Konsep Pendidikan di dalam Islam

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)


Gambar diambil Dari : SINI

  Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel asalnya yang berbahasa Indonesia. Untuk artikel asal, klik SINI.

Sehingga kini, majoriti ahli pendidikan berpendapat bahawa, masalah utama bangsa kita adalah kerana kerendahan mutu pendidikan pada setiap peringkat dan kesatuan pendidikan. Berbagai cara telah dilakukan untuk merungkaikan permasalahan tersebut, bermula dari penganjuran pelbagai program latihan untuk meningkatkan kualiti para guru dan tenaga pendidik, penambahbaikan prasarana pendidikan dan yang paling utama iatau pembaharuan kurikulum pendidikan yang bertujuan untuk mewujudkan proses pembelajaran yang berkualiti yang akhirnya kan menghasilkan insan yang berkualiti.
Namun begitu, dari kebanyakan hal yang disenaraikan sebagai faktor-faktor yang menyebabkan kemunduran pendidikan bangsa kita berdasarkan pemerhatian penulis, hanya sedikit yang menyedari bahawa kegagalan paradigm sistem pendidikan kita adalah lebih berpunca kepada kesalahan paradigm sistem pendidikan kita yang telah membentuk dikotomi pendidikan yang mana terdapat garis pemisah antara agama dan sains.

Berdasarkan hasil masyarakat yang terjadi pada masa kini, yang mana masyarakat telah terbiasa dengan pemisahan antara pengetahuan umum dengan pengetahuan agama.  Hasil dari pemikiran tersebut kemudiannya telah mewujudkan istilah yang lain ( meminjam istilah Prof. Dr. Ahamad Tafsir) iatu sekolah umum dan sekolah agama, serta pemisahan yang jelas antara masalah umum (keduniaan) dan masalah agama (akhirat). Kesan dari pemikiran tersebut adalah mudah untuk diteka, pemisahan antara iman dan sains. Sehingga munculnya, para ulama’ yang takut akan ilmu pengetahuan (keduniaan) dan secara jelas mencela dan memusuhi para ilmuwan (keduniaan), serta ramai juga para ilmuwan (keduniaan) yang mengambil ringan terhadap persoalan agama. Hal ini menyebabkan menculnya anggapan dari sebahagian masyarakat bahawa seperti ada ‘perang dingin’ atau pertentangan antara bidang agama dan bidang ilmu pengetahuan yang lain, dan ada juga yang bertanya tentang bagaimanakah sebenarnya kedudukan perkara ini. ( lihat Soedewo PK : Islam dan Ilmu Pengetahuan).
Padahal, apabila kita meletakkan akal dan fikiran sebagai medium utama untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, ternyata di dalam al-quran banyak sekali firman-firman Allah S.W.T yang memerintahkan kepada manusia untuk menggunakan potensi akalnya dalam menelaah segala hal yang merupakan ayat-ayat(tanda –tanda) kekuasaan-Nya. Pertanyaa-pertanyaan (Istifham) yang terdapat di dalam al-quran seperti afalaa ya’qiluun atau kalimah afalaa yatafakkarun banyak sekali digunakan di dalam al-quran. Ini membihtikan bahawa perkara wahyu dan akal adalah seharusnya bergandingan.
Murtadha Mutahhari, seorang ulama’, ahli falsafah dan ilmuwan Islam sebagaimana yang dipertik oleh HD Bastaman di dalam bukunya Integrasi Psikologi dengan Islam : Menuju Psikologi Islami, telah menjelaskan bahwa iman dan sains merupakan karakteristik khas insani, di mana manusia mempunyai kecenderungan untuk menuju ke arah kebenaran dan perkara-perkara suci, serta tidak dapat hidup tanpa menyucikan dan memuja sesuatu. Ini adalah kecenderungan iman yang merupakan fitrah manusia. Tetapi, di bahagian lain manusia juga memiliki kecenderungan untuk selalu ingin mengetahui dan memahami semesta alam, serta memiliki kemampuan untuk memandang masa lalu, sekarang dan masa mendatang ( yang emrupakan cirri khas sains).
Berdasarkan huraian tersebut, dapat kita fahami bahawa kerana iman dan ilmu merupakan karakteristik khas insane yang bagaikan dua sisi mata wang yang tidak dapat dipisahkan, maka pemisahan antara keduanya akan menurunkan martabat manusia tersebut. Di samping adanya adagium bahawa iman tanpa ilmu akan mengakibatkan fanatisme dan kemunduran, tahyul serta kebodohan, dan begitu juga jika ilmu tanpa iman, ia akan digunaakn untuk menggembirakan nafsu, kerakusan, ekspansionisme, ambisi, kesombongan, penindasan , perhambaan, penipuan, dan kecurangan , ini semakin menguatkan lagi pendapat di atas. Dengan kata lain, iman tanpa ilmu akan menjadi lemah dan sebaliknya jika ilmu tanpa iman, kita akan menjadi buta!!!
Pemisahan dan pembezaan antara agama dan sains jelas akan menimbulkan kepincangan di dalam proses pendidikan, agama jika tanpa sokongan sains akan menjadikan ia tidak berpijak pada bumi yang nyata, sedangkan sains yang tidak dilandasi oleh asas-asas agama dan akhlak atau etika yang baik akan berkembang menjadi liar dan menimbulkan kesan yang mengakibatkan kemusnahan. Oleh sebab itu, konsep pendidikan dalam Islam menawarkan suatu sistem pendidikan yang holistic dan meletakkan agama dan sains sebagai suatu hal yang seharusnya saling menguatkan antara satu sama lain, yang secara umumnya ditunjukkan dalam doa Rasulullah S.A.W : “ Ya Allah, ajarilah aku apa yang membawa manfaat bagiku, serta kurniakanlah aku ilmu yang bermanfaat”. Dari doa tersebut, terungkap bahawa kualiti ilmu yang didambakan Islam adalah faedah dari ilmu tersebut. Perkara ini disebut dalam hadith Rasulullah S.A.W : “ Iman itu bagaikan badan yang masih kosong, pakaiannya adalah taqwa, hiasannya adalah rasa malu dan buahnya adalah ilmu.”
Pada akhirnya, sebagai kesimpulan, penulis mengambil pendapat HD Bastaman : “ Bila anda seorang ilmuwan, maka semaklah al-quran dan bila anda seorang agamawan, maka pelajarilah sains.”Wallahua’lam. Sehingga akan lahir seorang ilmuwan yang berjiwa ulama’ dan ulama’ yang bersikap ilmiah.

Oleh : Mulyana Yusup, S.Pd.I


Nota kaki 1: Penulis adalah Guru PAI SMP PAsundan 1 Bandung dan sedang melanjutkan pelajaran dalam program Pascasarjana UIN Sunan Gunung Djati Bandung di dalam bidang Pendidkan Agama Islam.
Nota kaki 2 : Walaupun situasi yang digambarkan oleh penulis adalah lebih kepada situasi di Indonesia, namun begitu, kita masih boleh mengambil iktibar dan panduan dari artikel ini kerana situasi yang dialami oleh kita tidak jauh bezanya dari apa yang berlaku di sana.

0 Komentar

Post a Comment


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget