Pendidikan Islam : Suatu Analisis (1)

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Pendidikan adalah satu aspek yang paling asas dan dasar dalam sistem kehidupan manusia. Corak dan aliran pendidikan yang begitu dinamik inilah yang menjadi faktor utama merubah kehidupan manusia sejak zaman berzaman. Oleh itu memang wajarlah sistem dan konsep pendidikan dikaji dari masa kesemasa untuk memastikan sistem yang ada memang mendidik dan membangunkan manusia secara yang paling seimbang. (Tajul Ariffin Nordin, 1987) Menurut seorang ahli falsafah Amerika, John Dewey; pendidikan (education) ialah 'The process of forming fundamental (dispositions, intellectual and emotional towards nature and fellow men", iaitu pendidikan ialah sebagai proses membentuk kecenderungan-kecenderungan asas yang berupa akal dan perasaan terhadap alam dan manusia. Manakala Prof. H.Horne pula menyatakan "Education is the external process of superior adjustment of the physically and mentally developed, free conscious, human being to gad, as manifested in the intellectual, emotional and volitional environment of man." iaitu pendidikan adalah proses abadi bagi menyesuaikan perkembangan diri manusia dari segi jasmani, alam Aqli, kebebasan dan perasaan manusia terhadap Tuhan sebagaimana ternyata dalam alam aqliyyah, perasaan dan kemahuan manusia.(Dalam Abdul Halim El-Muhammady, 1987)) (Prof Madya Dr.)

Menurut Prof. Dr. Hassan Langgulung, 1995 dari segi pemindahan nilai-nilai, sistem pendidikan mempunyai dua fungsi yang besar iaitu :

Menjaga sistem yang telah ada dalam masyarakat dengan cara memperkuatkan lagi asas nilai-nilai tersebut, institusi-institusi dan kemampuan-kemampuan yang ada dalam masyarakat. Dengan cara ini, sosial dan kebudayaan akan terus terjamin.

Sistem pendidikan dapat membendung perkembangan struktur sosial yang sedia ada dengan perhitungan kepada nilai-nilai baru; dengan memberi tumpuan kepada nilai-nilai tersebut dalam perkembangannya, atau melahirkan suatu kelompok masyarakat baru natijah di mana ia merupakan jentera pembaharuan (modernization).

Maka jelaslah di sini bahawa pendidikan ialah proses membentuk keperibadian manusia. Melalui pendidikan yang sempurna akan dapat melahirkan manusia yang dapat berinteraksi dengan lebih baik dengan Pencipta alam dan alam itu sendiri. Oleh kerana manusia terdiri dari akal, roh dan anggota jasmani, maka pendidikan menjadikan semua itu sebagai sasaran untuk dipupuk dan dikembangkan potensinya.

sumber: http://hikmahmedia.net

0 Komentar

Post a Comment


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget