Hukuman Merotan Hanya Merawat, Bukan Mencegah
"Merotan hanya penyelesaian kosmetik kepada masalah sosial remaja kini. Kerajaan perlu bersungguh melihat masalah remaja pada hari ini sebagai masalah "catastrophy" (bencana besar) negara 20 tahun lagi. Kerajaan mesti melihat dari pelbagai sudut yang lebih bersifat mencegah sebelum berlaku, bukan merawat masalah yang telah berlaku. Kerajaan mesti menilai semula sejauhmana sistem pendidikan negara menghala sepenuhnya kepada pasak rukun negara pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan.
Mengembalikan kesedaran rasa bertuhan khususnya kalangan pelajar Muslim Melayu adalah ubat mujarab seharusnya dikemukakan kerajaan, bukannya hukum merotan semata-mata. Adakah apabila berlaku kes 12 pelajar membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kawasan Parlimen sang Menteri sendiri baru kerajaan tersentak dan bangun dari lena tidurnya? Bagaimana dengan kes buli sampai lumpuh di sebuah sekolah agama di Pahang (Berita Harian, 1 Jun 2005), sudah didiamkan semula ? Bagaimana dengan kes belasah sampai mati Allahyarham Mohd Hadrin Mohamad di Sungai Besi 3 bulan lepas ?"
Demikianlah respons awal Setiausaha Agong GAMIS ketika ditemuramah oleh krew Gamis Daily bagi memberikan pandangan mengenai cadangan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkasyi mengenai pengenalan semula hukuman rotan kepada pelajar melanggar masalah disiplin dengan syarat mendapat persetujuan .
KRITIKAN GAMIS
"Apa yang kita nampak di dada akhbar hanya sekelumit dari realiti sebenar yang berlaku yang tidak sampai pada pengetahuan media dan polis. Apa yang berlaku hanyalah satu bongkah ais kecil di atasnya yang tidak kita nampak kerangka ais yang lebih besar dahsyat di bawah lautan masalah itu. Dr Abdullah Nasih Ulwan (1989) pernah menyebut Islam telah mengajar hukum merotan dikenakan bukan pada usia sekolah menengah yang telah terlambat, tetapi ketika di usia "kritikal" remaja mencari identiti dan kuat terpengaruh iaitu sekolah rendah lagi iaitu ketika berumur 10 tahun lagi. Bahkan Islam mengajar merotan bukan kerana masalah disiplin mereka di rumah atau di sekolah, tetapi kerana meninggalkan solat yang menjadi benteng utama remaja dari terbabit dalam kes-kes juvana dan permasalahan sosial." ujar Setiausaha Agong GAMIS yang juga terbabit dalam banyak program aktiviti menyelamatkan remaja Muslim di sekitar Lembah Klang.
"Jangan kita lupa sudah hampir 4 ribu buah sekolah telah dilancarkan Kelab Pencegahan Jenayah sejak 1994, namun kenapa peningkatan jenayah pelajar meningkat dengan sangat dahsyat. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye telah mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2009 ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh. Pertengahan April 2009, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menyebutkan statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu. Kajian setahun pada 2006 – 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Prof Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden merumuskankan jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar."
Tidak perlu pelik dengan situasi ini jika kerajaan sebenarnya tidak mempunyai "political will" yang bersungguh dan ikhlas untuk menyelesaikan permasalahan remaja dan anak muda ini. Buktinya, anda sendiri boleh kira berapa program realiti TV yang mengganas di televisyen swasta pada saat ini, tumbuh bagaikan cendawan, meratah aqidah pelajar dan anak-anak remaja dengan berhala hedonisme, pergaulan bebas dan westernisasi melampau. Semuanya mendapat lesen mudah dari Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.", demikian tegas saudara Syaari.
GAMIS pula pada saat ini sedang berada pada kerangka menyediakan sebuah medan Kongres . "Seluruh jentera Kongres Pendidikan GAMIS sedang bertungkus lumus menguruskan kongres besar yang bakal menghimpunkan hampir semua pihak yang terbabit dalam institusi pendidikan formal dan informal di Malaysia. GAMIS memahami kekadang kerajaan tidak mempunyai "political will" yang tinggi untuk membuat post-mortem pendidikan negara secara holistik tanpa wujudnya kuasa sebuah kongres. Banyak sejarah Malaysia seperti penubuhan MARA, DBP dan FINAS terhasil dari sebuah kuasa Kongres.
Kini GAMIS tidak hanya mahu menjadi pengkritik yang konstruktif ideanya sahaja ataupun 'budak nakal' menjerit polisi-polisi kerajaan kian menjadi kudis masyarakat, tetapi GAMIS mahu menyediakan medan kepada kerajaan sendiri hadir memberi dan mendengar kertas kerja Kongres dan pandangan sarjana pendidikan Islam bertaraf dunia seperti Prof Kamal Hassan dan Prof Sidik Baba. GAMIS mahu bukan sekadar menyediakan medan, tetapi kita akan memberikan cadangan, aletrnatif dan blueprint reformasi pendidikan yang perlu dilakukan Tan Sri Muhyidin Yassin." ujarnya kepada krew Gamis Daily.
"Kesan kongres ini pastinya tidak nampak setahun dua, namun inilah penyelesaian jangka panjang terbaik menyelamatkan generasi muda dan pelajar sekolah di Malaysia 10 tahun dari sekarang. Tiba masanya mahasiswa mesti menguatkan solidariti, menghulurkan tangan bersama GAMIS untuk mengasak kerajaan mendatangkan kerangka pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah, tinggi yang lebih 'manusiawi' dan bukannya mementingkan pulangan materialistik (utilitarianisme) kepada kerajaan dan negara. Tiada guna mahasiswa berhempas pulas menyelesai ataupun mengkritik satu masalah ke satu masalah sosial remaja pada hari ini, sama ada dari sekecil-kecil isu merokok sehinggalah kepada sebesar-besar isu rempit dan bunuh ragut, jika persoalan sistem pendidikan (pemangsa) itu sendiri tidak disentuh, medan memuhasabah sistem itu tidak disediakan, dan policy-makers di kerusi empuk menteri itu tidak diusung hadir mendengar pandangan semua pihak." ujarnya lagi.
Setiausaha Agong GAMIS juga dipetik menyatakan tribute beliau kepada akhbar Metro yang seakan menjadi menjadi ejen aktivisme sosial anak muda kerana mendedahkan semakin banyak gejala jenayah menakutkan yang dilakukan oleh pelajar dan remaja. Laporan dari hari ke hari seakan disembunyi oleh akhbar arus perdana manakala tidak disambut pula oleh akhbar perdana pembangkang akibat politiking yang kian menghairahkan.
Menjadi harapan GAMIS arus reformasi sistem pendidikan negara khususnya sistem pendidikan Islam ini akan menjadi sebuah gelombang kuat yang auranya sampai ke telinga semua ahli politik dan aktivis sosial, sebagaimana kuatnya gendang paluan anti PPSMI baru-baru ini.
Pengenalan
Objektif IPPIN
2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.
3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.
Organisasi Ippin
PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said
TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply
SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan
TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob
BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad
TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak
BIRO BERTINDAK
BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi
BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin
BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha
BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif
BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli
Muat Turun Di Sini
Labels
- Gamisdaily (9)
- Kenyataan Media (8)
- Pandangan (21)
- Pendidikan (21)
- PENGUMUMAN (9)
- pogram (2)
- program (1)
- Tokoh Akademik (1)
- Umum (7)
Blog Archive
-
▼
2009
(83)
-
▼
May
(27)
- Teori Darwinisme dalam pendidikan di Malaysia
- Berpelajaran Tidak Berpendidikan
- Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya
- Mahasiswa Islam UPSI menyokong penuh Kongres Rejuv...
- Isu2 Berkaitan Pendidikan Islam
- Cabaran Kongres Pertama: Isu2 Berkaitan Pendidikan...
- Artikel Sokongan Ke Arah Keperluan Kongres Dari Be...
- Syeikh Zubeir Al-Filfulani Tokoh Pendidikan Islam ...
- Bersempena Dengan Kongres Pendidikan Islam,GAMIS -...
- Selayang Pandang Sistem Pendidikan Masa Kini - GAM...
- Artikel Sokongan Ke Arah Keperluan Kongres Dari Be...
- Artikel Sokongan Ke Arah Relevansi Kongres Dari Ut...
- Kod Promosi Blog
- Kongres Pendidikan Islam GAMIS Platform Terbaik Bi...
- KELOMPANGAN DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN NE...
- Kongres Rejuvenasi '09 : Para Pembentang Kertas Kerja
- Hukuman Merotan Hanya Merawat, Bukan Mencegah
- Gubal Pendidikan Perpaduan
- Sejarah Pendidikan Islam
- SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
- Agendakan Transformasi Sistem Pendidikan Islam Neg...
- Perjuangan Merejuvenasikan Pendidikan Islam, Janga...
- Transformasi Pendidikan Malaysia Melalui Transform...
- Penilaian Mahasiswa Terhadap Sistem Pendidikan dan...
- Makluman Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidi...
- Kongres Bertindak Rejuvenasi Sistem Pendidikan Isl...
- Pembuka Bicara Sidang Redaksi Publisiti
-
▼
May
(27)
2 Komentar
Salam buat semua.
Merotan bukanlah penyelesaian hakiki kerana ini hanya memberi kesan fizikal yang mampu sembuh dengan ubatan.Namun kesan dalaman atau rohani terhadap inner-self individu itu sendiri yang perlu diberi sentuhan kerana ini lebih praktikal dan mampu memberi cetusan kesedaran keseluruhannya.
Namun persoalannya ialah bukan sahaja mnerotan bahkan jika kita membentuk kembali dalaman seseorang terhadap kefahaman dan kepercayaan kepada Tuhan,adakah masalah2 jenayah dan sosial ini akan berlalu begitu sahaja sedangkan jahiliyah dan perkara2 maksiat masih lagi tampak jelas di sekeliling kita?Sudah tentu individu2 yang dibentuk semula ini akan kembali kepada pengaruh asalnya dan terjun ke lembah kehinaan semula.
Kita perlu ingat dalam kita ingin mewujudkan suasana harmoni dan aman dengan amalan2 kebaikan,tidak seharusnya kejahatan atau perkara2 yang mampu membawa ke arah kejahatan ada bersama2 pada ketika itu.Hidup tanpa jenayah atau gejala sosial tidak akan berlaku jika masih ada aktiviti2 kurang elok seperti program2 hiburan yang cukup melalaikan manusia dan telah melahirkan banyak remaja2 yang tidak kenal apa itu Islam.
Oleh itu untuk kita bebas dari permasalahan yang telah menjadi agenda nasional ini kita perlu balik semula kepada hukum asal iaitu Syariat Islam dan seharusnya Pendidikan Islam diberikan penekanan semaksima mungkin.
Wallahua'lam
Ditulis oleh
salam
betul, setuju kata Anonymous.
tengok contoh kes dadah,hukuman ada yg kena GANTUNG SAMPAI MATI.
tapi kes demi kes tak pernah surut.
Kembali kepada Islam, itu yang terbaik.
Ditulis oleh
Post a Comment