
Institusi Pondok Selepas Merdeka
Sistem pengajian pondok telah menuju zaman kegemilangannya pada abad ke-20M. Keadaan ini berlaku kerana para ulama terdahulu yang berjaya melahirkan anak murid berkebolehan dan berjaya menanam semangat mencintai agama di kalangan masyarakat.[...]
Kementerian Pelajaran berpendapat subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak perlu dijadikan mata pelajaran teras dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri murid.[...]
Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.[...]
Penulisan Ilmiah Berdasarkan Manhaj AI-Azhar AI-Syarif
Penulisan Ilmiah Berdasarkan Manhaj AI-Azhar AI-Syarif
Oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Hussein, Penasihat PMRAM
(Kertas kerja ini dibentangkan dalam Bengkel Penulisan Ilmiah anjuran Manhal PMRAM pada 28 Februari 2009 di Rumah Selangor Hayyu 'Asyir)
Muqaddimah
Penulisan ilmiah samada berbentuk kajian ataupun perterjemahan suatu sumber ilmu dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain adalah satu tugas yang sepatutnya menjadi kegiatan dan kewajipan setiap penuntut ilmu. Di samping mencambahkan idea dan mematangkan ilmu yang ditimba, hasil tangan yang dikertaskan akan menjadi satu idea yang kekal dan dapat ditatap oleh generasi semasa dan akan datang. Umur manusia yang tidak panjang dapat dipanjangkan melalui tulisan yang diharapkan bakal menjadi pahala berkekalan buat si penulis.
Kematangan ilmu tidak akan berlaku secara cepat. la memerlukan proses percubaan yang lama sehingga seseorang penulis akan matang dalam mengeluarkan fakta. Kematangan ilmu sama sekali tidak akan berlaku tanpa tiga proses utama iaitu:
• proses menimba ilmu daripada para ulama
• proses menterjemahkan idea dan fakta ilmu di dalam bentuk tulisan
• proses perbincangan dan kritikan ilmiah terhadap hasil tangan yang dikeluarkan
Penulisan bukanlah satu kebanggaan yang diinginkan. Penulisan adalah satu amanah yang perlu dinoktahkan atas dasar takutkan Allah, keikhlasan dan memohon petunjuk daripada Allah Taala.
Manhaj Al-Azhar Di Dalam Penulisan
1. Wasatiyyah Adalah Manhaj al-Azhar
• Pegangan aqidah adalah berasaskan aliran Ahli Sunnah (al-Asya'irah dan al-¬Maturidiyyah).
• Meraikan perbezaan pandangan dalam masalah fiqhiyyah selagi mana tidak bercanggah dengan al-ljma'.
• Tidak cepat untuk menghukum sesuatu pandangan ulama sebaliknya:
memahami kehendak seseorang tokoh,
mencari sudut-sudut yang boleh mengaitkan pandangan tersebut dengan kebenaran
menjelaskan kesilapan pandangan tersebut dengan penuh beradap dengan cara menyandarkan pandangan para ulama lain terhadap pandangan yang salah tersebut
2. Penyalinan Nas Al-Quran Dan Al-Hadith Yang Betul
• Menyalin nas al-Quran daripada program al-Quran Rasam Uthmani.
• Menyalin hadith Rasulullah dengan berhati-hati dan disemak secara berulang-kali.
• Menjadikan kitab-kitab hadith cetakan Jam'iyyah al-Maknaz al-Islami sebagai sumber dalam menyalin hadith.
3. Penterjemahan Teks Arab
• Al-Quran dan al-Hadith yang diterjemahkan hendaklah berdasarkan huraian daripada para mufassirin dan muhaddithin.
• Merujuk kitab-kitab Hasyiah dalam memahami kehendak teks para ulama secara betul.
4. Persediaan Awal Bagi Seorang Pengkaji
• Melengkapkan diri dengan kekuatan ilmu khususnya ilmu-ilmu asas Islam.
• Memahami istilah-istilah yang digunakan oleh para ulama dalam menyatakan sesuatu pandangan. Kesilapan dalam memahami istilah adalah faktor besar kepada kesilapan maklumat.
• WAJIB MENGHADIRKAN DIRI dalam pengajian-pengajian talaqqi yang disampaikan oleh para ulama al-Azhar. Sikap hanya berpada dengan pengajian sesama pelajar dan sikap hanya berpada dengan pembacaan adalah sikap yang mesti dibasrni.
• Membanyakkan pembacaan yang akan menjadi nilai tambah bagi seorang pengkaji.
• Membentangkan pandangan yang difahami dalam sesuatu isu kepada para ulama al-Azhar dalam memastikan maksud sesuatu fakta demi mengelakkan kesilapan dalam memahami sesuatu teks ilmu. Sikap berfikir, bertanya dan bermunaqasyah dengan para ulama adalah satu latihan dalam membina dan mengasah minda sebagai seorang ulama.
5. Sikap Pengkaji Semasa Menulis
• Pengkaji perlu memahami maksud dan tujuan seseorang pengarang dalam penulisannya agar pengkaji tidak mengkritik seseorang tokoh pada tempat yang tidak sepatutnya.
• Pengkaji perlu teliti dan mengambil sikap 'perlahan-lahan' dalam mengambil dan memahami sesuatu fakta. Kegopohan dalam membaca dan menganalisa fakta akan mengakibatkan kesilapan yang memalukan.
• Membaca satu fakta tertentu daripada buku yang pelbagai kerana setiap buku adalah pelengkap kepada buku yang lain.
• Para pengkaji perlu menjadikan kitab-kitab yang diiktiraf dalam sesuatu ilmu sebagai rujukan utama dalam kajian. Contohnya menjadi satu kesalahan untuk menjadikan kitab al-Umm sebagai rujukan utama dalam mazhab al-Imam al-¬Syafie.
• Kesilapan seseorang pengarang dalam sesuatu pandangan bukanlah penyebab kepada penolakan pandangan-pandangannya yang lain secara total.
• Para pengkaji perlu memahami hakikat sesuatu topik. Ini kerana berlakunya persamaan istilah sedangkan hakikat istilah yang dikehendaki adalah berbeza antara satu aliran dengan satu aliran yang lain. Contohnya istilah al-Wajib di sisi mazhab al-Syafie dan mazhab al-Imam Abu Hanifah. Selain itu, disebabkan ketidakjelasan terhadap sesuatu isu, berlakulah perbezaan pandangan sedangkan rupa-rupanya pihak yang pertama memandang dari satu sudut tertentu yang tidak dipandang oleh pihak kedua yang memandang pula dari sudut yang berbeza. Contohnya hakikat al-Wujud dan al-Ijab.
• Meletakkan satu sikap iaitu "Kebenaran adalah lebih patut untuk diikuti".
6. Amanah Dalam Menulis
• Setiap sumber yang diperolehi hendaklah dinyatakan di dalam nota kaki. Satu KESALAHAN besar apabila sesuatu pandangan tidak disandarkan kepada pengarangnya. SALAH apabila kita menyatakan di nota kaki rujukan yang kita tidak rujuk secara langsung.
• Berhati-hati dalam menukilkan sesuatu pandangan. SATU KESILAPAN apabila kita menyatakan bahawa pandangan tertentu adalah milik seseorang tokoh sedangkan tokoh tersebut hanyalah mendatangkan pandangan tersebut di dalam tulisan beliau tanpa menyatakan bahawa beliau bersetuju ataupun tidak dengan pandangan tersebut.
• SALAH apabila sesuatu fakta ilmu dikutip daripada sumber yang berbeza daripada jenis fakta tersebut. Contohnya fakta fiqh diambil daripada kitab tafsir.
7. Cadangan Kepada Para Pengkaji Dan MANHAL PMRAM
• Memperbanyakkan penghasilan kajian ilmiah atau penterjemahan buku dari kalangan mahasiswa
• Setiap kajian atau penterjemahan yang dihasilkan dimunaqasyah oleh manhal secara terbuka
• Penghasilan kajian ilmiah dalam bahasa Melayu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dihantar kepada para ulama al-.Azhar untuk disemak dan dinilai dari sudut mutu ilmu
• Para pengkaji perlu memiliki manuskrip-manuskrip peribadi bagi memudahkan rujukan di samping mengelakkan kesilapan dari sudut kefahaman lebih-lebih lagi apabila fakta yang diperolehi daripada buku-buku bercetak agak janggal dan aneh.
• Para pengkaji seharusnya memiliki simpanan buku-buku rujukan dalam bentuk pdf yang memudahkan dan mencepatkan para pengkaji untuk sampai kepada sumber maklumat.
• Para pengkaji seharusnya memiliki laptop dan kemudahan internet.
Youngest headmaster in the world!
Around the world millions of children are not getting a proper education because their families are too poor to afford to send them to school. In India, one schoolboy is trying to change that. In the first report in the BBC's Hunger to Learn series, Damian Grammaticas meets Babar Ali, whose remarkable education project is transforming the lives of hundreds of poor children.
At 16 years old, Babar Ali must be the youngest headmaster in the world. He's a teenager who is in charge of teaching hundreds of students in his family's backyard, where he runs classes for poor children from his village.
The story of this young man from Murshidabad in West Bengal is a remarkable tale of the desire to learn amid the direst poverty.
| Babar Ali's 'school' has some 800 students |
The school is the best in this part of West Bengal. There are hundreds of students, boys and girls. The classrooms are neat, if bare. But there are desks, chairs, a blackboard, and the teachers are all dedicated and well-qualified.
As the class 12 roll-call is taken, Babar Ali is seated in the middle in the front row. He's a tall, slim, gangly teenager, studious and smart in his blue and white uniform. He takes his notes carefully. He is the model student.
Babar Ali is the first member of his family ever to get a proper education.
"It's not easy for me to come to school because I live so far away," he says, "but the teachers are good and I love learning. And my parents believe I must get the best education possible that's why I am here."
Chumki Hajra is one who has never been to school. She is 14 years old and lives in a tiny shack with her grandmother. Their home is simple A-frame supporting a thatched roof next to the rice paddies and coconut palms at the edge of the village. Inside the hut there is just room for a bed and a few possessions.
"My father is handicapped and can't work," Chumki tells me as she scrubs a pot. "We need the money. If I don't work, we can't survive as a family. So I have no choice but to do this job."
But Chumki is now getting an education, thanks to Babar Ali. The 16-year-old has made it his mission to help Chumki and hundreds of other poor children in his village. The minute his lessons are over at Raj Govinda school, Babar Ali doesn't stop to play, he heads off to share what he's learnt with other children from his village.
At four o'clock every afternoon after Babar Ali gets back to his family home a bell summons children to his house. They flood through the gate into the yard behind his house, where Babar Ali now acts as headmaster of his own, unofficial school.
Lined up in his back yard the children sing the national anthem. Standing on a podium, Babar Ali lectures them about discipline, then study begins.
Babar Ali gives lessons just the way he has heard them from his teachers. Some children are seated in the mud, others on rickety benches under a rough, homemade shelter. The family chickens scratch around nearby. In every corner of the yard are groups of children studying hard.
Babar Ali was just nine when he began teaching a few friends as a game. They were all eager to know what he learnt in school every morning and he liked playing at being their teacher.
| Babar Ali |
"In the beginning I was just play-acting, teaching my friends," Babar Ali says, "but then I realised these children will never learn to read and write if they don't have proper lessons. It's my duty to educate them, to help our country build a better future."
Including Babar Ali there are now 10 teachers at the school, all, like him are students at school or college, who give their time voluntarily. Babar Ali doesn't charge for anything, even books and food are given free, funded by donations. It means even the poorest can come here.
"Our area is economically deprived," he says. "Without this school many kids wouldn't get an education, they'd never even be literate."
Seated on a rough bench squeezed in with about a dozen other girls, Chumki Hajra is busy scribbling notes.
Her dedication to learning is incredible to see. Every day she works in homes in the village from six in the morning until half past two in the afternoon, then she heads to Babar Ali's school. At seven every evening she heads back to do more cleaning work.
Chumki's dream is to one day become a nurse, and Babar Ali's classes might just make it possible.
The school has been recognised by the local authorities, it has helped increase literacy rates in the area, and Babar Ali has won awards for his work.
The youngest children are just four or five, and they are all squeezed in to a tiny veranda. There are just a couple of bare electric bulbs to give light as lessons stretch into the evening, and only if there is electricity.
And then the monsoon rain begins. Huge drops fall as the children scurry for cover, slipping in the mud. They crowd under a piece of plastic sheeting. Babar Ali shouts an order. Lessons are cancelled for the afternoon otherwise everyone will be soaked. Having no classrooms means lessons are at the mercy of the elements.
The children climb onto the porch of a nearby shop as the rain pours down. Then they hurry home through the downpour. Tomorrow they'll be back though. Eight hundred poor children, unable to afford an education, but hungry for anything they can learn at Babar Ali's school.
*Copy from BBC News: http://news.bbc.co.uk/2/hi/
Peningkatan Gejala Sosial di Malaysia dan Kaitannya dengan Sistem Pendidikan Islam Negara.
Beberapa minggu yang lalu,masyarakat Malaysia telah dikejutkan dengan berita peningkatan kes gejala sosial seperti kelahiran anak luar nikah di kalangan remaja muslim. Suatu pendedahan yang membuka mata masyakat ini telah melahirkan bermacam-macam respon dari pelbagai pihak.
Ada yang menyalahkan sistem pendidikan negara dan ada juga yang mempertikaikan peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Semua pendapat yang dikeluarkan tersebut mungkin ada benarnya kerana perkara ini tidak mungkin akan berlaku jika hanya disebabkan oleh satu sebab sahaja, ia merupakan natijah kepada gabungan beberapa faktor yang mempengarui keruntuhan institusi sosial di negara ini.
Namun, apa yang cuba difokuskan di dalam artikel ini adalah, sejauh mana sistem pendidikan Islam di negara ini menyumbang kepada masalah tersebut. Beberapa persoalan perlu dirungkaikan dalam membicarakan mengenai perkara ini. Antaranya ialah :
Adakah silibus pendidikan islam di negara ini tidak sempurna?
Adakah pendekatan pengajaran pendidikan di negara ini tidak sesuai dan tidak memberi impak berkesan di hati pelajar?
Atau mungkinkah berlakunya peng’anak tiri’an terhadap matapelajaran pendidikan Islam di Institusi-instusi pendidikan di seluruh Malaysia?
Pada pendapat penulis, silibus pendidikan Islam yang diguna pakai di Malaysia ini tidaklah terlalu sempurna tetapi ia masih cukup untuk menghasilkan impak positif ke atas diri pelajar jika dilaksanakan secara sempurna iaitu melalui pendekatan academic-based dan life-based. Pendekatan pengajian Islam di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan formal di Malaysia yang kebanyakannya berorientasikan academic-based, telah hanya melahirkan insan-insan yang memperolehi A++++ di dalam peperiksaan mereka tetapi tidak di dalam kehidupan mereka. Oleh itu, penyemakan kurikulum pendidikan di Malaysia tidak hanya perlu memfokuskan kepada penyemakan silibus sahaja, malahan ianya perlu juga disemak di peringkat perlaksanaannya juga.
Kekurangan ketara yang terdapat di dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia adalah dengan ketiadaan pengajian atau didikan susulan berkaitan pendidikan Islam di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia ini. Hakikatnya, ketika di usia remaja ini lah, para mahasiswa memerlukan pendidikan yang lebih mendalam dan pengawasan yang lebih ketat terhadap pengamalan nilai-nilai Islam di dalam kehidupan mereka. Ketiadaan pendidikan susulan ini menyebabkan kebanyakan remaja atau mahasiswa kehilangan tempat rujukan dan panduan. Oleh itu, penyemakan kurikulum pendidikan Islam di IPT perlulah diwujudkan dan dikemaskini menurut perspektif semasa.
Penganaktirian terhadap matapelajaran pendidikan Islam berbanding matapelajaran yang lain merupakan suatu isu yang telah lama dibangkitkan oleh kebanyakan insan yang prihatin terhadap masa depan anak bangsanya, namun begitu, tidak banyak perkara yang mampu dilakukan untuk membetulkan konsep ini. Pemisahan kehidupan ukhrawi dan duniawi yang ketara di dalam sistem pendidikan masa kini telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam akademiknya tetapi kecundang di dalam pembentukan sahsiahnya. Sistem pendidikan di Malaysia banyak melahirkan para saintis, ilmuwan, doctor, dan ahli falsafah yang terkemuka, tetapi ia sangat sedikit melahirkan para saintis mu’min, ilmuwan mu’min, doctor mu’min, ahli falsafah mu’min dan lain-lain bidang profeisional yang mempunyai kualiti seorang ilmuwan dan juga seorang hamba Allah S.W.T.
Justeru itu, penyemakan semula terhadap sistem pendidikan Islam negara dan perlaksanaannya di dalam masyarakat sangat perlu dilakukan sebagai nilai tambah di dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan gejala sosial di muka bumi Malaysia tercinta ini. InsyaAllah
Pendidikan formal aliran agama diterima
Pendidikan formal aliran agama diterima
Daripada Azmi Md Deros di Paris
azmimd@bharian.com.my
2010/04/06
CADANGAN Malaysia dan empat negara Islam lain untuk mengemukakan usul memasukkan pendidikan formal aliran agama dalam pendidikan aliran perdana global pada mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) ke-184 di sini, diterima oleh negara maju dan Afrika yang sebelum ini membantahnya.
Bagaimanapun, persetujuan itu dicapai selepas dilakukan sedikit perubahan kepada draf yang memasukkan perkataan madrasah dan menyokong usul alternatif yang menggantikannya dengan perkataan inklusif berikutan bantahan negara maju yang bimbang kerana pendidikan madrasah sering dikaitkan dengan keganasan dan ekstremis
Wakil Tetap Malaysia ke Unesco, Datuk Kenneth J Luis, berkata selain Malaysia, empat negara yang sebelum ini mengemukakan usul Pembangunan Pendidikan Moden, Berkualiti dan Madrasah itu ialah Pakistan, Iraq, Indonesia dan Afghanistan dan disokong Brunei, Jepun, Nigeria, Senegal, Tanzania, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Filipina.
Malaysia dan Pakistan adalah negara anggota Lembaga Eksekutif Unesco yang turut dianggotai 56 negara lain. Pada Khamis lalu, Malaysia, Pakistan dan Indonesia menarik balik usul pertama, diikuti Afghanistan dan Iraq pada keesokannya.
Katanya, negara terbabit menyokong usul baru iaitu Pembangunan Pendidikan Moden, Berkualiti dan Inklusif yang akan dibentangkan oleh Saint Lucia dalam mesyuarat lembaga berkenaan hari ini yang dikendalikan Pengerusi Lembaga Eksekutif Unesco, Eleonora Mitrofanova.
"Perkataan inklusif diterima kerana ia meliputi pendidikan formal lebih menyeluruh membabitkan semua agama, selain menumpukan kepada bidang lain, termasuk sains, matematik, teknologi dan teknikal," katanya selepas menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sini, semalam.
Timbalan Perdana Menteri diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berada di sini bagi mewakili negara pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Unesco kali ke-184.
Sementara itu, Kenneth berkata, Malaysia melalui draf usul pertama turut menjelaskan pendidikan aliran agama di negara Islam menumpukan kepada subjek aliran perdana, termasuk sains dan matematik yang diperkukuhkan.
Katanya, Malaysia dan negara lain bersetuju berkompromi usul pindaan daripada Saint Lucia selepas negara itu yang mengetuai bantahan negara maju dan Afrika memasukkan perkataan inklusif, mengakui pendidikan Islam di Malaysia dan negara Islam lain menggabungkannya dengan ilmu lain.
sumber : Berita Harian
Konsep Pendidikan di dalam Islam
PENDIDIKAN ISLAM MENURUT AL-NADAWI
Sekilas pandang tentang riwayat hidupnya (1):
Beliau putera ‘Abdul-Hayyi al-Hasani, dilahirkan pada bulan Muharram 1332 H. di Ray Barelly di India Utara, dalam kalangan keluarga yang sangat teguh beriman kepada tauhid, menjaga Sunnah Nabi s.a.w. dan menegakkannya dalam hidup serta menentang bid’ah yang muncul dalam masyarakat.
Semenjak kecil lagi beliau mempelajari agama Islam dengan baik dan mendalam; kemudian beliau menuntut di Nadwatul ‘Ulama di Lucknow dan juga menuntut dengan beberapa orang ulama besar yang terkemuka di Deoband dan Lahore.
Buku beliau yang pertama dalam Bahasa Arab tentang riwayat hidup Imam Ahmad Shahid dan ini diterbitkan oleh Syed Rashid Ridha pada tahun 1931, ketika beliau berumur 16 tahun.
Kemudian beliau dilantik sebagai pensyarah ilmu tafsir dan sastera Arab di Ma’had Daril-‘Ulum Nadwati’l-‘Ulama’ Lucknow buat beberapa tahun lamanya; beliau juga diangkat menjadi ketua redaksi majalah Ilmiah “an-Nadwah”.
Pada tahun 1361 H. beliau memberi ceramahnya berkenaan dengan dengan tajuk “Agama dan Kemajuan” di Jami’ah Milliyah Islamiah – iaitu Universiti Islam Miliyyah di India; kemudian beliau banyak mengarang buku-buku dalam Bahasa Arab terutamanya untuk para pelajar madrasah Islamiah, antaranya seperti kitabnya yang berjudul “Mukhtarat min Adabil-‘Arab” yang banyak dipakai sebagai buku pegangan untuk universiti-universiti Islam di India dan juga di negeri-negeri Arab. Antaranya juga beliau mengarang kitab tentang Riwayat Hidup para Nabi dan Qira’atul-Rasyidah yang kedua-duanya merupakan bacaan yang sangat baik untuk anak-anak yang ingn belajar bahasa Arab.
Di Kota Lucknow beliau mendirikan institusi iaitu Islamic Research and Publications (Penyelidikan Islam dan Penerbitan) pada tahun 1378 H.
Kegiatan beliau yang paling menonjol selain daripada penulisan ialah gerakan dakwah Islamiah di India. Demi untuk menjayakan dakwah itu beliau sering keluar negeri untuk menyampaikan kuliah-kuliahnya di negeri-negeri Arab, Eropah dan Amerika Syarikat.
Dalam tahun 1364 H. beliau menulis kitabnya yang sangat terkenal di tengah-tengah dunia Islam yang berjudul “Madha Khasiral-‘Alam bi’n-hitat’l-Muslimin” (Apa Kerugian Alam Dengan Menurunnya Umat Islam). Kitab tersebut diterbitkan di Mesir tahun 1369/1950, dan ianya dicetak-ulang beberapa kali. Terjemahan Melayunya berjudul “Apa Derita Dunia Bila Islam Mundur” oleh H. Zubeir Ahmad, terbitan Media-Da’wah – Thinkers Library, cetakan pertama Indonesia tahun 1983, di Malaysia tahun 1986. Satu lagi terjemahan Indonesianya ialah yang berjudul “Kerugian Apa yang Diderita Dunia Akibat Kemorosotan Muslimin” terjemahan Abu Laila dan Muhammad Tohir, terbitan al-Ma’arif, Bandung, dengan pendahuluan oleh alm Syed Qutb dan Dr Muhammad Yusuf Musa.
Pada tahun 1380 H. beliau diangkat menjadi wakil Ma’had Daril-‘Ulum Nadwatul-‘Ulama; kemudian diangkat lagi sebagai rektor Ma’ahad itu sampai ke akhir hayatnya.
Tahun 1957 M beliau diangkat menjadi anggota Lembaga ilmu Pengetahuan Arab di Kota Damsyik; selain itu beliau diangkat menjadi anggota Majlis Ta’sisi Rabitah al-‘Alam al-Islami di Makkah semenjak tahun 1380 H./1980 M.; juga beliau dilantik sebagai anggota majlis A’la di Universiti Islam Madinah.
Semenjak tahun 1959 beliau diangkat sebagai ketua Lembaga Pendidikan Agama di seluruh willayah Utara India.
Sampai sekarang hasil penulisannya sampai lebih enam puluh buah buku dalam Bahasa Arab dan Urdu. Naskhah Inggerisnya antaranya biasa diterjemahkan oleh Mohiuddin Ahmad dan Muhammad Asaf Qidwa’i.
Kepentingan Pendidikan:
Maulana Syed Abul-Hasan ‘Ali al-Nadawi rh menyebut tentang kepentingan pendidikan ini dalam beberapa buah bukunya.Antaranya beliau menyebut tentang perkara itu dalam bukunya Islam and the World(2):
“Susunan pendidikan Alam Islam mesti bentuk semula habis-habis habisan dalam suluhan cahaya cita-cita Islam dan ajaran-ajarannya. Mempelajari dari negeri-negeri Barat apa yang maju terkedepan dalam sains dan teknologi adalah satu perkara, tetapi bila sahaja Muslimin melupai bahawa akar-umbi kekuatan mereka berada dalam Islam, dan mereka menjadi pengikut-pengikut khemah orang lain dari segi intelektuilnya, tenaga-tenaga kreatif mereka menjadi terhalang. Dalam zaman lampau kepimpinan intelektuil Muslimin diterima di seluruh dunia. Budaya dan ilmu pengetahuan mereka berkembang dalam setiap bidang kehidupan manusia di seluruh dunia. Buat masa yang lama dunia terus menerus berfikir dalam cara Islam dan mendapat inspirasi daripada kehidupan cara Islam. Bahasa Arab menjadi bahasa ilmu pengetahuan di dunia Barat dan setiap pengarang terkenal mengunakan bahasa ini untuk melafazkan apa yang hendak dinyatakannya
Beliau meneruskan kenyataannya tentang bagaimana Barat mendatangkan banyak akibat-akibat yang merugikan Islam dan umatnya dalam sejarahnya. Kata beliau:
“Kemudian masa berubah, dan berlakulah kemenangan Barat mengatasi (Muslimin). Ia membawa bersama-sama dengannya sikap baharu dalam hubungan dengan pengetahuan, yang merupakan hasil pengalaman-pengalaman dan keadaan-keadaan budaya Barat sendiri. Dunia mula mengikut dengan membuta tuli struktur yang baharu itu. Dunia Islam juga, oleh kerana kemalasan mental (mental sluggishness) terpedaya dengan ilusi bahawa keselamatan dan kesejahteraan mereka hanya terletak pada sikap tunduk sebagai abdi kepada barat dan sistem pendidikannya.
Dengan itu maka asaspun disediakan bukan sahaja untuk pendewaan intellektuil tetapi juga peniruan (imitation) peradaban Barat oleh golongan intelektuil Muslimin. Maka sikap skeptik dalam agama, takbur, rasa tidak puas hati (dengan agama) dan semua ciri-ciri lain cara hidup Barat mula secara beransur-ansur dan tetap menggantikan cita-cita mulia dan tinggi budaya di kalangan generasi Muslimin yang baharu muncul. Peradaban kerohanian Islam mula secara sistematisnya digantikan dengan peradaban kebendaan Eropah.”
Beliau menyatakan bahawa syarat untuk mendapatkan kembali kepimpinan dunia ini adalah melalui pencapaian kedudukan teratas dari segi intelektuil melebihi Barat. Kata beliau:
“Adalah paling penting sekali demi untuk mencapai kembali kedudukan kepimpinan dunia bagi Islam bahawa Muslimin mestilah menimbulkan kembali ketinggian intelektuil mereka ke atas Barat. Untuk tujuan ini kebudayaan Islam mesti menegaskan dirinya kembali. Usaha-usaha perjuangan yang gigih mesti dilakukan dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Sudah tentu, ini bukannya kerja beberapa orang perseorangan ataupun beberapa pertubuhan. Lujnah-lujnah dan institusi-institusi yang bertenaga tinggi dengan segeranya hendaklah dibangunkan dengan tujuan untuk menyusun struktur pendidikan yang secara seluruhnya mengikuti roh ajaran al-Qur’an dan Sunnah tanpa mencuaikan syarat-syarat pengajian moden dan penyelidikan saintifik. Ahli-ahli pendidikan dan sains Islam hendaklah menggunakan kekuatan mereka sendiri dalam bidang pemikiran spekulatif (speculative reasoning ) dalam hubungan dengan pembentangan sains empiris supaya mereka boleh menyelamatkan generasi-generasi mendatang Muslimin daripada menimbulkan perasaan benci terhadap zaman yang telah lalu sejarah mereka dan merasa putus harap dalam hubungan dengan masa depan mereka”.(3)
Dalam bukunya The Glory of Iqbal (4) beliau menyebut beberapa kritikan almarhum Muhammad Iqbal rh dengan penuh persetujuan terhadap pendidikan moden.
Antaranya ialah bagaimana pendidikan moden
1. telah mengabaikan pembangunan mental dan rohaniah generasi muda yang mengakibatkan timbulnya krisis moral di kalangan mereka;
2. dengan itu maka fikiran pemuda dan pemudi sekarang cerdas dan gemilang tetapi jiwa dan rohaninya gelap; kemerosotan rohaniah berlaku bergandingan dengan perkembangan mental yang cerdas;
3. bagaimana akibatnya juga timbul di kalangan mereka sifat tidak mengenali jati-diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan destini atau masa hadapan dan nasib mereka sebenarnya;
4. bagaimana mereka itu lebih dipengaruhi oleh ideologi-ideologi asing lebih daripada dipengaruhi oleh agama mereka sendiri;
5. bagaimana sifat kebendaan yang berlebihan di kalangan mereka dan juga sifat berlebihan dalam bergantung kepada pekerjaan sebagai matlamat pendidikan menyebabkan keruntuhan moral dan kerohanian mereka;
6. bagaimana timbulnya sikap mengambil peluang dan faedah kebendaan yang sementara dalam sesuatu kegiatan (undue expediency) bersekali dengan budaya “artificial” dan hidup meniru-niru yang tidak wajar.
7. Dengan itu pendidikan Barat moden menjadi alat penjajahan Barat ke atas Timur (kalau sekarang ini diperteguhkan lagi dengan seruan “Globalization” atau Globalisasi yang menjayakannya melalui ekonomi pasaran terbuka dan keadaan “dunia tanpa sempadan” dan “perkampungan global”);
8. bagaimana pendidikan Barat moden yang terbentuk dalam atheisme , atau sekurang-kurangnya dalam keadaan keresahan mental dan kekalutan intelektuil (“intellectual anarchy”) mengakibatkan timbulnya skeptisisme, dan unsur-unsur rasionalisme dan pemikiran bebas di kalangan mereka yang terdidik di dalamnya;
9. bagaimana kejayaan saintifik dan faedah-faedahnya membolehkan manusia menguasai angkasa lepas dan terbang di angkasa tetapi menyebabkan ianya terangkat daripada tempat berpijaknya dan memisahkannya daripada akar umbi rohaniahnya;
10. bagaimana pendidikan itu berkecenderungan untuk membataskan nilai dan martabat manusiawi dalam hubungan dengan mesin, industri, dan lain-lain manifestasi kemajuan kebendaan walaupun ianya adalah “mutiara yang dikehendaki dari samudera seluruh penciptaan” dan “hasil penuaian dari ladang gandum kehidupan”;
11. bagaimana akibatnya pengertian ilmu dan kefahaman manusiawi menjadi cacat dan tercela tanpa rahmat Ilahi dan wahyuNya;
12. bagaimana dalam suasana pendidikan demikian setiap lintasan pemikiran yang tidak menasabahpun diangkat martabat menjadi “falsafah” yang dihormati;
13. bagaimana sifat tergesa-gesa keinginan cepat dalam segala perkara dalam zaman teknologi ini menyebabkan kestabilan segala perkara menjadi musnah dan falsafah menjadi himpunan pemikiran yang tidak koheren yang tidak menentu (“haphazard collection of incoherent ideas”);
14. bagaimana pendidikan demikian menggalakkan timbulnya sikap meniru-niru buta tamaddun Barat yang menghilangkan semangat dan roh keaslian dan tindakan yang bebas merdeka; dengan itu generasi muda tidak ada kewujudan dan jatidiri asli sebenarnya kerana ia menjadi bayangan bagi wujud Barat dengan kehidupan “artificial” yang diamalkannya; dengan itu
15. jiwa mereka dilitupi dukacita dan rasa bosan, bukan lagi penuh dengan harap dan cita-cita tinggi dan murni.
Ini antaranya terbayang dalam dalam bait-bait sinandung Iqbal yang dikutip oleh beliau antaranya:
Aku bangkit pergi dari Madrasah dan Khanqah di mana
Tidak ada di situ kehidupan dijayakan dan tidak pula cita ilmu dan pandangan akal tajam
Para ilmiawan madrasah itu jahil dan tidak bermaya lagi
Para darwish di Khanqah itu dangkal dan tidak bercita-cita tinggi lagi
Berhala-berhala zaman moden terpahat dalam sekolah-sekolah itu
Tidak ada padanya sentuhan tangan Azar juga tidak ada padanya tarikan lagi
Sungutanku terhadap para pemimpin sekolah itu ialah ini:
Kepada anak-anak helang sewah itu mereka mengajarkan ilmu hidup terikat ke bumi
Manusia-manusia di pusat pengajian itu telah menjerut lehermu,
Dari mana lagi boleh datang seruan “la ilaha illa’Llah”?
Adakah Madrasah itu memiliki keindahan pemikiran?
Adakah terdapat di Khanqah itu keseronokan dengan rahsianya?
Adakah ini sahaja yang berupa seluruh harta kekayaan dunia moden ini –
Pemkiran bercahaya, hati nan gundah gulana, dan pandangan mata yang jahat?
Ah! Remaja berdarah panas di sekolah itu
Mangsa lemah tidak bermaya dari sihir tamadun Barat
Para remaja itu haus, piala mereka kosong tak berisi
Pandangan lahir mereka berkilat, jiwanya gelap, fikirannya bercahaya
Tanpa pandangan rohani yang tajam, tanpa keyakinan, tanpa harapan
Tidak ada apapun di dunia yang dipandang oleh matanya
Orang-orang hampas itu, yang tidak setia kepada diri mereka sendiri, yang mengabdi kepada orang lain,
Tukang-tukang bina rumah berhala itu, membina dari tanah diri mereka sendiri, membikin batu batanya.
Bagaimanapun Iqbal tidak putus harap, dan ini dicatitkan dengan penuh persetujuan oleh Syed Abul-hasan ‘Ali Nadawi. Dinulkilkan beliau bahawa Iqbal bersenandung:
Aku cintakan para pemuda yang
Melemparkan jerat mereka ‘ntuk menangkap bintang-bintang
Kurniakanlah (O Tuhan) kepada para pemuda itu keluhanku sebelum Subuh
Kepada anak-anak helang sewah itu sekali lagi kurniakanlah bulu dan sayapnya!
Wahai Tuhan! Hamba ada satu saja hasrat—
Kurniakanlah kepada semua ni’mat pandangan tajamku!
Pandangan Iqbal tentang pendidikan Barat dijadikan satu bab khusus dalam buku beliau Ke Arah Pendidikan Islam Yang Tulin (5).
Dalam buku ini beliau menyenaraikan beberapa pandangan Iqbal dalam hubungan dengannya, antaranya ialah, sebagaimana yang disebutkan di atas dengan diberikan huraian yang agak mendetail tentang kecacatan-kecacatan pendidikan moden. Pengamatan-pengamatan itu masih benar dalam konteks sekarang.
Keperluan Kini:
Dalam buku Ke Arah Pendidikan Islam yang Tulin (6) beliau menyebut tentang keperluan kini kepada bentuk pendidikan yang benar-benar mengikut acuan Quran dan Sunnah yang mampu mempersiapkan generasi baharu untuk menjalankan tugas mereka dalam umat ini. Dalam hubungan dengan ini beliau menyebut kenyataan seorang pakar pengajian Islam di Amerika (Charles L. Gedder) dalam ceramahnya di Karachi pada tahun 1966:
Bahawa Islam memiliki semua keutamaan-keutamaan yang memberikan kemampuan (kepadanya – p) untuk menyebarkan keamanan dan penyesuaian di seluruh dunia. Barat mengharapkan ummat islam yang membawa agama yang diturunkan oleh Allah ini, agama ini (yang) mempunyai masa lampaunya yang agung dan gemilang yang diharapkan akan membawakan asas-asas hidup dan falsafahnya ke Barat dan dengan begitu mereka (sic!) berupaya menyebarkan bendera-bendera kesejahteraan yang diharapkan bagi mereka pada dunia esuk (sic!)”.
Pada Abul-Hasan rh hal ini tidak akan berlaku melainkan dengan adanya usaha untuk melahirkan generasi terpelajar yang menghimpunkan dalam diri mereka aqidah dan ilmu pengetahuan. Dan ini tidak berlaku tanpa adanya sistem pendidikan yang disusun sesuai dengan akidah dan peradaban Islam yang menggabungkan di dalamnya antara perasaan dan roh, api keimanan dan ilmu yang luas berserta dengan fikiran yang cerdas dan tajam. Ini disertai pula dengan pengetahuan tentang penerokaan-penerokaan ilmu pengetahuan yang terkini yang bermanfaat untuk umat manusia. Dan ini memerlukan sukatan pelajaran baharu dengan ilmu-ilmu yang yang diperlukan dalam satu markas di Timur. Ianya memerlukan cara berfikir dan bertindak yang besar.
Beliau mengutip kata-kata almarhum Badi’uzzman al-Hamdani dengan penuh persetujuan, iaitu:
Ianya adalah satu kejayaan yang bersinar dan di hadapannya kejayaan-kejayaan, para malaikat turut memuji bersama roh, dunia Islam akan melihat kepada seorang pejuang yang bangun mengerjakan tugas-tugas yang akan menyelamatkan ummat ini. (7)
Keperluan kepada Sistem Pendidikan Yang Baharu:
Dalam hubungan dengan keperluan umat kepada sistem pendidkan yang baharu, beliau membuat beberapa kenyataan yang menarik dalam buku tersebut. (8) Beliau menyatakan bahawa perlu dibentuk sistem pelajaran yang baharu yang bersesuaian dengan aqidah Islam dan dasar-dasar hidupnya, tujuan-tujuan, dan kepentingan-kepentingannya, dan perlu dikeluarkan daripada sistem yang baharu itu roh kebendaan, dan semangat menentang peraturan-peraturan Syariat Ilahi, dan dimasukkan ke dalamnya pendidikan bagi memulihkan akhlak manusia; perlu dibersihkan sistem itu daripada penyembahan terhadap benda, dan ditiupkan ke dalamnya roh taqwa dan pengembalian insan kepada Allah dengan keyakinan kepada realiti alam akhirat dan kepekaan terhadap dasar kasihan belas antara sesama manusia seluruhnya.
Beliau menyatakan lagi bahawa perlu dibersihkan daripada sistem yang baharu itu pemikiran Barat yang tidak wajar dalam hubungan dengan disiplin-disiplin ilmu bahasa, sastera, falsafah, ilmu jiwa, ilmu pembangunan ekonomi, dan politik. Semua disiplin-disiplin ilmu ini dikuasai dan diletakkan di bawah roh ilmu-ilmu yang membenteras pengaruh Barat terhadap pemikiran umat dan apa yang mementang kepimpinan Islam dan ketuanannya.
Belau berpendapat dalam buku itu bahawa segala ilmu-ilmu Barat dan teori-teorinya dijadikan sebagai tajuk-tajuk yang dipelajari dan dikaji secara sungguh-sungguh dengan diterangkan kepada para pelajar Islam mengapa ianya berupa satu kesalahan dan bagaimana ia boleh menguasai manusia dan peradabannya. Ilmu-ilmu itu semua hendaklah diletakkan dalam pusat kajian dan dipelajari dengan penuh keberanian dan kebebasan ilmiah. Ianya hendaklah dipandang sebagai “bahan mentah” yang boleh kita olah mengikut keyakinan aqidah dan budaya kita.
Beliau mengakui ini tugas yang berat dan memerlukan masa, tetapi ia perlu dilaksanakan kalau tidak ianya terus menerus akan meracuni umat yang mengancam kewujudan dan keselamatan mereka.
Natijah yang diberikan penekanan dalam sistem yang baharu itu ialah: untuk menimbulkan semangat, pengorbanan, keikhlasan dan kesetiaan mereka yang menjadi asas bagi menegakkan kedaulatan negeri Islam dan membebaskan mana-mana negeri yang terjajah (kalau ada) supaya mereka tidak diseret oleh Barat tanpa disedari.
Beliau menyebut sebagai pengajaran bagaimana rahsianya Inggeris telah berjaya di India misalnya dengan meneruskan pengwujudan ketua-ketua, pegawai-pegawai tinggi dan hakim-hakim yang terdidik dengan pendidikan Barat (Inggeris) tulin yang cukup setia dan taat kepada sistem mereka. Mereka berjaya memaksakan sistem mereka ke atas negeri itu beratus tahun walaupun selepas penjajah itu sudah keluar dari negeri itu. Maka kata beliau, demikian pula, untuk mengubah negeri-negeri Islam dari keadaan yang terbiar dengan unsur-unsur keBaratan mereka, perlu diadakan usaha untuk kembali semula kepada kebenaran-kebenaran Islam dan cara hidupnya melalui pengajaran dan pendidikan Islam terhadap generasi muda Muslimin. Dengan perubahan menyeluruh seperlunya sahaja boleh kita jayakan pendidikan yang sewajarnya bagi mengembalikan identiti umah ini selayaknya.
Kita boleh membuat pengamatan tentang pendapat beliau yang berharga itu dengan memberi perhatian kepada beberapa isu yang dibangkitkannya.
Tentang beberapa unsur yang negatif dan parah yang ada dalam pendidikan moden berdasarkan kepada pengamatan-pengamatan Iqbal rh dalam bidang rohani, intelektuil, moral dan budaya serta krisi identiti diri, itu semua adalah pengataman-pengataman yang sahih dan benar. Dan kita boleh melihat akibat-akibat yang sedemikian masih berterusan sampai sekarang, bahkan dengan unsur-unsur yang semakin bertambah daripada beberapa dekad awal abad ini. Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berterusan dalam negeri-negeri Islam apa lagi kalau ianya menjadi semakin buruk dan parah.
Keduanya tentang keperluan mengadakan perubahan besar-besaran dan menyeluruh, ini juga satu keperluan yang boleh diterima oleh orang-orang yang ada keprihatinan dan kepekaan dalam bidang ini. Dan ianya dipersetujui tanpa perbahasan yang panjang.yang perlu ditelitikan lagi dengan halusinya ialah modus operandinya secara yang amali yang boleh dilaksanakan dalam realiti yang ada di hadapan mata kita sekarang.
Ketiganya, berkenaan dengan mengambil subjek-subjek moden dan memberi huraiannya mengikut faham ilmu atau epistemologi kita dan pandangan hidup kita (mengikut “worldview” dan “epistemology” kita) itu adalah suatu program yang paling wajar dan mesti dilaksanakan. Ianya seperti Pengislaman ilmu-ilmu atau “Islamization of Knowledge” yang dibicarakan oleh alm Prof Isma’il al-Faruqi sebagaimana yang terkandung dalam bukunya dengan judul yang sedemikian itu.
Keempatnya tentu dalam proses itu fakta-fakta yang objektif dalam sains, teknologi dan data-data lain yang bebas nilai (‘value-free’) kekal dengan kedudukannya. Yang berlainan ialah perspektif falsafah dan latar belakang serta cara penafsirannya.
Kelimanya berkenaan dengan pembentukan ciri-ciri taqwa, semangat jihad dan pengorbanan, serta sikap berani dengan kebenaran – itu semua perlu dibentuk dengan adanya suasana yang salih dalam tempat pendidikan selain daripada matapelajarannya dan sifat-sifat gurunya yang akan dibicarakan pada tempat sewajarnya. Ertinya dalam sistem yang baharu itu amalan-amalan akhlak dan rohaniah yang dituntut, selain daripada kecemerlangan intelektuil dan akademik, adalah perkara-perkara yang diambil kira dalam pembentukan peribadi dan pemikiran para pelajar, bukan hanya persijilan secara biasa yang biasa dilakukan.
Mendirikan universiti-universiti Islam
Pada beliau matlamat universiti Islam ialah untuk mengeluarkan para penda’wah kepada jalan Allah, para pekerja untuk da’wah yang mempunyai fahaman yang mendalam dan pandangan yang jauh. Ianya memerlukan persiapan ilmu dan pengetahuan agama yang matang, yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan yang membolehkannya meneliti perkembangan terbaharu di zaman moden ini. Berbekalkan keimanan yang teguh dan mendalam para da’I berusaha untuk meneruskan kelangsungan risalah ajaran Islam dan perlaksanaannya bagi semua zaman dan tempat, dengan keyakinan Baginda s.a.w. adalah “khatamun-nabiyin”, yang berupa penyinar jalan kehidupan dan pemimpin untuk seluruh umat manusia, yang datang sebagai “rahmat untuk sekalian alam” (rahmatan lil-‘alamin). Maka keseluruhan universiti Islam itu adalah untuk tujuan ini dengan persiapan teks-teksnya, peraturan-peraturan di dalamnya, nilai-nilainya, dan semua proses-proses kerja di dalamnya. Ini akan berupa pembaharuan yang terlalu amat besar yang dihajati oleh umat ini.
Bahan-Bahan Pendidikan Asasi
Antara bahan-bahan asasi yang diperlukan dalam pendidikan ini ialah Qur’an, Sunnah dan Sirah Nabi s.a.w.
Qur’an yang merupakan mu’jizat yang berupa kebenaran yang kekal abadi mesti dipelajari dan difahami isi kandungannya, dan ianya menjadi sebagai anak kunci pengetahuan dalam erti yang sebenarnya dengan pelbagai pentarafannya. Beriman dengannya ialah beriman dengan seluruh diri dan hati dengan keyakinan yang tidak berganjak, yang datang daripada kefahaman yang jernih dan mendalam. Qur’anlah yang menjadi panduan dalam mentauhidkan Allah dengan Sifat-SifatNya yang Sempurna, dalam meyakini alam ghaib dan akhirat dan dalam beriman kepada dasar-dasar keimanannya. Dengan Quran terdapat panduan tentang hidup dalam pengabdian kepada Tuhan dan dalam melaksanakan ciri-ciri akhlak yang utama dan universal. Dengannya juga difahami kehidupan berdasarkan kepada peraturan-peraturan Syariat Ilahi yang mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia. Ianya menjadi panduan bagi menjalankan gerak-kerja da’wah Islamiah dalam masyarakat.
Selepas daripada Qur’an Sunnah menjadi punca kedua keimanan dan penghayatan Islam; melalui Sunnah para pelajar diajar untuk mengatur kehidupannya mengikut aturan-aturan dan norma yang ada di dalamnya yang berpunca daripada insan yang sempurna yang menjadi rahmat untuk seluruh alam dan contoh kesempurnaan manusiawi sejagat. Tuntunan diri dalam ibadat, akhlak dan pergaulan masyarakat terdapat di dalamnya dengan cara yang sebaiknya. Ini adalah selain daripada penelitian secara teknikal berkenaan dengan hadith sebagai disiplin ilmu dalam rangka ilmu-ilmu Ahlis-Sunnah wal-jamaah. Dalam hubungan dengan ini juga perlu diwaspadai pendapat-pendapat orientalis yang terseleweng daripada apa yang sebenarnya.
Dalam melihat Sunnah ini perselisihan mazhab hendaklah ditangani dengan semangat adab ikhtilaf demi untuk menyatupadukan bukan untuk mengapi-apikan perselisihan dalam perkara-perkara furu’iyah.
Ketiganya ialah Sirah Nabawiyyah yang perlu dimasukkan ke dalam sukatan pendidikan yang dikehendaki itu. Pengajaran Sirah hendaklah dijalankan dengan sebegitu rupa sehingga terasa oleh para pelajar bahawa mereka hidup bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. dan para Sahabatnya, Allah meredhai mereka semuanya. Antara bahannya ialah “Sirah” Ibn Hisyam rh yang boleh dijadkan panduan dalam menangani bidang ini. Dengan berdasarkan kepada teks-teks seperti ini dan yang lainnya yang membantu dalam menyampaikan ilmu ini ke dalam pendidikan maka dijayakanlah usaha meniupkan kesedaran dan penghayatan Islam mengikut contoh peribadi yang paling unggul dalam seluruh sejarah umat manusia. Persoalan-persoalan yang dibawa oleh para sarjana Barat perlu ditangani dengan cara yang berkesan dan meyakinkan supaya tidak timbul rasa syak dan ragu tentang bidang ini oleh pelajar.
Dalam hubungan dengan kefahaman tentang hikmah tasyri’ maka elok dan berfaedah diberi pendedahan kepada para pelajar terhadap falsafah dan tarikh tashri’ secara sepadu, supaya ketaatan kepada syariat di kalangan para pelajar berlaku dalam suasana berdasarkan kepada kefahaman yang wajar dan bukan kepada taklid semata yang membawa kepada kefanatikan mazhab yang jauh daripada wajar. Ini antaranya ditangani dengan baik oleh Syah Waliyu’Llah al-Dihlawi dengan kitabnya Hujjatu’Llah al-Balighah (selain daripada Imam al-Ghazali dengan al-Ihya’nya dan al-‘Izz ibn ‘Abdis-Salam dengan Qawa’id al-Ahkamnya – p). Dengan sikap mengambil kira peredaran zaman dan perkara-perkara yang positif di dalamnya maka dibicarakan panduan hukum dengan maksud-maksud dan hikmat-hikmatnya yang mencakupi masalah seluruh ilmu dan kehidupan.
Yang satu laginya ialah ilmu fiqh dan usul al-fiqh itu sendiri. Beliau berpendapat bahawa dalam hubungan dengan disiplin ini kitab-kitab yang muktabar yang mewakili mazhab-mazhab yang diakui itu perlu dipelajari supaya dengan itu maka para pelajar universiti Islam itu keluar menjadi ahli-ahli ilmu yang mengetahui mazhabnya dengan mendalam dan juga kelainan-kelainan faham dalam mazhab dengan pandangan yang simpatik dan bukan penuh dengan rasa kefanatikan dan permusuhan.
Beliau juga menghendaki supaya sastera Arab dipelajari dengan baik oleh para pelajar kerana ianya membantu dalam membina persiapan ilmu dan jiwa para ahli ilmu dan da’I; penggunaan bahasa Arab yang baik dalam percakapan dan penulisan banyak membantu dalam mempersiapkan para dai’ dan ilmiawan dalam Islam. Kemahiran penulisan yang baik dan percakapan yang fasih perlu dibentuk demi untuk menjayakan pengembangan agama islam dan da’wahnya. Kemahiran mencipta sastera yang baik selain daripada mempelajarinya dengan baik juga diperlukan demi untuk menggantikan sastera yang banyak sifat-sifat negatifnya dengan ciri-ciri sastera yang baik sesuai dengan Quran dan Sunnah. Beliau menyebut bagaimana ramai para da’I kurang bermaya dalam da’wah mereka kerana kurang kemampuan menyampaikan mesej da’wah mereka dengan bahasa yang menarik dan menawan dalam penulisan dan percakapan. (9)
Ilmu-ilmu akademik moden dan Badan Ilmiah yang Berwibawa:
Para pelajar dalam universiti-universiti Islam pada beliau perlu juga mendapat pendedahan yang wajar dalam ilmu-ilmu akademik moden seperti ekonomi, politik, sebahagian yang wajar dari ilmu sains, geografi dan sejarah. Antara imam-imam yang menonjol dalam penguasaan ilmu-ilmu akliah yang ada di zaman mereka masing-masing ialah Imam al-Ghazali rd dan Ibn Taimiyah rh. Beliau menyebut bahawa kalaupun para siswazah universiti Islam tidak sampai ke tahap seperti Imam al-Ghazali dalam penguasaan ilmu-ilmu akli sekurang-kurangnya mereka itu berkemampuan seperti paderi-paderi Kristian yang mendapat untuk seruan agama mereka di pusat pengajian dan latihan mereka di Vatican, Rom. Beliau menyatakan bahawa orang-orang yang tidak mempunyai ilmu dan tidak melebihi taraf ilmunya atas umum ahli masyarakatnya tidak mampu melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan ia tidak akan bahagia dan mulia dalam masyarakatnya.
Pendapat beliau berkenaan dengan keperluan penguasaan ilmu-ilmu asas Islam tentang Quran, Sunnah, Sirah, Fiqh, Usul al-Fiqh, sejarah dan Falsafah Tashri’ dengan baik adalah pendapat yang paling kuat hujahnya dan tidak perlu dipertikaikan. Yang perlu dilakukan ialah bagaimana hendak menyusun pendidikan itu supaya penguasaan ke atas ilmu-ilmu itu berjalan dengan baik dan berkesan dalam kadar masa pengajian yang ditentukan beberapa tahun untuk ijazah sarjana muda, sarjana penuh dan peringkat kedoktoran dan pengajian lanjutan pasca-doktoral. Tentang pengajian-pengajian itu elok ditambahkan bahawa ilmu usul al-din klasik juga perlu dikuasai berdasarkan kepada teks-teks muktabar Sunninya dan juga perlu ditambah dengan kefahaman terhadap pemikiran moden dan pasca-modenisme serta kritikan-kritikan yang serius terhadapnya.
Pendapatnya tentang pendedahan yang baik dalam sastera Arab yang melibatkan pula latihan penulisan dan penggunaan bahasa percakapan yang fasih juga merupakan pendapat yang perlu diberikan perhatian yang serius dan dilaksanakan program bagi menjayakannya. Dan dalam suasana sekarang, kalau berbicara tentang negara kita kemahiran dalam bahasa Melayu dan Inggeris bahkan bahasa Cina juga juga diperlukan demi untuk menjayakan da’wah dalam rangka yang lebih luas.
Pendapatnya tentang keperluan menggantikan sastera yang banyak ciri-ciri negatifnya dengan sastera Islam dan Arab yang mempunyai ciri-ciri yang baik dan bermanfaat sesuai dengan ajaran Quran dan Sunnah perlu mendapat perhatian dan menjemput tindakan yang berkesan dan langkah-langkah amali ke arah perlaksanaannya.
Pendapatnya tentang keperluan kepada pendedahan tentang disiplin-disiplin ilmu moden kepada para pelajar dan siswazah universiti Islam adalah pendapat yang baik dan bergunakan bahkan diperlukan demi untuk mengeluarkan para da’I yang berfungsi dengan berkesan dalam bidang mereka. Yang diperlukan ialah bagaimana hendak diambil langkah-langkah menyusun subjek-subjek itu dalam kurikulum yang amali dan membahagi-bahagikan masa pengajian sesuai dengan beberapa tahun pengajian yang ditentukan; bersekali dengan itu perlu ditimbulkan keperluan memberi pendedahan tentang ilmu-ilmu itu sesuai dengan epistemologi Islam Sunni supaya perspektifnya bukan bercanggah dengan Islam. Ini adalah sudah tentunya dengan mengambil kira fakta-fakta yang bebas-nilai yang keadaannya tidak berubah-ubah dalam mana-mana budaya sekalipun seperti H2O dalam hubungan dengan hakikat air dan e=mc2 dalam hubungan dengan tenaga.
Dalam hubungan dengan keperluan kepada badan ilmiah yang berwibawa beliau menyatakan pendapatnya bahawa perlu sekali ada dalam umat ini badan ilmiah yang menyusun kitab-kitab dan buku-buku dalam ilmu-ilmu yang diperlukan dengan membukukan hasil-hasil kajian dan rujukan yang telah dilakukan dengan teliti dan bersungguh-sungguh demi untuk menanam dan menguatkan akidah Islam disamping menjayakan pemaduan dan hubungan rapat dan mesra antara ilmu pengetahuan dan agama. Beliau menyatakan pendapatnya bagaimana negeri-negeri Islam telah kehilangan kemampuan untuk mengeluarkan bahan-bahan kajian ilmiah yang sangat diperlukan oleh masyarakat dan generasi kita yang baharu. (10) Beliau menyatakan bahawa itulah sebenarnya yang boleh menjauhkan daripada adanya pertentangan antara agama dan ilmu pengetahuan yang sebenarnya memang tidk ada dalam Islam.
Berlainan keadaannya yang telah berlaku di Barat yang memang menunjukkan beberapa kali pertentangan antara agama dan pengetahuan dan sains. Beliau menyatakan bahawa dengan diadakan penyelidikan dan penerbitan berdasarkan kajian-kajian akan berkuranglah penentangan terhadap agama. Dalam hubungan dengan program demikian ini beliau menaruh kepercayaan bahawa ahli-ahli ilmiah umat ini boleh melakukan usaha ini bila mereka benar-benar mahu mengisi kekosongan yang sangat menonjol ini dalam pelbagai bidang pengetahuan dengan pakar-pakarnya yang ada sekarang.
Tentang badan ilmiah ini memang ianya sesuatu yang sangat-sangat diperlukan. Badan-badan ilmiah di kalangan Muslimin di dunia sekarang ini sepatutnya mengadakan jaringan hubungan yang “synergistic” demi menjayakan program-program yang melewati sempadan negara-negara untuk menguatkan umat dan identitinya dalam dunia global yang penuh cabaran ini.
Dan dalam hubungan dengan persiapan dalam bidang keilmuan ini kita boleh menambahkan sokongan kita terhadap pendapat-pendapat maulana ini dengan menyebutkan keperluan umat Islam dan para ilmuannya menguasai bidang IT dengan baik demi untuk menjayakan budaya ilmu yang cergas dan berkesan. Buat sekarang sekurang-kurangnya software yang bersifat Islam dengan mesej dan da’wahnya perlu diperbanyakkan demi menjayakan penyebaran Islam dan ajarannya serta nilai-nilai dan ciri-ciri peradaban “khaira ummatin”nya ke mata dunia. Ini ialah selain daripada keperluan memperbanyakkan laman-laman web Islam yang ada dengan pelbagai isinya bermula daripada perkara-perkara pokok dan asasi sampailah kepada persoalan intelektuil dan rohaniah serta moral pada tahap akademik yang paling tinggi. Kita mahu melihat “kehadhiran” umat terbaik ini dalam dunia siber secara berkesan.
Para Guru Murabbi Yang Beriman dan Berkaliber
Antara yang dibicarakan oleh maulana ini dalam hubungan dengan persoalan pendidikan ialah isu guru yang berkaliber dan beriman kental. Pada pendapat beliau kalaulah kita banyak kehilangan peluang keemasan pada masa lampau dengan beberapa keterlanjuran kita dalam banyak perkara, maka sekarang kita boleh mengatasi masalah-masalah itu dengan para guru kita menghimpunkan mata-mata pelajaran yang menjadi asas akidah yang menjadikan seseorang itu tunduk kepada kebenaran-kebenaran keagamaan yang kekal abadi dengan mata-mata pelajaran moden yang berfaedah. Mereka yang menjalankan tugas itu adalah mereka yang boleh memisahkan antara kulit dengan isi sesuatu itu dan antara yang benar dengan yang palsu dan pemikiran yang berupa teori-teori mentah atau separuh masak dengan pemikiran yang matang dan teruji, orang-orang yang tidak terkeliru dengan pengakuan-pengakuan tanpa bukti dan dalil, bahkan mereka merupakan orang-orang yang berpegang sentiasa kepada hasil kajian yang objektif.
Beliau menyatakan bahawa anak kunci bagi universiti yang diidam-idamkan ini ialah keberadaan para guru yang menghimpunkan dalam peribadi mereka keimanan yang kuat dengan ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam berserta dengan kepimpinan yang baik dengan pelajaran yang luas jangkauan ilmiahnya yang menggabungkan antara yang lama dengan keasliannya dan yang baharu yang berfaedah dan mereka memahami semangat masakini (“the spirit of the times”). Mereka juga hendaklah orang-orang yang memahami tindakan-tindakan para pemuda pemudi dan gelora jiwa mereka serta dengan penuh kefahaman dan simpati mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka dengan semangat pengajaran “kasih sayang antara sesama mereka” (“ruhama’ bainahum”).
Tafakur beliau tentang keperibadian para guru mengingatkan penulis ini kepada ciri-ciri jatidiri guru yang beliau huraikan hampir dua puluh tahun lalu dalam suatu persidangan antarabangsa anjuran CAP di mana beliau memberi huraian tentang guru dalam proses pendidikan dalam sejarah dan ajaran Islam sebagai yang terkandung dalam pengertian yang mendalam atas istilah “mu’allim” iaitu sebagai guru mahir ahli ilmu yang menjayakan proses pengilmuan sebenarnya secara bertanggungjawab dan berkesan; istilah “murabbi” sebagai penuntun diri dan perkembangan ilmu, rohani dan moral pelajar tahap demi tahap sampailah kepada kesempurnaan tujuan kejadiannya sebagai insan; istilah “murshid” sebagai penuntun jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan betul dalam hidup dan profesi sebagai hamba Allah dan khalifahNya di muka bumi; istilah “mu’addib” yang melaksanakan pendidikan adab dalam pengertian yang luas dan mendalam dalam peribadi dan kehidupan murid. Dengan itu timbullah natijah pendidikan menjadikan para murid insan yang paling beradab dan bermoral sebenarnya. Akhirnya guru sebagai “mudarris” yang paling mahir dalam ilmunya dan paling cekap dan berkesan mengajarkan matapelajaran kepada muridnya sampai muridnya menjadi pelajar yang berjaya dan gemilang dalam pendidikannya. (11) Maka perlu diperjuangkan dengan berkesan supaya keberadaan para guru sebagai mu’allim, murabbi, mu’addib, murshid dan mudarris dalam pengertian yang paling mendalam seperti yang dimaksudkan dalam Tradisi Islam itu menjadi nyata di kalangan kita.
Tentang maulana ini mahukan para guru dan murid Muslim menjadi orang yang berperibadi rohani dan moral yang unggul selain daripada penguasaan ilmu pengetahuan, maklumat dan hikmah kebijaksanaan, ini jelas daripada kandungan bukunya yang menarik dan bermanfaat sekali dalam Bahasa Arab yang berhjudul Al-‘Aqidah wal-‘Ibadah was-Suluk fi Daw’ al-Kitab was-Sunnah was-Sirah an-nabawiyyah.
Isinya berbicara berkenaan dengan ciri-ciri agama ini yang perlu diambil perhatian oleh ahli ilmu Islam dan para da’I serta pengamalnya seperti aqidah Sunninya, yang mendahului segala; tuntutan mencari keredhaan Allah dalam semua amalan manusia; peri semua anbiya datang mementingkan akidah, da’wah dan syariah; bagaimana pentingnya keyakinan tentang realiti akhirat dijayakan dalam hati manusia; bagaimana hukum sebenarnya yang hakiki adalah dari Allah; bagaimana rapatnya hubungan antara para anbiya dan umat mereka; bagaimana kebahagiaan manusia yang hakiki tergantung kepada penerimaan aqidah dan syariah Ilahi dari pihak mereka; bagaimana umat ini adalah umat yang diberi rahmat Ilahi dan bagaimana kitab ajarannya terjaga oleh Allah. Selepas menyebut beberapa segi aqidah beliau menunjukkan akhlak yang mulia dan amalan-amalan rohaniah dan doa-doa serta ibadat yang perlu dilakukan bagi menjaga keimanan dan kesalihan hidup manusia.
Dalam mukaddimahnya beliau menyebut adanya dalam umat Islam ini kitab-kitab bimbingan yang membentuk hidup rohaniah, akliah dan moral yang tinggi untuk menimbulkan proses perbaikan dan pembersihan dalam peribadi manusia dan kehidupan serta peradaban mereka.
Mungkin sebagai tambahan dalam berbicara tentang pelajaran dan bahannya kita boleh menyebutkan bagaimana perlu difikirkan dengan matang usaha amali untuk menjayakan pendidikan Islam peringkat rendah, menengah dan menengah atas supaya ciri-ciri pendidikan Islam yang dikehendaki itu berlaku juga dalam sekolah-sekolah yang pada lahirnya bukan sekolah agama sebab keberadaan ciri-ciri pendidikan Islam yang merentas kurikulum yang boleh dan perlu dijayakan selain daripada mata-mata pelajaran Islam itu sendiri.
Nota-hujung:
(1) Antaranya lihat Syed Abul-Hasan Ali al-Nadawi, Riwayat Hidup Rasulullah, terjemahan Bey Ariffin dan Yunus Ali Muhdhar, Pustaka Nasional Singapura, 1986, hlm xxv-xxviii; idem, Ke Arah Pendidikan Islam yang Tulin, terjemahan Abdul Kader Kahar, Pustaka Ikhwan, Alor Star, Kedah, 1986, hlm 4-8. Penulis ini dengan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah, dan merasa berterima kasih yang sebanyaknya, dengan kata-kata “jazakallahu khairan kathira” kepada sahabatnya Ustaz Fahmi ZamZam dari Ma’had Derang, Kedah, kerana menghantar buku ini melalui faks untuk kegunaan beliau dalam menyediakan kertas ini.
(2) Terjemahan Muhammad Asif Qidwa’I, 1961, Lahore, hlm 193-194
(3) Ibid. hlm 194
(4) The Glory of Iqbal, terjemahan Inggeris oleh Mohammad Asaf Qidwa’I, Academy of Islamic Research and Publications, Lucknow, 1973 hlm 59-69
(5) Terjemahan Abdul Kader Kahar, Pustaka Ikhwan, Alor Star, Cetakan I, hlm 37-54
(6) ibid. 35-37
(7) ibid. 36
(8) ibid. 32
(9) ibid. hlm 60-61
(10) Dalam hubungan dengan sains dan penyelidikannya maklumat terkini menyatakan bahawa kadar penyelidikan saintifik di negeri-negeri Arab terlalu kurang berbanding dengan negeri seperti Amerika Syuarikat sebagaimana yang dinyatakan dalam persidangan ahli-ahli sains di negeri Teluk baharu belum sampai sebulan ini.
(11) Dalam buku Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi, Kota Bharu, Kelantan, hlm 146-150 di mana pertama kali dihuraikan lima istilah itu secara tersusun
Bibliografi ringkas:
Syed Abul Hasan ‘Ali al-Nadawi, Glory of Iqbal,tr Inggeris oleh Mohammad Asaf Qidwa’i Academy of Islamic Research and Publications, Lucknow, 1973.
Idem., Islam and The World, tr Muhammad Asaf Qidwa’I, Academy of Islamic Research and Publications, 1961.
Idem., Pertentangan Antara Iman dengan Materialisma, terjemahan Melayu Asad bin Awang dan Ab. Malek bin Shaari, Petaling Jaya, 1986.
Idem.,Islamic Concept of Prophethood, terjemahan Inggeris oleh Mohiuddin Ahmad, Academy of Islamic Research and Publications, 1976.
Idem., Saviors of Islamic Spirit, terjemahan Inggeris oleh Muhiuddin Ahmad, Lucknow, Academy of Islamic Research and Publications, dlm 4 jilid.
Idem., Riwayat Hidup Rasulullah saw, terjemahan Melayu oleh Bey Ariffin dan Yunus Ali Muhdhar, Pustaka Nasional, Singapura, 1991.
Idem., Apa Derita Dunia Bila Islam Mundur, terjemahan oleh H. Zubeir Ahmad dengan penyuntingan H. Ramlan Mardjoned dan M. Nabhan Husein, Media Da’wah dan Thinkers Library, 1986 Malaysia, 1983 Indonesia.
Idem.,terjemahan Abu Laila dan Muhammad Tohir atas buku yang sama, Bandung, tanpa tarikh.
Idem., al-‘Aqidah wal-‘Ibadah was-Sirah was-Suluk fi Daw’ a-Kitab was-Sunnah was-Sirah an-nabawiyyah, Majma’ al-‘Ilmi al-Islami (Nadwatul-‘Ulama), Lucknow, 1983.
Idem., Ke Arah Pendidikan Islam yang Tulin, terjemahan Abdul Kader Kahar, Pustaka Ikhwan, Alor Star, Kedah, 1986.
ASAS PEMIKIRAN ISLAM
Pengenalan
Objektif IPPIN
2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.
3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.
Organisasi Ippin
PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said
TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply
SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan
TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob
BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad
TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak
BIRO BERTINDAK
BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi
BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin
BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha
BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif
BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli
Muat Turun Di Sini
Labels
- Gamisdaily (9)
- Kenyataan Media (8)
- Pandangan (21)
- Pendidikan (21)
- PENGUMUMAN (9)
- pogram (2)
- program (1)
- Tokoh Akademik (1)
- Umum (7)
Saranan Buku
sebuah buku yang berdasarkan teori-teori Islam yang diadaptasi kepada teori Barat
Bagaimana hendak jadi guru yang baik? Bacalah buku ini!!
Sebuah buku yang boleh dijadikan panduan untuk menerapkan elemen kesepaduan dalam pendidikan
Sejarah Pemikiran
The Origins of Islamic Reformism in Southest Asia






