KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Bercakap mengenai kepimpinan atau pemimpin, saya rasakan sahabat-sahabat faham akan maksud istilah tersebut. Kepimpinan dalam sesebuah organisasi atau jamaah adalah suatu yang mesti berlaku dan perlu berlaku. Banyak arahan-arahan syara’ yang memerintahkan supaya kepimpinan diwujudkan.

Nabi Muhammad saw sendiri berpesan sekiranya umat Islam keluar bermusafir lebih daripada tiga orang mestilah melantik seorang ketua atau seorang amir. Sementara amir itu hendaklah ditaati walaupun dia seorang yang berketurunan Habsyi selagi dia tidak menderhakai Allah SWT. Memandangkan kepada perjuangan seperti yang telah dijelaskan tentulah kewujudan kepimpinan itu merupakan perkara yang penting dan tidak boleh sama sekali dipandang ringan oleh setiap anggota organisasi. Saf kepimpinan mestilah wujud setiap masa sama ada dalam suasana aman atau perang.

Dengan ketiadaan sebuan Daulah Islamiah pimpinan organisasi adalah menduduki tempat sebagai Ulil Amri bagi umat ini (anggota organisasi). Semua manusia dilahirkan menjadi pemimpin, walaupun dia tidak memimpin sebuah organisasi atau jamaah yang besar, tetapi dia tidak terlepas dari tanggugjawab memimpin dirinya sendiri. Menjadi persoalan ataupun perbincangan yang panjang iaitu mengenai pemilihan saf kepimpinan dalam sesebuah jamaah. Sepertimana yang kita tahu, semua anggota dalam jamaah adalah mempunyai hak untuk memilih dan tiada siapa pun yang dapat dihalang daripada menunaikan tututan tersebut. Walaupun begitu, kepimpinan dalam organisasi tidak seharusnya menjadi rebutan.

Keberkesanan perjalanan dan aktiviti organisasi bergantung sebahagian besarnya kepada saf kepimpinan. Oleh itu, setiap anggota yang diberi amanah untuk MEMILIH saf kepimpinan hendaklah berhati-hati dalam melaksanakan tugas tersebut. Pemimpin tidak seharusnya dipilih berdasarkan luaran semata-mata. Memilih pemimpin dalam sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang remeh yang berlegar di sekitar perasaan ‘tak sampai hati’, ‘tak tergamak’ dan sebagainya. Kesungguhan untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan itu hendaklah diutamakan dan seharusnya mengatasi ‘perasaan’ hati para pemilih.

Kerja-kerja untuk memilih pemimpin bolehlah disandarkan kepada beberapa dasar dan ketentuan supaya organisasi dapat bergerak dengan lebih berkesan. Diantara dasar dalam pemilihan atau kaedah dasar yang utama dalam urusan memilih anggota-anggota kepimpinan ialah dipilih dari kalangan yang berkeahlian dan berkelayakan sahaja. Serta kita perlu menitik beratkan jumlah anggota dalam kepimpinan, iaitu ditentukan angkanya mengikut keperluan organisasi.

Anggota itu hendaklah seboleh-bolehnya memenuhi ciri-ciri khusus atau kriteria-kriteria yang telah tertentu untuk sesuatu kedudukan tugas agar keaslian perjuangan dapat dikekalkan dan perjalanan organisasi dapat berjalan dengan lancar. Di antara kriteria yang saya rasa perlu ada atau menjadikan kayu ukur dalam pemilihan ialah kemahiran merancang dan merangka strategi perjuangan. Saya rasa ini adalah kriteria yang penting, perlu kita ambil perhatian yang khusus dalam menilai aspek ini. Pemimpin seharusnya memiliki daya pemikiran yang luas dan sentiasa mempunyai idea-idea baru dalam membaiki dan meletakkan jamaah tersebut dalam kondisi yang lebih baik.

Pemimpin juga bukan sekadar menjadi golongan pemikir malah mempunyai kemahiran melaksanakan perancangan dan kemampuan untuk menterjemahkan arahan-arahan tersebut. Ramai orang yang salah mentafsirkan hal ini, mereka merasakan golongan pemimpin sekadar memberi idea dan memikirkan stategi, serta pelaksanaannya dilakukan golongan bawahan. Pemikiran seperti ini menyebabkan ramai yang mempersoalkan, tugas pemimpin. Pemimpin tidak buat kerja, Pemimpin tidak adil dan sebagainya. Kita melihat kembali bagaimna sifat seorang pemimpin yang ditunjukkan oleh Umar al-Khattab dan Umar Abdul Aziz yang di sifatkan ‘kenyangkan perut rakyat’.

Seorang pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran mengurus tadbir supaya organisasi menjadi tegap dan teguh. Sememangnya manusia tidak mungkin akan pandai jika tidak ada proses pembelajaran. Ramai yang menyatakan mereka tidak layak menjadi pemimpin disebabkan tidak tahu bagaimana hendak mengurus dan membuat kerja dan juga belum bersedia. Ini alasan-alasan yang biasa kita dengar. Tetapi jika ditanya bila boleh sedia?, agak-agak bila diri akan sempurna? Pastinya jawapannya diam membisu. Saya suka tegaskan, sifat semulajadi manusia, jika dia ingin mahir dalam sesuatu bidang, ianya perlu belajar dan perlu melalui proses belajar. InsyaAllah proses pembelajaran tersebut akan mematangkan diri, dan kemahiran itu pasti datang.

Peribadi seorang pemimpin juga penting supaya boleh menjadi lambang kepada organisasi. Penting dalam menilai, akhlak, cara pemakaian, percakapan, hubungannya dengan manusia dan hubungan dengan Pencipta. Jika peribadinya baik, insyaAllah bukan sahaja mudah melakukan kerja bersama, tetapi dalam masa yang sama juga, ia menjadi pakaian sesebuah jemaah. Pemimpin juga perlu berfikiran kritis (bukan tukang catat), aktif dan kreatif. Kemahiran berhubung sebagai ‘diplomat’ dengan pihak lain juga perlu ada dalam diri setiap pemimpin.

Dalam pemilihan pemimpin perlu elakkan daripada terjadinya longgokan kriteria yang sama dalam saf kepimpinan organisasi seperti hanya memilih dari kalangan yang boleh berpidato sahaja. Pemilihan sedemikian boleh menjadikan keupayaan organisasi terhad dan menjadikan organisasi itu lemah dan kaku. Untuk menjamin kerja organisasi yang berterusan bolehlah ditentukan awal-awal mereka yang seharusnya dikekalkan atau dipilih semula supaya jentera kepimpinan tidak perlu diperbaharu seluruhnya. Pemilihan hendaklah dibuat secara terancang tetapi mestilah bersih daripada unsur-unsur dan anasir-anasir yang tidak sihat. Wa’Allahualam-Mohd Yusof Hadhari

0 Komentar

Post a Comment


Pengenalan

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif IPPIN

1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.

Organisasi Ippin

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI :
-Muhammad Naqiuddin bin Mohd Said

TIMB. PENGERUSI :
-Shahrizul Ayuni bt. Zulkiply

SETIAUSAHA :
-Wan Nur Shuhada bt. Wan Hasan

TIMB. SETIAUSAHA :
-Masyitoh bt. Yaacob

BENDAHARI :
-Najlaa Shazana bt. Mohamad

TIMB. BENDAHARI :
-Muhammad bin Ab. Razak


BIRO BERTINDAK

BIRO R&D (KAJIAN)
-Ahmad Saifuddin bin Amran
-Syuja’ati Ilmi

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
-Mohd Yusof Hadhari b. Saidon
-Nurhaslin bt. Zaharudin

BIRO PERHUBUNGAN DAN KORPORAT
-Mohammad Za’im Mustapha

BIRO LATIHAN DAN PROGRAM
-Marwan Bukhari
-Nurul Hayati bt. Abd Latif

BIRO ANTARABANGSA
-Abd Rauf Baharuddin
-Nur Suhaila bt. Zulkifli

ShoutMix chat widget