Sejarah Pendidikan Islam

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

PENGENALAN

Bahagian Pendidikan Islam mula ditubuhkan pada bulan Ogos 1995. Sebelum itu, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM ). Pada awal penubuhannya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ialah sebuah unit yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menguruskan bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan pengurusan guru-guru agama yang baru diambilalih. Ia dikenali dengan nama Unit Pelajaran Agama.

Pada tahun 1973 Unit Pelajaran Agama dinaiktaraf menjadi Bahagian Pelajaran Agama dengan diketuai oleh seorang pengarah. Pada tahun 1983, nama Bahagian Pelajaran Agama ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam ( BPI ) sehinggalah ke tahun 1995. Pada tahun 1995 bidang tugas BPI ditambah lagi dengan memasukkan mata pelajaran moral di bawah kendalian BPI. Dengan yang demikian BPI dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM ). Tetapi selepas penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekali lagi nama Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral(JAPIM) ditukar kembali kepada Bahagian Pendidikan Islam(BPI) dan diletakkan di bawah Sektor Operasi Pendidikan.

MISI DAN MOTO

Membangunkan Pendidikan Islam yang berkualiti ke arah menjadikan pelajar sebagai insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.
JUNJUNG AMANAH PEMBANGUNAN INSAN MULIA

OBJEKTIF

Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara.
Meningkatkan kualiti Bahasa Arab yang berkesan untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.
Meningkatkan kualiti pengurusan penempatan dan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Islam dengan cekap dan strategik supaya perkhidmatannya dapat menyumbang ke arah keberkesanan pendidikan Islam.
Meningkatkan kemahiran dan keterampilan Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab secara berterusan dalam pelbagai bidang supaya pengajaran dan pembelajarannya sentiasa menarik dan berkesan.
Meningkatkan dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di kalangan pegawai, guru, kakitangan pendidikan dan pelajar untuk membantu keberkesanan pendidikan Islam.
Meningkatkan perkhidmatan sistem maklumat pendidikan Islam yang telus dan tepat untuk mengetahui tahap prestasi pencapaian program dan pembinaan perancangan yang lebih berkesan.
Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara JAPIM dengan masyarakat, jabatan dan agensi dalam dan luar negeri secara permuafakatan supaya semua program dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.
Meningkatkan kualiti dan prestasi kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama sebagai model sistem pendidikan kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan mengamalkan cara hidup yang berteras kan Islam di dalam pembangunan diri, masyarakat dan negara.
Meningkatkan penyelarasan sekolah-sekolah agama untuk mewujudkan kesepaduan dengan sistem pendidikan kebangsaan.


PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Bahagian Pendidikan Islam(BPI) yang menjunjung Amanah Pembangunan Insan Mulia, berikrar dan berjanji dengan penuh ikhlas dan tekad selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Melaksanakan Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
2. Memastikan keberkesanan kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah- sekolah.
3. Memajukan sekolah-sekolah Agama.
4. Memastikan pelajar mendapat Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah-sekolah mengikut keperluan.
5. Meningkatkan tahap profesionalisma guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
6. Memastikan aktiviti dakwah dan kepimpinan pelajar berkesan dan sempurna.
7. Mempertahankan akidah pelajar daripada sebarang penyelewengan.


STRUKTUR ORGANISASI
Bahagian Pendidikan Islam

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
UNIT ICT

BAHAGIAN PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM
Unit Dasar dan Perancangan
Unit Kemajuan Sekolah Agama
Unit Hal-Ehwal Guru

BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
Unit Kurikulum Pendidikan Teras Islam
Unit Kurikulum Bahasa Arab
Unit Kurikulum Pendidikan Islam Efektif
Unit j-QAF

BAHAGIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN
Unit Dakwah
Unit Kepimpinan

0 Komentar

Post a Comment


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget