Rehatlah kamu di 'sana'
Posted by
Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)
Mohd Fadhiri Mohamad Ariffin
Al-Fatihah buat arwah Mohd Fadhiri Mohamad Ariffin, salah seorang AJK SPIN, juga seorang mujahidin, pejuang agama yang tidak pernah kenal erti lelah, tidak pernah gentar berdepan musuh-musuh agama sehingga tiba di suatu saat beliau pergi bertemuNya. Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya. Kunjungi laman beliau - Mencari Redha Allah.
Menurut sumber, beliau telah terlibat dengan kemalangan yang telah meragut nyawanya bersama seorang lagi sahabat seperjuangan, saudara Faizol sepulangnya dari Kedah. Semoga pengorbanan beliau dalam menegakkan kebenaran di jalan dakwah ini mendapat ganjaran serta menjadi bekalan di 'sana'. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau di 'sana'. Ameen.
Allahummaghfirlahum Warhamhum Wa'afihim Wa'fu'anhum...
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti,
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,
Memori indah kita besama terus bersemadi,
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Di saat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih menyayangi dirimu,
Ku pasrah di atas kehendak yang Esa
Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia,
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu,
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini,
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan,
Sedih rasanya hati mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana,
Setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan,
Moga di sana kau bersama para solihin,
Kau sahabatku kau teman sejati
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang maha esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mnegenagkna
Kau sahabatku kau teman sejati
(Kau Sahabat Kau Teman - Hijjaz)
Monday, January 11, 2010