Penilaian Mahasiswa Terhadap Sistem Pendidikan dan Orientasinya Perlu Diubah

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Oleh Azizan Anwar, Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan Ikatan Studi Islam,

Aktivis GAMIS UKM.

Apakah yang ingin dipersoalkan apabila falsafah pendidikan kita dibaca, dan difikir mengenai pencapaian di peringkat aspek pelaksanaan? Sejauh manakah kehebatan generasi yang lahir dari sistem pendidikan ini, mengutamakan akhlak dan ketertinggian sahsiah dalam mengimbangkan ilmu akademik berfalsafah dan juga ilmu ma’nawi yang membentuk personaliti diri?

Syed Abu Hasan Ali al-Nadwi telah menyebut dalam kertas kerjanya mengenai hala tuju pendidikan yang tulen. Ia turut memuatkan beberapa kritikan terhadap “orientasi peperiksaan” yang diguna oleh dunia terhadap sistem pendidikan. Selagi mana sistem peperiksaan ini, ditakrifkan oleh pelajar sebagai kayu ukur kejayaan, selagi itulah kita sekali lagi akan melahirkan generasi rakyat yang terdedah dengan pelbagai kelemahan termasuk gagal dalam kerjaya yang memerlukan mutu kerja sebagai aspek penilai bukan peperiksaan.

Mukaddimah

Maka bertaburanlah semua nota-nota kuliah memenuhi perkarangan luar dewan peperiksaan. Mahasiswa membiar serakkan ilmu dalam bentuk nota yang sekian lama disimpan tulis dan dihafaz. Formula, kata kunci, ayat “highlight”, hadis baginda, ayat al-quran dan “hukama’ semuanya dibiar berselerek. Tidak berguna lagi. Mahasiswa bertanggapan sem ini telah tamat dengan tulisan diatas teks jawapan. Mahasiswa mula mencatur sem hadapan pula, kemudian memenuhi dewan kuliah, membuat nota, memasuki exam, kemudian membuang nota sekali lagi.

Keadaan ini melazimi mahasiswa setiap generasi secara konsisten. Bahkan, tidak perlu segan silu sekiranya kita menyatakan bahawa, gejala ini berlaku di setiap peringkat pelajar, bermula dari darjah satu, sehingga ke tingkatan enam. Kegagalan pelajar dalam memahami orientasi dan matlamat pendidikan serta dasar pelaksanaannya mengakibatkan pelajar sentiasa dibebani dengan ilmu yang sia-sia kerana orientasi ilmu yang diterima oleh pelajar juga di “mind set” kan bahawa ianya hanya akan kekal dalam tempoh semester, tahun atau penggal.

Falasafah Pendidikan Negara. Dimana keizzahannya?

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Apakah yang ingin dipersoalkan apabila falsafah pendidikan kita dibaca, dan difikir mengenai pencapaian di peringkat aspek pelaksanaan? Sejauh manakah kehebatan generasi yang lahir dari sistem pendidikan ini, mengutamakan akhlak dan ketertinggian sahsiah dalam mengimbangkan ilmu akademik berfalsafah dan juga ilmu ma’nawi yang membentuk personaliti diri?

Syed Abu Hasan Ali al-Nadwi telah menyebut dalam kertas kerjanya mengenai hala tuju pendidikan yang tulen. Ia turut memuatkan beberapa kritikan terhadap “orientasi peperiksaan” yang diguna oleh dunia terhadap sistem pendidikan. Selagi mana sistem peperiksaan ini, ditakrifkan oleh pelajar sebagai kayu ukur kejayaan, selagi itulah kita sekali lagi akan melahirkan generasi rakyat yang terdedah dengan pelbagai kelemahan termasuk gagal dalam kerjaya yang memerlukan mutu kerja sebagai aspek penilai bukan peperiksaan.

Puncanya, Pragmatisme Asas Pendidikan

Ia berpunca daripada sistem yang ada. Ia juga berpunca dari pelajar sendiri yang gagal faham kehendak sistem yang telah tersedia bermasalah. Ia juga berpunca dari pengiktirafan yang tinggi kepada sistem peperiksaan, sehingga menafikan ketertinggian akhlak dan sahsiah sebagai kayu ukur berjayanya pendidikan kita terhadap pelajar.

Tiada satu fokus yang jelas dalam menerapkan fokus pendidikan kepada pelajar-pelajar. Kita melihat pada era 50_an, ia berfokus kepada bahasa. Kemudian dalam era 90_an pula kita mendapati ia lebih tertumpu kepada aspek moral. Kini, ia memfokus kepada bahasa inggeris pula. Jadi, aspek fokus telah beralih dari semasa ke semasa. Sungguh tidak meragukan bahawa mungkin pada masa akan datang kita akan mempunyai sistem pendidikan yang akan mementingkan pendidikan jasmani pula.

Islam itu tinggi, dan tiada satu perkara yang menyaingi ketertinggiannya

Islam mempunyai penyelesaian terbaik dalam setiap perkara. Sehingga pada hari ini masalah ekonomi dunia telah mendesak para ekonomis mengkaji “fiqh zakat”, tesis Prof Yusof al-Qorodhowi demi mencari alternatif dalam menangani krisis ekonomi dunia.

Islam sekali lagi tampil, sebagai alternatif penyelesai dalam masalah pendidikan ini. Islam tetap dengan bermatlamatkan akhlak dan sahsiah yang tinggi dalam pendidikan. Orientasinya bukan melalui peperiksaan, namun ia diperkasa melalui pembelajaran berkesan pada setiap matapelajaran dan slot akhlak dan sahsiah sentiasa diterap walaupun matapelajaran yang bersifat fizikal. (sains dan matematik)

Penyelesaian kepada masalah pendidikan ini sekalipun sukar dan berliku-liku serta berharapkan kepada ketekunan dan kesabaran, namun ia terpaksa diatasi dengan membentuk satu sistem pelajaran yang baru yang bersesuaian dengan aqidah dan dasar-dasar hidupnya, tujuan dan kepentingannya. Pendidikan yang tidak formal terhadap matapelajaran tertentu yang berkepentingan seperti al-Quran, Sirah Nabawiy dan Sejarah para sahabat perlu diajar, namun orientasi peperiksaan dikecualikan bagi tiga subjek kritikal yang berkepentingan ini.

Mengapakah orientasi peperiksaan perlu diasingkan dari tiga matapelajaran ini? Ia adalah kerana budaya penerapan akhlak telah terbukti gagal apabila diorientasikan dengan peperiksaan. Bukti yang sangat jelas ialah sekitar tahun 90_an ketika kita mementingkan subjek moral, dan pada ketika itulah moral pelajar masih berada pada keadaan yang lama.

Sejarah para tabi’ tabi’in telah membuktikan bahawa tanpa orientasi peperiksaan, akhlak dan sahsiah yang membawa kemakmuran sesebuah negara boleh terbentuk. Pada zaman pembukuan hadis, semua masyarakat mendalami bidang hadis sehingga pada ketika itu, ilmu bermaksud hadis. Negara menjadi sejahtera kerana pemahaman masyarakat yang tinggi terhadap hadis. Namun, terdapat keganjilan pada sejarah ini. Pada mereka tiada langsung sistem peperiksaan yang menjadi kayu ukur kepakaran seseorang pada hadis. Kayu ukur yang ada ialah barang siapa yang mempunyai akhlak dan pekerti yang mulia, dialah yang dianggap mahir dalam pelaksanaan hadis

Para pelajar sepatutnya didedahkan setiap masa, bahawa ilmu adalah untuk kehidupan. Orientasinya hanyalah melalui aplikasi kehidupan. Namun ilmu bukanlah untuk peperiksaan, yang orientasinya akan terhapus di atas sekeping kertas jawapan.

Penutup

“Penyelesaian terhadap masalah pendidikan ini sekalipun sukar dan berliku-liku serta berharapkan kepada ketekunan dan kesabaran, namun ia terpaksa diatasi dengan membentuk suatu sistem pelajaran yang baru bersesuaian dengan akidah islam dan dasar-dasar hidupnya, tujuan dan kepentingannya dan mengeluarkan dari dalamnya ruh-ruh kebendaan. Membersihkannya dari semangat menentang hokum-hukum Allah. Disamping mengadakan satu revolusi pemulihan akhlak, membersihkan penyembahan terhadap benda dan meniup kembali kepada Allah dan penentuan hidup di akhirat.” (Abul Hassan Ali al-Nadwi)

Panduan sepenuhnya kitab “Nahwa Tarbiyah Islamiayah al-Hurrah”
Karangan Abul Hassan Ali al-Nawi

Penulis boleh dilayari di www.azizanmaliki.blogspot.com

0 Komentar

Post a Comment


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget