Teori Darwinisme dalam pendidikan di Malaysia
Setelah melihat blog kongres pendidikan, saya tertarik untuk berkongsi cerita dengan sahabat sekelian tentang sistem pendidikan di Malaysia secara umumnya. mungkin apa yang nak disampaikan ini, tidak terlalu memfokuskan subjek pendidikan Islam, namun saya menganggap ia suatu perkara menarik yang boleh dikongsi bersama.
Setahun yang lalu, saya telah mengambil subjek FSA3000 (Falsafah Sains)- UPM, ia adalah subjek elektif luar untuk kursus saya. Apa yang menariknya didalam kelas ini kami belajar tentang paradoks, perbandingan agama, serta teori Darwin. Untuk tugasan pertama kami, kami ditugaskan untuk membuat kesan teori Darwinisme dalam sistem pendidikan di Malaysia.
TEORI DARWIN
Teori Darwin atau Teori Evolusi merupakan falsafah tentang bagaimana asal usul kejadian manusia. Teori ini menggagaskan kejadian alam ini terjadi 'by accident'. Bermula dari satu sel dan berevolusi menjadi suatu makhluk yang lebih sempurna. Sebagai contoh, satu sel berevolusi menjadi ikan, seterusnya berevolusi lagi menjadi makhluk berkaki empat, kemudian berevolusi menjadi menjadi makhluk berkaki dua dan akhirnya menjadi manusia yang sempurna. Namun begitu, teori ini dapat disangkal menggunakan Hukum Termodinamik ke 2.
Bagi sesiapa yang megetahui tentang teori ini, mereka akan mengenali siapa "Ota Benga" yang menjadi mangsa kepada pembuktian teori ini.Teori inilah yang digunapakai didalam sistem pendidikan kita di Malaysia. Ia bukan sahaja diaplikasi didalam subjek Biologi tetapi semua subjek yang kita pelajari. Mungkin ada yang hairan, mengapa saya berkata begitu.
APA YANG DIGAGASKAN OLEH TEORI EVOLUSI
1- Gagasan yang paling besar ialah MENIDAKKAN KETUHANAN didalam kehidupan manusia.
2- Didalam teori ini, 'survival' merupakan pillar utama untuk memastikan
keberlangsungan sesuatu makhluk. Jika siapa kuat, akan mengalahkan yang lemah,
yang besar akan mengalahkan yang kecil.
KAITAN TEORI DARWIN DIDALAM PEMBELAJARAN DIMALAYSIA
Melalui gagasan yang saya tuliskan, kita dapat melihat kesemua subjek yang diajarkan disekolah tidak mengaitkan dengan ketuhanan. Tidak pernah kita melihat kesimpulan daripada hasil pembelajaran biologi mengarah kepada kuasa ketuhanan. Begitu juga subjek fizik, kimia dan 'related science' yang lain. Apatah lagi didalam subjek seperti ekonomi, sejarah, geografi dan lain-lain.
Pendidikan yang tidak berteraskan ketuhanan akan menyebabkan penuntutnya tidak mempunyai roh terhadap apa yang dipelajari. Apa yang berlaku didalam sistem pembelajaran adalah menghabiskan silibus, menghafal fakta, menganalisis, membuat perbandingan dan menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada mereka. Tidak ada langsung elemen peningkatan iman terhadap subjek yang dipelajari.
Hasilnya yang berlaku didalam pendidikan ialah lahirnya pelajar yang berdisiplin tetapi tidak berakhlak. Sebagai contoh, pelajar sekolah yang berdisiplin tidak akan merokok disekolah kerana ada undang-undang yang membatasi mereka, tetapi apabila berada diluar sekolah mereka akan merokok kerana tidak wujud undang-undang tersebut. Begitu juga pelajar perempuan menutup aurat disekolah, tetapi membuka tudung apabila berada diluar. Inilah bezanya berdisiplin dan berakhlak.
Berdisiplin hanya akan berlaku bilamana berada ditempat yang telah ditetapkan undang-undangnya, manakala berakhlak akan berlaku bila-bila masa, dimana sahaja samada dalam keadaan berseorangan mahupun secara ramai. Pelajar berakhlak tetap tidak akan melakukan perkara yang melanggar hukum dan undang-undang kerana apa yang dilakukannya bukan kerana manusia tetapi telah sampai kepada tahap yang lebih tinggi iaitu ketuhanan.
Didalam teori kedua menggagaskan teori 'survival' dimana yang kuat akan mengalahkan yang lemah dan besar akan mengalahkan yang kecil. Jika kita melihat didalam kehidupan hari ini, contohnya didalam skop ekonomi kapitalisme, syarikat gergasi akan menguasai sistem ekonomi sehinggakan pengusaha kecil tidak akan mendapat tempat didalam dunia perniagaan. Begitu juga negara-negara besar yang berkuasa sering menyerang negara kecil dan lemah, orang yang berkuasa seperti pemimpin negara akan menzalimi rakyat. Semua yang berlaku ini adalah hasil fahaman Teori Darwin @ Teori evolusi. Mungkin point kedua ini tidak menjadi unsur utama didalam sistem pendidikan yang dibincangkan tetapi sekadar perkongsian untuk kita semua.
KESIMPULAN
Perlu difahami disini, bahawa Teori Darwin @ Teori evolusi bukanlah suatu falsafah yang tidak ada kepentingan kepada sesiapa, tetapi merupakan barah kepada permulaan kehidupan manusia. Secara sedar atau tidak kita telah melalui semua sistem ini dan melihat sendiri segala yang berlaku adalah berpunca teori ini. Sekian.
RUJUKAN
http://www.harunyahya.com/
Pengenalan
Objektif IPPIN
2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.
3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.
Organisasi Ippin
PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said
TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply
SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan
TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob
BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad
TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak
BIRO BERTINDAK
BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi
BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin
BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha
BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif
BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli
Muat Turun Di Sini
Labels
- Gamisdaily (9)
- Kenyataan Media (8)
- Pandangan (21)
- Pendidikan (21)
- PENGUMUMAN (9)
- pogram (2)
- program (1)
- Tokoh Akademik (1)
- Umum (7)
Blog Archive
-
▼
2009
(83)
-
▼
May
(27)
- Teori Darwinisme dalam pendidikan di Malaysia
- Berpelajaran Tidak Berpendidikan
- Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya
- Mahasiswa Islam UPSI menyokong penuh Kongres Rejuv...
- Isu2 Berkaitan Pendidikan Islam
- Cabaran Kongres Pertama: Isu2 Berkaitan Pendidikan...
- Artikel Sokongan Ke Arah Keperluan Kongres Dari Be...
- Syeikh Zubeir Al-Filfulani Tokoh Pendidikan Islam ...
- Bersempena Dengan Kongres Pendidikan Islam,GAMIS -...
- Selayang Pandang Sistem Pendidikan Masa Kini - GAM...
- Artikel Sokongan Ke Arah Keperluan Kongres Dari Be...
- Artikel Sokongan Ke Arah Relevansi Kongres Dari Ut...
- Kod Promosi Blog
- Kongres Pendidikan Islam GAMIS Platform Terbaik Bi...
- KELOMPANGAN DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN NE...
- Kongres Rejuvenasi '09 : Para Pembentang Kertas Kerja
- Hukuman Merotan Hanya Merawat, Bukan Mencegah
- Gubal Pendidikan Perpaduan
- Sejarah Pendidikan Islam
- SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
- Agendakan Transformasi Sistem Pendidikan Islam Neg...
- Perjuangan Merejuvenasikan Pendidikan Islam, Janga...
- Transformasi Pendidikan Malaysia Melalui Transform...
- Penilaian Mahasiswa Terhadap Sistem Pendidikan dan...
- Makluman Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidi...
- Kongres Bertindak Rejuvenasi Sistem Pendidikan Isl...
- Pembuka Bicara Sidang Redaksi Publisiti
-
▼
May
(27)
5 Komentar
Salam. Soal tidak dikaitkan dengan unsur ketuhanan bukan hujah untuk mengatakan bahawa teori Darwin menyerap masuk ke dalam sistem pendidikan kita. Ideologi Sekular, Komunis dan sosialis pun begitu iaitu menolak unsur ketuhanan. moga penulis boleh memberi bukti yang lebih mendalam dan benar-benar mempunyai kaitan. jangan kata semua ikan sungai itu ikan keli. Memang tidak dinafikan ideologi sekular sebagai cthnya mempunyai persamaan dgn teori Darwin, namun ia tidak semestinya dari gerabak yg sama.
Ditulis oleh
Dr. Mat Rofa :)
Ditulis oleh
Assalamualaikum. Saya amat menyokong penuh saranan sdr. supaya teori evolusi ini dikeluarkan dari sistem pendidikan di negara kita. Ternyata teori ini amat merbahaya dan tergolong di dalam ajaran sesat. Langkah pertama- keluarkan dari subjek biologi dulu sebab di sinilah ibu dan punca segalanya.
Tanpa hujah dari al- Quran, hatta dari bible sekali pun kita dapat menyangkal bahawa teori Darwin adalah BOHONG semata-mata. Allah menjadikan pasangan ayam lalu ayam betina bertelur dan meneruskan kelangsungan hidup ayam sampai ke hari kiamat. Tak payah kita fikir dan cari bukti. Kalau teori Darwin ini sebaliknya, apa buktinya ?
Ditulis oleh
This comment has been removed by the author.
Ditulis oleh
Sy setuju jk dikatakan hmpir tiada pngisian keTuhanan dlm membalut apa jua subjek di sekolah.. mgkn ada guru2 yg cakna dgn agama yg selit unsur keTuhanan dlm kelasnya (ini tdk termasuk subjek2 Agama Islam yg mmg menerapkan keTuhanan) tp blh dikatakan tidak ramai begitu..
Ditulis oleh
Post a Comment