'Tahan lasak' syarat utama bakal guru

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

KUALA LUMPUR: Elemen 'tahan lasak' dan sanggup bertugas di kawasan pedalaman, adalah kriteria utama diambil kira Kementerian Pelajaran bagi pengambilan bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi, berkata langkah mengetatkan syarat pengambilan bakal guru itu bertujuan memastikan negara melahirkan guru berkualiti."Secara keseluruhannya guru bertugas di kawasan pedalaman cabarannya lebih besar berbanding di kawasan bandar. Oleh itu, kita memerlukan guru yang tahan lasak bagi memastikan mereka berkualiti."

"Tahan lasak ini bererti mereka boleh ditempatkan di sekolah di kawasan pedalaman tanpa kemudahan asas seperti pengangkutan yang sempurna, terpaksa meredah hutan, atau terpaksa menggunakan bot mahupun sampan untuk sampai ke sekolah," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, guru berkualiti bukan saja mempunyai ketahanan diri untuk berdepan dengan pelbagai kesukaran, malah mampu memahami budaya hidup masyarakat terbabit terutamanya di kawasan Orang Asli.

2 Komentar

  1. Anonymous Said,

    tahan lasak yang macam mana? tahan masuk hutan, naik bot, masuk denai dll sebagainya. tapi pernah ambil kira ker ketua sektor yang baru dilantik pun tak tahan kalau kena ke sabah dan sarawak. itu duduk kat bandar.
    Perlu kajian dengan syarat misalnya 3-5 tahun berkhidmat dipendalaman lepas tu comform tukar. ini bila kita tiada kenal orang mula janji 3 tahun... lepas tu 5 tahun... lepas 8 tahun... nama aje Islam tapi dasar yahudi juga dipegang. minta maaf. ini kenyataan. kalau kata tak pernah dengar macam menipu la pulak.

    Ditulis oleh

     
  2. Anonymous Said,

    Salam.

    Inilah yg dikatakan asam garam hidup yg penuh penipuan dan mengkaburkan mata2 masyarakat.

    Usaha kerajaan hanya sekadar gula2 pd rakyat yg buta pada kebenaran.

    Atas dasar inilah kita seharusnya melihat kembali acuan Islam yg berasakan Quran dan Sunnah.

    Perlu beringat bahawa jika Islam ditinggalkan dari elemen hidup maka sudah tentu kemulian bangsa dan tamadun manusia akan runtuh.

    Azab Allah tak perlu tunggu di akhirat.Di dunia nie pun dah jelas.

    Fikir2kanlah...

    Ditulis oleh

     

Post a Comment


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget