Sejadah Cinta

Institusi Pondok Selepas Merdeka

Sistem pengajian pondok telah menuju zaman kegemilangannya pada abad ke-20M. Keadaan ini berlaku kerana para ulama terdahulu yang berjaya melahirkan anak murid berkebolehan dan berjaya menanam semangat mencintai agama di kalangan masyarakat.[...]

Lelaki Pemimpin Wanita

IPPIN akan perjuang pendidikan percuma

“Pendidikan percuma perlu diberikan kepada rakyat bermula daripada tadika sehinggalah kepada pengajian tinggi” katanya ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.[...]
Cinta Sejati Seorang Ibu

Pendidikan Islam, Moral tak perlu jadi subjek teras UPSR

Kementerian Pelajaran berpendapat subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak perlu dijadikan mata pelajaran teras dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri murid.[...]
ipolitik

IPPIN bersetuju UPSR dan PMR dimansuhkan

Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.[...]
ipolitik

Selamat Hari Guru

Sempena dengan Hari Guru tahun 2010, Institut Pemikiran Dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Guru adalah pencetus kejayaan umat serta pembina tamaddun manusia yang berjaya.[...]

Kerajaan perlu kaji semula pendidikan seks

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) GAMIS menggesa kerajaan supaya membuat penerangan khusus mengenai sukatan pelajaran pendidikan seks yang akan diperkenal kepada murid tahun satu, mulai 2011.

IPPIN GAMIS menyuarakan bahawa masih ramai rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam masih belum bersetuju sepenuhnya, malah ada yang masih merasa keraguan mengenai pendidikan seks yang bakal di ajarkan kepada anak-anak mereka.

"IPPIN GAMIS juga meminta supaya kerajaan membentangkan hasil kajian mengenai pendidikan ini, kepada masyarakat umum serta menunjukkan bukti yang mendukung bahwa pendidikan seks ini dapat mengurangi kemungkinan terjadinya hubungan seks bebas, atau kehamilan luar nikah. Kita bimbang kerajaan hanya terikut-ikut dengan kaedah pendidikan yang digunakan oleh barat, “ kata Ketua Penerangannya, Mohd Yusof Hadhari.

Mohd Yusof berkata, silibus Pengajian Islam di sekolah-sekolah masih tidak mampu untuk memahirkan pelajar tentang perkara yang berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa, haji serta amalan lain seperti membaca al Quran, menutup aurat dan lain-lain lagi.

Oleh itu, tambahnya, adalah lebih baik jika menumpukan kepada pendidikan Islam. Saya kira hanya pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah mampu membendung gejala maksiat dan zina.

"Saya berpandangan jika Pendidikan Seks ini akan diteruskan, biarlah pembelajaran tersebut diajar oleh guru berlatarbelakangkan Agama, seperti ustaz dan ustazah. Dalam masa yang sama aspek agama tidak diketepikan seperti yang berlaku di barat,” tegasnya.

Subjek tamadun Islam, Asia tidak diajar di IPTA?

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Subjek UBJEK Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) adalah subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar IPTA dalam negara.

Malah ia juga diwajibkan kepada pelajar bukan Islam. Tidak dapat dinafikan subjek ini memainkan peranan yang amat penting dalam memahamkan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya para graduan IPT mengenai hakikat Islam yang sebenar.

Amat mengejutkan apabila didapati ada beberapa institusi yang bersifat 'akademi' sebenarnya tidak menjadikan mata pelajaran tersebut sebagai subjek teras sebaliknya pelajar hanya diwajibkan mengambil subjek teras yang tidak ada kaitan langsung dengan kursus yang mereka ambil.

Sebagai contoh pelajar fakulti penulisan terpaksa mengambil subjek teras berkaitan dengan Tarian Makyong atau Randai.

Memang diakui akademi tersebut tidak tertakluk di bawah jagaan dan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi dan punyai silibus pengajiannya tersendiri.

Namun perlu diingatkan betapa besar kesannya kepada pelajar-pelajar jika mereka langsung tidak dihidangkan dengan pengajian dan pemahaman mengenai agama Islam, sementelahan pula akademi tersebut hanya menganjurkan kursus-kursus bersifat kesenian budaya yang karib dengan hiburan dan hedonisme semata-mata.

Kekeliruan ini harus diatasi dan diselaraskan dengan seberapa segera. Janganlah menafikan hak agama Islam bagi disebarkan dan difahamkan kepada anak bangsa yang sudah semakin tenat gejala sosialnya. Siapa sangka, di sana ada sinar buat mereka yang menginginkan perubahan dan kembali kepada Islam yang sebenar.

Justeru pihak berwajib, bermula daripada kementerian dan pengurusan tertinggi akademi yang bertanggungjawab perlu memikirkan hal ini kerana ianya juga melibatkan ilmu yang wajib dipelajari yakni fardu ain dan ia akan dihitung di akhirat kelak oleh Allah taala.

Selain daripada subjek TITAS, subjek seperti Sejarah Malaysia dan Kesusasteraan Melayu juga wajar dipertimbangkan sebagai subjek wajib kepada semua IPTA dan IPTS di Malaysia.

Sudah sampai masanya kita bertegas dalam hal ini. Jangan sampai anak bangsa kita terbogel daripada pakaian agama dan budaya mereka sendiri.

sumber : malaysiakini.com

Sokong usaha wujud pusat pendidikan Islam

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

PETALING JAYA, 11 Okt: Banyak projek pembangunan pendidikan yang wujud pada hari ini gagal berperanan sebagai kilang untuk melahirkan manusia yang mengikut acuan Allah.

Justeru, masyarakat perlu memberi sokongan kepada usaha untuk mewujudkan pusat pendidikan Islam bagi membetulkan kehidupan manusia.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana ilmu Islam datangnya dari al-Quran yang membetulkan segala ilmu yang lain.

Sehubungan itu, katanya peranan untuk mewujudkan pusat pendidikan Islam adalah suatu perkara yang besar.

Ini, katanya kerana selama ini pusat ilmu Islam sering ditindas dan ditekan oleh pihak-pihak berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, mereka yang membantu usaha tersebut mendapat sumbangan yang besar di sisi Allah.

Ustaz Abdul Hadi menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perdana bagi mengumpul dana Kompleks Pendidikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Kodim) berkenaan di pekarangan Masjid Kota Damansara, malam semalam.

Beliau mewakili Menteri Besar Kelantan selaku penaung Kodim, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak dapat hadir pada majlis berkenaan. Hadir sama ialah Penasihat Kodim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Pengerusi Kodim, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mewakafkan sumbangan sendiri atau waris.

Katanya, kompleks tiga tingkat itu dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan seluas tiga ekar di Kampung Tok Has, Besut.

“Kompleks yang dianggarkan berharga RM3 juta ini dibina berasaskan sumbangan derma orang ramai yang dijangka dapat disiapkan dalam masa lima tahun,” ujarnya

Beliau menambah, kompleks Kodim mengandungi Masjid al-Hidayah di bahagian paling bawah yang dianggarkan dapat memuatkan makmum seramai 1,500 orang pada satu-satu masa, selain sebagai tempat halaqat menghafal al-Quran dan hadis.

Maktabah pula, ujarnya terletak bersama masjid yang akan menempatkan berbagai jenis kitab serta kemudahan internet, e-kitab dan peralatan dakwah kepada bukan Islam.

Qa’ah kuliah, katanya berada di tingkat 2 dengan bilik-bilik kuliah yang akan dapat memuatkan 40 orang setiap bilik.

Tambahnya, di tingkat tiga pula terdapat dewan tertutup yang dianggarkan boleh memuatkan 3,000 orang bagi satu-satu masa yang dilengkapi dengan pentas dan ruangan untuk tetamu VVIP.

Dewan itu juga, ujarnya dapat memuatkan empat gelanggang badminton dan sukan yang lain selain tempat untuk muslimat beriadah.

Menurutnya, matlamat Kodim adalah untuk mengembalikan keagungan keilmuan Islam, mewujudkan sebuah pusat dakwah Islamiah kepada masyarakat non muslim.

Di samping itu, katanya, Kodim juga bertujuan memperkenalkan biah Islamiah sebagai satu cara hidup kepada masyarakat, melahirkan generasi al-Quran dan al-Hadis di samping mewujudkan satu medium dakwah yang baru bagi pengembangan Islam di Terengganu dan Malaysia amnya.

Justeru, katanya orang ramai yang ingin menyumbangkan boleh berbuat demikian atas nama Kompleks Pendidikan Islam Besut melalui akaun BIMB bernombor 13035010044424 atau Maybank 563046101804.

Selamat Berjaya Adik-Adik PMR

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Ketua Penerangan Institut Pemikiran & Pendidikan Islam Nasional (IPPIN), Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula hari ini.

Kepada adik-adik kita yang sedang menduduki peperiksaan PMR bermula hari ini, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.

Paling penting, kejayaan yang sebenar ialah selamat dari api neraka dan berjaya mendapat syurga Allah SWT di akhirat kelak.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) semalam, seramai 479,675 calon menduduki peperiksaan PMR mulai hari ini hingga 12 Oktober.

Daripada jumlah tersebut, 446,896 ialah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera.

Sebanyak 11,370 calon adalah dari sekolah agama tadbiran negeri, 14,756 calon sekolah swasta, 334 calon persendirian perseorangan dan 1,250 calon dari Sekolah Agama Rakyat.

Sebanyak 34,022 orang petugas di 3,499 pusat peperiksaan disediakan bagi menguruskan perjalanan PMR.

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

Sistem pendidikan sedang dicabul

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


sekadar gambar hiasan
Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru.

Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek sains dan matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.

Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan.

Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.

Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek sains dan matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini.

Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan.

Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25 peratus sahaja.

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.

Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun.

Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca.

Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lalu, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.

Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah.

Mampus lah kita macam ni...

Kembalilah kepada sistem Pendidikan Islam

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Mohd Yusof Hadhari*

Setiap manusia ada cita-cita, setiap keluarga ada cita-cita dan setiap kumpulan ada cita-cita. Sesebuah organisasi mempunyai visi, misi dan motonya yang tersendiri sesuai dengan kelebihan dan kedudukan yang dimiliki. Begitu juga dengan sebuah syarikat, ia memiliki wawasannya yang tersendiri dan wawasan yang dimilikinya sudah tentu tidak sembarangan. 

Jika seseorang individu dengan cita-citanya, sesebuah syarikat dengan wawasannya, seorang politikus dengan visi dan misinya, sebuah band indie dengan impiannya, maka lebih-lebih lagi buat sesebuah institusi pendidikan. Ia mesti mempunyai cita, wawasan dan impian yang murni, lebih putih daripada susu dan lebih berkilau daripada mutiara di dasar lautan.

Cita-cita ini berbeza mengikut jenis institusi pendidikan, tidak sama. Tetapi ada satu impian utama dan besar yang wajib dikongsi oleh semua institusi tanpa khilaf sedikit pun. Membentuk individu yang berakidah sejahtera, ibadat yang benar dan akhlak yang mulia. Tetapi adakah system pendidikan kita sekarang menepati makna dan tujuan sebenar pendidikan Islam?

Secara ringkasnya, sistem pendidikan Islam mahu melahikan insan adabi (manusia yang beradab) yang berupaya mengintegrasikan antara akidah, ibadat dan akhlak seseorang. Memahami tasawwur kesyumulan Islam, tanggungjawab sebagai seorang Islam, kewajipan menegakkan Islam dan sebagainya juga antara ramuan wajib dalam diri seorang muslim. Saya tidak berminat membahaskan dengan lanjut idea-idea menarik daripada al Banna khususnya, ataupun pemikir-pemikir muslim yang lain. Cukuplah saya highlightkan beberapa aspek asas yang menjadi makna dan tujuan dalam isu pendidikan.

Kecelaruan dalam hal ini mengakibatkan kita lebih ke hadapan dalam bercita-cita melahirkan good citizen(warganegara yang baik) bukannya good man(manusia yang baik). Sekali pandang nampak sama, tetapi hakikatnya berbeza. Good citizen, boleh jadi seorang pekerja yang berdedikasi walaupun tidak menjaga muamalat hariannya, boleh jadi juga seorang menteri yang negarawan walaupun sentiasa membelakangkan agama dalam setiap polisi yang dibuat ataupuna apa-apa sahaja. Yang pasti, tiada kejelasan dari sudut fundamental ataupun tapak asas. Sebaliknya bersifat nisbi dan relatif (boleh berubah-ubah). Adapun good man akan memberi kebaikan kepada semua pihak termasuk ia akan menajadi warga negara yang baik dari segala segi.

Hal ini menyebabkan pihak kerajaan yang sempit matlamatnya memanipulasi sistem pendidikan dan lebih-lebih lagi institusi pendidikan itu sendiri. Retorik mereka hanya berlegar-legar sekitar melahirkan robot-robot yang akan berabdi kepada kapitalis-kapitalis tamak haloba di luar sana. Apabila tiada kejelasan hasrat dan matlamat daripada pihak kerajaan, akibatnya pihak pentadbiran mana-mana institusi pendidikan akan terjerat sama. Cita-cita pendidikan telah menjalani materialisasi dan kapitalisasi dan perkara inilah yang menjadi penyumbang kepada berbagai-bagai masalah yang sentiasa wujud. Lebih malang lagi jika penuntut-penuntut aliran agama terjerat sama dengan kerancuan dan kecelaruan makna dan tujuan pendidikan ini.

Kita semua sebagai manusia yang dahagakan ilmu dan semestinya inginkan kualiti serta keberkatan ilmu tersebut. Melihat pada masa kini, ramai manusia sudah mula bimbang dan takut akan pelbagai jenis jenayah yang berlaku berhari-hari tanpa henti dan undang-undang pula sudah mampu di beli dari pihak yang ingin menutup kesalahannya. Anak-anak muda pula sudah terbiasa dengan budaya barat yang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka tanpa tahu dan mengambil tahu soal boleh atau tidak, haram ataupun halal.

Kebimbangan ibu bapa ataupun waris sudah mula terlihat apabila sudah ramai yang mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah swasta yang rapi menjaga gerak geri anak mereka dan ramai pula yang sudah mula menghantar ke sekolah-sekolah beraliran agama, seperti PASTI dan sekolah Agama Rakyat. Hal ini kerana system pendidikan Islam yang digunakan sudah mula dirasai kebaikannya dan keberkatannya. 

Dunia ini milik Allah, kita sebagai peminjam sepatutnya mengikut sepenuhnya apa yang disuruh dan apa yang dilarang. Pastinya perancangan Allah lebih baik dari pemikiran kita, mudah-mudahan kita berusaha kearah mengikuti sepenuhnya apa yang diperintahkan dan apa yang di ‘undang-undangkan’ dari Allah untuk manusia. Kembalilah kepada sistem pendidikan Islam yang sebenar, mudah-mudahan kes-kes jenayah ataupun budaya barat yang kian berleluasa sekarang ini dapat dibendung, walaupun tidak boleh kita hapuskan sepenuhnya dalam masa yang singkat tetapi percayalah ianya pasti dapat dikurangkan. WaAllahualam 


Penulis adalah mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik. Sekarang memegang jawatan sebagai Pengerusi Penerangan dan Penerbitan IPPIN. Blog beliau boleh dilawati melalui : Seutas Renungan, Tasbih Perjuangan


PROGRAM “KE ARAH PEMBENTUKAN GENERASI RABBANI ”

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Fasa 1 di Baitul Quro' Sg. Udang Melaka
Tarikh: 29 September- 12 Oktober 2010
Bayaran: RM 150 seorang 2 minggu(untuk peserta yang hadir penuh)
Penginapan dan kitab disediakan.
Pengangkutan (jika ada masalah leh hubungi)
Makanan sendiri.(ada dapur dan kedai runcit berhampiran)-gotong-royong ada shift masak. leh bawa duit lebih sikit untuk share beli barang basah.
RM 10 perhari (untuk peserta bagi kampus yang tidak hadir sepenuhnya)
Pengajian kitab oleh al-fadhil Us. Zulkifli Hj. Ismail.
Pendaftaran: Hayati -0192361851
Tarikh tutup pendaftaran : 23 September 2010

Menadah kitab-kitab dari Us. Zulkifli Ismail di Baitul Quro’
1. Risalah at-Tauhid
2. Pedoman Berfaedah Bagi Penyeru Ke Jalan Allah
3. Gesaan Berjihad Pada Memperbaiki Negeri dan Rakyat


TARIKH
FASA 1: 29 SEPTEMBER- 12 OKTOBER 2010
FASA 2: 13 – 24 OKTOBER 2010 (ada perubahan tarikh)
FASA 3: 27 – 28 NOVEMBER 2010
FASA 4: 25 - 26 DISEMBER 2010
FASA 5: 16 – 20 MAC 2011



TEMPAT
-Pondok Baitul Quro’,
Sg. Udang, Melaka
-Maahad Darul Quran Rusila
Marang, Terengganu
-Khilafah Centre, Bangi, Selangor.

ANJURAN
Institut Pemikiran & Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Forum : Pendidikan Islam Pasca Kemerdekaan

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Photobucket


Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam yang senantiasa memberi limpah rahmat dan kasihNYA yang tidak terhingga. Selawat dan salam buat yang mulia junjungan Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan para sahabat baginda. Juga para pengikut baginda yang tidak kenal erti jemu dan lelah dalam usaha menyampaikan risalah da’wah Islam kepada seluruh alam dan makhluk.

Sebagai melangsungkan perencanaan pendidikan Islam di peringkat Nasional, IPPIN bercadang untuk mengadakan Forum: Pendidikan Islam Pasca Kemerdekaan sebagai wacana ilmiah dalam usaha menggembeling tenaga menuju pendidikan Islam nasional yang lebih membentuk pemuda pemudi Islam yang cemerlang duniawI dan ukhrawinya.


Nama Program

Forum: Pendidikan Islam Pasca Kemerdekaan


Objektif

1 Memberi kefahaman mengenai kepentingan pendidikan khususnya pendidikan Islam di negara kita ini


2 Mengkaji dan memberi kefahaman mengenai sistem pendidikan di negara kita khususnya pendidikan Islam selepas mencapai kemerdekaan.


3 Mencari jalan dan langkah dalam menyelesaikan masalah2 yang menimpa sistem pendidikan di negara ini terutama pendidikan Islam dan cara2 untuk memartabatkan pendidikan Islam di negara ini.


Tema

Pendidikan Islam Pasca Kemerdekaan


Anjuran

Institut Pemikiran & Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Anjuran Bersama

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)


Tarikh : 15 Ogos 2010

Tempat : Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela

Masa : 8.30 pm


Tentatif Program


2000 Pendaftaran Peserta


2005 Majlis Perasmian Program oleh Presiden GAMIS


2020 Ucapan Pengarah Program


2030 Forum: Pendidikan Islam Pasca Kemerdekaan


2230 Penyampaian Hadiah


2240 Minum Malam


2300 Bersurai



Sabda Rasulullah S.A.W. ada bermaksud “Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.” Semoga dengan usaha dan perancangan yang dilakukan mendapat keberkatan dan dinilai disisiNYA sebagai satu amalan yang membawa manfaat bersama. Semoga dengan berlangsungnya program ini dapat memberi input yang bermafaat yang akan menyumbang kepada rejuvenisasi sistem pendidikan Islam di negara ini.

sebarang pertanyaan hubungi :
Mohd Yusof Hadhari : 0195561943
Nurul Hayati : 0192361851






Institusi Pondok Selepas Merdeka

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Sistem pengajian pondok telah menuju zaman kegemilangannya pada abad ke-20M. Keadaan ini berlaku kerana para ulama terdahulu yang berjaya melahirkan anak murid berkebolehan dan berjaya menanam semangat mencintai agama di kalangan masyarakat. Ini diikuti pula dengan karangan dan terjemahan kitab-kitab agama oleh guru-guru yang berdedikasi. Pada masa kini, kitab-kitab tidak lagi ditulis dengan tangan tetapi dicetak. Menurut rekod, kitab-kitab jawi mula dicetak pada dekad 1880-an di Makkah, Mesir dan Istanbul. Kitab jawi pertama yang di cetak dapat dikesan ialah Hidayat al-Salikin karangan Sheikh Abdul Samad al-Falimbani, yang dicetak di Mesir pada tahun 1881. Ini kemudian diikuti oleh kitab-kitab Sharh Hikam Melayu oleh Tok Pulau Manis, Terengganu pada tahun 1882. Bidayat al-Hidayat oleh Sheikh Muhammad Zain bin Faqih Jalal al-Din Acheh pada tahun 1883, Minhaj al-‘Abidin, sebuah kitab tasawuf yang diterjemahkan oleh Sheikh Daud al-Fatani pada tahun 1887. Kewujudan kitab-kitab bercetak ini telah memudahkan orang ramai mengikuti halaqat pengajian agama di pondok-pondok dan masjid-masjid. Kemunculan kitab yang dicetak dan dikarang dalam bahasa Melayu ini juga turut menyebabkan perkembangan pondok semakin rancak dan menjadi sebuah institusi yang paling terkenal pada ketika itu.

Meskipun peranan institusi pondok besar dalam sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu tetapi perkembangannya semakin merosot pada tahun-tahun selepas merdeka, ini berikutan pertubuhan pesat sistem pengajian agama dalam bentuk persekolahan (madrasah) dan juga proses pembaratan yang dibawa oleh Inggeris meresap masuk dalam pentadbiran Negara, termasuk pendidikan Masyarakat Melayu moden mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekular. Tambahan pula, lepasan sekolah yang ditubuh oleh kerajaan lebih mudah untuk mendapat pekerjaan. Beberapa dekad selepas merdeka, terdapat hanya beberapa buah saja pondok yang masih ‘hidup’ di Kelantan seperti pondok Pasir Tumbuh, pondok Kubang Bemban, pondok Lubuk Tapah, pondok Sungai Durian, pondok Bukit Abal dan pondok Beta Hilir. Ianya bertepatan dengan hadis ke-4 dari 40 hadis peristiwa akhir zaman. Iaitu ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG.

Daripada Abdullah bin Amr bin ash' ra berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :" Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai peminpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."- H.R. MUSLIM

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan "patah tumbuh hilang berganti", peribahasa itu tidak tepat berlaku kepada alim-ulama. Mereka patah sayap payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu masa nanti permukaan bumi ini akan kosong dari ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya alim-ulama lah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW tadi. Dimana bilangan ulama-ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkan pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan Islam tertua di rantau ini muncul dan berkembang sesuai dengan keadaannya. Ia masih mampu bertahan hingga ke hari ini, meskipun mengalami pelbagai rintangan dan halangan dalam mengharungi arus kemodenan. Meskipun demikian, pengajian pondok masih utuh sebagai sebuah gedung ilmu Islam dan institusi pendidikan Islam yang belum diserapi dengan pengaruh Barat. Justeru, perkembangannya sejak kebelakangan ini, menunjukkan pengajian pondok memasuki satu era kebangkitan semula setelah sekian lama mengalami kemerosotan. Gelombang kebangkitan ini mula menarik minat sesetengah anak-anak muda dewasa untuk mendalami dan meneroki ilmu agama. Keghairahan ini atas dorongan hati kecil mereka yang merasai ketandusan didikan rohani. Oleh hal yang demikian, mereka berazam untuk memperbaiki dan bertekat untuk mengebalikan semula ketinggian tamadun Islam dalam bidang keilmuan.


Mohd Yusof Hadhari B. Saidon
Pengerusi Penerangan Dan Penerbitan
Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

IPPIN akan perjuang pendidikan percuma

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Kuala Lumpur, 14 Julai 2010 – Insititut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) akan menuntut untuk diadakan pendidikan percuma kepada rakyat negara ini.

Pengerusi IPPIN, Mohd Naqiuddin Mohd Said berkata, keperluan itu sudah sampai masanya diberikan kepada rakyat setelah lebih lima puluh tahun negara Malaysia merdeka.

“Pendidikan percuma perlu diberikan kepada rakyat bermula daripada tadika sehinggalah kepada pengajian tinggi” katanya ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Beliau menegaskan, antara negara yang mengamalkan dasar pendidikan percuma adalah seperti Sweden, Norway dan Finland. Kesemua negara itu, menurutnya mengamalkan dasar Negara Berkebajikan.

Katanya lagi, apabila sistem pendidikan percuma dilaksanakan, Malaysia akan menjadi sebuah negara tumpuan ilmuwan dan pendidikan seperti mana yang berlaku kepada kerajaan pemerintahan Bani Abbasiyyah di Baghdad suatu ketika dahulu.

“Ketika itu, rakyat berlumba-lumba menuntut ilmu, dan perkembangan ilmu begitu pesat sekali” tambahnya.

Beliau yang turut terlibat dalam perjuangan itu, akan bersama-sama NGO bagi bertindak menuntut kerajaan menggubal dasar pendidikan hari ini.

“Baru-baru ini, kita telah mengadakan pertemuan bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) serta beberapa organisasi mahasiswa Islam seperti KARISMA dan PKPIM”

“Kesemua positif dengan idea ini dan bersedia memperjuangkannya” ujarnya.

Beliau berkata, suatu kongres pendidikan percuma bakal diadakan bagi memberi kefahaman dan kesedaran rakyat untuk perkara itu.

http://mygamis.blogspot.com

Pendidikan Islam, Moral tak perlu jadi subjek teras UPSR

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Kementerian Pelajaran berpendapat subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak perlu dijadikan mata pelajaran teras dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri murid.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ini kerana langkah sedemikian tidak menjamin penghayatan pada kalangan murid untuk menjadi amalan mereka.

“Peningkatan jati diri dan sahsiah murid adalah lebih berkesan melalui proses pendidikan dan penghayatan nilai, bukan dengan cara memasukkan mata pelajaran berkenaan dalam peperiksaan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) yang berbentuk cadangan meminta kementerian memasukkan kedua-dua subjek itu di dalam UPSR bagi meningkatkan lagi jati diri dan sahsiah murid selaku pewaris generasi.

Mohd Puad berkata, meskipun tidak dijadikan subjek UPSR, murid Islam tetap diwajibkan mengikuti Pendidikan Islam, sementara bukan Islam mempelajari Pendidikan Moral.

“Mata pelajaran tersebut ditaksir melalui Penilaian Berasaskan Sekolah dalam bentuk formatif semasa dan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran,” katanya.

Subjek Pendidikan Islam ditaksir sebagai Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dan dicatatkan pada slip keputusan UPSR, manakala pentaksiran Pendidikan Moral dibuat oleh guru dan keputusan direkodkan dalam buku rekod kemajuan murid. – Bernama

IPPIN bersetuju UPSR dan PMR dimansuhkan.

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya. Cara pembelajaran di Malaysia dikatakan lebih menjurus kepada usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.

Pelajar-pelajar berlumba-lumba untuk mendapatkan bilangan A yang banyak sehingga pernah suatu ketika Malaysia digemparkan dengan berita kematian S. Subashini dari SRJK Tamil Ladang Sempah. Subashini membunuh diri kerana memperoleh 4B, 2C dan 1D dalam UPSR sedangkan sasaran beliau ialah 4A. Jika ‘budaya banyak A’ menjadi fenomena pelajar-pelajar di Malaysia, tidak mustahil pelajar hanya cemerlang dari segi akademik dan tidak dinamik. Kerana inginkan publisiti, ada juga individu yang mendakwa mendapat 24A1 dalam SPM 2006 yang menggemparkan Malaysia kerana penipuan itu.

Jika UPSR dan PMR dimansuhkan, ujian khas harus diwujudkan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, ujian itu tidak akan diwajibkan kepada semua pelajar, bahkan diadakan untuk mereka yang berminat memilih SBP bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah.

IPPIN berharap supaya Kementerian Pelajaran mengkaji dengan teliti cadangan untuk memansuhkan sistem penilaian Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ini, dan mungkin perlu meminta kerajaan membentuk satu jawatankuasa yang melibatkan pelbagai pihak bagi membincangkan secara teliti mengenai dasar itu sebelum dilaksanakan.

IPPIN hairan alasan yang diberikan kerajaan, kita akan menjimatkan wang, kami rasa itu adalah satu alasan yang tidak dapat diterima kerana kebaikan anak kita di sekolah patut diberi keutamaan. Bahkan kita semua tahu peruntukkan kerajaan untuk pendidikan ialah RM30 bilion. Peruntukkan tersebut sudah cukup digunakan untuk peperiksaan, bahkan boleh disalurkan untuk kemudahan pelajar, seperti pengangkutan, makanan percuma dan mungkin pendidikan percuma.

IPPIN bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan UPSR dan PMR, cuma kerajaan tidak perlu tergesa-gesa, sebaliknya masa perlu diberi untuk mendapatkan respon dari pelbagai pihak agar setiap pembaharuan yang hendak dilaksanakan dapat difahami dan diterima oleh semua.

Selamat Hari Guru

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Sempena dengan Hari Guru tahun 2010, Institut Pemikiran Dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Guru adalah pencetus kejayaan umat serta pembina tamaddun manusia yang berjaya. Kejayaan kita semua pada hari ini bermula dengan didikan guru yang sabar dan tekun serta ikhlas mendidik anak bangsanya. Tanpa guru, tidak mungkin negara dan rakyat mampu bergerak maju.

Sememangnya profesion sebagai guru adalah sangat mulia dan mencabar. Meskipun berdepan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku pelajar yang pelbagai, ditambah dengan tekanan ibu bapa serta masyarakat sekeliling, para guru terus menuai bakti dan menuang ilmu tanpa jemu. Sama ada mereka diingati atau dilupakan, saban tahun para guru melahirkan sehebat-hebat ulama’, setinggi-tinggi tokoh akademik, para profesional, teknokrat, usahawan, tenaga-tenaga pakar mahir dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya sumbangan para pendidik yang bergelar guru tidak boleh dilupakan. Keikhlasan, kesungguhan dan kesabaran mereka wajar diberikan pengiktirafan. Suara dan pandangan mereka perlu perlu dihormati, rungutan dan permintaan mereka perlu didengari, permasalahan mereka perlu diperhati. Inilah tanda penghomatan kita semua terhadap jasa dan pengorbanan para pendidik.

Akhir sekali IPPIN mengharapkan para pendidik terus istiqomah, sabar dan jujur dengan dunia pendidikan. Dunia pendidikan adalah satu perjuangan dan jihad yang besar serta mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah SWT, dan hanya guru mampu mempelopori medan ini. Hari Guru perlu diraikan dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa para guru adalah insan mulia yang wajar dihormati. Selamat Hari Guru.


Polis Terlampau

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Setelah rakyat Malaysia digemparkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Namun lain pula halnya, muka surat depan Sinar Harian, 6 mei 2010, apabila dua wanita mendakwa menerima gagguan secara seksual daripada seorang polis. Lagi berita tentang POLIS, apa yang menjadi persoalannya. Sejauh mana tahap pendidikan yang diberikan kepada POLIS? Sehingga begitu akhlak yang ditonjolkan kepada masyarakat awam. Jika dahulu polis dianggap golongan yang mendapat penghormatan yang tinggi daripada masyarakat, seperti para guru, doktor, bomba dan lain-lain. Tetapi sejak akhir-akhir ini tahap hormat orang ramai terhadap badan beruniform tersebut semakin menurun dan ramai yang semakin membenci.

Seorang anggota polis ‘terlampau’ yang didakwa menahan dua wanita di satu sekatan jalan di hadapan BHP jalan Cheras, meminta mereka melakukan aksi ghairah serta menunjukkan wajah seksi. Lebih menjijikkan, dia turut bertanya sama ada wanita terbabit memakai baju dan seluar dalam atau tidak. Polis terbabit juga turut meminta sogokan sebanyak RM50. Pihak polis tidak sepatutnya berakhlak seperti dalam hal ini. Yang dahulu pihak polis di pamerkan dengan, logo ‘saya anti rasuah’, mungkin sekarang perlu tambah kepada ‘saya tidak terburu-buru’ dan ‘saya bukan polis terlampau’. Adakah cukup sekadar memaparkan logo, tetapi masih ada yang tidak melaksanakannya.

Ada pula berkaitan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah. Jika kita berfikiran waras, ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. IPPIN berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan dan terburu-buru walaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia masih di bawah umur dan tetap kes juvana. Pihak polis dikatakan sangat teliti dalam beberapa kes yang lain, seperti yang dipertontonkan dalam ‘Gerak Khas’ dan juga halnya penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam dan meragut nyawa.


IPPIN berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. IPPIN juga berharap pihak terbabit perlu menumpukan tahap pendidikan Islam dan pendidikan moral pada anggota polis. Bagaimana kita melihat akhlak sesetengah anggota polis sekarang sudah mula tidak beradap dan semakin ramai berakhlak buruk, kita perlu tahu ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, kerana golongan ‘pelampau’ ini, kita kuatiri orang awam sudah tidak mempercayai lagi pihak polis pada masa akan datang.

Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan, bahkan masih ada yang belum dapat diselesaikan sehingga kini. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid ini, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.- Mohd Yusof Hadhari


Pertemuan IPPIN dan KAMMI

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Kuala Lumpur, 30 April 10- Satu pertemuan telah diadakan diantara dua Gerakan Mahasiswa iaitu Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) dan Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI), perjumpaan tersebut adalah untuk bersama-bersama berkongsi idea dan pandangan tentang sistem pendidikan di antara kedua-dua buah negara, disamping merapatkan hubungan dua organisasi gerakan mahasiswa ini.

Perkongsian idea antara dua Gerakan Mahasiswa ini mengeratkan lagi hubungan antara dua Negara dalam membicarakan dan melontarkan idea tentang sistem pendidikan ataupun bentuk pentarbiyahan secara umum di Negara masing-masing. Kehadiran wakil-wakil pimpinan IPPIN dari setiap kampus juga memberi ruang kepada mereka untuk sama-sama berdialog dengan pimpinan KAMMI secara terus.

KAMMI adalah merupakan sebuah organisasi mahasiswa Islam di Indonesia, ditubuhkan pada zaman reformasi Indonesia pada 1998, pada ketika itu berlakunya krisis ekonomi yang teruk di Indonesia, pada situasi ini KAMMI sebagai kumpulan mahasiswa Islam bangun untuk membawa suara dan perjuangkan hak rakyat.

Pertemuan ini diadakan pada sebelah malam, bermula pada jam 9 malam dan tamat pada jam 12 tengah malam. Kedua-dua gerakan ini berpandangan yang sama iaitu untuk menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain.

Pertemuan-pertemuan sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan, IPPIN juga percaya hasil dari pertemuan ini, bukan sahaja melibatkan dua organisasi mahasiswa tetapi lebih dari itu melibatkan hubungan dua Negara dalam menjalin hubungan.

Pendidikan seks atau Pendidikan Islam

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Pendidikan seks menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat melibatkan masyarakat awam, kerajaan, ahli akademik dan lain-lain. Topik berkaitan konsep dan objektif pendidikan seks merupakan aspek penting untuk dibincangkan kerana ia perlu difahami secara jelas dan mendalam sebelum program tersebut dilaksanakan. Pemahanan tentang konsep dan objektif pendidikan seks amat penting kerana ia merupakan asas di dalam menentukan kerangka dan hala tuju pelaksanaan program pendidikan tersebut. Dalam kita sibuk memikirkannya, ada di antara kita lupa, apa penyebab? Perkara apa yang menjadi faktor pendidikan seks ini hendak dilaksanakan?

Semuanya adalah sebab gejala sosial, masalah rogol, masalah zina, maksiat dan pembuangan bayi serta mungkin ‘liwat’. Tetapi apa pula faktor yang menyebabkan semua ini berlaku? Adakah cukup sekadar kita mengambil buluh dan melayurkannya di atas api supaya buluh tersebut lurus, dan bolehkah buluh tersebut lurus seperti yang kita kehendakki? Kenapa tidak kita melentur bulu dari rebungnya? Semua masalah kita perlu kembali kepada penyebab asas atau perkara pokoknya. Kita melihat manusia sudah mula tinggal kan agama, mula ringan-ringankan agama dan sudah mula mengkhianati agama. 

Kita suma menyambut baik cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa pendidikan seks di sekolah tidak perlu dilaksanakan. Tun Dr Mahathir mencadangkan supaya memadai dengan pendidikan Islam diajar dengan bersungguh-sungguh bagi membendung budaya negatif di kalangan remaja. Sememangnya kita semua berpandangan bahawa subjek khas pendidikan seks tidak mampu menyelesaikan masalah gejala sosial yang berlaku khususnya masalah zina, maksiat, rogol dan pembuangan bayi. Pendidikan seks hanya mengenalkan remaja tentang persoalan seks dan masalahnya sahaja tetapi tidak dapat memahamkan persoalan hukum berkaitan dengan seks.

Umum mengetahui remaja pada hari ini sangat jahil terhadap agama. Kebanyakan kes yang berlaku seperti zina dan pergaulan bebas adalah berpunca dari kejahilan mereka terhadap agama seperti hukum halal dan haram. Remaja menganggap persoalan aurat dan pergaulan bebas adalah perkara remeh dan tidak penting. Akibatnya mereka gagal mengawal diri mereka lalu menjerumuskan diri mereka ke lembah maksiat. Malangnya, sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang tidak menitikberatkan pendidikan Islam menjadi sebab remaja terus berada dalam kejahilan. Yang dikesalkan, silibus pengajian Islam di sekolah-sekolah masih tidak mampu untuk memahirkan pelajar perkara yang berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa, haji serta amalan lain seperti membaca al Qur’an, menutup aurat dan lain-lain lagi.

Biarlah kita semua renungkan apa nasib generasi pada masa hadapan, jika masalah ini terus membelenggu dan pihak terlibat sekadar mencuba itu dan ini. Masa sekarang remaja bukan lagi alat untuk dijadikan ‘uji kaji’. Sebab itu, kita mesti meyakini hanya penerapan ajaran dan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah mampu membendung gejala maksiat dan zina. Justeru itu, kita menggesa kerajaan agar menimbang semula cadangan pendidikan seks di sekolah, sebaliknya kerajaan perlu menerapkan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah. - Mohd Yusof Hadhari

Penulisan Ilmiah Berdasarkan Manhaj AI-Azhar AI-Syarif

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Penulisan Ilmiah Berdasarkan Manhaj AI-Azhar AI-Syarif
Oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Hussein, Penasihat PMRAM
(Kertas kerja ini dibentangkan dalam Bengkel Penulisan Ilmiah anjuran Manhal PMRAM pada 28 Februari 2009 di Rumah Selangor Hayyu 'Asyir)






Muqaddimah

Penulisan ilmiah samada berbentuk kajian ataupun perterjemahan suatu sumber ilmu dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain adalah satu tugas yang sepatutnya menjadi kegiatan dan kewajipan setiap penuntut ilmu. Di samping mencambahkan idea dan mematangkan ilmu yang ditimba, hasil tangan yang dikertaskan akan menjadi satu idea yang kekal dan dapat ditatap oleh generasi semasa dan akan datang. Umur manusia yang tidak panjang dapat dipanjangkan melalui tulisan yang diharapkan bakal menjadi pahala berkekalan buat si penulis.
Kematangan ilmu tidak akan berlaku secara cepat. la memerlukan proses percubaan yang lama sehingga seseorang penulis akan matang dalam mengeluarkan fakta. Kematangan ilmu sama sekali tidak akan berlaku tanpa tiga proses utama iaitu:
• proses menimba ilmu daripada para ulama
• proses menterjemahkan idea dan fakta ilmu di dalam bentuk tulisan
• proses perbincangan dan kritikan ilmiah terhadap hasil tangan yang dikeluarkan
Penulisan bukanlah satu kebanggaan yang diinginkan. Penulisan adalah satu amanah yang perlu dinoktahkan atas dasar takutkan Allah, keikhlasan dan memohon petunjuk daripada Allah Taala.

Manhaj Al-Azhar Di Dalam Penulisan

1. Wasatiyyah Adalah Manhaj al-Azhar
• Pegangan aqidah adalah berasaskan aliran Ahli Sunnah (al-Asya'irah dan al-¬Maturidiyyah).
• Meraikan perbezaan pandangan dalam masalah fiqhiyyah selagi mana tidak bercanggah dengan al-ljma'.
• Tidak cepat untuk menghukum sesuatu pandangan ulama sebaliknya:
 memahami kehendak seseorang tokoh,
 mencari sudut-sudut yang boleh mengaitkan pandangan tersebut dengan kebenaran
 menjelaskan kesilapan pandangan tersebut dengan penuh beradap dengan cara menyandarkan pandangan para ulama lain terhadap pandangan yang salah tersebut

2. Penyalinan Nas Al-Quran Dan Al-Hadith Yang Betul
• Menyalin nas al-Quran daripada program al-Quran Rasam Uthmani.
• Menyalin hadith Rasulullah dengan berhati-hati dan disemak secara berulang-kali.
• Menjadikan kitab-kitab hadith cetakan Jam'iyyah al-Maknaz al-Islami sebagai sumber dalam menyalin hadith.

3. Penterjemahan Teks Arab
• Al-Quran dan al-Hadith yang diterjemahkan hendaklah berdasarkan huraian daripada para mufassirin dan muhaddithin.
• Merujuk kitab-kitab Hasyiah dalam memahami kehendak teks para ulama secara betul.

4. Persediaan Awal Bagi Seorang Pengkaji
• Melengkapkan diri dengan kekuatan ilmu khususnya ilmu-ilmu asas Islam.
• Memahami istilah-istilah yang digunakan oleh para ulama dalam menyatakan sesuatu pandangan. Kesilapan dalam memahami istilah adalah faktor besar kepada kesilapan maklumat.
• WAJIB MENGHADIRKAN DIRI dalam pengajian-pengajian talaqqi yang disampaikan oleh para ulama al-Azhar. Sikap hanya berpada dengan pengajian sesama pelajar dan sikap hanya berpada dengan pembacaan adalah sikap yang mesti dibasrni.
• Membanyakkan pembacaan yang akan menjadi nilai tambah bagi seorang pengkaji.
• Membentangkan pandangan yang difahami dalam sesuatu isu kepada para ulama al-Azhar dalam memastikan maksud sesuatu fakta demi mengelakkan kesilapan dalam memahami sesuatu teks ilmu. Sikap berfikir, bertanya dan bermunaqasyah dengan para ulama adalah satu latihan dalam membina dan mengasah minda sebagai seorang ulama.

5. Sikap Pengkaji Semasa Menulis
• Pengkaji perlu memahami maksud dan tujuan seseorang pengarang dalam penulisannya agar pengkaji tidak mengkritik seseorang tokoh pada tempat yang tidak sepatutnya.
• Pengkaji perlu teliti dan mengambil sikap 'perlahan-lahan' dalam mengambil dan memahami sesuatu fakta. Kegopohan dalam membaca dan menganalisa fakta akan mengakibatkan kesilapan yang memalukan.
• Membaca satu fakta tertentu daripada buku yang pelbagai kerana setiap buku adalah pelengkap kepada buku yang lain.
• Para pengkaji perlu menjadikan kitab-kitab yang diiktiraf dalam sesuatu ilmu sebagai rujukan utama dalam kajian. Contohnya menjadi satu kesalahan untuk menjadikan kitab al-Umm sebagai rujukan utama dalam mazhab al-Imam al-¬Syafie.
• Kesilapan seseorang pengarang dalam sesuatu pandangan bukanlah penyebab kepada penolakan pandangan-pandangannya yang lain secara total.
• Para pengkaji perlu memahami hakikat sesuatu topik. Ini kerana berlakunya persamaan istilah sedangkan hakikat istilah yang dikehendaki adalah berbeza antara satu aliran dengan satu aliran yang lain. Contohnya istilah al-Wajib di sisi mazhab al-Syafie dan mazhab al-Imam Abu Hanifah. Selain itu, disebabkan ketidakjelasan terhadap sesuatu isu, berlakulah perbezaan pandangan sedangkan rupa-rupanya pihak yang pertama memandang dari satu sudut tertentu yang tidak dipandang oleh pihak kedua yang memandang pula dari sudut yang berbeza. Contohnya hakikat al-Wujud dan al-Ijab.
• Meletakkan satu sikap iaitu "Kebenaran adalah lebih patut untuk diikuti".

6. Amanah Dalam Menulis
• Setiap sumber yang diperolehi hendaklah dinyatakan di dalam nota kaki. Satu KESALAHAN besar apabila sesuatu pandangan tidak disandarkan kepada pengarangnya. SALAH apabila kita menyatakan di nota kaki rujukan yang kita tidak rujuk secara langsung.
• Berhati-hati dalam menukilkan sesuatu pandangan. SATU KESILAPAN apabila kita menyatakan bahawa pandangan tertentu adalah milik seseorang tokoh sedangkan tokoh tersebut hanyalah mendatangkan pandangan tersebut di dalam tulisan beliau tanpa menyatakan bahawa beliau bersetuju ataupun tidak dengan pandangan tersebut.
• SALAH apabila sesuatu fakta ilmu dikutip daripada sumber yang berbeza daripada jenis fakta tersebut. Contohnya fakta fiqh diambil daripada kitab tafsir.

7. Cadangan Kepada Para Pengkaji Dan MANHAL PMRAM
• Memperbanyakkan penghasilan kajian ilmiah atau penterjemahan buku dari kalangan mahasiswa
• Setiap kajian atau penterjemahan yang dihasilkan dimunaqasyah oleh manhal secara terbuka
• Penghasilan kajian ilmiah dalam bahasa Melayu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dihantar kepada para ulama al-.Azhar untuk disemak dan dinilai dari sudut mutu ilmu
• Para pengkaji perlu memiliki manuskrip-manuskrip peribadi bagi memudahkan rujukan di samping mengelakkan kesilapan dari sudut kefahaman lebih-lebih lagi apabila fakta yang diperolehi daripada buku-buku bercetak agak janggal dan aneh.
• Para pengkaji seharusnya memiliki simpanan buku-buku rujukan dalam bentuk pdf yang memudahkan dan mencepatkan para pengkaji untuk sampai kepada sumber maklumat.
• Para pengkaji seharusnya memiliki laptop dan kemudahan internet.

Youngest headmaster in the world!

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)






Around the world millions of children are not getting a proper education because their families are too poor to afford to send them to school. In India, one schoolboy is trying to change that. In the first report in the BBC's Hunger to Learn series, Damian Grammaticas meets Babar Ali, whose remarkable education project is transforming the lives of hundreds of poor children.
At 16 years old, Babar Ali must be the youngest headmaster in the world. He's a teenager who is in charge of teaching hundreds of students in his family's backyard, where he runs classes for poor children from his village.

The story of this young man from Murshidabad in West Bengal is a remarkable tale of the desire to learn amid the direst poverty.

Babar Ali's students
Babar Ali's 'school' has some 800 students
Babar Ali's day starts early. He wakes, pitches in with the household chores, then jumps on an auto-rickshaw which takes him part of the 10km (six mile) ride to the Raj Govinda school. The last couple of kilometres he has to walk.

The school is the best in this part of West Bengal. There are hundreds of students, boys and girls. The classrooms are neat, if bare. But there are desks, chairs, a blackboard, and the teachers are all dedicated and well-qualified.

As the class 12 roll-call is taken, Babar Ali is seated in the middle in the front row. He's a tall, slim, gangly teenager, studious and smart in his blue and white uniform. He takes his notes carefully. He is the model student.
Babar Ali is the first member of his family ever to get a proper education.
"It's not easy for me to come to school because I live so far away," he says, "but the teachers are good and I love learning. And my parents believe I must get the best education possible that's why I am here."
Raj Govinda school is government-run so it is free, all Babar Ali has to pay for is his uniform, his books and the rickshaw ride to get there. But still that means his family has to find around 1,800 rupees a year ($40, £25) to send him to school. In this part of West Bengal that is a lot of money. Many poor families simply can't afford to send their children to school, even when it is free.

Chumki Hajra is one who has never been to school. She is 14 years old and lives in a tiny shack with her grandmother. Their home is simple A-frame supporting a thatched roof next to the rice paddies and coconut palms at the edge of the village. Inside the hut there is just room for a bed and a few possessions.
  Chumki Hajra, a pupil at Babar Ali's school, describes her day

Every morning, instead of going to school, she scrubs the dishes and cleans the homes of her neighbours. She's done this ever since she was five. For her work she earns just 200 rupees a month ($5, £3). It's not much, but it's money her family desperately needs. And it means that she has to work as a servant everyday in the village.

"My father is handicapped and can't work," Chumki tells me as she scrubs a pot. "We need the money. If I don't work, we can't survive as a family. So I have no choice but to do this job."
But Chumki is now getting an education, thanks to Babar Ali. The 16-year-old has made it his mission to help Chumki and hundreds of other poor children in his village. The minute his lessons are over at Raj Govinda school, Babar Ali doesn't stop to play, he heads off to share what he's learnt with other children from his village.

At four o'clock every afternoon after Babar Ali gets back to his family home a bell summons children to his house. They flood through the gate into the yard behind his house, where Babar Ali now acts as headmaster of his own, unofficial school.

Lined up in his back yard the children sing the national anthem. Standing on a podium, Babar Ali lectures them about discipline, then study begins.

Babar Ali gives lessons just the way he has heard them from his teachers. Some children are seated in the mud, others on rickety benches under a rough, homemade shelter. The family chickens scratch around nearby. In every corner of the yard are groups of children studying hard.

Babar Ali was just nine when he began teaching a few friends as a game. They were all eager to know what he learnt in school every morning and he liked playing at being their teacher.
Without this school many kids wouldn't get an education, they'd never even be literate
Babar Ali

Now his afternoon school has 800 students, all from poor families, all taught for free. Most of the girls come here after working, like Chumki, as domestic helps in the village, and the boys after they have finished their day's work labouring in the fields.

"In the beginning I was just play-acting, teaching my friends," Babar Ali says, "but then I realised these children will never learn to read and write if they don't have proper lessons. It's my duty to educate them, to help our country build a better future."

Including Babar Ali there are now 10 teachers at the school, all, like him are students at school or college, who give their time voluntarily. Babar Ali doesn't charge for anything, even books and food are given free, funded by donations. It means even the poorest can come here.
 "Our area is economically deprived," he says. "Without this school many kids wouldn't get an education, they'd never even be literate."

Seated on a rough bench squeezed in with about a dozen other girls, Chumki Hajra is busy scribbling notes.
Her dedication to learning is incredible to see. Every day she works in homes in the village from six in the morning until half past two in the afternoon, then she heads to Babar Ali's school. At seven every evening she heads back to do more cleaning work.

Chumki's dream is to one day become a nurse, and Babar Ali's classes might just make it possible.
The school has been recognised by the local authorities, it has helped increase literacy rates in the area, and Babar Ali has won awards for his work.

The youngest children are just four or five, and they are all squeezed in to a tiny veranda. There are just a couple of bare electric bulbs to give light as lessons stretch into the evening, and only if there is electricity.
And then the monsoon rain begins. Huge drops fall as the children scurry for cover, slipping in the mud. They crowd under a piece of plastic sheeting. Babar Ali shouts an order. Lessons are cancelled for the afternoon otherwise everyone will be soaked. Having no classrooms means lessons are at the mercy of the elements.
The children climb onto the porch of a nearby shop as the rain pours down. Then they hurry home through the downpour. Tomorrow they'll be back though. Eight hundred poor children, unable to afford an education, but hungry for anything they can learn at Babar Ali's school.

 *Copy from  BBC News: http://news.bbc.co.uk/2/hi/8299780.stm

Peningkatan Gejala Sosial di Malaysia dan Kaitannya dengan Sistem Pendidikan Islam Negara.

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Beberapa minggu yang lalu,masyarakat Malaysia telah dikejutkan dengan berita peningkatan kes gejala sosial seperti kelahiran anak luar nikah di kalangan remaja muslim. Suatu pendedahan yang membuka mata masyakat ini telah melahirkan bermacam-macam respon dari pelbagai pihak.

Ada yang menyalahkan sistem pendidikan negara dan ada juga yang mempertikaikan peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Semua pendapat yang dikeluarkan tersebut mungkin ada benarnya kerana perkara ini tidak mungkin akan berlaku jika hanya disebabkan oleh satu sebab sahaja, ia merupakan natijah kepada gabungan beberapa faktor yang mempengarui keruntuhan institusi sosial di negara ini.

Namun, apa yang cuba difokuskan di dalam artikel ini adalah, sejauh mana sistem pendidikan Islam di negara ini menyumbang kepada masalah tersebut. Beberapa persoalan perlu dirungkaikan dalam membicarakan mengenai perkara ini. Antaranya ialah :


Adakah silibus pendidikan islam di negara ini tidak sempurna?


Adakah pendekatan pengajaran pendidikan  di negara ini tidak sesuai dan tidak memberi impak berkesan di hati pelajar?


Atau mungkinkah berlakunya peng’anak tiri’an terhadap matapelajaran pendidikan Islam di Institusi-instusi pendidikan di seluruh Malaysia?



Pada pendapat penulis, silibus pendidikan Islam yang diguna pakai di Malaysia ini tidaklah terlalu sempurna tetapi ia masih cukup untuk menghasilkan impak positif ke atas diri pelajar jika dilaksanakan secara sempurna iaitu melalui pendekatan academic-based dan life-based. Pendekatan pengajian Islam di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan formal di Malaysia yang kebanyakannya berorientasikan academic-based, telah hanya melahirkan insan-insan yang memperolehi A++++ di dalam peperiksaan mereka tetapi tidak di dalam kehidupan mereka. Oleh itu, penyemakan kurikulum pendidikan di Malaysia tidak hanya perlu memfokuskan kepada penyemakan silibus sahaja, malahan ianya perlu juga disemak di peringkat perlaksanaannya juga.

Kekurangan ketara yang terdapat di dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia adalah dengan ketiadaan pengajian atau didikan susulan berkaitan pendidikan Islam di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia ini. Hakikatnya, ketika di usia remaja ini lah, para mahasiswa memerlukan pendidikan yang lebih mendalam dan pengawasan yang lebih ketat terhadap pengamalan nilai-nilai Islam di dalam kehidupan mereka. Ketiadaan pendidikan susulan ini menyebabkan kebanyakan remaja atau mahasiswa kehilangan tempat rujukan dan panduan. Oleh itu, penyemakan kurikulum pendidikan Islam di IPT perlulah diwujudkan dan dikemaskini menurut perspektif semasa.

Penganaktirian  terhadap matapelajaran pendidikan Islam berbanding matapelajaran yang lain merupakan suatu isu yang telah lama dibangkitkan oleh kebanyakan insan yang prihatin terhadap masa depan anak bangsanya, namun begitu, tidak banyak perkara yang mampu dilakukan untuk membetulkan konsep ini. Pemisahan kehidupan ukhrawi dan duniawi yang ketara di dalam sistem pendidikan masa kini telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam akademiknya tetapi kecundang di dalam pembentukan sahsiahnya. Sistem pendidikan di Malaysia banyak melahirkan para saintis, ilmuwan, doctor, dan ahli falsafah yang terkemuka, tetapi ia sangat sedikit melahirkan para saintis mu’min, ilmuwan mu’min, doctor mu’min, ahli falsafah mu’min dan lain-lain bidang profeisional yang mempunyai kualiti seorang ilmuwan dan juga seorang hamba Allah S.W.T.

Justeru itu, penyemakan semula terhadap sistem pendidikan Islam negara dan perlaksanaannya di dalam masyarakat sangat perlu dilakukan sebagai nilai tambah di dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan gejala sosial di muka bumi Malaysia tercinta ini. InsyaAllah

Pendidikan formal aliran agama diterima

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Pendidikan formal aliran agama diterima

Daripada Azmi Md Deros di Paris
azmimd@bharian.com.my
2010/04/06

 

CADANGAN Malaysia dan empat negara Islam lain untuk mengemukakan usul memasukkan pendidikan formal aliran agama dalam pendidikan aliran perdana global pada mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) ke-184 di sini, diterima oleh negara maju dan Afrika yang sebelum ini membantahnya. 

Bagaimanapun, persetujuan itu dicapai selepas dilakukan sedikit perubahan kepada draf yang memasukkan perkataan madrasah dan menyokong usul alternatif yang menggantikannya dengan perkataan inklusif berikutan bantahan negara maju yang bimbang kerana pendidikan madrasah sering dikaitkan dengan keganasan dan ekstremis


Wakil Tetap Malaysia ke Unesco, Datuk Kenneth J Luis, berkata selain Malaysia, empat negara yang sebelum ini mengemukakan usul Pembangunan Pendidikan Moden, Berkualiti dan Madrasah itu ialah Pakistan, Iraq, Indonesia dan Afghanistan dan disokong Brunei, Jepun, Nigeria, Senegal, Tanzania, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Filipina.

Malaysia dan Pakistan adalah negara anggota Lembaga Eksekutif Unesco yang turut dianggotai 56 negara lain. Pada Khamis lalu, Malaysia, Pakistan dan Indonesia menarik balik usul pertama, diikuti Afghanistan dan Iraq pada keesokannya. 

Katanya, negara terbabit menyokong usul baru iaitu Pembangunan Pendidikan Moden, Berkualiti dan Inklusif yang akan dibentangkan oleh Saint Lucia dalam mesyuarat lembaga berkenaan hari ini yang dikendalikan Pengerusi Lembaga Eksekutif Unesco, Eleonora Mitrofanova. 

"Perkataan inklusif diterima kerana ia meliputi pendidikan formal lebih menyeluruh membabitkan semua agama, selain menumpukan kepada bidang lain, termasuk sains, matematik, teknologi dan teknikal," katanya selepas menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sini, semalam. 

Timbalan Perdana Menteri diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berada di sini bagi mewakili negara pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Unesco kali ke-184.

 
Sementara itu, Kenneth berkata, Malaysia melalui draf usul pertama turut menjelaskan pendidikan aliran agama di negara Islam menumpukan kepada subjek aliran perdana, termasuk sains dan matematik yang diperkukuhkan. 

Katanya, Malaysia dan negara lain bersetuju berkompromi usul pindaan daripada Saint Lucia selepas negara itu yang mengetuai bantahan negara maju dan Afrika memasukkan perkataan inklusif, mengakui pendidikan Islam di Malaysia dan negara Islam lain menggabungkannya dengan ilmu lain. 



sumber : Berita Harian


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget