Dasar Pendidikan Nasional “Penjana” Generasi Harapan

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

“ Keunggulan sesebuah tamadun terletak pada keunggulan akhlak umatnya ”, demikian menurut sebuah pepatah Arab. Peningkatan mendadak kes jenayah yang berlaku khususnya dalam kalangan remaja seolah-olah tidak berpenghujung dan membingungkan pelbagai pihak. Jenayah rogol, samun, seks bebas dan lain-lain semakin sebati dengan identyang bergelar remaja. Kita sering dilaungkan dengan slogan, “ Remaja Harapan Bangsa ”, “Remaja Aset Kepemimpinan Negara ” dan banyak lagi. Namun begitu, kondisi semasa akhlak remaja kita seolah-olah membayangkan keruntuhan institusi pemerintahan yang bakal berlaku pada masa hadapan. Di mana silapnya dan siapa yang harus dipersalahkan?.

Dasar kolonialisme yang melanda negara suatu masa dahulu sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya. Puak kolonialis yang kononnya ingin membangkitkan kesedaran membina negara sebenarnya telah memperkudakan ‘kita’ untuk merealisasikan hasrat ‘murni’ mereka. Mereka berkuasa menetapkan dasar-dasar negara yang menjadi tunjang halatuju sesebuah negara. Dasar yang dilaksanakan di negara mereka menjadi acuan dalam merangka sistem dan perlembagaan negara ini pada ketika itu. Seterusnya masyarakat kita diracun pula dengan pelbagai isme yang melengkapkan agenda penjajahan golongan ‘berjasa’ ini. Dasar sekularisme yang didokong oleh penjajah berjaya menidakkan keperluan agama dalam segenap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi sosial dan pendidikan.

Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan sebagai indikator utama tanpa memberi keutamaan terhadap aspek keagamaan telah berjaya melahirkan generasi demi generasi yang diimpikan oleh puak kolonialis ini. Contohnya, subjek Sains yang diajar seolah-olah bukan sahaja menidakkan kekuasaan dan peranan Allah dalam segala kejadian yang berlaku bahkan cuba menonjolkan kehebatan tokoh-tokoh barat dalam pelbagai penemuan baru sehingga generasi kita tidak pernah tahu sumbangan besar tokoh-tokoh Islam seperti Al-Biruni, Al-Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan lain-lain dalam pelbagai bidang ilmu. Ketidakseimbangan elemen pendidikan antara aspek rohani, jasmani dan akal dalam sistem pendidikan melahirkan individu yang dulu, kini dan selamanya mencetuskan masalah kepada masyarakat dan negara.

Pelbagai solusi telah dibentangkan namun setiap usaha akan menemui jalan buntu selagi kita terus-menerus memisahkan agama dari pendidikan. Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh penjajah melalui kempen budaya hedonisme terus melenyapkan jati diri remaja hari ini sehingga mematikan terus fungsi pendidikan sedia ada itu sendiri. Lebih menyedihkan, ‘segelintir’ daripada kita turut rancak menjayakan misi ‘membina’ remaja harapan ini dengan menghidangkan pelbagai program realiti TV buat tatapan rakyat tercinta. Kerajaan sedia ada perlu sedar akan kepentingan sistem pendidikan berteraskan Islam di semua peringkat sebagai solusi terhadap kebejatan sosial yang melanda generasi muda hari ini.

Oleh itu , pertubuhan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), telah mencari alternatif lain untuk kerajaan yang sedia ada dengan menyediakan pentas bagi menghimpunkan seluruh sarjanawan pendidikan dan para pemikir disegenap sektor kerajaan mahupun swasta, rasmi ataupun tidak rasmi, bagi membahaskan dan meresolusikan sebuah kertas kerja cadangan formula reformasi yang perlu dilakukan dalam sistem pendidikan Islam negara, ialah dengan mengadakan Kongres Rejuvinasi Sistem Pendidikan Islam Negara yang akan diakan pada 11 Julai ini. GAMIS berharap dengan mengadakan kongres rejuvinasi ini mampu mengeluarkan kerajaan dari ketidaktepatan pendefinisian masalah , kebuntuan jalan penyelesaian yang diambil lebih penting memberikan impak “political will” yang tinggi untuk kerajaan membuat post-mortem secara menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara.

Ini adalah satu-satunya benteng terakhir paling realistik untuk kerajaan Malaysia bagi menyelamatkan generasi muda pada masa kini dan seterusnya mengharapkan sistem pendidikan dapat dijadikan sebagai penjana “Generasi Harapan” yang diidam-idamkan.


GAMIS SUKARELAWAN DQ

2 Komentar

  1. Anonymous Said,

    assalamualaikum kepada penulis artikel ini dan para pembaca.Sesungguhnya artikel ini menarik hati saya untuk menabur sedikit ucapan tahniah kerana artikel anda sungguh menarik.Syabas dan teruskan usaha anda.Sama-samalah kita perjuangkan kongres ini supaya isu pendidikan islam negara kita di julang tinggi.

    Ditulis oleh

     
  2. mujahidah Said,

    Salam perjuangan buat sahabat dan sahabiah Darul Quran yang terlibat secara langsung dalam kongres pendidikan kali ini.Di sini,ana ingin mengucapkan mabruk alaik kpd attunna atas sgla sumbangan tenaga dan buah fikiran untuk sama-sama menjayakan kongres tersebut.Semoga dengan usaha yang sedikit ini di berkati dan di redhai oleh Allah S.W.T..Jangan mudah berputus asa wahai sahabatku sekalian..Innalahha ma'ana..takbir!

    Ditulis oleh

     

Post a Comment


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget