Kongres Rejuvenasi '09 : Para Pembentang Kertas Kerja

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Pengarah Kongres Rejuvenasi Pendidikan Islam Malaysia, saudari Munawirah binti Roslan merangkap Setiausaha Agong SIGMA (GAMIS) mengesahkan telah berjaya mendapatkan pembentang kertas-kertas kerja penting yang akan mencorak perjalanan kongres mega anjuran GAMIS tersebut.

Antara pembentang utama yang telah dihubungi adalah Prof Tajul Arifin dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan mengupas tajuk “Pensekularan Sistem Pendidikan Pensekularan Sistem Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi – Satu Kajian”.

Pembentang kedua adalah Prof. Dr Sidek Baba dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang akan mengupas tajuk Peranan Pendidikan Islam dalam Pembentukan Mahasiswa Menjadi Pelapis Kepimpinan dan Cencekiawan yang Berintegriti, Cemerlang dan Bersih.”.

Kedua-kedua kertas kerja bersangkut paut dengan sistem pendidikan tinggi ini dijangka akan diulas oleh panelis dari Indonesia, seorang ulama intelek dan murabbi genius terkenal dari Indonesia iaitu Syekh Panji Gumilang dari Maahad Zaitun, Indonesia.

Pembentang ketiga adalah Dr Abd Halim Tamuri dari Universiti Kebangsaan Malaysia bertajuk “Mentaliti Subjek Pendidikan Islam, Subjek Kelas Kedua Di Sekolah – Satu Analisa”. Manakala Dato Dr Siddiq Fadzil akan membentangkan “Halatuju Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Sebagai Enjin Pembentukan dan Pembangunan Insan.

Kedua-dua kertas kerja bersangkut paut dengan sistem pendidikan rendah dan menengah ini dijangka akan diulas oleh seorang tokoh ulama muda yang juga menjadi Pengetua kepada Madrasah Pondok Pasir, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah.

3 Komentar

  1. Assalamu'alaikum..
    pembentang2 yg mantop2. semoga kupasan yang insyaALLAH membina dapat diterjemahkan ke realiti.

    Ditulis oleh

     
  2. Anonymous Said,

    assalamualaikum,
    kpd penulis blog yang akan dtg,smg anda dpt mengeluarkan artikel pendedahan tentang sekolah agama rakyat (SAR) yang mempunyai ilmu pengetahuan islam yang lebih mendalam berbanding SMKA yang kian menonjol sekarang...

    Ditulis oleh

     
  3. Anonymous Said,

    Mohon GAMIS gugur Syekh Panji Gumilang dari Maahad Zaitun, Indonesia yang jelas terlibat Ajaran Sesat ... kumpulan alkahfi

    Ditulis oleh

     

Post a Comment


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget