendidikan Islam tidak menjadi isu yang diambilkira dalam resolusi tersebut memandangkan ianya sudah lengkap.

Sistem Pendidikan di negara Islam hari ini sebenarnya menggunakan andaian asas dari sistem pendidikan barat. Ini dapat dilihat melalui pembahagian antara dua bahagian penting iaitu ‘kehidupan’ dan ‘keagamaan’. Ini tidak diterima oleh Islam dengan membahagikan agama dengan sains dan teknologi. (Ziauddin Sardar, 1981). Sememangnya Islam tidak pernah menafikan pembangunan sains dan teknologi asalkan pembangunan itu bertempat dan membawa manafaat (Dr. Hakimi Ibrahim, 10 Julai 1998). Oleh itu, kesedaran sains di peringkat sekolah rendah dengan penggunaan sistem pendidikan adalah mesti dijalankan dengan lebih sistematik dan terperinci supaya kesan yang didapati berpanjangan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.


Pendidikan dijadikan bahan perniagaan

Pendidikan dan pembelajaran merupakan keperluan dan isu yang sentiasa berkembang mengikut perubahan dan kehendak zaman. Hal ini malangnya telah menyebabkan ia telah dieksploitasi bagi tujuan keuntungan sesetengah pihak sahaja. Dalam isu kemasukan pelajar Timur Tengah ke IPT-IPT di Malaysia berikutan kesan dari peristiwa 11 September 2001 kerajaan tidak mengadakan sistem saringan yang ketat bagi memastikan mereka yang layak memasuki IPT di Malaysia sebaliknya mereka hanya memikirkan poket 'pihak tertentu' untuk mendapatkan keuntungan

Sedangkan dalam masa yang sama kerajaan telah meminggirkan pelajar bumiputera yang mempunyai advanced diploma atau diploma lanjutan, mereka menghadapi masalah, katanya tegas. Selain itu, dalam isu sekolah kluster pula dikatakan mirip kepada pentadbiran sekolah swasta yang akhirnya mementingkan soal keuntungan semata-mata sebaliknya mengenepikan kualiti pendidikan itu sendiri.(Harakah, 29 Mac 2007)

Hal ini juga menimbulkan kebimbangan rakyat yang melihat bahawa cadangan tersebut akan mewujudkan kasta-kasta (pemeringkatan yang mewujudkan jurang antara yang miskin dan kaya) dalam sistem pendidikan Negara.

Selain itu, tidak terkecuali bagi isu para ibu bapa pelajar sekolah yang dihantui dengan bebanan yuran sekolah yang terkadang tidak munasabah dengan keperluan pelajar. Contohnya, pada pembentangan Budget Kewangan pada tahun 2008 yang lalu, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi telah mengumumkan penghapusan yuran Sekolah mulai tahun 2008.

Namun, pada 1 Januari 2008 ibu bapa diseluruh negara digemparkan dengan caj Yuran Tambahan yang mencecah hingga RM 500. Antara perkara yang dimasukkan dalam senarai yuran ini adalah Yuran Tandas, Yuran Tuala Wanita (untuk pelajar perempuan), Yuran pelbagai dan banyak lagi. Yuran PIBG pula dikenakan sebanyak dua kali, iaitu melalui akaun pelajar dan satu lagi melalui akaun ibubapa. Ketika rakyat sedang marah dengan penipuan ini, guru-guru hanya mampu menjelaskan bahawa Yuran Sekolah yang dihapuskan hanyalah yuran asas sahaja dan ianya bernilai RM 4.50 sahaja. Ditambah pula dengan masalah kemudahan dan kualiti pembelajaran yang terus tidak seperti diharapkan membuatkan para penjaga tertanya-tanya kemanakah sebenarnya menghilang wang yang dibayar kepada pihak sekolah.

Walhal, hal ini seperti ini tidak akan berlaku seandainya pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak menjadikan ia sebagai sumber untuk menjana keuntungan. Ditambah pula masalah social yang mula menular menyebabkan ibu bapa mula beralih arah dengan mencari alternatif yang lebih baik dalam soal pendidikan anak-anak mereka.

Menghadapi era baru memungkinkan seribu cabaran dalam mendidik anak bangsa. Pelbagai isu yang melanda dunia pendidikan khususnya telah membuka mata pelbagai pihak untuk sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali peranan pendidikan dalam membina generasi yang intelek, bermoral dan berwawasan. Masih belum terlambat untuk mana-mana pihak berwajib mengambil pendekatan dan perubahan yang lebih baik. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan bermula dari peringkat bawah sehingga ke peringkat yang lebih tertinggi. Semoga pendidikan Negara akan mampu memacu perubahan yang lebih drastik ke arah mencapai wawasan dan harapan ummah.


Rujukan

  1. Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan (MTT2353)
  2. Ziauddin Sardar. (1981). Sains, Teknologi Dan Pembangunan Di Dunia Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
  3. Harakah, 29 Mac 2007
  4. Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi, Kertas Kerja Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 1 – 2 September 2001: Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan

Disediakan oleh

GAMIS DQ

There was an error in this gadget

Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget