SPIN : MISI JANGKA PANJANG GAMIS UNTUK PULIH SISTEM PENDIDIKAN
Posted by
Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)
Sekretariat Pendidikan Islam Negara (SPIN) adalah salah satu usaha jangka panjang Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia setelah ianya diangkat sebagai resolusi pada Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN ’09) anjuran GAMIS pada 11 Julai yang lalu.
Terdahulu, wakil penggerak SPIN telah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA) bagi menerangkan mengenai halatuju serta meminta pandangan juga nasihat bagi menghasilkan gerak kerja SPIN.
Pengerusi SPIN, Saudara Muhammad Naqiuddin Bin Mohd Said berpendapat visi utama yang menjadi tunjang kepada SPIN ialah untuk menjadikan ISLAM sebagai teras utama sistem pendidikan di Malaysia.
“Kita melihat begitu banyak kebobrokan dan masalah dalam pendidikan negara ini, sehingga tercetus begitu banyak dan besar masalah sosial dikalangan anak muda di negara ini,seperti masalah murtad,kes penzinaan,anak luar nikah,buli dan sebagainya. Setelah dikaji,dan di bincang dalam KO-SPIN ‘09 yang lepas, puncanya ialah sistem pendidikan di negara kita ini. Segalanya bermula dengan didikan. Perilaku dan sahsiah anak-anak muda dicorak dengan pendidikan. Jika sistem pendidikan itu rosak, maka rosaklah ana muda masa kini. Jadi disini, SPIN memberi solusinya iaitu masalah tersebut boleh diubati dengan menjadikan ISLAM sebagai teras dan tunjang kepada sistem pendidikan di negara ini. Kita ingin melihat ISLAM menjadi dasar dalam sistem pendidikan negara ini.”
Kenyataan ini disokong oleh Timbalan Pengerusi SPIN, Saudara Amir hamzah Akal Ali dalam kenyataannya yang menyifatkan bahawa sistem pendidikan negara kita sebenarnya telah mengalami kepincangan kerana mengamalkan sistem dualisma, iaitu ilmu akhirat hanya perlu untuk ulama' dan ilmu dunia hanya untuk para saintis. Seterusnya, sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan hanya membantu para pelajar menjadi burung kakaktua yang cuma mampu membuang ilmu di atas kertas peperiksaan.
“Untuk itu, satu pressure group (SPIN) yang benar-benar kuat amat perlu sebagai usaha menukar segera sistem pendidikan di negara ini. Selain itu, SPIN juga insya-Allah dalam masa terdekat ini akan berjumpa dengan para ilmuwan, ulama' dan ahli akademik seluruh Malaysia untuk meminta nasihat dan pertimbangan serta cadangan-cadangan mereka untuk dilaksanakan. Diharapkan gerak kerja mendapat dokongan daripada seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia kerana dengan sistem pendidikan negara yang baik, insya-Allah akan melahirkan masyarakat 1 Malaysia yang baik.” Ulas beliau ketika dihubungi.

Pengenalan
Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Objektif IPPIN
1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.
2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.
3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.
2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.
3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.
Organisasi Ippin
AHLI MAJLIS TERTINGGI
PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said
TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply
SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan
TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob
BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad
TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak
BIRO BERTINDAK
BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi
BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin
BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha
BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif
BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli
PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said
TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply
SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan
TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob
BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad
TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak
BIRO BERTINDAK
BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi
BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin
BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha
BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif
BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli
Muat Turun Di Sini
Labels
- Gamisdaily (9)
- Kenyataan Media (8)
- Pandangan (21)
- Pendidikan (21)
- PENGUMUMAN (9)
- pogram (2)
- program (1)
- Tokoh Akademik (1)
- Umum (7)
3 Komentar
tahniah,
jgn lupa fikirkan juga bagaimana nak mendemokrasikan tujuan kita pada non muslim, fahamkan dan kenalkan mereka dengan keindahan pendidikan Islam na...=)
Ditulis oleh
salam. ana bakal guru. insyaAllah di sekolah menengah. sementara tunggu sistem pendidikan digubal(sudah pasti ambil masa lama) berorientasikan islam, jadi sebagai guru, apa usaha yang ana mampu buat di sekolah nanti? mohon cadangan/pandangan
Ditulis oleh
salam Fatimah az-Zahra
Terima kasih kerana sudi merespon isu ini.
Alhamdulillah, kita diberi hidayah untuk memperjuangkan SPIN ini.
Fatimah,
Sebagai cadangan, anda boleh memulakan dengan mewujudkan gelombang kesedaran di kalangan para guru itu sendiri.
Anda boleh berbuat demikian di dalam mesyuarat antara para guru. Seterusnya, bangkitkan juga isu ini dalam mesyuarat PIBG. Ini membolehkan ibu bapa juga akan mendapat kesedaran mengenai masalah sistem pendidikan di negara kita.
Selain itu, kesedaran kepada para pelajar juga harus diterapkan. Anda boleh melakukan ini sewaktu sedang mengajar. Sebagai seorang bakal guru, anda perlu banyakkan membaca untuk mengaitkan ilmu yang anda pelajari dengan Tuhan.
Seterusnya, kesedaran perlu diterapkan kepada keseluruhan sistem sekolah itu sendiri secara berterusan sehingga terdapat satu inisiatif yang baru di mana ia disepakati oleh para guru,ibu bapa dan murid-murid untuk tindakan selanjutnya.
Hanya cadangan, sekian.
sahabat SPIN
Ditulis oleh
Post a Comment